Searching for ......

Monday, May 4, 2015

IPG Life : Pengalaman Praktikum Pertama di SK Bangi, Bangi Lama.

Assalamualaikum..

Huhuu lamanya I tak bukak blog ni..
Dakpelah, tu baru namanya orang busy praktikum haha..
Aah kitorang memang tengah busy praktikum pun..
Ni praktikum dan aku ditempatkan di SK Bangi kat bangi lama.

Alhamdulillah best sekolahnya… Cikgu-cikgunya baik,murid pun alhamdulillah baik.. 
Sekarang ni hanya berbaki semingu lagi nak habis praktikum. 
Semua orang tengah rushing nak siapkan project and observasion senanya. Harap-harap semua orang boleh dapat A+ ameeeen. 
Good luck guys. 
Rindu classmates pulak. 
Letak gambar ah se hehe.

Ni kerja si Balqish roomate tercenta ni ha


Praktikum pertama aku tak habis lagi senanya haha. Saja mengada nak jugak citer. Bagi aku praktikum first ni alhamdulillah, Allah permudahkan. Dapat sekolah ok, mates ok, murid ok.. Alhamdulillah.. 

And bila aku tanya-tanya kat kawan, deme pun cakap ok, Alhamdulillah..
Bagi aku senanya, ok ke tak ok ke seseorang itu terhadap hal praktikum dia, itu adalah terletak kepada diri dia sendiri. Dialah yang meng'ok'kan atau meng'ko'kan praktikum dia. 

Contoh ea, kita dah datang sekolah tu, tengok cikgu-cikgu lama macam scary aje, kita sebagai cikgu baru belajar ni kenalah ringankan mulut, senyum, beri salam, bertanya. Jangan kita yang baru, kita pulak yang nak minta dibentang karpet merah, disenyum-senyumkan. Takpe, kita kan junior, kitalah yang kena berbahasa terlebih dahulu. Jangan harapkan orang lain. Kita buat dulu. 
So maksudnya, atas diri kitalah nak jadikan praktikum kita tu ok ke tak..

Alaa cikgu-cikgu sekalian mesti faham punya lah.. kan

Kenangan praktikum pertama aku ni, yang pertama of course la busy amat. Tidur tak cukup, bangun awal, berkejar-kejar, makan tak sempat, semata-mata ak siapkan RPH. Stand for rancangan pengajaran harian. Almaklumlah first praktikum, semua benda kelam kabut. Haha.

And RPH siap ni maksudnya bukan sahaja dalam buku tu je siap, RPH dah siap tu maksudnya BBM dah siap, dah try, dah ada skrip. Semua settle. Baru boleh cakap, RPH dah siap. 

And untuk siapkan RPH tu macam-macam kenangan berlaku. Seronok.. aku suka.. walaupun aku kena lalui benda benda yang susah dulu. Bagi aku tu semua kenangan manis. Sampai ada satu tahap tu aku nak demam, punyalah tak cukup rehatnya, haha. Mengadakan... 
Rindu nak lalui lagi haha. 

Dan biasanya kalau bekerja waktu malam ni, biasanya aku ngan roomate aku bergilir tidur malam. Aku akan buat keje sampai kul 2-3 pagi. And bila aku nak tidur aje, dia pulak sambung buat kerja sampai pagi tak tidoq dah. Aku takleh macam dia sebab aku jenis kalau dah tidoq memang qoooluuuuu. Haha 

So maksudnya takde lah nak bangun balik ke apa. Setakat nak gi tandas kejap tu ok. Tapi nak berfikir, buat kerja. Memang bukan aku. Huhu. Lain pulak pe’el nya dengan roomate aku, dia selesa tidoq dulu..

Tapi dalam keadaan kami yang super busy ni, banyak jugak perancangan yang kami buat untuk lalui praktikum dengan lebih baik..  Benda yang boleh settle awal kita akan settlekan awal..
Kita akan berusaha membuat sehabis baik dalam praktikum kta ni, jadi semua mesti terancang dari sekecik-keciknya sampai sebesar-besar perkara. 

Ok, ni kira macam tips praktikum la ea.

1 Gosok baju banyak-banyak seminggu sekali.

Ha settlekan dulu hal baju. Dah rancang dh minggu tu nak pakai baju apa dengan tudung apa, iron siap-siap, gantung! Senang nanti nak gi sekolah.

2 Bahan untuk megajar beli awal-awal. 

Contoh : marker, pen hitam, liquid, kertas-kertas warna, manila kad, mounting board. Beli siap-siap. Tak guna tu lain cerita. Beli dulu.

3 Peraturan class. 

Settle kan dulu. Kita dah fikir awal dah, contoh buat tepuk semangat ke apa. Rancang dulu. Nanti datang sekolah hari pertama terus boleh aplikasi.

4 Fail : settlekan dulu bab-bab divider.

Nanti kat sekolah tinggal masukkan aje. Takyah fikir dah benda-benda kecik gini.

Ok nilah antara yang aku buat awal-awal.
Mana yang kurang boleh tolong tolok tambahkan ye.

Praktikum ni, memanglah hanya praktikum. Means belom keje betul. Tapi praktikum nilah cerminan diri kita masa kita dah kerja nanti. Dan untuk mendapatkan kerja, kena ada rekod praktikum yang baik dan cemerlang, barulah dapat kerja.  Jadi praktikum memang kena all out. Good luck semua.. 


Okay mari usha beberapa keping gambar semasa aku berpraktikum. hehe


Okay macam biasalah kita berjanji kepada diri sendiri nak amek gambaq tiap hari, last nya minggu first ja kita amek gambar pahtu dengan busy sana sini tak dan nak snap gambaq haha


Minggu first praktikum rasa rinduuuu sangat ngan cik abang. 
Pastu ALLAH utuskan salam rinduku buatmu, sehinggalah cik abang tetiba ajak kita date.
Macam tau tau je u nih :P


Inilah dia roomate, classmate, praktikum mate hakuuu
Single and available. :p

Hat ni adalah penghargaan kepada diri sendiri.Aku suka beri hadiah kepada diri sendiri kalau aku rasa aku dah buat sesuatu yang terbaik, atau aku dah berusaha sehabis baik atau aku gembira. hehe


Antara BBM bahan maujud yang digunakan oleh praktikum mateku... 
Aku ajar tajuk haiwan, takkan nak bawak buaya masuk kelas kan hehe


First day kat perhimpunan. 
Ahlan wa sahlan, Ana Muallimah Aisyah. :)

Antara kerja kerasku. :')
Untuk aktiviti lakonan.


Ohyaaa, this is my praktikum mates ku yang senior. Juga IPG KPI.
Kos PAI and MATH. good luck semua.. :)


Ebeli day i bawak beg ini. I suka beg ni sebab cantik. So i okey jerrr angkat beg berat ni gi sekolah tiap-tiap hari :')
Dalamnya ada fail praktikum, buku persediaan mengajar, dan bunga tu senanya aku guna sebagai petunjuk kat papan hitam. haha


Praktikum matesss



Last is si gemoksjadi model i. gewamnyeeeeee haha 


Okay praktikum 1 dah nak melabuhkan tirai. Gonna mizz u SK Bangi dan kawan-kawan praktikum yang sempoi..


For the pleasure of Allah. 
Assalamualaikum



Tuesday, March 10, 2015

Berdua Denganmu Pasti Lebih Baik :)

Assalamualaikum


Tak dak apa. Saja nak letak gambar hubby wifey. Takpa kan ≧∇≦


Before terbang ke Kuala Berang. Terbang songottt...


Ustaz busy kan. Kita selfie sorang lah :p

Jalan-jalan kat Teganu melawat orang-orang tua. :)


Gidikss songots
Ha
Nak jugak amek gambar tepi pantai. Nampak tak permainan dia hehe

Solat dhuha dulu sebelum jalan. Baru dberkati Alah kihkih
I
Tengok lah muka saya ada jerawat :(

Adik ipar yang last. Macam anak je kan kihkih



Tengok tu dah andai posing dia yee


Ustaz tengah try baru. Kita snap gambar seeee


Gembiranyaaa nape tuuu


Okay tu je
For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum

Austin : Tempat Makan Stick Sedap di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum..

Aku selalu rasa, time belajar kat Bangi ni laa time yang paling sesuai se nak teroka Bangi ni. Cari tempat makan best, carik tempat jalan best, cari tempat barang murah dan maaacam2 lagi. 

Dan aku sendiri sebenarnya dah fall in love  sangat dengan Bandar Baru Bangi. 

Rasa nak buat rumah sebijik ah kat BBB heeeheeee. Mungkin sebab kat sini semua benda cukup,lengkap dan bandar ilmu pulak tu. So aku sangat suka la Bangi ni hehe. 

And minggu lepas kami sekuliah saja jalan nak makan cikin cop ngan lamb cop. Macam biasaaaa Austin lerrr hehe. Austin ni tempat makan biasa kitorang. Kalau teringin nak makan cikin cop or lamb cop kitorang akan lepak sini lah.

Best Austin ni... 

Nape Austin best? Sebab ciken cop dia besar dan puas hati. Lamb cop dia pun sedap aaaangat. Air lagi la besarr. Banyak air buah2 so boleh pilih je nak apa. Aku selalu kongsi je air dengan sesiapa sebab air dia guna gelas besar dan konfem tak boleh habis.


Ok boring ah jom usha gambar (╯3╰)


Sebelum makan haruslah kita snap pic se. Hehe. 

Ni model cikin chop aku untuk kali ini hehe. Nampak sedap kan? kan?


. . 
Ni depan sekali ni lamb cop. Tengok tengok, biasanya kitorang akan makan cikin cop atau lamb cop sajeeee heheheh. Dapnyeee T.T


.
Okay saya nak makan dua dua! Dua dua saya punya! Saya nak makan dua yeyey!



Okay tu je. Saja nak bagitahu kat Bangi ni tempat makan stick sedap banyaaaak. 
Antaranya kat Austin ni lah.
 Cuba lah try hehe. Carik je kat Waze ok?

For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum.


Saturday, February 28, 2015

Mari Bersyukur Dengan Apa Adanya Kita..

Assalamualaikum

Aku rasa baik juga kalau aku mencoret2 di kala ini. Sementara masa tidak mengejar-ngejar aku seperti orang mabuk cinta yang merindui orang yang dicintainya, sambil2 dibuai dengan lagu2 hindustan yang begitu menusuk kalbu romantis aku ni ye dak? (╯3╰)
Alhamdulillah hari ni cuti dan begitu banyak masa terluang. Dari pagi ni aku baring tak bangun2. Teruk juga aku ni ya.

Kehkeh.
Takpe dimaafkan.

Hidup ini sebenarnya terlalu banyak benda yang perlu kita syukurkan. Kau bersyukur jadi kau,  aku bersyukur jadi aku. Jadi bila kita sibuk dengan bersyukurnya nikmat yang Allah berikan ini, kita tiada masa nak meng-aduh pun tentang kesakitan, keperitan dan kesusahan yang kita alami.
Contoh yang paling simple adalah seperti aku yang berbaring di atas katil daripada tadi ini.
Allah memberikan aku masa yang lapang sehingga aku berasa kebosanan tidak bersyukur. Allah berikan aku ketenangan fikiran dan hati. Walaupun banyak assignment dah dapat tapi wat lek dek je macam tidak ada pape yang berlaku. Pagi tadi pula, Allah mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh.

Nikmat manakah yang kau ingin dustakan wahai si hitam muka berbelang aisyah assiddiqah?
Jika kita selalu ingat yang kita perlu bersyukur maka tidak lah kita selalu meminta minta pada makhluk. Kita akan rasa cukup aje dengan apa yang kita ada.
Kalau kita tak berjaya lagi mendidik hati kita untuk sentiasa rasa cukup dan bersyukur, maka selalulah tengok orang yang lebih susah,  orang yang lebih diuji daripada kita. Insyallah kita akan terdetik rasa syukur menjadi kita pada ketika itu.
Bersyukurlah selalu, bersyukurlah sentiasa, semoga Allah menambah2 lagi nikmat buat kita. Ameen..

Dil laga deya,
Meni tum sepia kareke v..
Tum sepia kareka..

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum

Friday, February 27, 2015

Tips Kahwin Semasa Belajar Di IPG

Assalamualaikum

Over sangat hari ni forum hari ni jugak nak buat entry. Tahulah kau panel  ≧∇≦

Haha takde lah. Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab aku yang bercakap. Aku bukan pandai pun bercakap. Menyanyah ye reti. 

●︿●

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku harap semua yang nak aku sampaikan,  sampailah di hati penonton. Aku harap aku sampaikan benda2 yang baik saja. Aku harap penyampaianku ikhlas dari hati dan dengan forum tadi aku harap aku dapat berdakwah, ameen.

Aku tidak menghalang perkahwinan semasa belajar. Serius tidak. Sebab aku tahu siapa yang nak kahwin masa belajar tu dia dah sedia dengan pelbagai ujian dan dugaan. Dah bersiap sedia.
( Kalau kau tak rasa boleh handle masalah, jangan rasa nak kahwin. Itu masalah. )

Dan aku tahu bahawa yang menanggung semuanya adalah dia. Bukan aku. Bukan kau.
Jadi aku doakan yang baik2 sahaja. Kita jangan menidakkan perkara yang baik. Allah pun telah kata ia baik. Siapa kita untuk kata tidak baik?

Namun begitu, pantauan ibu bapa mengenai hal ini amatlah penting bagi memastikan kita tidak tersungkur di dalam misi utama kita iaitu belajar.

Kita kena ada ibu bapa yang support kita dan selalu ingatkan kita tentang peraturan, apa yang boleh apa yang tidak. Apa yang aula apa yang tidak. Apa yang baik apa yang tidak. 

Pasangan muda mcm kita memang perlu dipantau.

Bagi saya sendiri secara peribadi, saya tidak merasa berkahwin satu beban semasa saya belajar. Sebab suami jenis fahamdan memahami. Contoh, semasa belajar kita tangguhkan dulu perihal anak.

Apa yang berlaku nanti masa study bila ada suami? Tak ada apa2 yang berlaku. Takde pulak suami mintak ni mintak tu. Kena buat ni kena buat tu. Ini bukan zaman purba suami adalah raja yang tegas dan garang. Ini zaman sekarang, suami adalah raja yang berjiwa rakyat.

Jadi, lalui aje kehidupan seorang siswi. Macam dia, macam dia, dan macam dia. Sama.
Cuti balik kampung, balik rumah suami atau isteri. Buat keputusan bersama. Dengan kasih sayang. Tiada masalah.

Mungkin dari satu segi Allah permudahkan urusan aku sebab aku dapat suami macam ust Ilyas, dapat ibu bapa macam ibu ayah, dapat mertua macam ummi abi.

Tak ada yang menyusahkan. Semuanya menyenangkan, support, sayang. Alhamdulillah haza min fadhli robbi. Saya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini.

Tapi saya tengok kak Maryam, Azie, kak Salina, macam tu jugak. Means dorang pun tak mengalami masalah yang teruk bila dah kawen. Cool je Azie, kak Yam, kak Sal. Cuma sakit rindu tu biasalah.. Rindu suami satu nikmat apa.. Jangan rasa ia satu masalah.. Bermasalah lah hidup kau kalau macam tu haha

Maksud aku kat sini, aku tak nampak lagilah masalah yang sangat besar dan teruk bila kawen masa study ni. Ini pendapat peribadi aku lah. Jangan banned aku pulak haha.

Cuma mungkin yang kakak2 risaukan adalah kematangan kita dalam mengurus rumah tangga. Dan mungkin perihal anak. Perihal duit tak masuk sebab tu masalah kau. Sapa2 pun tak boleh bantu, pandai2 kau lah nak settle macam mana.

Baiklah adik2 semua, awak jangan rasa nak kawen kalau awak rasa awak belum boleh. Awak sendiri tahu sebenarnya awak boleh ke tak.

Saya tak nak tanya awak boleh ke tak sebab tu bukan masalah saya. Awak tanya diri sendiri.
Dan jawablah sendiri.
Boleh? Atau tidak?

Dalam masa nak menjawab persoalan tu fikirkan tentang persiapan diri (agama la paling penting).. Tentang urusan suami, urusan kewangan, urusan pelajaran, urusan anak (kalau terrrdapat hehe). Fikirkan semua solusi semua benda tu dulu baru boleh jawab. Jawab dalam hati je sebab tu untuk awak.

Lagi satu, bila kita nak atau dah kawen ni kita kena kurangkan masalah kita dengan pihak IPG. Kalau boleh jangan cipta masalah. Means kalau IPG tak kasi kawen lagi jangan memberontak. Jangan kawen dulu. Tunggu.. Kalau dia tak kasi ada anak masa belajar jangan buat anak. Tunggu jugak.. Mesti ada perancangan untuk semua tu sebab kita kena sedar diri yang kita tu student IPG.

Ha mcm tu la sebab IPG lain dengan IPT. Kalau IPT kau nak dapat anak 10 pun semua orang bergembira dengan keputusan kau. Tapi kalau IPG, no no no. Jangan sekali2. Jangan cuba2.
Sebab situasi kita berbeza so aku bercakap berdasarkan situasi kita di IPG.

Jadi aku nasihatkan semua antara kamu, berkomunikasilah dengan Allah selalu, supaya Allah beritahu kamu apa yang terbaik sekali untukmu.

Jangan tergesa2 sebab situasi kita berbeza. Berbeza dengan dia, dia, dia dan dia.
Kepada bakal pengantin IPG, selamat menyiapkan diri menjadi bidadari buat suamimu, selamat menghadapi segala susah senang belajar di IPG dan selamatlah perkahwinanmu insyallah ameen.. `(*∩_∩*)′

Kepada yang masih keliru, banyakkan berdoa, minta Allah berikan jawapan untukmu dan jangan lupa istikharah. Semoga jodohmu adalah orang yang baik dan terbaik untukmu. Ameen..
Kepada yang masih single. Teruskan berdoa. Jangan malu minta suami soleh daripada Allah. Allah ada semua tu. Allah memang tengah tunggu awak minta saja. ╰(*´︶`*)╯

Kepada para isteri di IPG, selamatlah mengharungi susah senang di IPG. Kuatkan hatimu. Selamat menjadi isteri yang semakin hari semakin solehah. Jaga nama baik suamimu, jaga auratmu, jaga batasanmu dengan kawan2 lelaki dan jagalah hatimu supaya cinta pada suami sentiasa mekar dan mewangi..

Bercintalah sampai ke syurga wahai dua insan yang sedang bercinta.

Wa Allahu a'lam.
For the pleasure of Allah.
Thank You
Assalamualaikum (♡˙︶˙♡)