Friday, April 14, 2017

APA ITU GMO DAN NON GMO?

Assalamualaikum

Ok, kali ini saya nak share apa maksud GMO dan Non-GMO. Apa yang saya faham, saya coretkan di sini sebagai pengetahuan. Harap anda semua faham apa yang saya faham ya ❤️

Apa itu GMO?

GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Apakah gen ?

Setiap tumbuhan dan haiwan diperbuat daripada sel-sel. Pada pusat sel  terdapat nukleus. Di dalam setiap nukleus terdapat rentetan DNA. Urutan pendek DNA dipanggil gen. Gen beroperasi dalam rangkaian kompleks yang halus dikawal selia bagi membolehkan proses organisma hidup berlaku di tempat yang betul dan pada masa yang tepat.

Kalau dulu kita kita belajar kaedah cantuman pokok(pokok dengan pokok) kaedah kacukan haiwan (haiwan dengan haiwan yang sama jenis) tapi sekarang, teknologi sudah canggih dan manusia mula bertindak diluar tabii. Gen manusia dan haiwan telah dimasukkan pada tumbuhan, begitu juga gen haiwan lain telah dimasukkan pada haiwan yang berlainan jenis. Sebagai contoh , jurutera genetik telah memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau Bt ke dalam DNA jagung. Gen Bt menghasilkan protein yang boleh membunuh serangga , dan pemindahkan gen membolehkan jagung untuk menghasilkan racun perosak sendiri.

Dengan pengubahsuaian genetik ini juga membolehkan sesetengah pokok tahan lasak kepada racun serangga perosak. Contohnya seperti  Kacang soya - Gene diambil dari bakteria (Agrobacterium sp. strain CP4) dan dimasukkan ke dalam kacang soya untuk membuat mereka lebih tahan racun herba.  Jadi, dengan ini petani-petani moden, dengan sewenang-wenangnya menyembur racun perosak pada tumbuhan bagi membunuh serangga perosak yang merosakkan tanaman.

Adakah GMO selamat?

Negara-negara yang paling maju tidak menganngap GMO selamat. lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua Negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Dimudahkan cerita, pada tumbuhan, teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.

Apa pula Non-GMO?

Non-GMO adalah sebaliknya daripada GMO Ia merupakan organisma yang tidak diubahsuai secara genetik. Bermaksud, ia membesar secara semulajadi tanpa ada pengubahsuaian gen.

Apa kelebihan ESP Shaklee?

Okay semua tahu kan yang ESP Shaklee adalah product bersumberkan soya yang tidak GMO. Non-GMO Soy. So ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Jadi, pilihan ditangan anda. Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Aisyah Siddiqah


Saturday, March 25, 2017

Our Two Wonderful Years As Hubby Wifey Yang Still A Full Time Student IPG


Assalamualaikum ❤️

Time berjauhan macam nih memang syok sangatlah nak berjiwang -jiwang. Hehe. Ilyas tengah keluar tabligh 4 bulan di India Bangladesh nih. Memang hikmah sangat bagi Siddiq keluar tabligh ni tau sebab kita akan kenal erti rindu, menghargai, kasih sayang lebih dalammm dan lain lain lagi. Tapi niat mesti kerana Allah, barulah rasa tu timbul dengan nikmat. Kalau tak kita akan rasa sedih, tak kuat, tak redha and macam macam rasa negatif. Tapi Alhamdulillah setakat ni dah sebulan jugak Ilyas kat India / Bangladesh tu. Siddiq okay je dan menjalani hidup dengan baik bersama ibu ayah famil and my ilyasiddiqah junior dalam tummy ni hehee.

Hari ni rasa nak throwback cerita kami masa zaman muda mudi dulu lepas kahwin. Now dah nak masuk 3 tahun lah kami berkahwin. Inshallah anniversary yang ketiga perkahwinan Ilyasiddiqah ni, our junior dah lahir 😁

Oh ye lupa nak kabo, dalam 2 hari lepas 16/03/2017, Siddiq dah pun LULUS lesen memandu kereta hehe Alhamdulillah.

See? Sebenarnya bila kita niat kerana Allah, kita redha, kita gembira, Allah memang akan memudahkan urusan kita. Sebenarnya dah dekat 5 tahun tau Siddiq nak ambil lesen kereta semula since Siddiq pernah ambil masa zaman PPISMP dulu tapi gagal dua kali so rasa down lepas tu ada pulak tragedi Siddiq langgar tembok masa drive kereta Avanza ayah hahaa. Habis kemek. So masa tu memang rasa TAK BOLEH memandu. Rasa down. Rasa trauma. Nak ambil lagi tapi takut last last sampailah 5 tahun selepas kejadian tak ambil ambil hehee. Tup tup masa Ilyas keluar ni lah Siddiq Alhamdulillah Allah tolong dapat ambil lesen kereta semula. Start dari zero tau hahaa. Sampailah berjaya leni. So Alhamdulillah ❤️

And 16/03/2017 tu pun ada satu lagi berita gembira! My adik Nur Sakinah telahpun bergelat Ummi kepada seorang baby boy yang diberi nama Amru Al-As Alhamdulillah. So memang berganda gandaaa lah kegembiraan ai tauuu 😍

Bila tengok Kina dah ada baby ni, kita pun rasa tak sabar nak peluk anak sendiri. Baby I or A (sebab tak tahu jantina lagi hehee), nanti keluar biar senang, mudah, dan cepat ya. Mama tak sabar nak jumpa anak Mama yang soleh/ah ni ❤️

And also, bila Kina dah ada komitmen ni kita kena duk jauh sikitlah daripada dia kan. Tengah fasa tak ada kawan rapat ke hulu ke hilir lah sekarang nih. So terimbaulah kenangan bersama Papa awak Maulana Muhammad Ilyas Rusman tu ha masa study degree dulu.

Alaaa best sangat zaman study dulu. Enjoy je walaupun sebenarnya taklah 100% enjoy sangat. Banyak jer komitmen. Banyak je ujian masalah dugaan. Tapi best je hadapi hidup susah senang bersama sebab we are alwaaaays together. Cewah. Hehee.

Ingat lagi, masa mula mula kahwin dulu kitorang tak ada kereta. Stay asrama lagi masa tu. Duduk asing asinglah since IPG tak galakkan perkahwinan masa tengah study. Praktikum pun asing lagi masa tu. Tak sedih pun tapi tak berapa bestlah sebab kita dah kahwin kan so mestilah nak stay sama sama buat kerja sama sama saling membantu dll.

Tapi Alhamdulillah bila habis tempoh susah senang tak berapa nak bersama sebab tak duduk bersama tu, Allah beri rezeki pada kami. Ilyas dapat beli kereta, and Ilyas dapat rezeki duk rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Alhamdulillah rezeki sangat. Paling best best best sangat masa ni, masa stay rumah bersama πŸ˜‚

So Ilyasiddiqah punya rumah pertama adalah rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Ilyas bukan warden tau kat situ. Dia jadi guru Tahfiz Elit. So kerja dia just conduct budak tahfiz yang terpilih dalam 20 orang jer untuk dihafizkan dalam beberapa tempoh masa tertentu dengan bilangan juzuk hafalan yang pihak sekolah tetapkan.h

So, rumah pertama kami ni memang best sangat bagi Siddiq, walaupun tak besar mana dan kena panjat tangga sampai 3 tingkat yang macam 5 tingkat tuuu, beberapa kali sehari. Fuh mencabar! Tapi okay lah kan untuk kami berdua. Muda lagi and kurus (la sikit) masa tuh hahaa.

Rumah tu ada satu ruang tamu, satu dapur, tiga bilik and dua bilik air. Bagi Siddiq rumah tu best sebab senang nak jaga and selesa and menyimpan 1001 kenangan dengan my husband.

Kami kan berkahwin semasa belajar kan iaitu time semester 3 nak masuk 4. So daripada semester 4 hingga semester 8 tu kami adalah suami isteri. Duduk rumah tu pulak since semester 5. Kalau nak tahu, IPG tak benarkan students pregnant semasa pengajian, kalau pregnant kena tangguh semester. So kami tak naklah tangguh. Pepandai ko lah rancang hahaa. Yang paling tak nak sekali Ilyas sebenarny sebab nanti kena pisah ngan ai leceh kan sorang dah habis sorang belum.

So lepas kami kahwin tu, kami memang spend time together and enjoy ourselves hampir 3 tahun jugak as students yang dah berkahwin hehee. Means kita memang tak ada komitmen or fikir apa apa tentang anak lagi. Belum fikir nak dapat baby. Kami just enjoy our love story, enjoy being students and also husband and wife. So memang hidup full with enjoyment lah hahaa.

But still, kami bukan orang berduit or orang kaya kan, pasal masalah duit sangat ada tapi kami saling menenangkan saling memahami and saling menguatkan antara satu sama lain. So dia jadi okay lah. Means enjoy tu enjoy tapi takdelah tak beringat sangat.

Contohnya kalau nak tahu, kami berdua TAK PERNAH pergi honeymoon pun lepas kahwin sampai sekarang. Nak tu nak jugak sebab tengok kawan kawan pergi honeymoon bestnya rasa tapi pitih takdok so ko duduk jelah rumah k. Hahaa.

Tapi takdelah miskinan sangat. Ada je lah duit kalau nak pi pun. Tapi entah lah. Maybe kalau pergi makan angin duit terlabur berlebihan sangat so memang tak mampu lah senang cerita.

Pernah gak tanya Ilyas kenapa awak tak tekankan sangat ea pergi honeymoon bercintan cintun dengan saya?

Dia jawab : Entahlah saya rasa baik duduk rumah je. Baring baring lagi best. Ada jugak awak. Kalau ada anak mungkin lebih seronoklah nak makan angin sebab maybe anak kita akan seronok so kita akan seronok jugak.

Okay fine so memang tunggu anak lah ni ye πŸ˜‚

Tapi takpelah masing masing ada cara masing masing untuk handle family sendiri kan.

Walaupun Ilyasiddiqah tak suka atau lebih kepada tak pernah (sebab suka tu suka je kot tapi tak pernah pergi so tak tahu suka ke tak hahaa) honeymoon jalan makan angin berdua, tapi Ilyasiddiqah suka reward diri sendiri hahaa.

Hampir setiap minggu or dua minggu sekali kita akan window shopping or gi jalan kat mall hahaa. Bukan menyoping sangat pun, dapat makan aunti anne pun dah kira sesuatu yang seronoook sangat masa tu tau πŸ˜‚

And jangan tak tahu ea yang ajak shopping ni biasanya Ilyas ok. Ai tak berapa sangat pun. Kitorang terbalik. Kalau pergi mall, yang kena berjaga jaga ialah Siddiq, sebab kalau terlepas pandang tetiba jer Ilyas tu boleh hilang. Hilang dibalik barangan barangan jualan yang dia nak beliiii. Yang kena tunggu is me ok. Ai yang kena cakap : ni tak payah tu tak payah. Yang tukang jeling bila tak dapat beli is My Husband. Hahaa geramnyaa!

Tapi takpelah. Pro and contra biasalah tu kan. Teringat masa zaman tengah busy praktikum. Eh tak nak lah ingat praktikum dulu hahaa. Teringat masa busy class.

IPGKPI Bangi ni rasanya IPG paling strict sekali dalam dunia. So part peraturan memang tak best langsunglah. Memang jenis peraturan menganiaya students hahaa sorry to say. Antaranya adalah masuk IPG kena pukul 7.30 pagi and hanya boleh keluar pada jam 3.30 petang. Habis kalau macam kami ni duduk luar, lepas tu tak ada class, nak tunggu dari pagi sampai petang kat dalam IPG lah ya?

Jawapannya YA. Ohemgi jangan ingatlah peraturan IPGBANGI memang nonsense tau. Sakit ja hati bila ingat. Kalau nak jugak keluar IPG kena gi HEP and dapatkan tandatangan pihak lecturer berkenaan. Kalau tak dapat macamana? Tak dapatlah keluar so pandai pandai kau lah buat apa apa sementara tunggu nak keluar tu.

Yela kami students sebenarnya bukan budak budak lagi. Semua dah besar panjang, dah kena uruskan hal kehidupan by ourselves kan. So mestilah kita ada urusan kat luar contoh kat bank ke apa. Kalau keluar pukul 3.30 petang, nak settlenya bila? Biasanya pukul 4 petang diorang dah tak bagi ambil nombor. So bila laaa nak settle halnya lahai.

Haaa tulah masalahnya yang memang pihak HEP IPGBANGI tak pernah faham and tak pernah kisah pun kesusahan and kelecehan students. Memang stress duk IPGBANGI bab peraturan. Huhuu. Langsung tak ada kebaikan weh serius.

Okay panjang pulak meleber. Sebenarnya nak cerita kami malas nak berurusan dengan orang yang sebenarnya memang tak nak bagi kami balik awal ni so kami biasanya tunggu jer sampai 3.30 petang baru balik. Penat tau. Bayangkan dari pagi duduk dalam class kat IPG, petang balik nak kena settle hal rumah tangga lagi. Tu tak jadi masalah lah untuk settlekan rumah tangga tu sebab Siddiq enjoy je. Yang tak enjoy bila kita duk melepak kat IPG tu ha takde buat apa padahal kerja kat rumah banyak.

Siddiq biasanya akan masak tau untuk makan malam. Means balik IPG tu kena masak dah. Sebab Ilyas akan turun solat maghrib terussss sampai habis class Tahfiz dia nanti dalam jam 11 malam baru naik rumah semula. So nak tak nak Siddiq kena siapkan malam malam before azan maghrib. Sebelum dia start bekerja lah senang cerita.

Biasanya sampai rumah dalam jam 5 petang lebih sikit sebab bila keluar IPG pukul 3.30 petang, itu ini dah azan asar kan? So memang berhenti solat kat luar. Nak on the way balik pulak biasanya stuck jammed sebab Putrajaya area orang busy kerja. Memang banyaklah kereta nak oi. So hampir hari hari macam nilah kami tempuhi.

Sampai rumah jam 5 petang biasanya Siddiq taklah terus masak dinner. Penat oi. Biasanya dalam jam 6 petang baru start masuk dapur lepas rehat baring baring jap.  Kelentang kelentung kat dapur, lepas tu siap. Masak pun cincai jer asalkan perut ada nasik (jawa sangat ko hahaa).

So sebelum Ilyas turun mengajar dia akan makan dulu (sometimes tak sempat sebab dia mandi lamaaa 😭), and kami akan jumpa kat rumah semula dalam jam 11.00 malam sebab class dia habis jam 10.30 malam.

Siddiq pulak ada class mengajar mengaji anak anak cikgu/staff SAS tu. Start jam 8.00 malam sampai 9.30 malam. Pergi suami hantar balik jalan kaki hahaa. Padahal sekangkang kera je sebenarnya dari rumah ke surau tu. Tapi yelah sekolah tu sekolah lelaki kot macam Hanazakarino Kimitachi E tu hahaa. So im scared lah. Walaupun tak ada apa apa pun sebenarnya, okay je, tapi yelah ai takut jugak sebab they are still boys kan. Budak besar besar pulak tuh.

Tapi time balik Siddiq boleh jalan kaki sebab  diorang dah pergi Prep kat bangunan sekolah. Kalau ada budak budak pun seketul dua je so berani lah jugak. Buat muka confident. Hehee. Sebab nak surug Ilyas hantar pun sebenarnya macam perkara tak masuk akal. Yelah dekat gilaaa kot. Dia dah lah tengah class tasmik so okay lah I have to be STRONG! πŸ’ͺ

So macam tu lah kebusy-an kami as husband wife yang still student.


















Saturday, March 4, 2017

My Shaklee Group : Felicitous Firyals

Assalamualaikum dearies :)

Today Siddiq nak cerita mengenai my group dalam Shaklee iaitu Felicitous Firyals!


Maksud Felicitous


Maksud Firyal


So gabungan nama group ni bermaksud PUTERI PUTERI YANG BERJAYA,YANG TEPAT DAN YANG TERBAIK! Siddiq guna 3 bahasa dalam group ni sebab anak anak downlines Siddiq panggil Siddiq Omma :D
  • Felicitous : English
  • Firyals : Arab
  • Omma : Korea
Hahaa comel tak nama Siddiq bagi? Ini gabungan idea and kebenaran daripada my husband. Sebenarnya nak letak Felicitous Fairies. Tapi husband cakap khurafat sebab fairies tu pari pari OMG ok husband hehee. So carik punya carik nama elok untuk huruf F, Firyal je yang keluar. Walaupun berbelit lidah tapi takpelah bolehlah kan hahah.

Okay lepas tu, group ni terlah tertubuh pada Februari 2017. Antara ahli yang awal adalah :
  • Alya Amirah
  • Nadiatul Azwa
  • Azreenah
  • Najwatul Syafiqah

Masa artikel ini ditulis iaitu awal bulan Mac tambah lagi sorang :
  • Siti Fazliah


So sebenarnya tujuan group ini ditubuhkan adalah untuk memberikan ilmu tentang Shaklee dan marketing kepada anak downlines Siddiq. Siddiq sebenarnya dapat banyaaaak sangat ilmu Shaklee since 3 tahun lepas, yelah 3 tahun kot Siddiq belajar pasal Shaklee and Siddiq apply sikit sikit dari masa ke masa. Of course semua ada dalam otak. And kat buku notes Shaklee Siddiq hehe. Cuma Siddiq tak ada downlines, sebab Siddiq tak cari and takut nak ambil downlines dulu dek kerana tak faham concept Shaklee ni ha. So agak rugiii di situ sebab ilmu tu terperuk jer kat buku and untuk diri sendiri jer. Kalau Siddiq ajar orang lain and ia bermanfaat pada orang tu, contohnya orang tu boleh dapat income lebih, why not Siddiq buat kan? Alang alang sekarang memang Siddiq ada masa and boleh bagi komitmen.

And bila dah ada downlines, Siddiq tak nak diorang join Shaklee ni rugi sebab dapat upline yang tak bertanggungjawab. Huhuu ramai tau yang macam tu tapi Siddiq tak mauuuu! Sebenarnya besar tanggungjawab Siddiq kat dalam group ni. So Siddiq kena buat yang terbaik! Kena sampaikan ilmu kepada my downlines sebaiknya.

Aim utama Siddiq adalah nak masukkan dorang dalam group besar under Master Lyana Hisham. Requirement yang diperlukan adalah 300uv sebulan untul yang newbies! So inshallah Siddiq akan usahakan sampai diorang semua dapat masuk group tu!

And yang lebih besar daripada tu Siddiq nak jadikan diorang ni SUPERVISOR dalam Shaklee! Ni at least la as tangga pertama bermula kejayaan dalam Shaklee hehee. Sosekurang kurangnya my Firyals jadi supervisor Shaklee! Ameen. Sebab saja nak bagi diorang merasa dapat bonus at least 4 angka sebulan. So Siddiq kena usaha, diorang pun kena usaha! Cayokkkk!

So kepada yang tertanya tanya bagus sangat ker group FF Siddiq tu? Apalah agaknya ilmu yang Siddiq nak bagi tu? Hahaa meh lah contact Siddiq ilmu Siddiq bagi ni tak sama tau dengan bisnes online lain bagi hihii and inshallah kalau awak register dengan Siddiq, Siddiq akan asah awak betul betul sampai awak boleh jual Shaklee dengan yakin dan berjaya dalam bisnes Shaklee, dengan syarat AWAK BUAT! Ameen.

Okay itu saja perkongsian Siddiq. Jangan lupa save nombor Siddiq senang nak tanya hihii

011-33099034
Aisyah Siddiqah
Omaa Felicitous Firyals


Okay itu sahaja pengenalan untukmy Felicitous Firyals. 

CLOSING SHAKLEE PERTAMA BAGI ILYASIDDIQAH YANG SANGAT MENDEBARKAN!

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah closing FEBRUARY 2017 adalah yang palinggg penat dan zombiiii sangat sepanjang Siddiq join Shaklee hahah! πŸ˜„

Serius lah memang rasa nak demam, muntah, pening disebabkan tsunam Shaklee ni ha. Sampai tak keluar bilik dua tiga hari, tak cukup tidur, makan tak menentu dan macam macam lagi lah kenangan closing February nih!

Walaupun sebenarnya target yang Siddiq aim belum tercapai sepenuhnya, tapiii Alhamdulillah Februari ni adalah sesuatu yang berbezaaa sangat dengan bulan bulan sebelum nih! πŸ˜ƒ

Antara pencapaian February yang Siddiq dapat adalah:

My first month jadi Omma
Dapat 4 anak sekali gus
My anak dapat buat salesssss!!!
My first time jadi speaker dalam class
Dapat bonus yang dah nak capai 4 angka

Walaupun bulan ni tak dapat title supervisor lagi tapi sebenarnya Siddiq puas hati jugaklah dengan pencapaian Februari 2017 ni walaupun semput mengejar target tu ha. Sebab February ni sebenarnya Siddiq start agak lambat. Yelah 14 February hari tu temuduga kan. So maksudnya 1-14 hari bulan tu memang tak fokus Shaklee. Tapi I did a really great job sebab boleh pecut sejauh ini! (tepuk tangaaan!)

Sebenarnya bulan February adalah bulan pertama Siddiq bekerja dalam kumpulan sepanjang 3 tahun Siddiq join Shaklee ni ha. Siddiq ada group sendiri. Siddiq jadi Omma. Alhamdulillah bulan pertama ni, total group sales mencapai RM6000! Walaupun lambat bertindak hahaa tapi Alhamdulillah akhirnya Siddiq berjaya bertindakkkk!

So inilah downlines dalam bulan Februari Omma Siddiq yang bekerja keras bersama Omma nih :D

  • Nadiatul Azwa          
  • Azreenah Shahari
  • Alya Amirah

Tahniah anak anak Firyals ku!

Berbalik kepada tajuk, kenapa mendebarkan? Hahaa sebab masa ni adalah kali pertama Siddiq rasa sebenar-benar closing Shaklee. Selama ni dapat jugak income tapi tak banyak. Buat puas hati diri sendiri jer sebab dapat jugakkan income tu ha. Hehee. 

Tapi not for bulan Februari 2017! Tiba tiba last minit UV Siddiq meningkat dengan mendadaknya and dapat pulak support daripada anak-anak. Ya Allah rasa nak kejarrr sangat title Supervisor tuh! So bila target nak naik Supervisor, and UV pulak dah nak capai (tapi belum capai) hahaa, berdedarnya tu lainnnn macam.

Alhamdulillah walaupun tak dapat lagi kejar Supervisor, tapi kalau husband Siddiq tahu incomse Siddiq berapa ni mesti dia bangga hihihi. Alhamdulillah :)

Terima kasih suami yang selaluu support dengan macam macam cara, kadang husband mampu ajar pasal product tau sebab dia rajin membaca hahaa. Contohnya kenapa Shaklee is the best supplement kenapa Vitamin C Shaklee terbaik kenapa Vivix memang highly recommended ha semua tu kita study sebab suami kita rajin membaca. Andddd maklumat yang dia sampaikan tu bukan dari blog blog ya, blog I pun boleh baca hahaa. Tapi maklumat tu dari Shaklee US. So memang details and science sangattt! Terima kasih jugak ibu ayah sebab setiap hari doakan dan tanya perkembangan. Terima kasih kepada Kina and husbandnya yang sentiasa support dan memahami, selalu tolong and selalu back up I hihii 😁

Terima kasih jugak kepada my babies Firyals yang percayakan Omma, and selalu bagi support, and selalu buat Omma rasa I have to do betterrrr! And tak lupa kepada semua customers Shaklee yang percayakan Siddiq and support bisnes Siddiq 😁

Lanje sikit gambar dua ketul makhluk Allah yang join Shaklee dah lama tapi baru nak start enjin nih hahaa




Aisyah Siddiqah
Felicitous Firyals Omma


SKINCARE ASAS NUTRIWHITE SHAKLEE

Assalamualaikum and Hai semua! πŸ˜ƒ

Jangan tak tahu, Shaklee pun ada skincare tersendiri tau, inshallah selamat, berkesan and jimattt! Siddiq akui memang agak pricey, tapi jimat sangat tau boleh guna sampai 6-8 bulannn ! So untuk post kali ni Siddiq share SET ASAS je dulu ok?




Okay here Set Asas Skincare, at least ada 3 items ni baru lah kulit boleh :

🌼Moisture
🌼Jerawat malu nak tumbuh
🌼Parut pudar
🌼Glowinggg

🌿NUTRIWHITE SKIN CARE SHAKLEE🌿

Set Asas Nutriwhite skincare ni terdiri daripada:

🌷GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER
Untuk membersih kulit muka daripada segala jenis kekotoran like habuk, asap, debu yang melekat kat kulit muka kita. Pencuci ni memang betul-betul mencuci kulit muka kita secara menyeluruh tau. Sebab tu nama pon "gentle deep".

🌷SOOTHING RADIANCE WHITENING LOTION
Untuk menyegarkan dan melembapkan kulit muka. So that bila stay dalam aircond pon kulit tal kering or dehydrate.

🌷ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION
Untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV dekat luar. Dibekalkan dengan SPF 15. Highly recommended untuk yang selalu kerja outdoor.

So siapa nak pakai skincare yang bebas chemical, trusted and semula jadi ni meh whatsapp Aisyah meh. Nanti Aisyah terangkan laagi details k

AisyahShaklee 011-33099034

Thank you for reading!

Thursday, February 9, 2017

Set Kesuburan Shaklee

DETAILS MENGENAI SET KESUBURAN :

Assalam and hai semua, today Siddiq nak share mengenai fungsi supplement Set Kesuburan Shaklee since ramai juga yang bertanya. :)

Supplement dalam SET KESUBURAN SHAKLEE:

πŸ’šGLA untuk stabilkan kitar haid & hormon, also untuk hasilkan ovum yg sihat.

πŸ’šALFALFA untuk atasi masalah keputihan yg bolsh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Juga utk stamina & byk kan pelincir semasa bersama suami.

πŸ’šB complex as anti stress, stress ni boleh ganggu hormon dan effect kesuburan. Also ada Folic Acid utk perkembangan awal baby, mmg disarankan consume masa ikhtiar hamil lagi.

πŸ’šVITA LEA membantu utk pastikan HB you di paras normal, low HB berisiko utk mengalami keguguran. Dalam Vitalea juga ada Folic Acid, combination dgn B complex memang complete cukup dah total folic acid yg u perlukan utk hamil.

πŸ’šESP untuk menguatkan otot rahim. Sometimes ada yg lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah ESP bantu utk perlekatan lebih kuat.

πŸ’šVIT E utk kekerapan penghasilan air mani bg suami.

πŸ’šVITA LEA juga Husband boleh consume. Dalam Vitalea ada Zinc yang boleh bantu banyakkan sperm count and also hasilkan sperm yg lebih sihat & active.

So sebarang pertanyaan lanjut boleh contact Siddiq ya!

Siddiq 011-33099034

Set Kehamilan Shaklee

DETAILS SET KEHAMILAN :

Pengambilan supplement dan vitamin yang cukup kunci kepada :

❁ Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
❁ Perkembangan fizikal bayi yang sihat
❁ Pencegahan baby dari mendapat jaundice

Antara supplement yang boleh diamalkan semasa kehamilan:
.
1) Vita-Lea® Iron Formula
❁ Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. ❁ Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
.
2) Sustained Release Vita-C
❁ Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
❁ Membantu Penyerapan iron yang lebih berkesan – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.
.
3) B-Complex
❁ Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. ❁ Mengatasi masalah kencing manis.
❁ Mengurangkan sakit kepala / migrain.
.
4) ESP
❁ Memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam. ❁ Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. ❁ Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
❁ Baby lebih cerah dan gebuuuu 😍
.
5) Ostematrix
❁ Baby serap almost 90% kalsium ibu.
❁ Jika si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
.
And ada tambahan semasa masuk trimister kedua iaitu OMEGA GUARD. InshaaAllah pengambilan Omega dapat membantu dalam PERKEMBANGAN MINDA BAYI supaya lebih active dan cepat belajar. Omega Guard juga membantu MENGAWAL KENAIKAN BERAT BADAN secara mendadak semasa hamil.
.
Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi Aisyah terus menerusi whatsapp ye inshallah kita akan suggest mana yang perlu ikut budget awak πŸ˜‰
.
AISYAH SIDDIQAH
011-33099034
Your Shaklee Ind. Dist

Set Berpantang Shaklee

BERPANTANG CARA MODEN

Dalam 2 tahun lepas Aisyah ada pergi melawat my teachers kat sekolah menengah tau. Tak silap Aisyah sebab nak bagi kad kahwin hehee. So sambil sambil cerita pasal diri sendiri yang nak kahwin tu, kita beramah mesra juga dengan cikgu mengenai hal hal kehidupan.

Dalam syok syok bercerita, ada sorang cikgu Aisyah ni cakap,

Eh Aisyah awak jual Shaklee kan?

Aah heheee. Kenapa Ustazah?

Saya hari tu bersalin makan Shaklee. Tak ambil Set Bersalin atau jamu jamu lain. Alhamdulillah cepatlah luka sembuh. Susu pun banyak. Baguslah product Shaklee ni. Bezalah dengan masa lahirkan anak anak sebelum ni. Pantang cara moden sekarang ni hehee.

Aisyah pun apa lagi. Teruja gila lah hahaa. Sebab masa tu baru berjinak jinak dengan Shaklee. Pastu dapat pulak testimoni jujur dan direct. Cuma cikgu Aisyah tu bercakap kan so tak ada lah teks nak di screenshot atau apa. Hehee.

Tapi Alhamdulillah Aisyah memang dah ramai yang cakap - bezalah ambil Shaklee masa pantang dengan tak ambil. Ada 2-3 orang juga pernah cakap macam tu dekat Aisyah.

Kalau yang memang ambil Shaklee macam Aisyah dari sebelum preggy anak first maybe kita tak dapat bezakan antara time ambil Shaklee dengan tak kan. So bila ada orang berpengalaman yang buat perbandingan ni rasa macam WOW sangat πŸ˜‚

So ada beberapa supplement dalam set ini:

πŸ’šESP: Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik 😘

πŸ’šVITAMIN E: Hilangkan parut stretch mark dgn lebih berkesan, untuk kulit lebih flawless & glowing, juga utk mereka yg nak hilangkan parut jerawat jeragat semua yg mungkin naik disebabkan perubahan hormon semasa hamil.

πŸ’šVITAMIN C: Kuatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus. Vitamin C juga membantu luka kering lebih cepat.

πŸ’šOSTEMATRIX: Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki lutut pinggang cramp.

πŸ’šALFALFA: Buang angin dlm badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan.

πŸ’šVITA LEA: Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan. Dalam VITA LEA ada ZINC yang dapat membantu merawat dan mengeringkan luka bersalin lebih cepat.

πŸ’šOMEGA GUARD: Membekalkan EPA & DHA untuk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit.

Sebagai tambahan untuk ibu yang mengalami masalah bengkak susu, boleh tambah LECITHIN. Memang sangat sangat membantu dalam mengurangkan bengkak susu.

Untuk bakal bakal Mama yang due tak lama dah tu, boleh lah start prepare Set Berpantang yer. Yang tengah berpantang atau nak habis pantang nak consume pun boleh tau. InshaaAllah Shaklee nih antara pilihan yang terbaik πŸ‘πŸ»

Aisyah pun ambil set pantang Shaklee jer inshallah. Semua dah ada cuma ALFALFA jer belum beli. 😊

AisyahShaklee
011-33099034
Your Health & Beauty Consultant

BAGAIMANA SAYA BOLEH KENAL SHAKLEE?

Assalamualaikum.

Kita throwback cerita 3 tahun lepas yer. Masa tuu Aisyah masih study kat IPG sem 2 tak silap. Tapi masa tu Aisyah ada skin problem 😰 Roommate tahulah teruknya kulit Aisyah macamana. Ni bukan kulit muka tau. Kulit muka Alhamdulillah ok. Ni kulit kakiii. And also Aisyah ada masalah HB low sejak sekolah rendah dulu. So bila dah masuk IPT ni rasa ada duit sendiri nak jugaklah kan ikhtiar untuk selesaikan masalah tu kan.

Lepas tu nak dijadikan cerita tetiba ada pulak orang berkenan dengan kita hahaa. So biasalah kan bila kita rasa ada push factor masa tulah baru nak bertindak. Push factor Aisyah masa tu adalah nak kahwin! Hahaa. So ai fikir ai tak nak kahwin dalam keadaan tak sihat dan tak cantik (semua orang macam tu kan H̠a̠h̠a̠h̠a̠  γƒ½(^o^)γƒŽ)

So Aisyah pun search sana sini cari something TRUSTED yang boleh selesaikan masalah kulit tadi. Kebetulan pulak I am a blogger tau. So memang kenal lah dengan blogger blogger Malaysia terkenal masa tu (walaupun depa tak kenal kami 😝) Selalu jadi inspirasi. Contohnya FL, Irine, Hanis Zalikha, Yuyu, Cik Epal, Eida Eina Mansur, Nurul Ain 8888, dan ramai lagi. Tapi ada one of them telah berjaya menarik hati ai untuk bersama dengan beliau. Dia ialah my master sekarang Master Lyana Hisham ❤️

Tak silap masa tu memang zaman mula mula jugak MLY buat business Shaklee. Tapi Aisyah memang selalu lah baca pasal Shaklee and tertarik dengan Shaklee sebab bila baca WHAT HOW WHO WHERE dan lain lain mengenai product Shaklee memang I fall in love sangat. And I trust this product!

Tapi tak mau beli lagi. Haaa ai punya teliti tak nak terrugi sikit pun ai pun fikir fikir and baca baca lagi mengenai Shaklee. Lepas tu ter study pulak pasal bisnes Shaklee. Hahaa.

Lepas semua sumber mengenai Aisyah cari, akhirnya kesimpulan yang Aisyah dapat adalah why not aku jual Shaklee? Nak pakai lama. And tak ada rugi. Lagipun dah nak kahwin bolehlah tambah tambah duit pocket masa tengah study ni kan.

So my first beli Shaklee is under my ID sendiri. Maksudnya beli pertama kali tu Aisyah terus jadi ahli 😁 Pilihan bijak tak? Heheee. Just bayar RM80 untuk jadi ahli, Aisyah dapat beli barang Shaklee dengan harga ahli hehee. Once sampai jer kat rumah terusss post gambar supplement and bagitahu kat FB yang Aisyah adalah Distributor Shaklee ❤️

Masa tu Aisyah beli Vitalea, Vita C, B Complex, dengan ESP untuk masalah kulit kaki dan HB low. Ya Alah seriously Alhamdulillah dengan cara makan yang betul and konsisten, HB Aisyah naik dan kulit pun beransur pulih! HB terus naik tau once Aisyah consume Vita Lea Vita C tu!

Maksudnya dah tak adalah rasa nak pitam bila naik tangga 5 tingkat setiap kali gi kuliah tuuu πŸ˜‚ Seriously sebelum ni memang rasa melayang nak pitam! Nak pitamnya lain, pucat lesinya lain. So bila makin OK tu apa lagi makinnn lah jatuh cinta sangat sangat dengan Shaklee. πŸ’š

Tapi tang kulit ni lambat sikitlah kesan dia. Tak adalah hari ni makan, esok okay. Dia ambil masa juga 2-3 bulan. Tapi memang nampak perubahan. Bila dah okay tu Aisyah beli Vita E pulak untuk hilangkan parut. Alhamdulillah Vita E Shaklee memang berkesan sangat untuk hilangkan parut. Memang sukalah Shaklee! πŸ’š

So dari situlah Aisyah kenal dan SUKA GILA kat Shaklee. Sebab memang trusted and Proved. Lagi suka bila buat bisnes dapat pulak untung kan. Bertambahlah duit pocket. Ok ah walaupun hanya bertambah RM20 sekalipun kan berbanding duit tu statik je. Mana best? Mana bijak? Ai lah yang bijak kuikuikui. 😝

So tu jer kisah Aisyah untuk petang ni. Macam tu lah cerita pengenalan Aisyah dengan Shaklee. Uols macam mana pulak? Adakah kenal Shaklee melalui Aisyah? Hihii gurau ja. Terima kasih pada yang sudi membaca petang petang macam ni. InshaAllah ada cerita lain yang bakal menyusul tau heheee. Stay tuned 😁

AisyahShaklee
011-33099034
Founder of ______ 😝

KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE?

Assalamualaikum.

Okay bersambung daripada entry semalam, hari ni Aisyah cerita lagi details kenapa Shaklee. Why I join Shaklee bisnes and why you have to join Shaklee bisnes with me. 😊

So here antara sebab WHY SHAKLEE :
  1. Modal rendah - Modal RM80 je sekali bayar, kita dah boleh start bisnes.
  2. Syarikat kukuh - Shaklee syarikat dari US yang kukuh dan sudah bertapak lama, nak masuk 60 tahun tau!
  3. Produk Berkualiti - Product kesihatan dan vitaminnya selamat, semula jadi dan berkesan. Produk shaklee dihasilkan oleh saintis Shaklee, bukan produk m rebranding. Lagi best Shaklee ada landmark study tersendiri kat US.
  4. Kos Sederhana - Nak buat bisnes Shaklee tak perlu buka kedai, sewa kedai atau modal yang besar. Di mana mana pun boleh berbisnes janji ada smartphone and internet.
  5. Bonus on time - Shaklee tak penah gagal bayar bonus pada pengedar-pengedarnya. Pengiraan bonus sangat adil dan tepat yang dah dikira oleh Shaklee sendiri.
  6. Ada sistem - Shaklee ni lagi senang nak bisnes kat mana mana sebab dah ada sistem sendiri. Order lepas tu pihak HQ Shaklee akan pos barang kepada customers.
  7. Warisan - Bisnes Shaklee ni boleh diwariskan kepada anak keturunan kita tau.
  8. Bantu membantu - Paling best bila kita dapat bantu orang yang ada masalah dalam kesihatan dengan berkongsi kebaikan vitamin Shaklee.

Bagi Aisyah nak pilih bisnes sekarang kena cari yang always on demand, berbanding bisnes yang bermusim. Jadi, Shaklee is the best. 😊

Meh join Shaklee dengan Aisyah meh. Jangan risau, kita akan belajar daripada zero sampai boleh jadi hero. So jangan takut if you tak tahu apa apa tentang supplement atau pun bisnes okay? πŸ˜‰

Aisyah 011-33099034
Shaklee Distributor
Omma Of Felicitous Firyals
Member Of Phenomenal Pearls
Granddaughter Of Spectacular Shaklee

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#greatsid

KELEBIHAN SHAKLEE DAN JADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum..

Saya mula tertarik nak join bisnes Shaklee setelah saya sendiri mencuba Vita Lea dan Energizing Soy Protein Shaklee. I admit, memang semua produk daripada Shaklee sememangnya superb! Kemudian saya mula berjinak-jinak dengan Vitamin C, B Complex, GLA Complex, Vitamin E, Alfalfa, dan banyak lagi sebenarnya. Yelah saya join Shaklee dah berapa tahun kan. Kebanyakan vitamin Shaklee saya dah try. Sebab memang saya suka dan confident bila saya sendiri kaji, belajar, tahu dan ada pengalaman dengan supplements Shaklee.

Recently I received a lot questions mengenai macam mana nak start berbisnes dengan Shaklee. Antara yang saya dapat adalah :

Susah tak bisnes Shaklee nih?
Banyak ke income boleh dapat?
Macam mana sistem Shaklee nih?
Berapa yuran keahlian?

Apa kelebihan Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?

1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semula jadi membuatkan saya tertarik untuk mencuba, kemudian ditambah pula produknya yang  memberi kesan yang positif pada taraf kesihatan saya dan keluarga.

2. Shaklee merupakan antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar leader (bermula dengan tahap Supervisor) bermakna kita dah break away dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid, maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malahan kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha.

3. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi direct dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.

4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita dapat. Produk asli dan semula jadi terbukti apabila tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee.

Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee?

Ada juga yang nak join Shaklee sebab nak makan sendiri aje, tak minat untuk berbisnes.. Boleh, tiada masalah. Kalau jadi ahli je, apa yang anda akan dapat?

1. Boleh membeli produk dengan harga ahli (semestinya lebih murah) dan automatik anda mengumpul point anda sendiri.

2. Jika anda capai point yang tertentu melayakkan anda menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.

3. Jika tiba-tiba anda berminat untuk berbisnes untuk tambah side income atau untuk full time bisnes, anda boleh beritahu saya dan saya akan mula ajar anda mengenai bisnes Shaklee. Saya menyediakan online coaching yang khas melalui personal group saya sendiri, biasanya class through online kat Whatsapp. So maksudnya anda boleh pilih, anda nak atau tak nak berbisnes. Dan anda juga boleh pilih bila bila masa untuk mulakan bisnes, sekiranya mahu, tiada paksaan. Yelah mungkin sekarang anda hanya nak makan sendiri, mungkin masa akan datang anda nak berbisnes. Ya silakan. Just inform me and I will guide you ok?

4. Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bagi yang beragama Islam) untuk semua ahli Shaklee dengan syarat tertentu.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM80 (termasuk pos untuk member kit ke alamat anda). Selepas mendaftar anda terus boleh beli product Shaklee dengan harga ahli dan anda boleh terus mula berbisnes.

Tidak Perlu untuk Maintain points dalam Shaklee

Sekiranya anda join Shaklee cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points. Melainkan anda mahu memulakan bisnes dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu untuk layak dapat bonus. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain atau minimum purchase.

Take note ya, tak perlu maintain points atau wajib membuat pembelian untuk maintain sebagai ahli, sebab pendaftaran adalah seumur hidup.

Perlu tak stock untuk bisnes? Macamana kalau HQ/Branch jauh?

Jawapannya boleh kalau anda nak simpan stock dan boleh juga kalau tak mahu. Tapi kalau susah atau tak perlu simpan stock pun sebab Shaklee akan hantarkan barang customers direct daripada HQ apabila kita order melalui laman web Shaklee. So senang je kan? Promote promote lepas tu ada customers order, kita just click click click and esok Shaklee akan hantar pada customer anda. Tunggu dalam 2 hingga 3 hari kemudian sampai!

So for those yang berminat ingin menjadi ahli untuk makan sendiri atau pun jadi ahli untuk tujuan berbisnes, boleh contact saya :

Aisyah Siddiqah
Email : siddiqahsariff@gmail.com
Whatsapp: 011-33099034

Thank you for reading! ❤️

Assalamualaikum.

Friday, January 20, 2017

Certain Day Talking : Tangguh dulu 40 hari.

Assalam and Hai semua 😁

Alhamdulillah setelah sekian lama Aisyah fokus kat blog, lately dalam 2-3 minggu Aisyah langsung tak dapat bukak apatah lagi menulis kt blog nih. Nak tahu sebab apa?

Sebab papa baby dah balik 40 hari πŸ˜‚

Alhamdulillah syukur balik dengan selamat dan keluar dengan gembira. Bahaa.

Kenapa balik awal? Kata 4 bulan?

Ha ni lah citer dia. Sebenarnya memang rancang 4 bulan. Dah siap semua benda dah sebenarnya. Tinggal beli tiket flight jaaa. Tapiiii tetiba ditangguhkan hasrat kejap sebab kami belum dapat tarikh yng sah untuk interview SPP. So nak pergi IPB pun rasa macam was was sebab takut kena panggil interview on the spot.

So langkah selamat, habiskan dulu 40 hari and tunggulah tarikh interview tu. And Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dalam masa kurang seminggu, keluar sudah tarikh interview SPP Mama and Papa baby. Alhamdulillah 😊

Kami interview di JB 14 Februari ni. Bilik sama sesi sama. Tapi maybe group lain sebab ada lagi 18 orang sesi sama ngan kami so macam sure jugaklah tak segroup. Okay jugak kot hahaa. Sebab Ilys powerrr πŸ˜…

Okay itu satu Allah bagi nikmat. Alhamdulillah 😊

So dah tahu tarikh interview lah kan. Lebih kurang sebulan dari tarikh sekarang. So kami bincang2 inshallah Abang Ilyas akan ke IPB jugak after interview SPP, ikut jemaah 4 bulan. So niat nak keluar 4 bulan. Tapi kalau ada panggilan posting terus balik Malaysia inshallah.

So doa-doakanlah yng baik-baik ye. Mama and baby inshallah okay je 😊

Mama lagi suka Papa gi khuruj sekarang sebab memang tengah free kan. Rugi je duduk rumah entah buat apa lah agaknya. Or busy-busy pasal dunia. Malas nak fikir dunia ni banyak sangat benda yng menyerabutkan. Betul tak? Hahaa

So sementara ada peluang dan ruang ni baiklah jauhkan diri jap dari dunia. Hehee. Nanti dah kerja dah sibuk fikirlah banyak2 ye dunia tu sampai tak laratttπŸ˜‚

Okay itu sahaja coretan isteri Ilyas Rusman untuk hari ni. Papa gi Markaz ni Mama tengh tunggu papa balik, harap2 dia taknak makan sebab Mama malas nak gi dapur malam2.

Ohye lagi satu. Ni ada masa lapang ni sebab husband gi Markaz, Kina tengok bola so memang aku duk biliklah jawabnya 😊

Tapi setuju tak kalau Aisyah cakap : Bila ada husband di sisi komain busy, banyak benda tak sempat nak buat. Setuju tak? Entah apa entah yang busynya tapi memang banyak bendalah tak boleh siap. Contoh paling simple yang tak boleh buat tu adalah : blogging πŸ˜‚

Sekian. Kesian πŸ˜…

Okay tu jerlah. Thank you for reading! ❤️

Wednesday, January 11, 2017

Certain Day Talking : Lulus QTI Test!

Assalamualaikum and Hai semua :)

Alhamdulillah setelah beberapa lama Aisyah menyepi, hari ni muncul balik hihii. Alhamdulillah Aisyah dah habis belajar 16 jam kereta tu ha, and tadi baru lepas Test QTI. Test QTI ni adalah test sebelum Test JPJ. Kalau kita tak lulus time QTI, maka tak bolehlah ambil Test JPJ huaaa sadis kan sekarang?

Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, doa suami dan ibu bapa, Aisyah lulus QTI tadi hehe. So bolehlah reward diri sendiri ni ha dengan menulis blog sambil makan coklat yang baru beli tadi, Aisyah habiskan RM30 untuk beli coklat hehee.

So perancangan seterusnya adalah :

1. Mahirkan kereta

Oh ye lupa nak kabo, Aisyah lulus QTI dengan syarat tambah latihan hehee. Maksudnya kena belajar lagi sejam. Lepas tu baru boleh Test JPJ.

2. Belajar untuk interview SPP

Ha ni agak liat sebenarnya hehe. Almaklumlah Aisyah mana pernah duduk rumah masa study kan, so suasana rumah memang tak membantu langsung untuk Aisyah study. Sebab sejak form one sampai degree study bukan di rumah. So memang tak biasa sangat sangat belajar kat rumah.

Any way tu bukan alasan. Kena study ok Aisyah?

3. Focus Shaklee

Yes of course lah kena fokus sebab iols minat hihii. Nak penuhkan lagi blog dengan info Shaklee, nak belajar lagi tentang Shaklee, and nak buat sales banyak-banyak so Aisyah bolehlah reward diri sendiri dan baby setiap bulan hihii.

Bulan ni Aisyah dapat beli beberapa barang hasil reward diri jual Shaklee, antaranya beg baby yang cantik comelll, product Tropika untuk baby, napkin sweedle all in one baby yang mahal hahaa. Dan ada lagi lah beberapa, tak tulis semua.

Okay itu jer perancangan untuk kali ini. Have a nice day sumorang :)


Thank you for reading!

Friday, January 6, 2017

Review Cerita Sein Dan Luna

Assalam..

Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..

Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.

Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..

Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.

Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.

Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.

Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.

Oh sooo cannot! 😰 Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..

Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni πŸ˜‚

Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.

Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.

Sekian...




Thursday, January 5, 2017

Melindungin Masa Instruksional (MMI)

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

  • Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
  • Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
  • Pimpinan sekolah


7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?


Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Apa itu Program j-QAF?

Assalamualaikum semua :)

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. 

Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di atas budi bicara pentadbir.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

3. Model Tasmik

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

4. Model Bahasa Arab


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

5. Model Bestari Solat

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.



GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP (nota)


Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
  3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  4. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  5. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
  6. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
  7. Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
  8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
  9. Dato' Sri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri
  1. Dato' Razali Bin Ibrahim
  2. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  3. Datuk Seri S K Devamany
Kementerian Kewangan
  • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
  • Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
  • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Luar Negeri
  • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Pertahanan
  • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
  • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pengangkutan
  • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
  • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan
  • Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pendidikan
  • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
  • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
  • Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
  • Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Kerja Raya
  • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
  • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
  • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
  • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
  • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
  • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  • Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Belia dan Sukan
  • Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
  • Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri: Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
  • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
  • Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

Baca paling latest di SINI. 


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Assalamualaikum semua :)

Persediaan interview SPP saya.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.




17 Inisiatif Utama: 

1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
6. Piagam Guru termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
7. Pelaksanaan pelan induk CPD baru
8. Piagam Pemimpin Sekolah termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
9. Sekolah Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP + SISC ) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif termasuk infranstruktur supaya lebih mesra untuk berkeperluan khas
12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
16. Pengukuhan kurikululm Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
17. Perombakan dan penjenamaan semula program RIMUP

8 Inisiatif Tambahan: 

18. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
19. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
20. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
21. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta
22. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
23. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
24. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
25. Naik taraf infranstruktur asas bagi memenuhi standard

Nota kaki : Sebagai makluman, 6 inisiatif PPPM telah dicapai dalam 100 hari pelaksanaannya. Italic adalah berkaitan guru. Banyak juga istilah baru yang belum difahami oleh Cikgu Norazimah..hehe



Good luck for interview!


Rancangan Malaysia Kesepuluh

Assalamualaikum:)

Nota untuk interview SPP.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Lima teras

RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

  1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara


Intipati RMK10

  • RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
  • Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
  • Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
  • RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
  • Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
  • Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
  • Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis utama

  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


5 teras strategik

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.


Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

Baca lagi di SINI.

Good luck for interview! :)

Certain Day Talking : My Focus

Assalamualaikum and Hai semua 😊

Aisyah baru balik dari pasar Rabu kat Ayer Hitam Johor ni. And ada singgah2 juga kedai untuk cari keperluan IV SPP nanti. Alhamdulillah syoknyaa menyopping! Hahaa dah lama tak gi shopping2 ngan ibu macam tadi.

So here Aisyah nak menetapkan My Focus for January 2017 iaitu :
πŸ’š Persiapan dan lulus temuduga SPP
πŸ’š Belajar dan lulus ujian memandu kereta

Tuu jerrr tak nak target banyak sangat nanti tak tercapai! So good luck for myself. What about you?

Thank you for reading!