Tuesday, December 22, 2015

Impianku bersama suami, kabulkanlah Ya Allah!

Assalamualaikum

Merindui makkah dan madinah.. 

Ya Allah izinkan aku dan suamiku dapat pergi menunaikan umrah di mekah dan madinah bersama2 ya Allah pada tahun 2016!

Ya Allah izinkan kami ya Allah. Permudahkanlah urusan kami berdua untuk menunaikan umrah ya Allah! 


Monday, December 21, 2015

I Hope One Day....

Assalamualaikum ❤️

Taju pun dah tacing (kalau baca dah tau maksudnya).. Huhu

Alhamdulillah Hanis Zalikha dah pregnant. I am happy for u kakak. Kak Irsalina n Kak Maryam pun dah pregnant. Isteri Zul Adli (taksilap nama dia) pun dah pregnant. Alhamdulillah. Sapa lagi eh. Ustzh Huda Maahad Johor pun dah deliver anak yang ke 10. Alhamdulillah. 

Aku gembira dengan rezeki anak masing2... Doakan aku jugak... Teringin nak anak sendiri... Tapi study lagi.. Kat IPG pulak tu.. So tak leh dulu sekarang.. Huhuu. Setahun lagi usia pengajian.. 

Doakan dipermudahkan urusan2 berkaitan pregnant aku nanti hee. ❤️

I miss You baby... Ibu tak sabar nak jumpa awak... 


Thank you
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum 

Alhamdulillah Rezeki Awal Tahun 2016 : Peti Ais :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya Allah beri apa yang aku hajatkan.. 

Malu pada Allah, amal sikit tapi mintak banyak.. 

Tapi itulah special nya Allah.. Makin banyak kita mintak maaaakin Allah suka..

Insyallah banyak lagi benda yang aku nak mintak pada Allah ni.. Harap2 amal aku pun banyak jugak.. Hehe

So apa yang aku dapat kali ni? Alhamdulillah aku dapat peti sejuk. Free ❤️ Alhamdulillah nampaknya tahun 2016 aku akan dipermudahkan lagi dengan kehadiran peti sejuk di rumah.. Hehe

Kitorang tak mampu lagi beli peti sejuk.. 
Ada juga menabung tapi pergi ke lain duitnya haha. Tapi kitorang selalu minta pada Allah.. 

Alhamdulillah Allah kabulkan.. 

Mudahlah acara masak memasak aku diruman nanti yeyy. Aku dah berangan macam2 nih hehhe ❤️❤️❤️

Bolehlah buat stock ikan, daging, sayuran dan baaaanyak lagi ❤️❤️❤️

Kena rancang betul3 ni sebelum balik putrajaya. Sementara kat teganu ni baik kita beli beli apa yang patut. Nanti kat sana dah tak syiok dah. 

Heee bersyukur sangat aku.. Sebab dapat menyediakan makanan untuk suami dengan lebih proper.. ❤️

Ada lagi beberapa barang yang aku nak.. Kena banyak doa lagi nih. 

Thank You
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum 









My Wish List For 2016

Assalamualaikum

Hehe belum pape lagi dah nak wish list bagai kannn hehe. Tapi takpelah kot wish list ni azam tahun baru je senanya. Bila ada azam barulah kita bersemangat nak menjalani tahun akan datang dengan lebih baik kan kan ❤️

Tapi biasanya wishlist aku ni tak taulah jadi ke tak haha. Dia bergantung pada macamana aku rasa. Aku rasa jadik ke aku rasa tak jadik. 

Itulah kuasa minda orang kata. Kita senanya boleh capai semuaaa yang kita mahukan. Dengan syarat kita YAKIN SEBENAR BENAR YAKIN yang kita PASTI capai. Itu syaratnya. 

Jadi wishlist aku takmau share kat sinj lah hehe.  Aku nak tulis dalam buku aku. Belum beli lagi tapinya buku untuk 2016. Tunggu hubby balik. Hee. 

Aku rasa specialnya aku ialah setiap tahun aku akan ada satu buku khas utk tahun tu. Semua aku catat and rancang dalam buku tu aje. So untuk memaksimumkan penggunaannya haruslah ku beli buku yang cantik. Kalau tahun lepas aku beli kat Mr Diy aje. Coney and murah bukunya hehe. ❤️

Tahun 2016 adalah tahun yang penting bagi aku dan suami. So kitorang kena bersungguh2 merancang dan bertawakkal semoga semua urusan dipermudahkan.  


Fighting ilyasiddiqah!!! Marha Marha!!! Wa iza batash tum jabbarin jabbarin!! Heheh


Thank you
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum 


Wednesday, December 16, 2015

I Am Shaklee Lover Ever : Second Start

Assalamualaikum

Haha sejak rasa macam senang je nak post guna fon ni makin rajin pulak tulis blog hehe ❤️
Tadi ni baru sampai my shaklee. Dapat dalam 4 barang shaklee 2 jus kurma je dah rm300 lebih sikit. Mahal kan. Huhuuu. Klu ikutkan kelokekan aku ni aku memang tak kan beli lah hahahh. 

Tapi takpe lah kot sebab walaupun mahal tapi lama boleh makan. Dia banyak kan isi dia.. 

Tapi sebab hari tu adalah sebab sebab tertentunya yang menyebabkan Allah menggerakkan jugaklah aku untuk pujuk husband belikan shaklee. Alhamdulillah .. Dapat..  Tu rezeki namanya kan? Hee 

Lagipun boleh buat stock 2016. Tahun 2016 kan tahun yang agak mencabar. Kata pun final year. So banyak jugaklah persiapan yang perlu diambil berat seperti kesihatan.. 

Tapi tak semua boleh buat stock untuk tahun depan... T.T

Sebab ada 2 vitamin yang aku beli tadi yang tarikh luputnya dah dekat huaaa. Bulan mac and april 2016. Huhuuu. 

Sebab aku beli kat orang, kira orang atas aku lah.. Aku x beli kat HQ. So itulah risiko dia T.T

Ada lah tu hikmah Allah bagi. Kot2 Allah nak bagi aku sihat sepenuhnya ke kalau makan istiqomah. Bersangka baik aje lah.. 

So malam ni aku dah nak start makan ostematrix 2 bijik. Esok pagi amek 2 bijik vita lea. Semoga Allah beri kesembuhan dan kesihatan yng baik buatku. Ameen ❤️

Tapi nampaknya kena tukar perancangan. Perancangan aku untuk cuti ni starting today : makan vita lea and ostematrix sahaja. 

Vita C and B Complex kita start consume tahun depan deh.. 

Senanya rasa agak rugi tp tak pelah. Tak rugi sangat pun senanya kalau kita makan semua habiskan.. ๐Ÿ˜Š

Oklah itu saje ❤️ Nanti malam kita buat entry baru 

For the pleasure of Allah 
Assalamualaikum 








Tips Menjalin Hubungan Baik Dengan Mertua / In-Laws

Assalamualaikum :)

Hehe klise sangat tajuk kan... Takdelah power pun tapi saja je nak share apa yang aku buat memandangkan aku tengah duduk rumah mertua selama sebulan lebih ni. Mood duduk ngan mertua ni ha so masih segar dan ranum heehee 

1. Ikhlaskan niat. 

Dalam semua perkara yang kita buat, kita hendaklah rasa dan buat dengan ikhlas. Jangan rasa macam kita kena buat ni sebab suami sebab kita menantu sebab dia mertua. Jangan mcm tu. Kita buat kerana Allah. Insyallah happy ❤️

2. Samakan minat

Macam inlaw aku suka tengok movies. So aku akan spend time lah dengan ummi tengok movie malam2. Biasanya ummi akan suruh aku pilih citer yang dia suka contoh: citer hantu citer bunuh2 dll. So tengok sama2 dan enjoy the movie lah. Tapi kalau dah tak mampu sangat, mintak je izin nak tido. Biasanya aku dah malas nak tengok aku mintak je izin nak tido.. Hehe

3. Gila - gila

Aku memang boleh jadi gila2 tapi kengkadang aku malas haha. Tengok time la kau nak gila pun jangan lah nasa inlaws tengah stress. Haha. Tapi biasanya manusia akan suka manusia yang happy go lucky, kelakar, boleh dibuat gurau dan tak terlalu serius. So try your best ❤️

4.  Ringankan tulang
Aku tau umur3 macam kita kita ni mana nak rajin sangat kan senanya macam mak mak kita dulu. Lgi sedap kalau dapat baring ke tido ke layan fon ke.. Kan kan? 

Tapi kalau kau betul nak amek hati mertua kau, cuba kau ringankan sikit tulang kau yang berat tu. Alaa senang je. Basuh pinggan, kemas dapur, sapu sampah sikit, kalau rajin sikit buatlah makanan special yang yang boleh buat contohnya kek batik. Contoh.. 

Untuk orang yang pemalas macam aku, aku akan setkan masa. Contoh kul 10 aku nak start basuh baju. Kul 12 nak masak. Kul 2.30 aku nak melepak. Ha mcm tu. Kita buat kerja and kita ada target kita nak melayan kemalasan haha. 

Macam tu baru kita buat kerja lajuu. 

Tapi part rajin ni kau tak leh lelebih sangat tau. Kau kena kenal dlu inlaws kau cane. Sebab family orang lain2. Ada family tak suka kita basuh baju dia contohnya sebab busuk ke apa. Atau tak biasa dengan orang luar lagi. 

So awal2 kahwin tu perati dulu. Tolong sikit3 aje dulu. Alaa malu3 kucing dulu takpe.. Nanti kau dah lama , kau kena buat jugak keje2 haha. 

5. Bersih 

Depan inlaws kena jadi pembersih. Wangi. Muka manis. Takmo pucat lesi aje nanti mak mertua pelik napelaa anak dia boleh terpikat ngan kita haha. Bilik pun kena jaga. Kot tetiba inlaws terrmasuk dalam bilik kita tengok halamak tonggang langgang betul bilik. Tak ke malu? 

6. Sayang ipar duai macam adik beradik 

Ni pun penting jugak. Lagi2 macam aku ipar2 masih kecik. Kena sayang and take care dorang macamana kakak dorang take care dorang. Kalau tak sempurna tak pe asalkan jangan keterlaluan kau menampakkan jurang tu.. Aku faham jugak contoh macam aku tak de pengalaman pun jaga budak kecik. Slow slow Insyallah ok.. 

Kalau dengan ipar yang dah besar -- jaga aurat. Pakai tudung. Kaki. Tangan. Semua aurat. Ya allah berilah aku kekuatan untuk istiqomah menjaga auratku terutamanya dengan ipar duaiku. Ameen. 

Ok tu jela kot yang aku buat. Aku tulis ni bukan semua aku mampu buat perfectly. Tapi aku doa semoga aku dapat buat semuanya yng aku cakap tu dengan ikhlas dan sempurna. Ameen. 

Thank You
For the pleasure of Allah 
Assalamualaikum 


Certain Day Talking : My Rutin In 40 Days

Assalamualaikum

Ok jom sambung entry lepas ❤️
So ceritanya sekarang adalah aku duduk rumah mertua selama 40 hari... 
Kalau korang korang mesti fikir--- haa dok umah mertua? Ngeee takutnyaa.. Aku pun memula dulu haha. Tapi Alhamdulillah aku gembira dan selesa duduk sini.. Keluarga mertua dah macam keluarga aku sendiri.. Cuma bezanya aku kena pakai tudung kat sini.. Tu jer.. Yang lain lain sama Alhamdulillah ❤️

Apa yang aku buat sepanjang cutiku? 
Ok memandangkan ummi and abi kerja setiap hari.. So aku tolonglah dalam pengurusan rumah.. Senang je kerja aku -- masak, basuh kain, lipat kain, kemas rumah sikit2, tengokkan adik2.. Itu jer.. 

Tapi kekadang mood tengah malas aku tinggal je tak buat hahah. Tapi ok je esok boleh buat lagi hehe.. 

So far Alhamdulillah ❤️ Aku seneng duduk di sini. 

Pepagi abi belikan nasi lemak. Ibrahim buat air teh.. 

Area jam 7.20 pagi macam tu ummi abi gerak gi tempat kerja. So aku pun berehat jap ah malas nak buat keje awal sangat.. Hehe. Mood dah datang nanti aku start la basuh baju ke kemas rumah ke. 

Area kul 10-11 pagi aku makan nasik lemak yang abi beli tu.. Pastu masak tengah hari kul 12 macam tulaa. Lepas zohor makan ngan adik adik dan sambung kerja kalau nak sambung. Petang biasanya settle kan kain2, maghrib tunggu ummi abi balik. Siaplah sehari aku.. Hehe. Senang je kan.. Oh ye malam layan ummi nak tengok movie. Dah siap. 

Alhamdulillah setakat aku duk sini selama beberapa minggu ni dah dua kali gak lah aku dapat jalan2 shopping hehe. Macam2 jugak aku dapat beli. Seronok gak sebab macam dapat gaji heehee. 

So hari ni aku tak tau nak start bila. Yang penting hari ni kena basuh baju sebab semalam tak basuh haha. Hari ni jugak aku kena tunggu posman hantar barang shaklee ku. Lama tak beli shaklee kan? Yelaa shaklee tahan lama.. Dan banyak dalamnya. Jimat.. Sekali aje beli mahal lepas tu senang dah..

Shaklee kat rumahku dah habis. Dalam rm300 jugak lah kali ni habis beli shaklee.. Hehe. 

Kali ni aku beli vitamin c sustained released, vita-lea, b complex, ostematrik.

Ok itu ajelah untuk hari nih ❤️

Thank You
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum 





Certain Day Talking : My Full Cuti Semester With In-Laws

Hari ni 16hb Disember 2015 tak silap.

Assalamualaikum sobat..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tahun ni dapat lagi suamiku pergi khuruj 40 hari. Alhamdulillah.. Target kami setiap tahun mesti keluar 40 hari. Bermula sebelum suami aku kenal aku lagi, abi dah hantar dia keluar khuruj 40 hari iaitu lepas SPM pada 2010. Lepas tu 2011 dan 2012 dia keluar jugak kot.. Tak ingat sbb masih status kawan haha. Pastu tahun berikutnya 2013 dia tak keluar 40 hari sbb nak carik duit nak kawen ngan anak cikgu sariff hehe :p  Tahun berikutnya lagi 2014 dia keluar 40 hari sebagai seorang suami ❤️ And tahun ni adalah tahun kedua dia keluar 40 hari sebagai my husband ❤️ hehe. 

Semoga awak dapat istiqomah sampai mati keluar 40 hari setiap tahun. Ameen.. 

Aku senanya dah biasa dah kena tinggal sebab khuruj. Aku tak kisah malah rasa bersyukur. 

Hidup manusia lain lain kan. Jadi, hidup aku akulah yang rasa. ๐Ÿ˜Š

Sejak kecik lagi aku telah biasa ditinggalkan. Begitu jugak my siblings. So bila ditinggalkan ni banyaklah pengorbanan yang kina kena lalui. Pengorbanan yang paling berat setakat ni adalah pengorbanan perasaan. Seperti manusia lain, aku juga ada perasaan sedih apabila ditinggalkan.. Malah aku rasa aku lebih cengeng berbanding manusia lain. Tapi tak pe.. Aku menangis bukan kerana aku tidak redha.. Aku menangis hanya kerana aku ingin yang terbaik bagi yang meninggalkanku dan yang ditinggalkan iaitu aku. Aku berharap dan berdoa dalam tangisku agar yang pergi meninggalkanku utk keluar ke jalan Allah akan dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yang baik, diberi keberkatan umur dan diberkati perjalanan hidupnya. Begitu juga aku, aku berharap dan berdoa semoga sepeninggalan ibu ayah/suami ku ini akan menambah rasa tawakkalku kepada Allah, akan menambah keberkatan dalam keluarga dan dapat menambah istiqamah dalam amalku.. 

Dan bilamana aku biasa ditinggalkan.. Aku menjadi seorang wanita yang pandai berdikari sebenarnya walaupun penakut. Contoh --- dari kecik aku pandai take care my siblings. Basuh baju, siapkan baju nak gi sekolah, protect them, masak, jaga keperluan and duit yang ayah bagi dan lain2. Bila dari kecik aku biasa buat so bila aku kahwin pada usia yang agak muda di zaman ini ni-- perkara jadi lebih mudah. 

Sekarang ni aku duduk di rumah mertua. Husband cakap dia letak aku kat rumah ibuku masa tahun pertama dia keluar sebab aku tak biasa lagi. Tahun kedua kita dah biasa bersama-- letak kat rumah mertua pulak.. Supaya aku dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.. Husband cakap -- jalan hidup dia sangat pantas. Dia berkahwin awal jadi dia tak sempat nak berbakti pada kedua ibu bapanya lagi.. So dia berharap aku dapat berbuat demikian bagi pihaknya memandangkan dia perlu khuruj 40 hari. 
So bila dengar penjelasan dia gini baru aku --- oklah.. Boleh.. Hehe. Sebab masa first dia suruh aku duduk Terengganu tu dia tak bagitahu sebab musababnya. So aku sebagai isteri yang baru nak belajar2 ni jadi macam berat hati.. Mcm tulah.. 

So misi aku di Terengganu ni cuma 1 : berbakti kepada kedua ibu bapa mertuaku.. 

Jadi... Bermulalah hidupku di Terengganu sebagai satu2nya menantu keluarga encik rusman.. Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.. Jangan risau... 

Insyallah nanti aku sambung cerita sepanjang menjalankan misi di sini  dan beberapa tips nak pikat hati mertua dengan mudah ❤️❤️❤️

Thank you
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum ❤️






Thursday, November 12, 2015

16 Makanan Yang Disebut Dalam Al-Quran

3 haribulan 11 2015

Assalamualaikum.

Jom kita sambung menyahnyah ya mak nyah. Sekarang ni macam biasalah aku seorang diri dirumah. Baru lepas makan tengah hari with sheben. Stew ayam dengan brokoli rebus yum yum..  Then dia pun keluar sebab ada urusan tahfiz. Semoga Allah berkati langkahmu dan memudahkan urusanmu ya habibi. Ameen.

Aloo nak tulis resepi tapi tadi tak snap gamboooo sob sob.

Takpelah sekarang ni kita nak share pasal buku yang kita baca tadi. Tajuk buku tu Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku oleh Mukhlas Asy Syarkani Al Falahi. Alhamdulillah best buku ni. Banyak dalil dalil. Banyak tips tips kesihatan.  Semuanya dikaitkan dengan Allah maha penyembuh iaitu asy-syafi.



Sebenarnya jadi orang islam ni pun dah untung sangat. Sebab ajaran dan suruhan agama kita ni pun dan merangkumi kesemua terapi minda, pencegahan penyakit dan juga rawatan penyakit. Kadang kadang tu (atau selalunya)  bila baca cara nak mengubati penyakit kan, bukan dia suruh kita minum air dari 7 telaga yang berlainan ke suruh kita cari hati semut ke tapi cuma dengan cara senyuman, sabar,memaafkan itu aje cara nak ubati penyakitnya tu. Nampak macam tak de pape je kan tapi sebenarnya itulah yang paling betul. Paling tepat. Paling mujarab. Sebab Allah yang ajar.  




Dalam buku ni jugak ada banyak cerita tentang khasiat khasiat makanan yang baik dan sangat bagusss untuk dimakan oleh manusia. Senang citer senanya, ikut jelah nabi buat apa. Nabi makan apa. Confirm insyallah bagussss. Contoh ea, nabi suka makan kurma. Kita pun hendaklah suka makan kurma. Kena selalu makan kurma. Sebab bila saintis saintis ni kaji kaji, rupa rupanya kandungan kurma saaaangatlah baik dan terbaik. Contoh lagi, nabi kata makanlah cuka. So makanlah cuka. Bila dikaji rupa rupanya banyaaak kebaikan bila kita amalkan cuka ni.



Sapa nak tiru nabi angkat tangannnn. Sayaaaa!

Setiap Sunnah itu pasti ada kejayaan =)

Hari ni allah bagi suamiku ilham untuk beli brokoli. Alhamdulillah brokoli pun saaangat bagus. Hehe. Tapi ayam takde pulak kata bagus dalam buku ni sob sob.

Hari ni kita jeles dengan orang korea (bagi peminat citer korea ye hehe). Sebab makan sayur banyaaaak. Makan sayur rileeeex aje. Sayur 80% dalam makanan mereka. Kita puji puji dia. Kita jeles dengan dia. Sebab dia makan sayur macam yang alquran suruh. Kita pun bersedih hati sebab tak jadi macam orang korea. Tapi kita lupa, sebenarnya orang islam iaitu kita ni laaaaagi beruntung. Laaaagi bagus dari mereka. Sebab apa? Walaupun kita tak makan sayur sebanyak mereka, tapi kita tak minum arak. Kita tak makan daging binatang pink tu. Alhamdulillah. Bersyukurlah jadi orang islam. Berbanggalah menjadi orang islam. Sesungguhnya orang islam lebih baik daripada orang kafir. Maka janganlah berjeles jelesan dengan orang kafir..

Walaupun orang islam rugi sebab tak makan sayur banyak macam orang korea, tapi orang islam tak minum arak macam orang korea (yang kafir). Allah telah mengharamkan arak ke atas umat islam. Bila dikaji kaji oooooo rupanya alcohol boleh beri kesan yang saaaangat buruk kepada tubuh badan manusia. Contohnya apa? Contohnya boleh menyebabkan kerosakan otak, strok, ketagihan, gangguan percakapan, degupan jantung tidak berkala, luka dalam perut kanser usus kecil,osteoporosis, pendarahan kerongkong dan bannnyaaaak lagi. (rujuk buku Allah doktorku tadi). Ha jadi mari buat perbandingan. Siapa yang lagi rugi? Peninum arak yang banyaaak makan sayur atau bukan peminum arak yang makan sayur sikit?

Kalau saya ofkoslah saya kata bukan peminum arak yang makan sayur sikit hehe iaitu orang islam.
Anda pula bagaimana?

Alhamdulillah.

Meh saya share sikit 16 makanan yang disebut dalam alquran berdasarkan buku Allah doktorku  

Halia

Tembikai

Cuka

Bawang putih

Utruj

Mentimun

Labu

Beras

Anggur

Delima

Bawang merah

Pisang

Mentega

Ikan

Klorofil

Zaitun

So banyak banyakkan lah makan makanan yang di atas ni ye…  jom umat islam kita perbaiki cara pemakanan kita supaya kita jadi ummat yang lebih kuatttt.. insyallah!

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.


For the pleasure of Allah. 

Thank You and Assalamualaikum 

Certain Day Talking : Diaries

18.10.2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat jugak menulis setelah laaaaaama ku tinggalkan dunia blog ku ini. Dua bulan lepas memang zaman busy aku sebab semester 6 berpraktikum. Aku berpraktikum dengan husband aku kat SK Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah semuanya ok dan best..

Now, semua sem 8 pun dah intern, kitorang yang sem 6 ni pun dah nak jadi last year student, semuanya jadi busy busy belaka. Sebab dah jadi keutamaan lecturers. Takut senanya.. Tapi bila dibayangkan ketakutan saja, maka ketakutanlah yang akan menghantui kita..
So chill chill ajer.

^____^  comelnyee


2.11.2015

Anyonyooo entry lepas pun tara siap siap haha. Jadi kita sambung aje lah. Okay baru je masuk bulan 11. Dan nampaknya tarikh peperiksaan semakin hampir. Namun bagaimanakah persiapan untuk menghadapi peperiksaan? Usah ditanya kelak menyesal pula hehehhe.

Budak2 study group ni pulak macam tanak balik bangi je gayanya. Aku dengan sheben jelah yang setia kat sini. Alhamdulillah ada rumah kat Putrajaya ni kalau tak kat mana lah agaknya aku sekarang ye.

So sepanjang aku duduk berduaaa je dengan sheben ni banyak lah jugak aku belajar mende2 keibubapakan aka keisterian yang harus aku praktikkan sampai ke tua. Antaranya adalah memasak. Aku senanya suka je memasak. Tahu kan?

Wanna cook with me? 


Tapi the prob here is rumah kecil kami tiada peti sejuk. Jadi aktiviti masak memasak agak sukar dijalankan secara kerap kerana kadang-kadang timun rosak, kadang kadang tomato busyuk, kadang-kadang  ayam tak sempat beli sebab dah malam. Dan sebagainya. 

Dan bila memasak pulak kuantitinya adalah amat sedikit macam main pondok pondok hehe. Diameter periuk aku hanyalah sebesar jari teluntuk kanan dan kiri disambungkan begitu juga dengan ibu jari tangan kanan dan kiri. Segitu aje. Sangat sedikit bukan? Apa jadi kalau masak  banyak? Wa qo lu inna lillah….. T.T

Macam ni la lebih kurang tapi yang ni hat mahai punya hehe. 
Aku dapat periuk2 ni hadiah dari Balqish ngan abang dia masa kahwin haritu. Tq Babali.. Berguna sangat. Sebab satu set tu ada 5 jenis periuk2 kecik sampailah ke besar. So sangat berbaloi lah. 
Kalau korang nak bagi hadiah perkahwinan untuk kawan2 pun ok periuk, berguna..


Tapi apa apa pun aku gembira dan bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah alhamdulillah. Dapat jugak masak. Dapat jugak sediakan makanan untuk suami. Walaupun tak lah sedap pun aku masak.

I love cooking. Sebab tu kadang kadang atau selalunya bila dah dapat memasak (sebab semua bahan lengkap) aku akan masak 3 kali sehari. Untuk 2 orang. Macam rugi je kan haha. Atau kengkadang orang kata buang masa dan tenaga aje.

Tapi pada aku tak lah (untuk jangka masa sekarang ni). Sebab aku duk rumah bukan buat pape pun. Rumah aku kat tingkat 3. Ofkos aku tak kan turun jenjalan. Lagipun kawasan asrama student. Pastu aku pulak tak de buat pape part time job. Jadi tugas aku hanyalah menjadi  pelajar dan menjadi isteri. Yela disamping menjadi anak dan menantu lah.

Tapi tak lah macam ni sangat pun senanya.. hehe

Apa lagi aku harus lakukan dirumah… haruslah memasak ya kannn.. masak iron baju sapu sapu sikit. Tu jer keje aku haha. Basuh baju tak sebab kitorang basuh kat dobi. Haha. Tak de mesin basuh gak…
 
So pagi tadi menu kami adalah :
Mi singapura + telur mata + keropok ganu
Tengah hari ni :
Stew ayam +brokoli rebus

Malam? Belum menjelang malam lagi. Tapi rasanya stew tadi je kot sebab tak habis lagi.
Esok pagi aku ingat nak buat mi sos kacang hitam korea tu hehe. Mi dah dibeli. Insyallah kalau jadik nanti aku share share yekk. 

Hari tu ada buat nasi ayam pastu mi hailam pun ada jugak. Ohye donut pun ada gak aku buat. Tapi tak mantop lagi lah donut aku. Tak leh jual lagi lah bak kata orang :P

Suami aku kata berbaloi jugak senanya kalau duk dua orang ni kita masak kat rumah. Aah memang pun senanya tapi kalau ada peti ais. Hehe. Kalau tak rugi sikit jerrr lah berbanding asyik beli aje.
Lagi apa ek nak citer pasal kehidupan aku sekarang…. Oh ye

Lately bila dah habis kuliah ni banyak gak masa terluang. Antara kerja tak berfaedah aku adalah tengok citer. Tapi tak maulah citer sebab suami aku kata nanti ada saham dosa. Tapi memang banyak gak ah citer aku tengok. Lagha T.T

Tapi sekarang macam nak muntah dah kalau nak tengok citer tu. Haha yeye je. 
Oklah nak buat entry lain pulak haha. Sebab panjang sangat..

For the pleasure of Allah. Assalamualaikum

Thank you!



Wednesday, November 11, 2015

8 Tips Menjaga Kulit Daripada Kering

Assaalamualaikum 

Kulit aku sebenarnya kategori kulit kering. So memang kena jaga supaya tak terlalu kering an sentiasa lembab dan selesa. So adalah beberapa cara yang aku guna untuk mengelakkan daripada kering. Sebab kalau kering sangat nanti gatal dan rasa tak selesa...

So antara yang aku memang amalkan adalah : 

1. Minum air banyak
Banyak tu maksudnya 2 hingga 3 liter air. Kalau kurang daripada tu maksudnya kurang munim air.



2. Sabun mandi yang sesuai.
Jangan pakai yang banyak buih. Aku sekarang guna sabun minyak zaitun dan sabun wangi lux yang orkid tu.




3. Losyen on.
Losyen kena sesuai. Kalau aku tak sesuai pakai losyen biasa wangi wangi tu. Aku pakai cetaphil punya.


4. Elakkan air-conditioner
Sebenarnya econ tak elok untuk orang yang kulit kering sebab nanti kelembapan kulit tu makin ditarik tarik. Kulit jadi makin kering. So elakkan lah econ. Tapi kalau kena gak econ, tak pelah, bawak losyen. Pakai..

5. Minyak zaitun
Rajin-rajin lah buat urutan dan sapuan minyak zaitun kat kulit badan.. insyallah kulit makin lembab.


6. Supplement
Kena gak amek supplement. Kalau aku pilih shaklee lah of kos. Suplement untuk kulit ni biasanya  vitamin c lah yang paling ok dan sesuai. Ameklah supplement yang sesuai ye..



7. Jangan mandi kolam
Say no to kolam renang or kolam2 yang air dia berklorin tu. No no no. trust me.

8. Baca selawat
Baca selawat sebelum pakai semua produk-produk tu insyallah ada berkatnya. Nasihat untuk diri sendiri ni sebenarnya. Sebab Alllah yang bagi mudarat dan Allah yang bagi manfaat. Jadi Allah lah yang maha mengelokkan kulit kita. Insyallah ye...


Baca 3 kali.. 


Okay tu je.. Semoga bermanfaat.. 

For the pleasure of Allah

Assalamualaikum..






Majlis Perkahwinan Kak Aisyah, My Sister In-law :)

Assalamualaikum and Sobahal kheir.....

Lama sangat tak udate blog kan. Rindu rasa. Last update masa guna blog sebagai bahan bantu belajar bahasa arab dalam PdP hari tu. Itu pun tak de dalam markah praktikum sebab guru pembimbing nak masuk tapi tak jadi. Im is sobbing T.T

Alhamdulillah sekarang di kat dalam kelas baru nak start study walaupun dah 3 minggu study week. *weh sapa nak study weh kalau study week 3 minggu wehhh

Haha.

Exam 17 hb sebelas 2015. Insyallah boleh jawab. Aku bukan style belajar sorang bila dah masuk alam universiti aka IPG nih. Aku pasti akan belajar secara grouping. Group yang memang wujud sejak semester 1 lagi. Thanks you guys :’)


Ok jom join kita nak citer pasal wedding kak ipar kita ni, Kak Aisyah. Tapi kita tak letak gambau panten ye sebab panten dok kasi heee.

Ini adalah hasil kerja tangan aku hihi. Cuma menyiang ikan jelah tak. Kerja kerja menyiang ikan dilakukan oleh panten sendiri hokey. Ni ikan selayang..
P/S : air dia terlampau banyak ni so jangan tiru aksi ini hehe. Sebab keesokan paginya orang tua tua kat kapung bising sebab air banyok ngat.. 


Ni yusuf adik ipar kite. Mengecat dipagi hari kejadian! Power dok? hehe. 

Orang merewang. Kitorang tak guna catering okay. Power dok ? T.T

Pemandangan dari veranda rumah, Masa ni tak ramai lagi orang datang.

Rumoh mok metua pun dah bertukar jadi kaler ungu pink.... I love it hihi

Muka penat giler. Aku rasa peranan aku antara yang terbesar jugak dihari tu iaitu aku jadi camera woman dan aku jadi jurusolek. Memang sangat penat tapi sangat seronok juga.. Hihi


Tapi mungkin dia lagi penat lah =')

Umi : Ika, jom buat muka penat jom..
Ika : Ok hehehe... 


Alhamdulillah selamat pun buat majlis kenduri untuk kedua mempelai. Alhamdulillah, lepas beberapa hari kak Aisyah pun terbang ke mesir dan abang ala pun menyambung kerja sebagai cikgu kat johor. Tahun depan dorang jumpa semula. Doalah yang baik baik untuk dorang ye...


Ok dah Assalamualaikum..
Thank you!

Thursday, August 13, 2015

ุงู„ู„ุบุฉ ุงู„ุบุฑุจูŠุฉ ู„ู„ุตู ุงู„ุซุงู„ุซ ุจูˆุฏูŠ

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… 
ุงู„ุซุงู„ุซ ุจูˆุฏูŠ


ู…ุง ู‡ุฐุง؟





-------------------------------------------------------------------------------------------------------





ุงูƒุชุจ ุงุณู… ุงู„ู„ุฅุดุงุฑุฉ ููŠ ู‡ู†ุง




ุงูุนู„ู‡ ููŠ ูƒุฑุงุณุชูƒู…




------------------------------



ุงุณู… ุงู„ุฅุดุงุฑุฉ؟؟؟




.
.
.


ู‡ุฐุง
ู‡ุฐู‡

ู‡ู†ุง
ู‡ู†ุงูƒ

ุฐู„ูƒ
ุชู„ูƒ


....

-------------------------------
ู…ู…ุชุงุฒูˆู†







ุดูƒุฑุง ุฌุฒูŠู„ุง







Tuesday, June 30, 2015

Modelling For Elsajida


Assalamualaikum.. 

cerita lama angat angat baru nak update. Senanya malu nak citer takut ada orang baca hehe. Tapi nampak macam takde orang aje hehe. So daripada gambarnya terkubur cemtu je dalam folder camera vivo 2 aku neh, baik aku simpan sini :)

Ini merupakan pengalaman pertama lah untuk aku dalam kerja kerja memodel model ni. Alhamdulillah dapat jugak merasa. Best jugak perasaan dia, tapi penat weh! Masa aku modelling ni masa tengah praktikum tapi hari sabtu ahad. Bayangkan praktikum, dengan kerja kerja dan class nya lagi pastu duk jadi model berdiri tegak menggunakan tenaga sepenuhnya. Pagi isnin aku terus rasa diri dedo nak demam. Wuuuu penat… T.T

Tapi terima kasih bebanyak sangat kat kawan bukan sekadar kawan tapi sahabat sobs. Mimie lah terutamanya. Banyak tolong aku tanpa disuruh atau diminta pun.. aku suka cara dia tolong kawan dia. Dia tak berkira. Dia meletakkan diri dia dalam diri kawan dia. Maksudnya dia memahami sepenuhnya keperluan kawan dia di saat dia tolong kawan dia tu. Menyebabkan aku selesa sangat dia berada bersama dengan aku sepanjang proses model model ni. Sama juga masa aku jadik manten dulu. Dia pun antara yang banyak tolong. Kawan kawan sekelas aku, aku syorkan kalau nak pilih bridesmates ke dayang dayang ke, mimie jangan tinggal. Superb hehe. Terima kasih mimie!


Eh salah topik hehe. Jom lah tengo gambau. 






Testing testing tudung bidang 50. Sedap juga pakai bidang 50 ni, tak yah silang silang. Kan?
Oh ye lokasi pengambaran untuk indoor berlaku di studio Uswah Islamik Clothing kat Bangi Sentral. 

Penatnya iolls berdiri. Tapi gagahkan diri sebab kita bekerja bawah orang, kenalah buat yang terbaik ye dak? Lokasi outdoor pulak berlaku di Astaka Morocco, Putrajaya. 

Hai mimie! hahahah :P

Inilah dia mimie, orang yang akan memastikn aku sentiasa cuns kahh

Ok tu jelah kot. 
Ramai lagi kawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung senanya. Maisarah, Hafizah. Terima kasih jugek uolls. Muach ciked!


Mana tahu korang nak guna studio ke nak shopping ke, aku bagi maklumat sikit lah eh berkaitan dengan kerja modelling aku ni. 

Shooting indoor : Studio Uswah Islamik Cloting kat butik dia yang berada di Bangi Sental. Korang boleh datang jugak ke butik dia sebab besttt, macam macam hado, Konsep dia vendor. Dan vendor dia banyak kepada islamik vendor contohnya shawl labuh dan tak jarang. Dan sebagainya. Gi lah tengok. Best!


Jenama : Elsajida. Pakar buat tudung labuh yang best. Biasanya tudung dia takyah gosok dan tak jarang! Ada bidang 50, 55, 60. Ada plain dan bercorak. Up to date lah orang kata. Kena follow ig mereka @elsajida untuk berebut tudung tudung baru! Sebab biasanya habis dalam beberapa hari sahaja sobs. Kalau nak beli via saya pun boleh sebab saya salah seorang agent dia hehe!

Photographer muslimah : HHH (hazirah Haji Hamzah. ig dia @HHH Photographer
Kakak ni sempoiiii. Harga dia pun berpatutan sangat. Mana tahu nanti korang nak nikoh, pahtu bakal suami korang tak kasik laki yang shoot gambau (macam iolls), boleh contact kakak nih!.

Astaka Morocco : Kat putrajaya. kalau korang shoot untuk jenama atau nak berniaga, kena cash. Kalau untuk wedding tak yah! Ha apa lagi, cepat serbu Astaka Morocco untuk wedding cuolls sebab kawasan dia berkonsepkan islamik ala ala morocco gituuuh. 

Ok itu jer kot. Semoga dapat membantu korang dalam menghabiskan duit ahaks! Pi shopping cepaaat! 

For the pleasure of Allah. 
Assalamualaikum. 
Thank You!

Monday, June 15, 2015

Surat Dari Hati For Husband ( ditulis ketika cuti semester 5)

Assalamualaikum..

Ok hari tu dah baru buat entry fasal kami suami isteri keluar tabligh kan. Itu antara cerita cerita disepanjang cuti semester yang panjang walaupun cuti setengah tahun je pon.  Aah ek, panjangnya kan? Biasanya pendek. Inilah yang dinamakan rejeki..

First cuti hari tu kami balik Terengganu, naik flight. Bercuti di rumah mertua kejap aje. Area 4 hingga 5 hari. Lepas tu balik Johor sebab nak keluar tabligh 3 hari. Dan lepas keluar tabligh kami balik rumah nenek kat kota tinggi dalam dua hari. Pastu balik semula rumah ibu ayah sampai hari ni suamiku pulang ke bangi dahulu sobs. Inilah main ceritanya sebenarnya. Suamiku sudah pulang ke bangi, aku sorang di rumah huaaa.

Mungkin disebabkan cuti yang lama dan agak panjang (4 minggu) aku jadi terbiasa bersama-sama dengan suami di mana saja. Tu yang semalam bila dia kata saya nak balik bangi awallah saya rasa, hati aku dah tak tenang.  Makan tak kenyang tidoq tak lena. Aku rasa macam huaaaa nak kena tinggal. Padahal selama ni tak dodok sekali ngan suami pun. Entah lah nape.

Tak apalah. Aku sebenarnya kena faham, suami aku berkorban untuk aku dan anak anak kami nanti. Aku kena redha dan doakan. Insyallah bang, ika faham. Cuma biasalah mula mula. Pagi tadi sempatlah buat drama air mata sebelum keluar rumah selama 30 minit lebih kurang. Sian suami kena pokpok pokpok isteri ngade dia neh, Pastu dah puas nanges, aku berjanji dalam hati tanak nanges bila salam nanti. Tanak tanak!! Tapi bila tengok suami salam cium ibu, terus sedih balik. Meleleeeeh lagi.. aku salam suami, peluk, pastu suami cakap, dah jangan nanges nanges… huaaaaa I lagi sedih u cakap macam tuu la..

Ni pulak timeaku nulis ni masa tengah hari. Biasanya masa macam ni kitorang spend time together. Tapi buat kijo sendiri sendiri. Tadi aku tertidur, bila terbangun terus cari suami. Tadeee. Huaaaa nape sedih niii. Naseb baik ada dengar suami ibu ayah gelak gelak tengok sinetron. Terubat sikit rasa sedih dan sunyi. Ia bagaikan suara yang meminta aku kembali ke alam nyata. Oi bangun oi rilex la choiii. Camtu kot -..-

So sekarang aku sedang merilexkan diri ah ni. Positif ya isteri ilyas. (Hehe. I love that title). Yes im my husband’s wife.

Sekarang masanya untukku baca kitab –kitab yang bersepah dalam bilikku ini (banyak yang husband punya), dan dengar cakap suami. Baik abang.. After bye bye dengan suami tadi dia ada pesan, jaga amal. I was like hohemgiiii. Amal yang dia maksudkan tu banyakkk tahu?. Kalau suami aku takde, mampukah aku buat sendirian?? Ingat pulak pada pesan ibu, buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana suami.. Ok baik ibu.. 

I miss my husband.. I miss the way he woke me up, (dengan cara mentibai aku sebab liat gila nak bangun sobs). tibai kasih sayang. tapi tegas. love love lovee it. 

I miss nak jadi penonton husband solat tajahud dan dhuha. Jangan jadi macam aku, jadi penonton aje rajin. Buatnya jarang.. insyallah bila suami takde ni, aku rindu dia, aku akan buat benda yang dia hari hari buat. Kan abang.

I miss the way my husband paksa I ngaji tiap –tiap pagi. Dengan cara tibai jugak kahkah. I love it. Dia je mampu buat. Tibai dengan hikmah kakaka.

I miss the way dia tak kasik aku tidoq pagi dengan macam-macam kijo dia bagi aku. Suruh  buatkan air panas lah, air madu lah, basuh baju lah, basuh kopiah lah, suruh buat sarapan lah,  merajuklah. And yang last tadi dia bagi aku artikel keburukan tidoq pagi haha. Paksa aku baca sampai habisss pastu buat muka ‘woiii jangan tidoooo la’ 

I love u suamii. Alhamdulillah walaupun susah gila nak suruh aku tak dido tapi Its work! Aku tak jadi tido hokeyyyy. Alhamdulillah. Esok dan hari seterusnya saya tanak tido pagi walaupun mengantuk gila dan takde keje nak buat sebab suami saya tak suka. Azam! Ameen!

I miss his face when he look at me.. T.T
I miss the way he hold my hand.. T.T
I miss everything about him.. Huaa

Hadoi apasallah masa tengan rindu tengah sedih rindu ni, ingat semua benda yang best best je. Ingatlah yang annoying annoyinggg! Uuwaaa. (sebab ada banyak jugak siri gaduh haha)
Tapi bila dah cinta, kita akan ingat pada yang manis manis. Yang pahit-pahit biarlah ia jadi pengajaran dan takyah lah diingat. Kan? Dan aku memang tak ingat sikit pun. Siriusss!

Aku rindu dengan lelaki yang tidak pernah kata tidak untuk bawak bini dia yang tak pandai drive ni ke mana mana yang bini dia nak. Bestnya kalau ada awak T.T

Aku rindu dengan lelaki yang tidak pernah kata tidak kepada apa apa yang aku teringinkan atau aku mahukan. Selagi boleh dia akan tunaikan.. Alhamdulillah.. 

Aku rindu nak keluar shopping ngan lelaki ini. Sebab dia kaki shopping gila gila. Aku yang penat layan kerenah dia. Kalau kitorag gi shopping, 99% tempat kami pegi adalah pakaian lelaki. Aku? Aku suka membeli kalau aku dah aim ok aku kena beli ni ni ni. Dia tidak. Dia suka membeli. I really miss the most time I tarik tangan dia keluar dari kawasan baju-baju or seluar seluar or dompet dompet and said, dah dah.. cukup dah tu nak apo lagi neh? Kihkih

I miss u husband. ( I tot u kena bagi I anak cecepatlah biar I belajaq berdikari sikit. Ayok I dah manja angat ngan youuuu. Acane nak buat??

Takpe. Biasalah tu. Proses kan.
Ok dah la.
I love u suami kerana Allah.

Byeee. I nak baca buku la tahzan. Sobsss haha

Gambaq se lah!



Alhamdulillah and thank you Allah for giving me this man in my life.
Pinjaman Allah.. 

Thank You and Assalamualaikum!

Tuesday, June 2, 2015

6 Pesanan Nabi Untuk Kaum Wanita

Assalamualaikum

Sekarang saya tengah keluar jemaah masturat kat Bagan Laut. First time together with my hubby. Senanya tengah try taknak post pape kat instagram and wechat. Alhamdulillah berjaya kot.

Cuma semalam husband ada hantar macam petikan lah pasal tabligh. Jadi aku rasa ia satu ilmu gak lah. Kalau tak sampaikan macam rugi lak. So kepada yang baru baru nak belajar, nak tahu apa yang aku belajar dalam tabligh selama ni, baca lah artikel kat bawah ni. Semoga dapat membantu. Insyallah..

๐Ÿ’™❤๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’–๐Ÿ’™❤๐Ÿ’š๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’–

Usaha Atas Iman @ 6 pesanan wanita (masturat)

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

6 PESANAN WANITA (MASTURAT)

 6 pesanan wanita.....

1. SOLAT di awal waktu
2. Istiqomah taklIm taklum
3. Istiqomah Quran dan zikir
4. Didik anak cara dan amal sunnah
5. Hidup sederhana
6. Keluar ke jalan Allah

1. Sembahyang di awal waktu Sembahyang merupakan perintah Allah SWT yg pertama diwahyukan Allah SWT kepada Nabi SAW. Kenapa kita kena menjaga sembahyang di awal waktu terutama kaum wanita..?. dikatakan wanita ini mempunyai 3 perkara yang mana jika ia melengah2kan sembahyang menyebabkannya mendapat dosa :

1) haid/nifas
2) kedatangan tetamu
3) mati

Justeru kaum wanita perlulah peka pada keadaan ini..

Apa maksud sembahyang?
Maksud sembahyang ialah untuk kita membawa sifat2 di dalam sembahyang ke dalam kehidupan seharian kita spt menutup aurat, menundukkan pandangan, membaca ayat al-quran,berzikir dan berdoa. Apabila di dalam sembahyang kita mensucikan diri dengan berwudhuk, fikiran kita hanya tertuju pada Allah SWT,lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah SWT, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar sembahyang pun kita harus melakukan perbuatan seperti itu.

Kita juga perlu meyakini bahawa dengan sembahyang Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat2 r.ajmain dahulu mereka begitu yakin dengan sembahyang sehingga anak yang mati boleh hidup kembali, pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dengan sendirinya. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan sembahyang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah SWT, sehingga apa sahaja yg mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah SWT. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda" Barangsiapa yang menjaga solahnya,maka ia akan mendapat lima keuntungan,

1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Untuk mendapat hakikat sembahyang ini maka kita kenalah jaga sembahyang kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yg lelaki untuk bersembahyang di masjid...setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu sembahyang, bukan waktu sembahyang itu mengikut pekerjaan kita maksudnya 5 ke 10 minit sebelum waktu sembahyang kita dah prepare wudhuk dan sudah berada di tikar sembahyang..biarlah kita menjadi manusia yang  sentiasa tertunggu2 waktu utk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah kita bawa lima sifat dalam sembahyang kita iaitu:

1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji2 Allah SWT.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah SAW.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,tak lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah SWT senantisa melihat kita,walaupun kita tidak dapat melihat Allah SWT.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah SWT.

Selain itu juga kita perbanyakkanlah sembahyang2 sunat yang lain seperti tahajjud,dhuha dll agar sembahyang tersebut dapat menampung kekurangan sembahyang fardhu kita..mohonlah pada Allah SWT semoga Allah SWT masukkan dalam diri kita sembahyang yang khusyuk..

2. Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)
Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW yang mana Allah SWT telah perintahkan Jibrail A.S untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia.

Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulullah SAW,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.

Tujuan Majlis ini diadakan ialah:

1) Semata-mata untuk mengingati Allah SWT dan mendapat keredhaanNya
2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah Nabi SAW bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.
4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah SWT yang maha luas.
5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah SWT dan sunnah Nabi SAW.
6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti Nabi SAW dan para Sahabat r.ajmain.
7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah SWT di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT ,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah SAW ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah SWT merupakan kebun-kebun (taman-taman) syurga.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,
“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membawa kitab Allah SWT,saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah SWT dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:
Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir.
Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv
dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum
dan menghias rumah melebihi keperluan.

Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah, ibadah seperti sembahyang sunat, quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada orang lain.3. Istiqomah Al-Quran dan Zikir

Al-Quran:
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”. Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-quran setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya di akhirat kelak,hak al-quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,satu ain atau setengah ain.

Amalkan juga untuk membaca surah2 berikut kerana byk kelebihannya:

1- surah yasin-seperti kita khatam al-quran sepuluh kali.
2- Surah waqiah-menjauhkan daripada kepapaan.
3- Surah as-sajadah dan al-mulk-menjauhkan dari seksa kubur.
4- Surah al-kahfi pada hari  Jumaat-nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.

Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri membaca al-quran dan he
ndaklah azam supaya ada di antara anak-anak kita nanti bakal menjadi hafiz dan hafizah. InsyaAllah.


Zikir:
Berzikir iaitu mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah SWT. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah SWT melihat kita senantiasa.
Banyak kelebihan zikir antaranya:

1- Zikir melembutkan hati
2- Memberi cahaya pada wajah
3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,
4- Melahirkan cinta kepada Allah SWT dan cinta merupakan roh Islam, sumber agama, kebahagiaan dan kejayaan.
5- Menyebabkan keredhaan Allah SWT.


Amalkan zikir 300 kali pagi dan petang
Tanda cinta pada Allah SWT zikirlah subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu wallahu Akbar 100 kali pagi petang.

Tanda cintakan nabi kita hendaklah selawat ke atasnya juga 100 kali pagi petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa, diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan.

Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa2 kita akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fรกtimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.

4. Mendidik anak cara Sunnah
Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih, bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah SWT atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.

Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:

~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah, membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.

~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan, masukkan manisan ke dalam mulutnya, masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah SWT akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.

~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah SWT. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:

1. Dengan cara melihat - MATA
2. Dengan cara mendengar - TELINGA
3. Dengan cara berfikir - AKAL
4, Dengan cara bercakap - MULUT & LIDAH

`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah SWT dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.

~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak

1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, be
rmain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.

2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..

3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.

Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

5. Hidup sederhana
Pesanan yang ke lima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki.


Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:

1. Rumah.
Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah. Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah SWT dan rasulnya.

2. Pakaian.
Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarla berpada2 kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan di hisab di hari akhirat kelak.

3. Makanan.
Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah2an dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.

4. Kenderaan.
Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlula bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu.

5. Kenduri.
Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk2, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adalah pada akad nikahnya, jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan, sudah tentu tiada keberkatannya,maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam.

Jadi kita perlulah memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam.

Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat.

2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama.

Rasulullah SAW bersabda, ‘Sungguh beruntung orang yang memeluk islam, diberi rezeki yang cukup, dan dibuat merasa qanaah (cukup/ puas) oleh Allah dengan apa yang diberikan-Nya.’ [HR. Muslim 1054]

5. Keluar Jalan Allah, dan Galak Mahram Keluar Jalan Allah Kaum lelaki byk habiskan masa di luar rumah (kerja agama). Yg tinggal di rumah adalah wanita. Wanita ibarat seperti kilang yg mencorakkan anak2 (sifat dan akhlak anak2 sama ada baik atau sebaliknya). Seperti bayi dalam kandungan, pembentukan jasad bergantung kepada makanan si ibu. Begitu juga pembentukan rohani itu yg mana bergantung kepada amalan si ibu.

Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yg pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya.

Dikatakan seorang wanita yg solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dr 100 lelaki yg jahat.
Dikatakan juga jika baiknya wanita maka baiklah sesebuah negara itu.

Seperti usaha Nabi Nuh A.S mengambil masa yg panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi Nabi SAW dimana isteri2 berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yg singkat ke seluruh alam.

Yg penting bg kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dgn taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan , barulah nusrah Allah SWT turun dan dgn itu tersebarlah hidayah.

Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar & doa serta menangis.

Program di rumah :

1. Mesyuarat harian - hal & takazar agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah & usul

Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yg sama antara suami & isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah SWT akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar.

Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang.

5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu ;

1-menjadi daeiyah~pendakwah
2- menjadi alimah ~berpengetahuan dalam agama
3- menjadi abidah~ kuat beribadah
4- menjadi murobbiyah~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
5- menjadi khadimah~orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah..


Tertib Usaha Masturat
Doa kamu tidak dikabulkan Allah SWT kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;

1. Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka.

Dari maulana Yusof RAH;
'Taklim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat, janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'.
Wallahu a'lam

Wassalam.

๐ŸŒ‹๐ŸŒ ๐ŸŒŒ๐ŸŒ‹๐ŸŒ ๐ŸŒŒ๐ŸŒ‹๐ŸŒ ๐ŸŒŒ๐ŸŒ‹๐ŸŒ 


For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum
Thank you!