Sunday, June 29, 2014

Hari Pernikahan Ilyasiddiqah (07062014)

Assalamualaikum..

( updated entry Oktober 2014 )

First of all, alhamdulillah. Alfulhamdulillah.
Im married.

Tahun ni tahun 2014. So umur aku 21 tahun dan aku student tahun 2 degree IPG Malaysia. Aku seorang anak perempuan yang biasa-biasa aje. Belajar pun biasa-biasa aje. Tak ada keistimewaan pun.

Cita-cita aku pun simple aje. Tak nak jadi orang yang hebat pun. Cuma nak jadi orang sederhana yang bahagia dan tidak susah, maksudnya nak hidup berkat. Thats all. 

Alhamdulillah. Akhirnya jodoh aku ditentukan dengan seorang lelaki yang aku cintai. Dia juga adalah rakan sekelas aku haha. 

Emm tapi masa mula-mula dulu kami takdelah sekepala sangat. Susah jugak masa nak jadi kawan dulu, sebab tak sehati sejiwa. Lain-lain pendapat. 

Tapi, inilah cerita cinta yang Allah dah tuliskan untuk aku dan suami. Alhamdulillah aku bersyukur dan aku suka :-)  

Kawan-kawan and adik-adik yang lain jangan risau. Sebab Allah dah siapkan kisah cinta uolls sendiri. Takde sama pun dengan sapa-sapa. Dan itulah yang paling manis dan paling baik untuk korang. So sekarang siapa yang sedang menunggu, tunggulah dengan sabar dan doa. Semoga insan yang Allah tuliskan untuk kita itu baik dan terbaik untuk kita. Ameen.. 

Kisah kami berdua tak hebat pun. Dan tak power pun. Tapi Allah permudahkan Alhamdulillah. Famili aku support idea nak kahwin awal. Entahlah kenapa. Mungkin banyaklah faktor kenapa ayah and ibu aku bagi kahwin masa belajar, tapi maksudnya diorang bagi dan tak kisahlah.

Tapi bila aku dah ambil keputusan untuk kahwin masa belajar ni, ada lah beberapa perkara yang perlu aku ambil perhatian untuk hidup aku sendiri. Sebab bagi aku, kita kena bertanggungjawab atas pilihan yang kita dah buat. Lagi-lagi kalau bab perkahwinan. Ia bukan satu perkara yang main-main.  Ia juga bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Tapi ia adalah satu jalan permulaan. Jadi, jangan sekali-kali ambil ringan dan jangan fikir ia ringan.

Aik panjang pulak tazkiroh hehe.

So tarikh 7 Jun dipilih. Malam tu aku tidur macam tak nak tidur je sebab macam takutnyeeee. Haha. Nasib baik ada classmates. Dapatlah mengurangkan rasa geger sebab melayan kerenah dorang banyak ngat hehe. Diorang sampai malam tu terus bagi makan.

Lepas makan terus bagi toto, bantal and bukakkan aircon. Pandai-pandailah korang nak tidur cane, sebab aku pun tak tentu arah ni haha.Yang lelaki tidur ngan pengantin lelaki kat homestay. Yang perempuan tidur ngan pengantin perempuan kat rumah hehe.

And malam tu jugak aku kena pakai inai untuk kali ketiga sebab tak pekat. Mimie ngan Nasya pakaikan. Macam mana nak pekat kalau setengah jam pakai dah bukak, suku jam pakai dah bukak hehe. Sebab ibu ngan kina buat kerja tak sampai hati tengok.

Lagi pun kina suruh jugak buat kerja walaupun kita pengantin. Sebab dia kata, ika pengantin sehari je, yang hari lain sama je orang lain, kena buat kerja jugak. Kata raja sehari.. Sehari jelah..

Jeles betul budak ni ngan aku lah -.-

So aku cerita sikitlah ye fasal majlis 7 Jun. 
Majlis 7 Jun tu bukan majlis aku je.
Tapi majlis abang aku sekali.

Aku walimatul urus.
Abang aku majlis sambut menantu.

Buat satu hari yang sama.
Aku nikah pukul 10 pagi.
Pastu orang datang makan pukul 11 pagi.
Pastu makan damai pukul 2 petang.
Pastu pukul 4 bersurai dan makanan catering pun diangkat hehe. Sapa datang lambat tak dapat makan nasik huhu maaf ya..

Kenapa kami buat majlis perkahwinan sehari sahaja? I mean nikah and majlis keramaian hari yang sama.

Pertama sebab nanti senang aku nak ingat tarikh yang terindah ni, pastu senanglah aku nak ingatkan anak anak aku supaya sediakan hadiah untuk aku nanti hehe. 

Kedua sebab nak senangkan ibu ayah. Orang tua ni penatnya lain. Kesian pulak kalau banyak hari lagi mereka berdua perlu berpenat.

Ketiga sebab aku fikirkan keluarga mertua. Seperti yang sedia maklum, husband aku orang ganu. Jadi perjalanan jauh and faktor penat jugak menyebabkan aku rasa better kalau buat majlis sehari jer. 

Keempat adalah untuk memudahkan urusan kawan-kawan. Almaklumlah, kawan serata negeri. And ramai jugak yang dari belah pantai timur. Siap bawak pasukan bola Kelantan lagi. 

Kelima sebab untuk senanglah senang kata! Tu je sebabnya. Aku jenis malaslaa nak fikir complicated sangat. Kalau buat 7 hari 7 malam, maka 7 hari 7 malamlah kita akan bertungkus-lumus. Kalau sehari, sehari je bertungkus-lumus he. 

So at last, bergantung kepada masing-masing jugak. Ada yang suka nak buat 2 hari. Sebab boleh tenang-tenang aje buat majlis.. Tak kelam kabut. Ikut mana korang suka.. Macam tu okay juga.. Tak ada masalah.. 

So alhamdulillah, nikah pagi tu okay. Dapat imam Khamis, alhamdulillah baik orangnya. Beradab, bertatasusila, berbahasa. Sedaplah kita jadi pengantin ni.. Tak kalut and gementar apa pun.. Sebab dia pun nak memudahkan urusan kita kan.. Terima kasih imam Khamis.. :-) 

Tapi yang nikahkan aku bukan imam yang baik hati tadi tu. Ayah aku yang nikahkan. Dan yang bertuahnya adalah sebab ayah aku guna bahasa arab. 
Takde masalah pun kalau kita nak guna bahasa arab. Cuma suami tak boleh reply dalam bahasa arab jugak. Maybe sebab takut kecelaruan makna ke atau tersalah faham ke, atau pihak saksi kurang jelas ke nanti. 

So ijab dalam bahasa arab.
Qabul dalam bahasa melayu.
Alhamdulillah sekali lafaz sahaja..

Tapi senanya sebelum tu ada berlaku satu hal yang mempanickan aku jugaklah haha.

Fasal saksi. Aku tersalah sangka. Aku ingat aku tak payah bawak saksi masa nikah sebab macam imam tu kata dia ada bawak saksi dua orang. Rupanya saksi dia memang dia bawak, tapi kita kena jugak sediakan saksi.

Suami memang dah sediakan dah saksi. Yasir dengan Syed, classmates aku.

Yang aku ni masa tu jugak baru nak cari haha. Kalut jugalah sebab nak panggil2 orang kan. Ayah yang panggilkan. Tapi semua orang refuse sebab tengok yang imam ngan bapak2 pengantinnya macam warak semacam je haha semua scary.

At last, dapat jugaklah saksi haha kalau tak aku takleh kawen.

Saksi pertama embah lanang. Umur 80+ pencen askar.
Saksi kedua Ali my dearest adik lelaki. Umur 18 Darul Quran.

Alhamdulillah, walaupun ada sedikit kekalutan masa tu, rupanya ada hikmah disebaliknya. Aku dapat saksi nikah yang warok. Dan dinikahkan oleh orang soleh jugak.

Jadi dengan rasa rendah diri aku berharap semoga dengan kebaikan dan keberkatan orang-orang soleh tersebut, dapatlah aku menumpang rahmat dan kasih sayangMu dalam rumah tangga aku dan suami, insyallah.. 

Ya Allah, aku mohon dengan keberkatan dan kesolehan orang-orang ini, kau berkatilah hidup rumah tanggaku dan suamiku yang tercinta. Kekalkanlah hubungan kami dalam kasih sayang dan kebahagiaan sampai hujung nyawa. Dan kau satukanlah kami dalam syurgaMu Alfirdaus.. ameen.


Jadi, kalau kita bercakap he takde bukti gambar tak best jugakkan. So jom tengok apa yang ada :-) 

(Gambar tak banyak buat masa ni, akan diupdate lagi di masa akan datang hehe)

Ni masa siap-siap nak menikah. Detik2 terakhir aku single.. Serius berdebar. Huhuhu

Along pakaikan selendang. Selendang pinjam je ni hehe. Acc, jurusolek aku adalah sepupu aku, Siti. Dan dia jugak jurukamera hari tu. Sian dia rushing sana-sini nak siapkan aku huhu. 

Bukan apa, sebab ayah tak kasi ambil jurucamera lelaki, lagi2 bukan mahram. Nak suruh amuaz tak boleh, sebab dia pun pengantin yang diraikan hari tu. Ali pulak, ofkos banyak kerja nak angkat-angkat barang. Kina... Em x kan kinah, so better Siti lah. 
Lagipun dia amek bidang camera and solekan sekarang. Degree lagi. Jadi memang tepat sangatlah pilihan aku. 

Solekan dia just nice.. Tak terlalu sarat. Nampak natural aje.. Suka.. :-) 



Sedang dibacakan ayat ayat cinta oleh suamiku :')
Nampak tak pandangan cinta aku tu? Ha masa ni aku memang tengah amek feeling dengar husband punya ikrar.. Sebab camera banyak ngan kan so memang kena fokus kalau nak dengar. Fokus hehehe


Hai im wifey to my lovely husband Muhammad Ilyas :')
Baju - baju nikah ibu
Selendang - pinjam cik nanie
Shawl - buat sendiri
Bunga pegang- hasil inovasi
Crown - beli kat kedai getah rambut
Solekan - Siti 
Entry penuh pasal Baju nikah baca SINI. 


Ni gambar sebaik saja lepas nikah. 
Keluarga baru ilyasiddiqah baru sahaja terbentuk :') 



Ahh nak letak jugak walaupun goyang haha 


Ni saat debaran sebelum bergelar sang isteri..
Pengapit aku Hani si manis. Ibu pulak temankan sebelah aku masa nikah. 
Ibu segan-segan jugak masa ni nak duk sebelah aku, mungkin sebab dia ingat aku nak kawan-kawan yang temankan aku. 
Tapi aku jemput ibu, ibu, mailah duk sebelah ika. Janganlah malu-malu. Ibu kan ibu ika.. :-) :-) :-) You always number one for me.. 





Pengantin masing-masing busy layan kawan. 
Husband tengah reply mesej tya rumah kat mana.
Aku tengah tunjuk cincin baru haha


Okay, nilah mertua kitaa. Ummi and abbiy. 
Baju sedondon biru. 
And dua orang adik kecik husband pakai baju sedondon dengan pengantin sebab jadi flower boy lah kononnya. Tapi Yunus main ke mana tah, tinggallah Isa kat depan tu sorang.. 


Syaroo yang manis dengan shawl pinknya yang didandan oleh aku. Hehe.
Dalam kesibukan melayan tetamu, sempat tau aku siapkan si kecik ni haha. 
Ni kawan berlawan nak menang aku. Kau kata kau bagus. Aku kata aku lagi bagus. Tak, kau kata kau lagi lagi bagusss. Tak aku kata aku lagi bagusss haha sampai tak habis. 




Antara kawan kawan lama yang sanggup datang awal awal sebab nak tengok itew menikah. Terima kasih Hanim ngan Sol. Sol sekarang study UKM. Hanim study KUIS. Kawan baik sekolah menengah. Masing-masing ada cerita tersendiri dengan aku.. :-) 
Seronok tengok wajah kegembiraan seorang kawan kat air muka diorang.. Terima kasih kawan..  :-) 


With siblings pulak. Pasni susah dah nak bergambar 4. Mesti jadi 6 plus-plus. Sayu sangat masa ni. Nak nangis kang over pulak hehe. 



Oh yeah. Ni gambar paling cantik dapat snap kat pelamin masa pakai baju nikah full. Ni jelah gambar yang ado haha.
Pelamin design by Kinah, my dearest adik perempuan. 
Gambar edited by aku huahua




Inilah muslimat perkasa PISMP 3.06 nak masuk 4.06 hehe. 
Terima kasih semua sebab sudi datang walaupun ada yang sampai kena menempuh jangan berliku macam Asmaa' haha. 
Ni semua ni mak andam aku. Penjaga bilik aku, pastikan sentiasa kemas and clean bila orang masuk nak snap gambar hehe. Tukang menolong rewang. Potong-potong buah, siapkan rumah bagi nampak kemas always. Terima kasih banyak. Deme memang best sebab suka buat rumah macam rumah sendirik hehehe. Itulah kelebihan kami, anggap diri sebagai family so takde rasa segan. Buat kerja macam kat rumah sendiri. Terima kasih banyak. 

Yang ada dalam gambar : Solehah, Asmaa', Maisarah, Fadhilah, Hani, Syaroo, Nina, Nasya, Aqilah, Kak Teha, Along, Mimie. 

Yang tak ada dalam gambar : Fizah and Yana ( tak dapat datang) , Ara ngan Balqish ( datang ngan family so tak datang kumpul sama). 




Ni lah family PISMP 3.06 hihihi..
Terima kasih semua. Yang lelaki pulak ada yang jadi saksi, ada yang jadi tukang sambut tetamu, tukang berqasidah, tukang doa, tukang jaga kebajikan kawan, almaklumlah tuan rumah busy sampai kadang2 terlepas pandang. 

Tambahan daripada tadi, lelaki yang ada  dalam gambar : Faiz, Syed, Yasir, Badar, Zikri. Faizal nampak tangan aje tu. Din tak dapat datang. Zul datang dengan famili. 

Terima kasih keluargaku. Semoga Allah permudahkan aku datang majlis korang pulak nanti ye.  Ameen. 

Salam terima kasih bersama sayang melimpah ruah daripada classmates korang, ilyasiddiqah 
Hehe over ngat kan



Ha ni pulak kawan sekolah menengah hehe. Geng-geng SMA Parit Raja. Cuma yang tudung hitam kat tengah tu je beza sikit. Dialah cikgu, warden kawan dan teman yang baik untuk aku dulu. Terima kasih Ustazah Faza, i always love u :-) :-) 

So cik cik kak yang manis  ni kebanyakannya semua dari USIM. And kebanyakannya semua tengah study week ni. Sanggup dan sudi datang ye walaupun esok ada yang exam T.T

And walaupun dulu aku tak banyak sekepala ngan korang since aku ni budak skema kuangkuangkuang. Tapi baguslah. Tulah namanya kawan. Tak kira siapa kita dulu dan selamanya, tetap ingat kat kita, datang majlis kita. Huhu. Ya Allah permudahkanlah urusan aku untuk datang majlis diorang pulak nanti. Ameen 

I love u smaprian. :-) :-) :-) 

Yang ada dalam gambar : Ustzh Faza, Ummu, Jumek, Hanim, Soleha,  Eida, Tinabil , Echa, Tein, Ecot, Hajar, Syuk and Along. Hajar paling lama tak jumpa sebab dia pindah after form 3.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku dan suami sangat happy sebab majoriti yang dijemput dapat datang. Memang ramai sangat yang datang, jadi kami mintak maaf kalau terkurang bagi perhatian dan kasih sayang ritu. Senior2 maktab pun ada yang datang. Walaupun kita tak berapa rapat dan aku and suami bukan orang yang bagus sangat kat maktab, tapi korang datang jugak. 

Oh ya paling menyentuh hati suami aku, ex-ydp Asyraf Azhar and ydp IPG Rahman pun datang hehe. Tarharu sangat.. Tak sangka dorang datang sebab kitorang biasa-biasa je.. Ngeee. 

Apa-apa pun terima kasih sebab datang. Tak kiralah korang siapa. Aku ngan suami ingat insyallah. And siapa yang bagi kad, hadiah and ada turunkan tandatangan dalam guessbook semua kitorang simpan. Dan akan bukak-bukak satu hari nanti untuk kenang kembali kisah paling best dalam hidup ni hihi. 

Banyak sangat nak cerita. Rasa panjang sangat kalau buat satu entry je. Nanti aku akan sambung the next entry citer pasal baju kahwin, DIY pelamin, guessbook, doorgift and banyak lagi lah. Huuu excited nya ingat kenangan masa kahwin dulu! 

Untuk kali ni, ni je mampu diupdate. Next episod kita cerita pasal lain pulak ye. Semoga cerita-cerita ni akan bagi korang idea cane nak rancang majlis kahwin yang lebih baik dan bersedia. 

And senanya entry-entry ni semua dibuat ikhlas dari hati aku untuk diri aku, suami dan bakal anak-anak aku. Aku nak anak aku bacaaa! :-) 

Dan juga kepada sesiapa yang suka nak baca. :-) 

Okay itu saja. Doakan aku dan suami ya.


Salam cinta Allah daripada ilyasiddiqah.. 

For the pleasure of Allah 

Assalamualaikum