Tuesday, January 26, 2016

Certain Day Talking : My Life Sekarang

Assalamualaikum

(18/10/2015)

Alhamdulillah dapat jugak menulis setelah laaaaaama ku tinggalkan dunia blog ku ini. Dua bulan lepas memang zaman busy aku sebab semester 6 berpraktikum. Aku berpraktikum dengan husband aku kat SK Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah semuanya ok dan best..

Now, semua sem 8 pun dah intern, kitorang yang sem 6 ni pun dah nak jadi last year student, semuanya jadi busy busy belaka. Sebab dah jadi keutamaan lecturers. Takut senanya.. Tapi bila dibayangkan ketakutan saja, maka ketakutanlah yang akan menghantui kita..
So chill chill ajer.

2 hari bulan 11 2015

Anyonyooo entry lepas pun tara siap siap haha. Jadi kita sambung aje lah. Okay baru je masuk bulan 11. Dan nampaknya tarikh peperiksaan semakin hampir. Namun bagaimanakah persiapan untuk menghadapi peperiksaan? Usah ditanya kelak menyesal pula hehehhe.

Budak2 study group ni pulak macam tanak balik bangi je gayanya. Aku dengan sheben jelah yang setia kat sini. Alhamdulillah ada rumah kat Putrajaya ni kalua tak kat mana lah agaknya aku sekarang ye.

So sepanjang aku duduk berduaaa je dengan sheben ni banyak lah jugak aku belajar mende2 keibubapakan aka keisterian yang harus aku praktikkan sampai ke tua. Antaranya adalah memasak. Aku senanya suka je memasak. Tahu kan?

Tapi the prob here is rumah kecil kami tiada peti sejuk. Jadi aktiviti masak memasak agak sukar dijalankan secara kerap kerana kadang-kadang timun rosak, kadang kadang tomato busyuk, kadang-kadang  ayam tak sempat beli sebab dah malam. Dan sebagainya. Dan bila memasak pulak kuantitinya adalah amat sedikit macam main pondok pondok hehe. Diameter periuk aku hanyalah sebesar jari teluntuk kanan dan kiri disambungkan begitu juga dengan ibu jari tangan kanan dan kiri. Segitu aje. Sangat sedikit bukan? Apa jadi kalau masak  banyak? Wa qo lu inna lillah….. T.T

Tapi apa apa pun aku gembira dan bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah alhamdulillah. Dapat jugak masak. Dapat jugak sediakan makanan untuk suami. Walaupun tak lah sedap pun aku masak.
I love cooking. Sebab tu kadang kadang atau selalunya bila dah dapat memasak (sebab semua bahan lengkap) aku akan masak 3 kali sehari. Untuk 2 orang. Macam rugi je kan haha. Atau kengkadang orang kata buang masa dan tenaga aje.

Tapi pada aku tak lah (untuk jangka masa sekarang ni). Sebab aku duk rumah bukan buat pape pun. Rumah aku kat tingkat 3. Ofkos aku tak kan turun jenjalan. Lagipun kawasan asrama student. Pastu aku pulak tak de buat pape part time job. Jadi tugas aku hanyalah menjadi  pelajar dan menjadi isteri. Yela disamping menjadi anak dan menantu lah.

Apa lagi aku harus lakukan dirumah… haruslah memasak ya kannn.. masak iron baju sapu sapu sikit. Tu jer keje aku haha. Basuh baju tak sebab kitorang basuh kat dobi. Haha. Tak de mesin basuh gak…
So pagi tadi menu kami adalah :

Mi singapura + telur mata + keropok ganu
Tengah hari ni :
Stew ayam +brokoli rebus
Malam? Belum menjelang malam lagi. Tapi rasanya stew tadi je kot sebab tak habis lagi.
Esok pagi aku ingat nak buat mi sos kacang hitam korea tu hehe. Mi dah dibeli. Insyallah kalau jadik nanti aku share share yekk. 

Hari tu ada buat nasi ayam pastu mi hailam pun ada jugak. Ohye donut pun ada gak aku buat. Tapi tak mantop lagi lah donut aku. Tak leh jual lagi lah bak kata orang :P

Suami aku kata berbaloi jugak senanya kalau duk dua orang ni kita masak kat rumah. Aah memang pun senanya tapi kalau ada peti ais. Hehe. Kalau tak rugi sikit jerrr lah berbanding asyik beli aje.
Lagi apa ek nak citer pasal kehidupan aku sekarang…. Oh ye

Lately bila dah habis kuliah ni banyak gak masa terluang. Antara kerja tak berfaedah aku adalah tengok citer. Tapi tak maulah citer sebab suami aku kata nanti ada saham dosa. Tapi memang banyak gak ah citer aku tengok. Lagha T.T

Tapi sekarang macam nak muntah dah kalau nak tengok citer tu. Haha yeye je. 
Oklah nak buat entry lain pulak haha. Sebab panjang sangat..

For the pleasure of Allah.
Thank you
Assalamualaikum