Thursday, October 30, 2014

Sedap Sangat Makan Kat Warung Bunian, Kajang!

Assalamualaikum

Masa pergi usrah kat Putrajaya yang diconduct oleh Ateh ngan Along, kitorang tak tahu pun makan tengahari nanti kat mana. Sebab semua benda diorang rahsiakan. Kira rehlah tukujut-tukujut lah ni.

Tapi masa nak cari tempat makan tu, dorang asyik tanya kitorang siapa reti guna Waze.

Hehehe aku reti. Maka terbongkarlah rahsia

Rupanya diorang search kat internet tempat makan best, jumpa  Warung Bunian..

Haa,  WB ni memang unique sikit bak kata Along. Sebab kitorang nak tahuuu sangat apa yang stimewanya WB ni, so kami pergilah situ.

Penuh orang ye. Takde meja kosong pun. Semua yang datang ni aku rasa yang bekerja kat Putrajaya. Aku rasalah.. 

Jangan tukujut ya sebab walaupun warung tu kecik dan takda signboard pun atas kedai tu tapi kalau cari dalam Waze, jumpa ye aik-adik , so jangan risau hehe.

Bila dah makan kat situ, aku dapatlah analisis beberapa kelebihan WB tu,

Dan Kenapa Warung Bunian unik ?

- Pertama sebab dia hanya masak 2 jenis lauk untuk satu sesi makan satu hari. Contohnya menu hari tu adalah ayam masak merah dengan ketam bakar. So semua meja ada lauk yang sama. Air je boleh pilih. Tu pun yang ada air limau ais, teh limau ais, sirap limau ais.

- Kedua sebab dia makan hidang. Korang datang cakap nak makan bape orang dan order air. Pastu tunggu dia hidang lauk yang sama dengan orang sebelah meja kita kiri kanan depan belakang.

- Ketiga sebab dia kena tempah online dulu. Korang kena beratur kat luar kalau main datang je, sorryy

- Keempat sebab harga dia ok. Average sekepala Rm15. Okay lah kot sebab ada 2 lauk, 2 sayur, dengan 1 air. Okay kot, kan?

- Kelima sebab ramai gil orang. Semua yang datang bukan datqng pakai besikal. Naik porshe, naik bmw, kami naik saga, buleh datang jugok hehe. Nak katanya yang datang orang yang kayo-kayo

- Kedai takde rupa langsung. Sama je dengan kedai ayam penyet feveret aku ngan suami yang selalu kitorang makan tu.


So jom kita tengok lauk apa kami makan ritu

Menu untuk hari tu adalah ayam masak lemak kuning, udang besar masak merah, dengan terung masak hijau. 
Sodapnye

Okay ni rupa bila semua dah dihidang. Emm ohya, ada sambal belacan dengan ikan kering kat hujung tu.
Kitoeang order air teh limau ais. Kalau tengok meja ore lain samo yo makannya. 

So kalau testimoni dari aku sendiri, warung bunian ni makanan dia sedap.. Macam mak-mak kampung yang masak. Pastu dia best sebab dalam RM15 tu kita dapat makan udang, ayam, sayur, ulam, dengan kenyangnya. Biasa kalau kedai lain kita amek lauk macam-macam harga melangit kan. Ha ni kuranglah sebab kita makan hidang. Dan beramai-ramai. So alhamdulillah kenyang dan puas makan. 

Pastu pulak nama dia warung bunian kan, sesuai lah bagi aku sebab tengok pada kawasan warung ni dengan suasana dalam warung tu. ngeeeee

Oh ya, nama lain warung bunian ni adalah warung tapak sulaiman. Tapi takde pulak nampak macam ada bentuk tapak sulaiman ke apa. Mungkin nama sebenar dia tapak sulaiman, tapi bila ramai orang dah gi and cakap situ sedap, pastu nak recommended kat orang cakap gini, ala warung yang macam tempat bunian tu.. So agaknya dari situlah dia guna warung bunian hee. 


So, uolls. Kalau nak tahu banyak lagi pasal Warung Bunian. Or nak tempah makan situ ke, boleh layari SINI

Boleh contact number yang diberi untuk tempah meja nak makan esok ya :-)  

Macam biasa, senanya ada je banyak lagi gambau. Tapi sebab tak terkumpul, ni je lah mampu diberi..

For the pleasure of Allah. 
Thank You
Assalamualaikum 


Rehlah Bulatan Gembira : My Usrah Story

Assalamualaikum :)

Sebenarnya rancangan aku hari ni adalah memulakan my study week. Eh tak tak. Sepatutnya ia bermula sejak kelmarin lagi hehe. 


Aku semangat sekali sebab pakai kasut sukan siap hehe


Tapi kita merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kan, makanya aku tak jadi start belajar hehehe. Kalau tak masakan ada lagi entry-entry baru, ya kan?.

So nak dijadikan cerita, usrah kami iaitu Bulatan Gumbira (BG) telah merancang satu program sebeluam berakhirnya sem ni.




Aku tak pernah citer ek fasal usrah aku ni? Ngeee
Okay nama group kami Bulatan Gumbira (bugu). Bugu ni saja je aku pendekkan malas nak tulis panjang-panjang.

Wanita-wanita syurga yang ada dalam bugu ini adalah 
Kak Yong - Aisyah Izzati.
Umur tambah 3 tahun daripada kami. Vevevevery wanita solehah. Wanita solehah yang tegas. Hiarghhhh!

Along - Syuhadah Ibrahim
Umur atas kami setahun. Vevevevevery tough girl. Kehidupan mematangkan beliau :)

Angah – Solehah Baharuddin
Sebaya kami. Seorang yang banyak mengorbankan diri untuk kemaslahatan ummah.

Ateh – Asmaa’ Jalil
Sebaya juga. Seorang ulamak modern nguahnguahnguah

Anje –Suriati
Seorang wanita yang banyaaak idea dan berani ke hadapan.

Achik – Dayang Nurhafizzah
Seorang kawan baik hati, kelakooo dan jujur.

Ucu - Suziati
The manis one. Hehe.

Alang – Aisyah As Siddiqah isteri solehah heheh amin

Adik – Aisyah Hasan
Gojes and cunsss girl. 

Aku tak susun pun ni sebab lupa cemana susunan nya hee

So nak dijadikan cerita, kami nak gi berehlah hari ni yeyy

Pagi-pagi kami dah gerak. Program hari ni surprised ye. Aku pun tak tahu diorang nak bawak gi mana. Memula tu ingat nak gi main beskal kat Taman Botani jer, so aku main taram jelah pakai baju tshirt  , seluar berserta kasut sukan. Sekali turun bawah diorang kata tak pasti lagi sebab perjalanan dirahsiakan oleh dua orang budak bertuah. Along ngan Ateh.


Kak Yong paling naqibah sekali sebab pakai jubah hehe

So here perjalanan kami berenam. Enam orang je datang sebab yang lain ada hal yang tak dapat dielakkan seperti berehat bersama ibu bapa di rumah hehe :p
Tempat pertama kami pergi adalah :

Taman Wetland Putrajaya

Pagi tu sampai je terus makan sarapan dulu. Kami lapaq. Sambil-sambil sarapan dan menunggu Along (sebab dia naik motor, tak sampai lagi), kami memulakan perkongsian pertama dengan tajuk Baitul Muslim hehe. Memandangkan Ayong dah nak keluar IPG, jadi kami mengasaknya dengan pelbagai soalan berbaur provokasi. Hehe tak delah. Kami hanya mendoakan Ayong dipermudahkan urusan jodoh dan mendapat zuriat-zuriat yang soleh dan solehah ameen :)

So after along sampai, kami gi kawasan lain untuk buat pengisian kedua iaitu Tazkirah Berantai. 




Antara isi tazkirah yang aku ingat adalah :

Ucu cakap fasal hati. Allah menjadikan hati kita hanya untuk dua hala yang kita sendiri tentukan sama ada nak yang baik atau sebaliknya. Dah ofkos dalam hati masing-masing cakap nak jadi yang baik kan? So macam mana kita nak jadikan hati kita sentiasa ke arah yang baik?

Jawapannya adalah proses penyucian hati perlu dilakukan secara berterusan. Jangan terhenti sebab dalam proses itulah berlakunya benda yang baik tu. Macam Ust Azhar Idrus cakap fasal khusyuk. Kalau kita nak khusyuk, caranya adalh kita kena solatlah. Solat dan solatt. Teruskan bersolat. Insyallah kusyuk akan datang. Jangan tunggu khusyuk baru nak soolat. Dua-dua kang tak dapat. Macam gitulah lebih kurang :)

Angah cakap fasal check solat. Apa-apa masalah yang kita hadapi, back to solat. Kat solat kita mungkin ada problem. Contohnya wudhuk kita, sempurnakah wudhuk kita? Sila check by urself :)

Ateh cakap fasal kawan yang baik. konklusi yang aku dapat adalah KITA ADALAH SIAPA KAWAN KITA. Maksudnya, contoh kawan kita ni tak tolong pun kita masa kita susah, takde duit. Jangan salahkan dia. Semak diri kita. Mungkin kita jugak dulu ada tak tolong kawan kita masa dia susah takde duit. Jadi, janganmarah ke kecik hati ke dengan kawan kita. Sebab kita pun dulu cenggitu sebab tu dapat macam tu. Senang, maafkan.. maafkan..

Sesi muhasabah

Ayong pulak cakap fasal potongan surah Al Qasas tak silap, yang fasal anak nabi Shuib dengan Nabi Musa tu. Fasal macam mana anak nabi Shuib menutup lubang-lubang fitnah dan cara wanita menjaga diri.

Pastu ayong pesan, perempuan kena ada prinsip. Jangan berlembut sangat. Kena bertegas. 
Pastu ayong cakap selalulah doa cenggini, ya Allah, jauhkanlah aku mengingat orang yang bukan untukku…’
Supaya kita kurang membuang masa dan berangan-angan. Maka dengan itu hati pun dapat dijaga. Macam tu lah.

Along citer fasal sabar dan rezeki. Along cakap, jangan marah. Cuba sabar. Sebab kita sabar ada hikmahnya. Kita akan terlepas daripada satu bala yang datang dari marah kita tadi. Sabar… Sabar… Ambil wudhuk, insyaallah boleh hilang rasa marah.





Fasal rezeki pulak, along cakap, yakinlah rezeki tu daripada Allah. Kalau kita merungut dengan duit yang kita dapat tu sikit, insyallah duit tu memang sikit dan tak berkat. Pastu duit yang kita bagi kat oang tu sebenarnya duit kita kat akhirat nanti. Duit yang kita guna tu habis sia-sia macam tu je. So sila check sendiri. Balance tak duit kita kat akhirat dengan kat dunia? Atau pun mana-mana satu lagi kurang? Sila semak…




Aku pulak wanita biasa sahaja ngeee. Perkongsian pun tak berilmu sangat. Cerita fasal sedekah. Menggalakkan bersedekah termasuk diri saya sebab nabi pun cakap sedekah itu ajaib. Tak percaya? Cubalah!

Okay habis part Tazkirah berantai, kami nak pi main air yeyyyy!

Kami nak pusing tasik buatan kat wetland tu. 
So , kami naik paddle pusing keliling tasik tu.
Hari kerja sorang RM5. Weekend sorang RM10. Alhamdulillah kami pi hari rabu hehehe

Sebelum naik paddle haruslah kita menunjukkan pakaian seragam kita yaa

Time ni kami kayuh bersama. Kira macam paddle kembar tiga jugalah 


Suke ngat ye main air hehehe


Yeyy bestt



Dah penat berkayuh sakan,kami gi satu lagi tempat yang dirahsiakan iaitu :

Warung Bunian

Tapi serius cakap nama dia memang sesuai. Banyak keistimewaan warung ni kalau nak tahu boleh baca kat SINI.

Tapi memang puas hati makan. Kat situ yang makan orang kerja kat putrajaya je. Walaupun warung tu takde rupa langsung. Dan takde signboard pun. Tapi ramai dia, perghhh malas cakap. Baca je kat entry satu lagi tu. 


Makan sedap alhamdulillah.. 



Pastu kami gi melawat Afnan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah meminta perlindungan kepada Allah untuk anggota keluarganya.  Beliau mengusap dengan tangan kanannya dan berdoa :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

( Allahumma rabbanasi adzhibil ba’sa wasy fihu. Wa antas Syaafi, laa syifaa-a illa syifaauka, syifaa-an laa yughadiru saqomaa )

 “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”  (HR Bukhari dan Muslim).



“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”


“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”


Ameen..

So usrah sepanjang hari ni mungkin adalah yang terakhir untuk tahun ini.. Sebab lepas ni masing-masing nak fikir pasal exam, and tahun depan Ayong dah tak ada kat IPG T.T

Apa-apapun aku mendoakan supaya usrah ni kekal berhubung sampai bila-bila. Nanti kita buat usrah dengan baby masing-masing pulak ye. 

Macam trergesa-gesa je kan cerita. Padahal okay je. Kami happy alhamdulillah. Hehehe


For the pleasure of Allah 
Thank you Assalamualaikum



Wednesday, October 29, 2014

Pesanan Khas Untuk Suami Isteri

Assalamualaikum :)

Takde apa pun kali ni cuma nak share gambar kata-kata pasal suami isteri. Lama ngat simpan ja dalam henpon, takut tak dapat kongsi dengan penduduk dunia pulak nguahnguahnguah. Dunia sangat

Senanya ia cuma perkongsian antara suami isteri. Untuk suami saya. Untuk saya. Dan mungkin boleh jadi untuk awak. Dan suami awak atau isteri awak.

Kalau dapat sesuatu yang baik, ameklah. Bawak balik dan amalkan. Insyallah :-)


Senanya tadi baru screenshot ni. Buka je insta nampak ni dulu. Memang alhamdulillah sangat. 
Amek dari kak Fynn yang nyanyi lagu Arjuna Beta tu hehee..


Ni amek masa mula-mula kahwin dulu. Betul
 sangat ayat ni, kita cuma kena yakin aje :-) 

Terima kasih wahai suami yang baik hatinya....


Ameen insyallah.. 

Hai si hadiah hehehe

Abang, kite mitok mahap

Ayat ni sangat membantu. Jom try isteei-isteri sekalian!



Insyallah ye isteri-isteri solehah sekalian.
Dan juga bakal isteri-isteri solehah :-) :-) :-) 

Yes you r my osem ever dear :-) 

Ya benar suamiku. Jangan lupakan ummi ngan ibu. Dua-dua wajib diutamakan dulu sebelum isterimu ini..
Jangan lupa tanya khabar, bagi duit, minta doa dan taat kedua ibu ummi abang.. 


Semoga kita terus berusaha menjadi yang terbaik untuk kita berdua walaupun kita orang biasa-biasa aje ye bang :-) 


Peaceeeee sikit  

Main futsal sampai burn,
I love u more husbeng

Main bola dekat padang,
Jangan lupa mengulang :p 

Thank You for Reading!



Monday, October 27, 2014

Supplement Yang Saya Amalkan Setiap Hari


Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang minat nak cerita bab-bab kecantikan, kesihatan wanita, supplement, dan sewaktu dengannya.

Nak kata aku cantik takde pun huahuahua
Tapi memang sejak dulu lagi, dulu tu maksudnya after sekolah. Aku macam obses dengan kecantikan.

Tak nampak kan aku macam tu?

Baguslah sebab aku bukan nak tunjuk kat orang pun kecantikan aku hehe
Dan bukanlah matlamat aku nak jadi aisyah as siddiqah yang paling cantik dalam sekolah. Or dalam maktab. Or dalam dunia. Oh no takde pun macam tu.

Cuma sebab suka.
Yes. Sebab suka kot.

Aku suka rasa aku dah buat sesuatu untuk jadi cantik. So aku rasa aku cantik haha
Biarlah orang tak nampak pun kecantikan apakah yang aku maksudkan

So di sini aku nak share fasal supplement yang aku amalkan untuk ‘perasan cantik’ huahua


Yang pertama opkos Shaklee hehe.

SHAKLEE



Aku jual shaklee bukan sebab nak dapat side income je tau. Tapi sebab aku suka dan rasa puas hati dengan shaklee.

Korang penah dengar tak fasal boikot shaklee? Ada kan? Mesti ada. Kalau tak ada, ce carik kat google, boikot shaklee. Mesti keluar punya.
Haa fasal boikot ni, aku agak sedih dan terkena jugaklah tempiasnya. Sebab aku jual shaklee dan banyak cerita kat orang fasal shaklee kan. So semua orang tahu aku adalah shaklee lover and bila berlaku sesuatu yang macam memburuk-burukkan shaklee, aku rasa macam piangggggg kena lempang huahua



Tapi kenapa aku masih amalkan shaklee?
Haaa sebab aku dah dapat penjelasan tentang isu tu di SINI.  

Tapi suami aku risau jugak kat aku kot-kot ada orang nak hentam ke apa, sian kat aku.
So dia kata kurangkanlah post fasal shaklee. Yang nak beli dengan awak, dia akan wasap awak dan tanya pandangan awak. Boleh teruskan. 
Cuma awak tak payah sebar-sebarkan fasal shaklee kat FB.

Panjang pulak kalau nak cerita fasal boikot shaklee haha.

Konklusinya aku makan shaklee.
Dan aku makan sampai sekarang  sebab bendanya bagus.
Dibuat daripada bahan yang bagus2. Insyallah aku yakin.

So antara supplement Shaklee yang aku amalkan adalah  :

Secara harian :
  • Vita lea
  • GLA Complex

Bila perlu sahaja :
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • ESP
  • Alfalfa
  • Ostematrik


Banyak nyew hehe

Okay

Nape aku makan Vita Lea?
Sebab aku ada tekanan darah rendah dan darah rendah. Dua benda yang berbeza namun mempunyai simptom yang hampir sama.

Semua tahu kan fakta ni,
VITA-LEA ADALAH KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

Jadi, healthy comes first. Sebab tu aku makan setiap hari. :)

Nak tahu lagi banyak fasal vita-lea baca SINI.


Pastu, GLA Complex.



Aku amek untuk kebaikan rahim aku. 
GLA ni EPO lah. Uolls tahu kan EPO?

Doakan aku supaya dapat anak ramai ya hehe.

Zaman sekarang ni macam2 penyakit boleh kena. Yang tak buat apa2 pun boleh kena penyakit. That’s why I take GLA. Langkah berjaga2. Namun ALLAH jualah yang maha menjaga.

Nak tahu lagi banyak fasal GLA Complex, baca SINI.


And then Vitamin E,


Vitamin E sepatutnya aku kena ambil setiap hari untuk kebaikan kulit aku. Tapi aku terpkasa selang-selangkan sebab nak makan Habatussauda’ jenis pil tu. So bila makan banyak ngat pil dalam satu masa yang sama, macam bahaya lah pulak badan kita. Dah la jenama lain-lain. So better selang-selangkan.

Nak tahu lagi banyak fasal vita E, baca SINI

Pastu vita c. 


Vitamin C pun aku amek bila perlu je. Atau pun sebab saja-saja hehe.
ESP aku takleh minum selalu sebab allergic soya huhuu. Kadang-kadang je aku telan. 
Tak pun  buat masker. The best masker ever :)




Alfalfa pulak aku amek bila rasa perut macam bermasalah aje. Atau pun bila aku rasa aku makan berminyak sangat. Atau makan banyak ke.



Ostematrik pun aku amek bila perlu je. Rasa macam dah lama tak minum susu, aku pun makan lah sebijik :)


Okay selain shaklee, aku jugak amalkan :

PATI DELIMA 

Biasanya beli dapat RM15. Tapi kalau kena kedai mahal pun RM20 la.. 



Antara khasiat Pati Delima yang aku tahu : 

1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3-Membantu penghadaman.

4-Membuang lemak-lemak berlebihan.

5-Menambah tenaga.

6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit

15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak2

16-Mengatasi masalah kemandulan

17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah



Pastu, 

MINYAK ZAITUN



Ni pun harga lebih kurang je dengan jus delima tadi. 


Apa yang bestnya minyak zaitun ni?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, sebab dia minyak yang berkat. Ada dalam Quran dan Hadis :)

1) Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Antara kebaikan minyak zaitun ni untuk cantikkan kulit. And untuk keradangan kulit. Contohnya untuk kulit yang sensitif macam aku huhu.

Dulu ada jugak amalkan minyak zaitun yang kapsul punya. Tapi kejap je habis, kejap je habis. Rasa macammahal pulak sebab sepacket tu RM10. Rasa tak mampu pulak. So better minum air minyak betul tu T.T

Ni ha dia. Feveret senanya. Tapi kewangan tak mengizinkan. Tunggu dah kaya nanti boleh la start balik makan yang ni :)



Nak tahu lagi banyak pasal mintak zaitun boleh baca SINI


Kemudian, 

BARAKA HABATUSSAUDA'




Antara kebaikannya adalah :
  • Memberikan tenaga
  • Keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • Meningkatkan imunisasi
  • Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • Anti Inflamasi
  • Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
Dan banyak lagi. 

Sebenarnya sebelum makan Baraka ni aku memang makan yang jenis bijik punya tu. Ayah aku bekalkan. 
Maksudnya, mana2 jenama pun boleh diamalkan, semuanya baik dan bagus :)

 . . . . . . .

So itulah semua antara suplemen yang aku makan setiap hari, insya ALLAH. Kita berusaha mencegah penyakit. Namun, Allah jualah yang menjauhkan penyakit daripada kita. Banyakkanlah berdoa semoga kita jauh daripada penyakit dan sentiasa cantik dan cun hehehe. Doa kena spesifik. 



Itu sahaja perkongsian daripada saya. Boleh tiru k nak amalkan yang mana sebab semua makanan ni elok belaka :)

For the pleasure of Allah.

Thank you for reading and Assalamualaikum :)








Manfaat Dan Kelebihan Vitamin E Daripada Shaklee!


Assalamualaikum and Hai semua :)

Sekarang waktu senggang sementara menunggu husbeng belikan kita aiskrim. So apa kata kita cerita fasal vitamin shaklee hehe. Also known as VITAMIN CANTIK :)




Vitamin E Shaklee ni adalah antara vitamin yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan customers saya tau! Saya tak pasti pasal apa masalah diorang pada mulanya, tapi memang ramai yang kalau nak tanya pasal shaklee, terus tanya fasal Vitamin E. mungkin dorang dah baca kot kebaikan Vitamin E dekat internet. So here daripada saya pulak. Kenapa vitamin E bagus? Kenapa saya pun amek vitamin E shaklee ni? Apa kebaikan vitamin E Shaklee? Apa manfaat dia? Kenapa kena pilih Shaklee?

Okay, Aisyah terangkan ea. :)

Vitamin E Shaklee ni terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].



Untuk pengetahuan, vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik dalam badan. Sebab dia saling bekerjasama untuk memberi effect yang baik kepada badan kita.

Sama juga seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik terkumpul dalam badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Dan kita perlu makan vitamin E yang bersumberkan bahan semula jadi. Macam mana nak tahu?
Boleh lihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.

Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.



Dan kenapa pulak saya suruh makan Vitamin E daripada sumber yang asli?

Supaya ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan sumber tiruan atau sumber kimia.
Jika ia tidak dapat diserap oleh badan, ini akan menyebabkan toksik terkumpul dan akhirnya menjadi penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kemudian, antara kelebihan vitamin E Shaklee adalah ia mempunyai ekstrak biji anggur. Bijik tau bukan buahnya.

So, Antara kelebihan ekstrak biji anggur ini adalah:-


  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Dan ia mengandungi pelbagai khasiat kesihatan seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
Untuk pengetahuan anda, kuasa antioksidan polifenol adalah 20x lebih baik daripada vitamin E sendiri dan 50x lebih baik daripada vitamin C.

Senang kata, minyak biji anggur ni amat baik dan berkesan sekali untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan :)

Antara KELEBIHAN VITAMIN E ni kepada kejelitaan kulit anda adalah, ia dapat :


  • Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka unutk mengurangkan kesan parut.
  • Menganjalkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori kulit muka
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut


  • Awet muda, sebab :

Oligomeric Proanthi Cyanidin (salah satu phenol dalam biji anggur) bertindak memelihara tubuh daripada tua sebelum masanya. OPC ni jugak terikat dengan kolagen. Procyanidin yang ada dalam vit E membantu kulit lebih elastik dan membuat sesorang nampak muda secara semula jadi.

Selain tu,untuk kesihatan pulak, ia dapat :


  • Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.



Anti-Oksidan Yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1,200UI sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.


  • Menurunkan paras kolestrol
  • Menghalang pembentukan darah beku
  • Melegakan masalah berpunca daripada urat timbul

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE








So konklusi saya adalah Vitamin E memang baik untuk kulit. Kalau nak cantik, amek Vitamin E, insyallah puas hati.macam saya, ada masalah parut sikit and kulit kering, makan sebijik sehari, esok rasa macam diri cantik jeee (padahal baru sekali makan kan hehe) :P

Maksudnya kat sini, saya rasa selesa. Mungkin saya rasa kulit saya lembap untuk hari selepas makan Vitamin E tu,atau saya rasa lebih sihat sebab dah makan vitamin kan.

Apa-apa pun, kalau nak cantik dan sihat, kena amalkan minum air mineral banyak-banyak satu hari. Tak boleh bergantung pada vitamins aje sebab ia bukan makanan utama. Ia sekadar supplement sahaja.

Dan untuk pengetahuan kalian, Vitamin E ada dalam set kecantikan, set kesuburan dan macam-macam set lagi. Tengok gambar testimoni kat atas tu. Biasanya Shaklee ,memang cadangkan supaya ambil secara set sebab ia lebih berkesan digabungkan dengan supplement lain. Shaklee nak jaga kualiti sesuatu product tu, sebab tu lah dia asing-asing tak boleh campur haduk semua vitamin dalam satu tablet :)

Yang penting, saya sukaaaaa Vitamin E Shaklee sebab saya rasa kebaikannya sendiri! Tapi saya tak ambil setiap hari, bergantung pada vitamins apa saya ambil pada hari tu. Sebab saya makan supplement banyak jenis hehe. Ada yang shaklee, ada yang bukan. Kalau yang bukan tu, yang jenis islamik punya, contohnya macam jus delima, madu, cuka epal, minyak zaitun dan juga habatussauda’.

Hehe so saya kena atur jadual saya sendiri ikut ilmu kevitaminan saya. hehee ayattt!

So apa –apa nak tanya boleh whatsapp no saya, Aisyah 011-33099034 ya!



Thank You for Reading!



Friday, October 24, 2014

IPG Life : Kenangan Jamuan Mohon Restu PISMP 4.06


Assalamualaikum

Masa nak pergi Sabah hari tu , kitorang sekelas semuanya takut tak cukup duit duduk kat sana. Yela, kami mana biasa gi merentas-rentas laut ni. Rasa macam tiket pun dah mahal, makan macam mana pulak lah nanti T.T

Mana tahu tetiba ter-pergi kedai makan yang mahal ke, atau kena troll dengan peniaga cenderahati ke. Siapa tahu kan.


Belanja selfie ngan Nina dululah. 
Rasa setahon tak cakap, ea Nina kehkehkeh


And alhamdulillah tak terjadi masalah kewangan kat sana. Kami siap diberi elaun makan setiap orang RM50 dan duit minyak untuk hari pertama ditanggung oleh our beloved papa En Razak. So sesiapa yang memang tak nak keluarkan duit sesen pun untuk makan kat sana, boleh gunakan RM50 tu cukup-cukup untuk tiga  hari kat sana. Memang boleh cukup.


Balqish ngan Ara, Tenyummm


Bila dah settle hal Sabah, kira-kira duit, eh banyak lagilah. Jom buat jamuan kehkehkeh. So bincang punya bincang, kami semua bersetuju untuk buat majlis makan-makan dengan pensyarah. Sebab sebelum –sebelum ni kami buat jamuan semuanya simple aje, sama ada tak ada pensyarah atau pun ada tapi jemput naqib naqibah sahaja.

Rezeki lebih tahun ni, alhamdulillah dapat jemput semua lecturer yang ajar kami sem ni dan sponsor-sponsor rehlah ke Sabah hari tu.


Busy nya tuan rumah siapkan makanan untuk lecterur. Maceh tuan rumah :)




Aik tengok pinggan macam kosong ja, buat-buat makan ja ka?



Cenderahati untuk lecturer :) 
Sejadah dengan frame gambar kami hehe



Dan menu yang dipilih kali ni best. Hehe. Semua beria pilih menu sebab nak menggunakan baki wang sepuas hati hahahah

So antara makanan yang kami sediakan adalah :

Nasi. 
Makan dengan lauk ayam merah dan daging masak blackpepper.
Ayam merah tu tempah.
Daging blackpepper dimasak oleh kak ngah kami, Kak Teha. Serius sedap T.T

Laksam
Laksam pun buat sendiri oleh Kak Teha dan konco-konconya..


Tangan model itu penting ya 


Lamb chop and Chicken Chop

Diuruskan oleh hubby kita ngan kawan-kawannya. Tapi yang paling beria sekali hubby kita lah sebab memang feveret dia ever. Mula-mula tu siap rancang nak bakar sendiri! Tapi tengok balik masa, memang tak dan. So, tempah kat The Grato.



Coslow
Ha yang ni special sebab AJK buat-buat busy yang sediakan. Disebabkan rumah dia dekat, so Nasya sponsor. Sedap syaaa, nak lagi hehehe

Pudding Castard
Sedappp sebab pekat dan banyak ais.


Nugget + Sosej + Fries


Alhamdulillah rezeki Allah bagi



Cara basuh tangan adalah begini dan begini, terang si tuan rumah



Antara lecturer yang hadir memeriahkan majlis kami..


Suasana happyyy
Ada yang buat-buat busy,
ada yang buat-buat tak nampak orang busy 
hehehe saja ja


Aku tak masak langsung.

Sebab aku bahagian buat video montaj dengan bahagian pengacaraan with hubby.
Senang je buat , malam tu buat malam tu siap.
Cuma terkilan sikit sebab tak tolong langsung kat dapur haha pemalas ngat u ni
Aku bukan apa, tapi aku sedarlah diri jugak. Setiap kali ada masak-masak, aku mesti bukan tukang masaknya.
Tak tahu kenapa.



AJK melayan lecturer ngehngeh


Nak cakap pemalas of kos aku tak mengaku hahaha
Tapi sku rasa aku memang tak pandai merewang sangat.
Sebab kalau dah ada ramai orang aku terus jadi tikus je haha sebab semua benda macam tak tahu je nak buat
Padahal kat rumah biasa je buat (ayat selamatkan diri)

Malulah jugak. Sebab patutnya aku jadik master.
Orang kata dah kawen mestilah lebih power di dapur hehe


Tapi tak pelah. Aku memaafkan diri sendiri ngehngehngeh


Dap ngat ye Qila 


Oh ya, tujuan jamuan ni sebenarnya nak mintak doa pensyarah-pensyarah. Semoga kami dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan pun baik. Sebab sem ni macam scary sikit subjeknya. Ngeee. Macam tak confident je nak confidentkan diri.
Insyallah, aku doakan semoga kita semua beroleh kejayaan. Ameen

So, bagi nampak entry ni berfaedah, meh aku bagi tips untuk buat jamuan yang simple dan bermakna macam Majlis Mohon Restu ni.



Selfie sebelum solat jemahat
Cheeseeeeeeeeeeeeeeee :)


Macam Mana Nak Buat Majlis Yang Ringkas Tapi Bermakna?


1.       Kerjasama

Semua kena ada perasan NAK buat majlis ni. Dan of kos kena satu hati. Semua orang kena happy membuat kerja untuk majlis yang nak dianjurkan. Ada ke yang tak happy kalau jamuan hehe :)

2.       Pembahagian tugas

Bahagikan tugas jangan tugas yang skema-skema je macam AJK kebajikan, AJK kebersihan. Dia pun nanti tak tahu nak buat apa. Bagi nama AJK spesifik sikit contohnya AJK tuang air, AJK berbual dengan pensyarah, AJK penerangan jenis makanan dan AJK buat-buat busy (Nasya) hahaha

3.       Komitmen

Maksudnya buat kerja sendiri bagi settle dulu. Contoh aku kena bahagian montaj, siapkan dulu montaj baru boleh tolong part lain.

4.       Saling tolong

Contohnya semalam dah siap video, aku tolong Asmaa’ bahagian cenderahati pulak.

5.       Ikhlas

Kalau kita ikhlas nak bagi orang makan, mesti kita rasa happyyy sangat bila tengok orang makan. Kita tak makan pun takpe. hihi


Last sekali, proses basuh membasuh oleh rijal perkasa 



So alhamdulillah semuanya berjalan semutttt sekali. Semut is smooth.
Jamuan ni aku rasa sebagai penutup sem ni untuk kami sekelas.

Pasni fokus exam exam exam yahhhhh!

Terima kasih usrah 4.06.
we love we. wewewewe

Doakan kami ye, kalian yang membaca :)


Ohya, gambar senanya banyaaaak lagi yang cantik-cantik dan best2. Tapi sekarang tak kumpul lagi, so aku malas nak tunggu lama2, nanti aku tak buat entry ni haha. Sorryyy

For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum