Searching for ......

Monday, December 3, 2012

Saya Suka Cerita Cartoon Shin Chan!



Assalamualaikum. J

Awak semua kenal Shin Chan?
KENALLL! :D (saya tolong jawabkan)
Oh, baguslah kenal..

Untuk pengetahuan, saya baru je kenal budak kecik tu..
Hehehe..
Saya kenal dia pada umur 19 tahun masa cuti last year ni dan saya menyukainya. Haha.


Kenapa saya suka Shinosuke?
(Hehehe.. comelnya :3)
Shin ni sebenarnya budak kan? Haa.. tadika lagi..
Dia bukanlah nakal sangat saya rasa..
Pada saya, dia ni baik, cuma dia budak kan, biasalah..
Banyak perangai yang memeningkan orang.

Sebelum ni saya pernah juga tertengok cerita Shin Chan  ni.
Saya benci  yang amat. Kenapa ye?
Mungkin sebab saya tak berapa minat dengan budak budak kecik ni, (duluu).

Sekarang dah suka ke?
Emm. Entah. Suka kot..
Mungkin sebab saya ni teacher’s to-be kan,
Jadi saya suka memerhati budak2 dan mencari kecomelan budak2 ni.
Supaya timbul rasa kasih sayang tu.
Saya Berjaya lah! :D
Untuk first time saya dengar suara Shin je, saya sukaaa sangat budak tu. Hehehe
Comel dan baik.. rasa nak usap je kepala dia.hehe..

Lagi satu,
Shin dan family dia tu menunjukkan reality kita tau sebenarnya..
Reality family..
Saya sukaa (lebih) mak Shin Chan tu juga.
Pada saya dia seorang ibu yang Berjaya.
Best je tengok dia layan anak dia..


Kalau kita tengok kan, anak dia kan banyak memeningkan kepala dia kan,
Macam2 hal,
Kalau kita kena mau campak2 Shin tu, nasiblah kita tengok orang kena, tu yang boleh gelak tu.

Tak dengar kata lah..

(Eh, Shin Chan lebih kepada tak faham kata sebenarnya. Bukan tak dengar kata.. dia dengar cuma dia tak faham apa yang orang dewasa cuba sampaikan. 
Jadi maklumat tak sampai lah sebab dia tak faham.. )
(alalala Shin.. geram betul aku. Hahaha)

Banyak Tanya lah..

(kalau budak kecik Tanya kita apa2 perkara yang dia nak tahu kan, better kita jawab.
Kena jawab lah, jangan marah balik sebab dia Tanya.

Wardina pesan (tak silap saya), otak kanak2 ni sedang tumbuh dan sentiasa nak tahu tau pasal dunia yang baru dia teroka ni. Jadi, bila kita marah dan tak jawab apa yang dia tanya, terbantutlah proses tu dalam otak dia..

Jadi, jawab aje.. walaupun nampak bodoh je soalannya macam Shin selalu buat,
tapi hakikatnya budak kecik tu memang tak tahu! percayalah yang dia memang nak tahu. haaa..

Lepas tu,ni nasihat kedua. Hehehe..

kalau boleh bila kita jawab , kita kena jawab yang betul lah. Jangan tipu budak.
Sebab budak boleh percaya dan ambil fakta tu sampai bila2.
Mungkin sampai dia remaja. Mungkin sampai tua. Selagi taka da orang betulkan kan.. haa..
Saya ada pengalaman. Haha.

Pada umur 19 tahun (tapi bukan last year), saya baruuu tahu yang kalau kita makan roti+milo tu, kita cecah roti dalam milo yang banyak tu tak mengeraskan milo tu.
Hahaha.
Siapa ye bagitahu.. salah seorang kawan sayalah..
Dia kata, milo tu akan keras bila dia masuk angin. Bukan sebab kita cecah dengan reti atau apa2 dalam tu.
Nampak tak? Hahaha.kesian budak ini T.T

 Saya percaya ibu saya cakap masa kecik sampai umur 19 tahun. Hahahah.
Tapi saya pun kurang pasti samada saya yang kurang faham apa yang disampaikan atau memang tu lah maklumat yang saya dapat masa kecik. Saya lupalah.. )

Apa pun yang Shin Chan buat,
Mama dia tetap sayang jugak kat anak dia..
Dia bangga bila anak dia buat sesuatu yang baik (saya suka part ni)
Dia pandai ambil hati budak..
(Saya sukalah.. :3)
Mama  Shin ni terbaik. Nak tirulah. Hehehe..

Jadi , anak dia akan hidup dalam suasana kasih sayang tau.
Means, bila besar nanti baik lah budak tu.. masa kecik ni je macam mengong sikit.
Hahaha.



Jadi, sebagai bakal guru, saya kena mengambil hati budak, menyayangi budak dan membentuk budak dengan cara yang betul. Haaa..
Sebagai bakal ibu2 (untuk semua wanita) juga.

Jom kita belajar dari mama Shin. Hehehe..

Sekadar kongsi-kongsi,
Doakan saya.

Kerana ALLAH.
Thank You!

No comments:

Post a Comment