Searching for ......

Wednesday, February 4, 2015

How I Manage My Small Family

Assalamualaikum..

Hehe saja ja nak bercoretan sementara menunggu lecturer masuk nih. Sambil sambil boring buat rph.
Back to the topic. Family di sini bukan lah family besaq pun.. Hanya family ilyasiddiqah saje. So ceritanya adalah macamana aku manage family kecik aku ni time bila? Kita spesifikkan sikit, time nak balik asrama a.k.a kolej kediaman.

Ohye jangan salah faham.. aku ni bukanlah seorang wanita sempurna yang bagus, siapkan baju suami sharp on time, masakkan makanan pagi2 lagi, sentiasa buat baikkk je tak ada salah langsung apa semua. Tak tak bukan aku tu hehe.

Tapi tidaklah aku meninggalkan semua benda tu. Aku buat, cuma adalah beberapa part cacat dan tak sempurna.

So kalau citer pasal manage suami, mestilah masa balik rumah. Kalau kat asrama tak dan weh.. Kau kau aku aku 〒_〒

Balik dua hari. Biasanya sebelum sampai rumah lagi husband dah bagitahu, ada baju dia koyak ke, kotor sangat kena basuh guna tangan ke, ataupun baju dia kena minyak so kena rendam awal supaya kotoran hilang dengan sempurna. Atau diabteringin nak makan kek tersedap aku ke. Hehe.

So aku akan faham2 lah kalau dia bagitahu tu maksudnya dia suruh aku prepare awal, takut tak sempat, yelaa cuti dua hari.
Tapi tapi tapiii.. Hehe. Aku insan lemah ni biasanya akan cuba sedaya upaya membuat kerja2 tersebut awal, tapi tapi tapiii biasanya jugak asekkk tak sempaaat aje hehe. (*>.<*)

Lagi2 bab basuh baju.
At last esok da nak balik, malam ni baru basuh baju, softlankan ia dan jemur dibawah ruangan tamu yang luas tu. Hehe jangan risau boleh kering dan wangi amat berbanding sidai di terik matahari.(*'▽'*)♪

Kalau rajin sikit (biasanya memang rajin sikit) , aku akan basuh hari sabtu pagi lah supaya kain dapat dijemur di bawah matahari nan terik tu.

Dan biasanya ahad pagi pun aku still ada basuh baju dan keringkannya di bawah terik cahaya matahari. Cepat je kering, around 2 jam hehe. ↖(^ω^)↗↖(^ω^)↗

Jangan risau abang, ayang ada cara tersendiri memanage keluarga kita. Walaupun lambat tapi perfect hehe.`(*∩_∩*)′
Tapi kadang kalau aku tak dapat buat kerja dengan sempurna contohnya tak dapat hilangkan minyak dengan berkesan, husband akan cakap, boleh buat tak? Kalau tak boleh pasni biar abang buat. ( ̄. ̄)
Memula aku rasa macam : alooooo.. >_<

Tapi lama2 fikir ooooo bagus jugak ek. Tu lah namanya saling melengkapi he he he. ^o^
Pastu kalau gosok baju biasanya aku akan gosok sekali gus. Baju suami aku semua  panjang2 sebab semua jubah2 belaka, bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, aku lebih suka iron semua sekaligus. So senang dia nak pakai boleh main pick2 aje. Kalau dah part aku malaih, maaflah baju suami gi solat pun tak bergosok ╥﹏╥ sebab tu kena buat sekali gus..

Kalau bab masakan pulak, (kalau baik hati aku masa tu) aku akan mintak suggest suami nak makan apa.

Contoh : Abang nak makan apa hari ni, ada ayam, udang, daging, puyuh? Dia akan jawablah dengan girang gira di hati rianya (*'▽'*)♪

Lepas tu pulak. Kalau macam pemanis mulut atau makanan saja2 tu, aku tanya jugak, tapi biasanya suami akan jawab : Ayang buat aje... Abang makan semua... Ni tanya2 tak buat jugak..
Hahahaha memang betuiii kalau aku tanya biasanya tak terbuat, kalau tak tanya terbuat hehe >_<  >_<

Okay itu saja. Konklusinya ikutlah macamana pun cara anda nak manage family anda, asalkan ia tidak menyusahkan anda, tidak menyusahkan orang sekeliling anda dan anda gembira dan selesa  dan happyyy membuat kerja tanpa rasa beban  dan rasa susah. Ok? Pehe?

Boleh guna semua cara termasuk cara aku yang paling brrrrrrr ni pun. Pehe? Pehe?

Semoga catatan ini memberi semangat dan rangsangan kepada anda yang bergelar isteri mahupun bakal isteri untuk terus menunaikan tanggungjawab dengan bahagia dan terus bahagia ╰(*´︶`*)╯╰(*´︶`*)╯╰(*´︶`*)╯

Semuanya kerana Allah.
Thank You
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment