Assalamualaikum semua.
Kali ni kita cerita pasal kartun yok.
Bagi kita buka mata dan minda sikit.
Sebab dolu dolu kita suka kan tengok kartun
kartun ni?
Maklumat saya dapat dari buku yang
bertajuk Metod Fatwa al-Qardawi
Dalam Menangani Isu-Isu Semasa.
Ini yang versi bahasa Malaysia yee.
Hasil terjemahan Prof madya Dr. Basri bin
Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.
Emmm.
Pernah dengar tak yang pokeman ni haram ditonton?
Saya pernah dengar dulu.
Tapi tak ta’kid sangat sebab dengar
gitu-gitu aje. Tak ada bukti ke apa..
Tapi bila baca buku ni, ‘oh, rupanya fatwa Al-Qardawi..’
Okay, semua maklum kan pokemon tu yang mana
satu?
Kartun colour kuning.
Dari Negara Jepun.
Ini dia,
Kartun ni sebenarnya cerita tentang satu
permainan dan jampi mentera yang dijadikan pertaruhan oleh pemain-pemain dia.
So, mestilah ada pemenangan dan ada yang
kalah. Kan? Bermaksud ada yang untung ada yang rugi.
Kenapa ia diharamkan?
1. Permainan
ini ada unsur judi dan pertaruhan yang diharamkan dalam islam.
Okay, judi telah
Allah gandingkan sekali dengan arak, berhala, dan tenung nasib sebagai suatu
kerja syaitanirrojim dalam surah Al-Maidah, ayat 90:
“Wahai orang-orang yang
beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
2. Permainan
pokemon ni ada symbol-simbol dia sendiri yang membawa maksud tertentu.
Contohnya ye :
Bintang bersegi 6 tu, ia ada hubungan dengan zionis dan pertubuhan freemason.
Dan sekarang ia menjadi simbol negara zionis Israel.
Ada lagi 1 simbol
tu yang ada hubungan dengan kepercayaan agama Shinto (dianuti oleh penduduk
jepun kebanyakannya).
Dan bila kita
fikir semula, semua symbol symbol ni akan bagi kesan buruk jangka masa panjang
kepada para remaja dan kanak-kanak.
Dari segi pengharaman
menonton filem Pokemon pula, Al-Qardawi
ada beri dalil yang lain, antaranya:
1.
Bahaya kepada
islam sebab ia mengandungi teori Darwin yang terkenal dengan teori perkembangan
iaitu perkembangan jenis makhluk yang rendah kepada ynag lebih maju dan lebih
kuat. Sehinggakan manusia pun dikatakan berkembang dari beruk.
Kartun ini
berasaskan kepada pengembangan dan peningkatan serangga.
Perkembangan ini
sering dilang-ulang dalam cerita untuk menanam teori perkembangan itu dalam
fikiran kanak-kanak dengan mudah dan senang.
Bahaya kan? Kita
sebagai bakal guru (bagi yang guru), atau bakal ibu bapa, atau paling kurang
pun sebagai orang yang tahu dan sedar,
perlu memainkan perananlah bila kita dah tahu ni.
Kena banyak
selidik lagi, banyak perhatikan kartun-kartun yang dah macam-macam sekarang
ni..
Bukan dok melongo
je menonton, sama dengan budak-budak yang tak faham tu..
Betul tak? Hee. (Mood:
serius. :P)
2.
Bahaya kepada
akal kanak-kanak, sebab penanaman khlayalan dalam akal dia orang tu tak ada
asas sama sekali dan ia juga luar biasa dan tidak selari dengan sunnah alam
universal ciptaan Allah.
Contohnya: pelbagai bentuk serangga yang
pelik dan ajaib yang langsung tak ada unsur yang baik dari segi akli mahupun
nakli.
Dan spatutnya kanak-kanak didedahkan dengan
binatang-binatang yang ada disekeliling mereka.
Allah pun ada berfirman kan,
Al-Ghashiyah:17
"Maka tidakkah
mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?"
Antara bahaya yang akan berlaku dalam
pemikiran kanak-kanak ni, mereka cuba meniru perkara-perkara khayalan yang
mereka tonton.
3.
Bahaya kepada
tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan jiran tetangga. Cerita ini menanam
idea suka bergaduh dan kekuasaan akan kekal kepada yang berkuasa. Idea ini
merupakan idea Darwin! Ia menyeru ke arah pergaduhan, kekerasan, dan pembunuhan
dengan menggunakan apa sahaja senjata demi mengalahkan musuh atau pihak yang
tidak sehaluan.
Kita boleh lihat
kesan nya kepada kanak-kanak kecil di Amerika Syarikat yang sanggup membunuh
kawan-kawan sendiri di dalam bilik darjah dengan cara melepaskan tembakan
bertuli-tuli tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kawan-kawannya itu
(kes terbaru yang 28 maut termasuk guru di sebuah sekolah di sana).
_________________
Bagi pandangan
peribadi pula, saya kurang pasti untuk kartun yang lain tau.
Mungkin juga
sama, atau mungkin tidak.
Mungkin isu
Pokemon sahaja yang dibangkitkan sebab masa dolu dolu terkenal sangat cerita
ni, dan fatwa ni memang dah lamaaa keluar kan?
Jadi, awasilah
setiap cerita yang ditonton oleh adik-adik kita, murid-murid kita, atau anak
anak kita ye.
Kalau kuat semangat,
buang aje TV kat rumah tu. :P
Sebab sememangnya
TV memang merosakkan tumbesaran otak kanak-kanak.
(kita kalau
tengok cerita cinta pun tertipu, meleleh-leleh.. apatah lagi kanak-kanak yang
tak tahu apa-apa.. kan?) heee.
Sekadar padangan.
Ada cadangan atau
bantahan boleh je bagitahu.
Terima kasih yee.
Doakan saya.
Kerana Allah.