Searching for ......

Sunday, January 21, 2018

Senarai Keperluan Bayi Berdasarkan Pengalaman Saya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat entry berkenaan parenting setelah sekian lama nak buatttt tapi tak buat buat huhuu. Okay for this first post Aisyah nak share pasal persiapan pembelian Aisyah untuk menyambut my first born hari tu pada 7 Mei 2017. Now budaknya dah nak masuk 9 bulan dah Alhamdulillah.

Ni ha dah besar pun budaknya. 5 bulan kot masa ni..


Okay for my first born ni bajet Aisyah memang ciput jer. Sebab masih belum bekerja tetap kan. Just buat Shaklee je masa tu. Alhamdulillah dengan duit buat Shaklee and sikit duit yang kitorang ada tu bolehlah kumpul sikit sikit barang baby.

Bajet tak besar pun semangat tau nak beli barang baby heheh! Tapi memang Aisyah beli yang perlu jer. Sampai sekarang bersyukur sebab tak terlalu membeli dulu. And apa yang Aisyah beli kebanyakannya memang guna sebaiknya. And barang baby yang Aisyah beli adalah bukan baju sebab sebab baju memang banyak orang bagi. Aisyah beli baju baby 3 helai jer tau. Masa tu baru tahu pregnant and excited sangat duk jenjalan kat Alamanda nampak ada sale. Belilah 3 helai heheee. Tu pun ni ha masa 8 bulan baru Si Ameenah ni boleh pakai. (Sebab dulu I tak boleh imagine macamana keciknya newborn tu so I belilah sesuka hati). Hahaa . So here adalah senarainya berdasarkan pengalaman my first born.

UNTUK BABY

BAJU BABY
Okay first baju. Untuk baju baby Aisyah hanya ada sikit jer. First ialah 3-4 helai sleepsuit atau baju yang sekali masuk sampai hujung kaki tu. So baby just pakai sehelai baju and sarungkan mitten sahaja. Senang kan? Hehee. Sleepsuit Aisyah jenama Mothercare and Carters. Kain best! Lovee
Second  Aisyah ada 3 helai rompers atau baju yang sambung dengan seluar pendek. So yang ni baby akan pakai sehelai baju and sarungkan mitten and booties. Jenama Mothercare.

Sleepsuit Ameenah macam ni cuba design bunga je lain sikit..

And my SIL ada bagi banyak baju tidur baby yang biasa tu, baju lain seluar lain. So in case nak pakai dah ada. Cuma Ameenah pakai hanya lepas 3 bulan sebab bajunya besar-besar. Yang ni kebanyakannya jenama Pureen. Love jugak kain dia sedap.

NAPKIN
Next ialah napkin. Napkin ni Aisyah beli beria sikit. Hahah. Aisyah beli yang berkualiti and ada macam-macam jenis. Ada 3 saiz Aisyah beli. Satu yang paling besar saiz 120x120 tak silap. Tak ingat sangat berapa ukuran dia. Jenis cotton bamboo muslin. Mahal jugak dalam RM100 gitu dapat 2 atau 3 tak ingat. Kedua Aisyah beli saiz kecik sikit 110x110 kot. Harga murah sikitlah RM20 lebih. Beli sebab nak try jenis kain dia. And yang ketiga saiz kecik jer 70x70 kot. Hat ni beli kat Ikea.


Yang ni 70x70.. Beli je banyak, 10 helai ke sebab memang guna..



Ameenah punya yang love tu.. Hat ni Aisyah beli sehelai ja. 110x110..



Yang ni saiz paling besar 120x120. Besar kan? Hat ni Aisyah beli 3 helai..


And semuaaaa napkin tu bestttt and berguna sangat. Maing-masing ada kelebihan sendiri. Boleh guna untuk bedung, selimut, tuala, alas baby,lap muntah ke apa, diapers (masa tengah ruam) dan banyakkk lagi. Berbaloi beli and tahan lama. Sampai sekarang cantik lagi.

BARUT
Barut Aisyah suka guna yang jenama pureen. Suka sangat sebab dia just lekat je takde tali –tali. So baby pakai kemas jer. Selesa pun ya jugak. Aisyah memang ada dedua jenis yang tali tu pun tapi tak berapa gemar yang tali hehee.

Macam nilah Ameenah punya, sebiji hehe..


TOPI
Topi beli yang nipis je sebab cuaca Malaysia panaih kan. Belilah 3. Guna kalau baby keluar, kena pakai topi.

PAMPERS
Okay pasal pampers pulak. Untuk yang newborn Aisyah ada jenama Huggies. Yang ni lecturer bagi so Aisyah memang bawak gi hospital yang ni. Lepastu beli saiz S jenama pet pet. Unfortunately tak sesuai dengan Ameenah. Ruam dia ya Allah sangat menakutkan. Sampai tak boleh pakai diaper dalam seminggu dua cam tu tau. Cuma pakai napkin je and biar kena angin sikit. Lepas baik tu beli diapers jenama Mamipoko. Nak trylah. Pun tak berapa okay. Ruam dia macam naik lagi tapi sikit je lah. Lepas tu beli huggies lagi. Alhamdulillah memang sesuai. Kering tau and memang cantik je kulit lepas tu. Rupanya her first diapers is the best for her iaitu Huggies. Till now memang guna Huggies hijau tu.


Hat ni lah rupa dia...


CHANGING MAT
Changing Mat  jangan beli yang besar nanti berat and tak best guna. Susah.

BIB
And then baby bib. Aisyah ada 4 helai. 3 beli kat Ikea 1 kat Mothercare. Yang ni paling best Ikea punya. Sangat best sebab dia kecik and muat-muat dengan Ameenah sampai sekarang. Dari baby pakai untuk elak baju kotor kena susu. And sekarang dah 8 bulan lebih pun pakai untuk makan. Muat lagi  tau. Kalau pakai yang Ikea tu dia tak tarik2 sebab saiznya kecik so selesa nak pakai. Yang jenama satu lagi tu agak besar so Ameenah kalau pakai memang akan tarik habis punya.



Ni lah Ikea punya yang best tuu..


BABY CARE & GROOMING
Aisyah just beli sabun cecair je tu pun masa dalam pantang tak guna sabun sebab tak nak biasakan kulit dia dengan sabun. Tapi after sebulan dua macam tu dah pakailah sabun tapi tak setiap kali mandi. Hehe.

Minyak Bayi (Baby Oil) – Aisyah guna baby oil Tropika lavender. Sedap sangatt bau dia!
Tisu – Guna tisu basah and tisu tandas yang gulung tu hehe.

Putik Kapas (Cotton Bud) – Beli hat baby punya naa sebab kecik.

Pengepit Kuku (Nail Clipper untuk baby) – Sebenarnya Aisyah beli satu set dengan sikat, thermometer dan ada lah beberapa lagi benda kegunaan baby yang Aisyah pun tahu apa hehee.

Termometer (dah cakap tadi) - Hat ni penting. Kena check suhu baby selalu ok sebab kadang-kadang baby demam tak perasan. Ini yang bahaya. Alhamdulillah Ameenah pertama kali demam masa umur 7 bulan je means awal dari tu dia tak ada demam.. Alhamdulillah..

Minyak Telon – Her first minyak telon sebenarnya brand Tropika. Minyak telon ni bukan jenis minyak dia macam cream gitu. Harga di around RM40 and tahan sebulan sahaja. Tepat sebulan memang habis hahah. Alhamdulillah sesuai je sebenarnya dengan Ameenah. Lepas tu dah 2 bulan guna Aisyah try guna yuyee sebab Ameenah kerap kembung perut masa malam. Jadi nak keluarkan angina tu macam takes time sikit tau sebab brand Tropika tu tak panas sangat tau (read : memang tak panas hehee). So Aisyah trylah minyak yuyee sebab SIL Kak Aida pakai dia cakap okay. And memang sangat ok! Ameenah kalau kena sapu dengan yuyee ni je memang sendawa dalam masa around 5 minit. Hehehe so Alhamdulillah sampai sekarang guna minyak yuyee as her minyak telon.

Bakul Baju Kotor (beli yang ringan kat kedai RM2 tu jer).

Bakul baju Baby (yang ni beli masa study, beli kat Ikea, beli bakul putih jernih untuk barang baby. Sampai sekarang guna Alhamdulillah.

BEDDING SET
 Hat ni Aisyah buat sendiri. Sebenarnya sebab bajet ciput and bedding set ni kalau beli memang mahal kan. So Aisyah buat dengan bantuan my very very veryyyy kind heart mother ibuuuu <3 Okay untuk bedding set ni yang penting Cuma tilam, bantal biasa 2 biji, bantal peluk 2 biji and selimut. Yang selimut ni beli Ikea. And Alhamdulillah semua yang Aisyah sebut di atas ampai sekarang guna Alhamdulillah.


BOTOL SUSU
Yang ni Aisyah salah pilih. Hahaa. 
Botol susu pertama Aisyah beli ialah Tommee Tippee. Hanya kerana DESIGN dia hehe. Beli 2 biji. Sekali try kat Ameenah dia tak nak / tak boleh minum dengan botol susu tu, pertama sebab keras tak sesuai dengan newborn puting dia. Kedua sebab lubang air dia tu besar so newborn minum banyaak keluar mengalir daripada yang masuk.

Mumula Aisyah ingat biasalah kan newborn tak pandai minum. Sekali tanya kakak ipar anak dia takde pulak mengalir-mengalir gitu. So i decided terus nak try beli botol lain which is Pigeon. Sebab kakak ipar suggest dia kata Harraz guna yang first ni and terus okay.

So I pun beli Pigeon kat Mothercare. Beli yang wide neck warna kuning. And Alhamdulillah sangat Ameenah sangat sesuai dan sukaaa dengan botol ni sampai masa memula try bagi dia tu, dia tolak direct bf tau 😂 Bahaya jugaklah kalau bagus sangat nih hahah. Tapi Alhamdulillah tolak2 manja je lepas dalam 2 minggu gitu nak lah terus dedua.

Ni dia ghupe botol Ameenah, masa Ameenah newborn guna puting yang saiz paling kecik, saiz satu, dah besar sikit dalam 5 bulan guna puting yang next dia saiz dua tapi still lubang bentuk dot bulat, bukan Y or X. 


So di sini I nak suggest Pigeon bottle. Memang okay sangat bagi I sebab puting dia ada 3-4 saiz. Saiz dari newborn and seterusnya. Kemudian bentuk dia pun ada 2 jenis so nak yang tirus okay yang lebar pun okay. Saya suka botol Pigeon.


Oh ye pasal botol kakak ipar Aisyah Rusman tu ada bagi jugak botol jenama apa entah masa try bagi Tommee Tippee tu selang selikan. Yang best and yang I suka tu botol dia kaca and puting dia warna kuning means jenis lembut tu tau. Unfortunately Ameenah reject. Dia tolak and tak nak minum so okaylah bye...


So basically nia lah yang Aisyah sediakan untuk Ameenah. Kalau ada yang lupa nanti Aisyah update semula. Hope membantu ibu-ibu yang nak dapat first baby ye. And untuk ingatan Aisyah sendiri jugak heheh.

Thank you for reading!