Searching for ......

Monday, November 24, 2014

Lauk Paling Ringkas Dan Mudah Tapi Sedap!

Assalamualaikum

Jom kita masak lauk simple-simple aje wahai si pemalas-pemalas sekalian wakaka.
Korang takpelah malas, nak masak untuk makan sendiri aje kan. Aku ni kategori bahaya senanya sebab tahap pemalas sama dengan zaman anak dara dulu T.T

So after kukus kek koko lembab tadi, lapar. So kenalah masak. Disebabkan dari pagi duduk kat dapur, malaslah pulak nak menambah masa lebih lama kat dapur. So apa kata kita masak makanan yang simple aje. Pastu boleh cabuttt

So lauk yang ibu cadangkan adalah :

Ikan merah goreng.
Air asam.
Pucuk ubi rebus.

Senang jerrr kan. So mula-mula kita goreng ikan dulu. Dah siap goreng ikan, letak tepi. Pastu kita buat air asam. Cemana nak buat? Macam-macam cara senanya nak buat air asam, tapi ibu kata yang ni cara buat air asam yang paling mudah dan simple tapi sedap, sungguh menyelerakan tekak dan mengecurkan ayer liyur.

So mula-mula kita sediakan bahan-bahannya iaitu :

Tomato.
Cili.
Asam jawa.
Garam.

Tomato dipotong dadu kecik-kecik macam ni. 
Pastu blend cili mengikut tahap kepedasan yang korang nak.
Nampak tak cik timah cili malu-malu nak masuk dalam gambar kat belakang tu? ^^

Pastu amek sesudu asam jawa. Letak air dan garam sikit. 
Gaul2 supaya asamnya turun. Pastu buang bijik ye kang ada yang tertelan bijik asam jawa yang disangka ketulan daging.


Pastu campurkan air asam
, cili dan tomato tadi dalam satu bekas. Gaul lagi sampai sebati. 

Pastu dah siap! :D


Boleh cicah dengan ikan goreng. Emmm sedapnyeee


Oh ye lupa pulak sayur hehe.
Sayur kita rebus aje pucuk ubi. 

Cara rebus :
Mula-mula panaskan air rebusan. Pastu masukkan garam and minyak sikit. 
Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi tadi. Gaul-gaul sikit pastu matikan api dan tutup periuk tu.
Biar lama sikit supaya ia dimasak dengan sempurna. Pastu barulah tos dan hidangkan :)

Ha macam ni jerrr hehe.


So dah siap, jom makang! 

Thank You!
For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment