Saturday, November 1, 2014

Wedding Dress Ilyassiddiqah

Assalamualaikum :)

Sebenarnya konsep baju kahwin kami tak macam wedding dress pun haha. Sebab takde pun dress lawa-lawa sangat. Simple je but nice.. Aku memang minat baju kahwin yang simple aje, so tak nampak sarat or terlalu crowded.

Okay total baju persalinan kitorang ada tiga pasang senanya. Warna putih , putih dan merun cair. Kenapa sampai dua putih? Sebab bagi aku putih sangat cantik haha.

And baju warna merun tu saja buat tambahan aje senanya. Tapi bila dah lepas majlis majoriti cakap baju merah tu lagi cantik daripada dua baju putih aku tu haha.

Nasib baik pakai jugak baju tu..

Okay

Jom go through

Persalinan 1

Persalinan pertama ni baju untuk nikah. And of kos warna putih. Bagi aku putih nampak suci and sangat cantik. So sangat sesuai untuk orang yang nak menikah hehe.
Lagi satu, putih nampak berseri dan menaikkan seri muka kot. Bagi akulah.



Ce korang pakai tudung putih hari biasa, gi kuliah ke gi kedai makan ke, nampak cantik ke? Kurenglah kot ek?

Tak tahu lah tapi bagi aku tudung putih ni cantik pakai masa menikah aje. Nampak macam salju gitu.

Kononnya lah aku ni nak nampak macam salju haha. Tak tahulah korang nampak tak salju yang aku berangankan tu. Ke nampak macam seleju haha.

Pastu aku nak pakai shawl masa nikah. Sebab aku nak bahagian sedap bawah dagu aku tu kemas. Tak nak ada rantai-rantai ke, manik-manik ke, tali jerut ke, tak nak. Nak nampak kosong aje. Jahitan pun tak nak. Sebab tu tak pakai tudung bulat koshibo tu sebab ada jahitan kat tengah2 dia tu kan hehe.

So aku decide buat shawl sendiri memandangkan aku cari shawl putih kat kedai ada  aje masalah. Contohnya masalah jarang, tak lebar, tak panjang, warna tak naik, berhabuk atau mahal huahua.

Sebenarnya kain shawl yang aku beli ni pun tak lah tak jarang pun. Jarang jugak. So aku lipat kain tu jadi double, pastu terus jahit tepi. Jadilah shawl aku yang  tebal dan berlapis-lapis. Tapi sebab kain jenis sedap and mahal, tak panas pun time pakai. Selesa aje.



Pastu baju pulak, guna baju nikah ibu dulu. Sebenarnya baju nikah nak pakai gaun putih (persalinan 2) yang aku design sendiri tu. Tapi si Markonah dapat idea, apa kata kita pakai baju turun temurun ibu? Lagipun cantik lagi. Ibu pun pakai sekali aje. Sayang kan. Aku pun excited lah. Yeyy boleh jugak. Good idea! :-)

Ibu pakai, pastu aku pakai, pasni kinah pakai pulak :-) :-) :-)

Bila dah decide macam tu, kinah mulakan projek dia. Dia buat bunga, letak manik-manik dan tambah laces kat bahagian tangan tu, jadilah ia satu baju kurung moden yang cantik lagi menawan. Semua tambahan tu pun guna colour putih aje. Just nice.. Suka.. :-) :-) :-)

Terima kasih Kinah si cantik bidadari. Dia memang pandai design sesuatu yang kreatif dan cantik. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan pada dia. :-) :-) :-)

Pastu veil pulak tak ada. Haha. Mula-mula nak buat sendiri veil memandangkan veil putih idaman aku mahal ngat. Tapi bila dah start buat, jahit manik and bla-bla, tetiba pakai veilnya tak jatuh ke bawah. Dia macam mengeras kembang gitu. Pattern yang aku nak pakai nanti tak nak jenis yang mengeras tu. Memang ada pattern gitu, tapi tak nak yang tuuu T.T

Aku nak yang jenis jatuh ke bawah.. Nampak macam panjang ke belakang gitu.

Kebetulan beberapa hari sebelum 7 Jun tu famili aku balik kampung ibu. Jumpa makcik2 nak bincang last pasal majlis nanti, aku jumpa sepuou aku sebab dia camera woman and MUA aku hari tu. So aku bagitahulah masalah aku. Aku punya veil kembang tak lawooo. Pastu dia suggest pakai selendang lama mak dia punya. Selendang tu memang dah takde orang pakai sekarang. Tapi kalau tak nak mengembang gitu, better bawak je balik dulu selendang yang dia bagi tu. Mana taju tetiba urgent nak guna kan. Masa tu memang aku fikir emmm tak nak ah pakai selendang tu, old fashion.

Tanak yang cenggini.
Kembang dan nampak gumuk.. 

Nak yang cenggini hehe


Sekali hari kejadian, kelam kelibut nak pakai veil yang cantik takde, capai jugaklah selendang tadi. Bila pakai, eh nampak macam okaylah pulak walaupun belakangnya pendek. Ah x pelah shawl dah labuh, selendang okay lah tu.

Bila snap gambar, tengok balik, ehhh cantik pulak walaupun pakai selendang biasa. Hehe. So konklusi dia, jangan memandang rendah pada selendang lama, kelak ia menjadi pakaian yang cantik.

Crown macam yang aku dah cakap, beli kat kedai getah rambut. Harga dalam RM30 gitulah.. Okaylah kan daripada tak ada haha.

Kasut pulak beli kat Kluang. Nak beli kasut putih. Tu je aimnya. And takde tumit. Sebab kalau pakai tumit takut nampak lagi tinggi daripada husband memandangkan kitorang punya tinggi lebih kurang hehe.

Senanya nak beli kasut yang manik manik banyak. Macam ni :



Dah jumpa tapi takde saiz. Takut tak dapat beli langsung, aku pun belilah kasut lebih kurang macam bawah ni. Cuma aku punya tu bukan corak bunga. Corak asbtrak and dia punya colour putih biru macam kasut atas tu. 


Ihsan google je ni. 

Tapi alhamdulillah, puas hati sangat dengan pakaian aku masa nikah. No doubt ea ongputih kata. Alhamdulillah.

Panjangnya huraian baju aku haha. Baju husband tak citer lagi. Okay husband aku known as ilyas tu simple je orangnya. Aku dah belikan kain dengan baju aku and tempahkan kat tailor sekali. Buat baju melayu.

Tetiba dah nak dekat majlis dia kata, eh saya rasa nak pakai jubahlah masa nikah.. Awak rasa cane?

Aku : Oh yeke? Boleh je. Saya tak kisah. Tapi jubah mana awak nak pakai?

Abang : Jubah yang hari2 saya pakai tu. Tapi yang nampak baru lagi tu. Perasan tak?

Oh tu. Perasan. Okay lah gitu. Bolehlah.

Abang : Abes baju melayu putih tu cane?

Ohh bebila boleh pakai.. Masa majlis ke nanti awak nak pakai untuk snap gambar..

Abang : Oh okay..



So maksudnya husband aku pakai jubah yang dia ada je masa nikah. Tak de masalah pun aku rasa kalau korang pakai baju apa yang ada. Terutamanya lelaki lah. Lelaki mana kisah sangat kan. Perempuan dia mesti nak rasa dihargai. Pakai baju baru, cantik.. Hee.

Pastu kalau terfikir eh betul ke Ilyas nak pakai baju jubah dia tu, mesti kitorang gelak2 sedapkan hati. Rasa macam eh ni kawin betul laaa nape macam main2 niii haha.

So konklusinya, korang nanti kalau pilih baju nikah pilih yang paling korang suka dan redha. Simple pun okay asalkan puas hati. Bagi akulah.. Hehe. Ni pesanan daripada wanita biasa. Kalau pesanan yang baik pulak, korang jangan membazir masa beli baju nikah nanti. Untuk majlis yang berkat, tak payah grand-grand sangat.. :-)  okay?




Persalinan 2

Baju ni paling complicated sekali proses nak buatnya. And sebenarnya baju favourite aku. Sebelum muncul idea baju nikah ibu, aku ingat nak buat gown ni lah yang jadi gown nombor satu aku nanti. Sebab favourite aku warna putih kan. And nak nampak lebih nice tambah colour pink cair.  So nampak fairy tale sangat. Tema baju ni memang fairy tale pun hehe.


Masa design baju aku bayangkan aku ganti  Cinderella duk dalam istana cenggini. Kuat berangan sangat kan.


Proses nak buat baju ni makan masa 8 bulan. Sepanjang tempoh pertunangan sampai nak kahwin aku settlekan baju ni aje. Sebab baju lain aku rasa macam tak best aje haha. Sebab baju ni favourite aku! So setiap kali balik aku akan cuba pakai, tengok cermin and orter sikit. Sampai penat pakai baju ni sebab dia berat.



Baju ni design by aku and kinah. Dan dimurnikan lagin oleh aku mengikut citarasa aku. Kina ikut je dia kata. Sebab yang nak pakai aku. So baju ni baju yang dibuat dari 0 lagi. Disebabkan baju ni pelik dan susah nak buat (biasanya Rizalman yang buat baju cenggini hehe) , so tailor tak biasa buat. Bila pakai rasa terketat, bukak semula. Bila pakai lagi rasa macam serabut, bukak lagi. Sampai dua kali bukak jahitan, kinah serrender. Aku senanya nak bukak lagi kali ke tiga. Tapi kina kata dia tak nak bertanggungjawab. Aku pun apa lagi, takutlah hehe. Sebab aku memang fail bab jahitan. Kinah power. Tapi bila dia pun surrender, aku jadi tak berani lah.

Jadinya aku meredhakan diri pakai baju favourite aku yang aku anggap tak siap tu. Huhu berat hati jugak tapi takkan tak nak pakai kan. Baju paling susah kot nak buat. Pastu Kinah cantikkan sikit bahagian bawah dia tu, and aku pinkan sikit bahagian bahu sebab macam jatuh, jadilah okay sikit.

Senanya hati aku tak puas lah sebab tak dapat pakai macam imaginasi aku. Tapi ramai kata okay, kinah pun kata okay je. Aku rasa okay kot.. Confidentlah sikit hehe.

Tapi tak puas pakai baju ni, lepas nikah dalam pukul 11 pakai baju ni, zohor dah kena pakai baju persalinan 3. Jadinya aku bertekad untuk pakai semula baju ni kat majlis terengganu nanti. Sebab kalau pakai kejap je rasa macam tak berbaloi pulak susah payah 8 bulan buat baju dengan pakai hanya dalam masa 2 jam gitu aje..


Tudung pun sama complicated. Macam konsep shawl jugak, aku tak nak ada yang menyerabutkan kat bahagian depan. Jahitan pun tak nak. Tapi konsep kedua ni aku nak buat gaya tudung bawal untuk bahagian mukanya, jadinya aku mendesign satu jenis tudung pelik, bawal ala-ala shawl yang sangat memakan duit haha. Susah nak cerita cemana susahnya aku buat tudung ni. Ambil masa 8 bulan jugak nak buatnya. And bila pakai jadi tak cantik pulok tu haha, sebab dia jenis kain kembang and keras sikit tapi ringan. Sebab dia kain yang sesuai buat shawl senanya.

Sayang sangat tudung ni sebab tak boleh nak kasi orang pakai. Sebab design dia sangat pelik. Sampai orang cina yang nak jahit tepi tu pun tanya,

U nak buat pattern macamana ni sebenarnya amoi?  -.-

Aku : Tak pe, U jahit je keliling kain ni. I buat design I sendiri. Hehehe

Senanya malu jugak sebab memang takde rupa.
Nampak macam kain perca yang besar haha.

Tapi takpe. Kinah selalu pesan supaya confident dan teruskan aje apa yang kita buat. Insyallah ada hasilnya. Yeah go Kinah! Hehe apsal kina yang kena go

Majlis kat Teganu ni. Masa ni dah oter sendiri baju ni bagi nampk lawa. 


Pastu aku pakailah tudung tu. Alhamdulillah, dapat juga dipakai. Lepas majlis ni tak tahu nak buat apa tudung tu sebab macam tak dapat diselamatkan dah..

Veil pulak beli kat Jakel. Mahal. RM150. Siapa nak sewa boleh wasap 0137711430. Murah je aku bagi sebab sayang nak bagi dia duk dalam almari lama sangat.

Husband masa ni patutnya pakai baju melayu putih. Sepatutnya lah. Tapi tak dan nak tukar, ramai sangat kawan kena layan, dia continue je pakai jubah masa nikah tadi. Aku pun tak kisah senanya sebab dia selesa pakai jubah tu jer. Suami dah sekarang mana boleh desak-desak macam dulu hehe.

Tapi sayang kan baju melayu tu. Tak pakai lagi. Sampai hari ni. Siapa nak kawen boleh pinjam baju husband aku. First hand dont worry :-)


Persalinan 3

Nampak gumuk pulak aku


Baju ni favourite kawan-kawan. Haha. Sebab ramai kata baju ni lagi lawa daripada baju pujaan aku yang dua di atas.

Baju ni konsep dia simple aje. Jubah kembang payung. Beli laces besar, gunting ikut bunga dia dan jahit kat baju tu. Dah siap..

Aku tukang jahitnya tau haha. Walaupun aku tak suka menjahit sebab bagi aku benda tu complicated sangat, sebab tercucuk jarumlah, benang tak masuklah, sengat bengetlah grrr, tapi Kinah paksa aku buat sendiri, dia tak tolong sebab dia kata yang kahwin aku, mestilah aku yang kena rasa jerih perih buat baju sendiri tu ( padahal aku rasa biasa je haha).

At last, Kina terpaksa bukak balik jahitan sikit and betulkan sebab senget benget dan menggelembung banyak. Bagus Kinah. Padahal dia boleh je biarkan baju aku tak lawo, tapi dia rasa tanggungjawab dia kot haha sebab dia reti.

Baju husband pulak buat baju melayu aje. Takde tanjak-tanjak. Tak lawo la bagi aku haha. Lagi pun lepas ni boleh pakai terus buat baju hari jumaat.

Baju ni tak banyak kerenah. Sebab aku memang nak buat as simple as abc je. Ceee poyo betul. Memang tak banyak kali pegang pun baju ni. Dah siap jahit tu basuh, wangikan dan simpan aje.

Dua tiga hari sebelum majlis tu baru keluarkan dari simpanan, basuh, wangikan, iron dan gantung tak dilayan. Haha memang kesian baju ni. Tapi tengoklah, akhirnya baju ni jugak menjadi pilihan hati kawan-kawan yang melihat aku.

Tapi bab tudung complicated lebih kurang macam yang persalinan 2 tadi. Sebab aku nak buat konsep mewah hahah over ngat. Aku nak tudung tu kemas bahagian depannya, macam biasa. Tapi nak nampak berani sikit, tarik tuding pin sebelah atas telinga. And bahagian belakang tudung ni dibuat panjang dan lebar sampai ke kaki. Taklah meleret pun. Cuma sampai kaki bahagian lutut lah lebih kurang. Saja buat plek sebab nak buat konsep mewah kan. Padahal bukan mewah apa, mewah kain kat belakang tudung tu jer hehe.

Buat konsep mewah ni pun sebab taknak pakai veil. Senanya bukan tak nak. Tapi sebab aku rasa macam takde je veil yang sesuai dengan baju merun cair tu.

Tapi at last pakai jugak veil pink sebab rasa kosong sangat aje. Hehe. So tak nampaklah mewahnya konsep aku masa tu. Hanya nampak macam aku pakai tudung bawal lerang 60 je. Sian ngat.

Okay tu aje baju aku ngan suami. Kitorang repeat pakai baju yang sama kat majlis Teganu sebab aku tak puas lagi pakai baju2 kawen aku tu. Aaa rindu sangat

Okay itu ajelah.
So aku harap korang dapat tambah idea nanti time nak buat baju kahwen hehe.


For the pleasure of Allah.
Thank you and Assalamualaikum!





No comments:

Post a Comment