Searching for ......

Monday, December 24, 2012

Cerita Tentang Satu Ikhlas.




Assalamualaikum semua.
Jawab sayang, tak jawab ginduu. (euwww haha)

Saya nak bercerita tentang ikhlas. Eheee.
Tetiba tadi dapat idea kan.
So, baik tulis terus. Hewhew.

Saya nak cerita betapa hebatnya ikhlas itu.
Okay.
Semua orang maklumkan yang ikhlas Allah saja yang tahu, 
ikhlas umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam gulap gulita dan bla bla bla..
Kan kan?

Maka, di sini saya ingin menceritakan lagi tentang betapa ikhlas itu dapat menarik rahmat Allah, menjemput kasih sayang Allah, betapa ikhlas itu sangat bernilai dan amat rahsia sehinggakan malaikat yang boleh mengira berapa banyak buih di lautan yang pernah wujud dari zaman nabi Adam dulu sehingga kini pun, tidak dapat mengetahui apakah seseorang hamba Allah itu ikhlas dalam melakukan amalnya atau pun tidak.

Sangat hebat, bukan?



----

Zaman dahulu, ada seorang pemuda ni, dia bukan sesiapa lah kan. Dia mungkin seorang pemuda yang biasa dan amat biasa. Atau mungkin seorang pemuda yang jahat sebab mungkin dia seorang pencuri. Saya kurang pasti lah. Huhu. Tapi kononnya nama dia Yunus lah..

Suatu hari Yunus lalu di sebelah sebuah rumah, masa tu dia terdengar perbualan antara seorang suami dan isterinya.
----

Suami : Saya nak carikan suami buat anak kitalah. Nampaknya anak kita sudah boleh dinikahkan.

Isteri : Bagus juga cadangan awak tu. Tapi macam mana awak nak cari dan pasti yang bakal menantu kita tu  betul-betul baik untuk anak kita ni?

Suami : Ermmm. Macam ni, saya rasa saya akan memerhatikan pemuda-pemuda yang datang ke masjid setiap waktu selama 40 hari berturut-turut.

----
Kebetulan Yunus belum pun berkahwin. Dia pun terfikir-fikir.

“ini peluang baik ni. Baik aku datang ke masjid setiap waktu. Alah.. 40 hari aje.. lepas kahwin bebaslah aku”

Lepas tu, setiap hari lah si Yunus ni dating ke masjid, dengan harapan pak cik tadi memerhatikanlah kebaikan dia ni.. 

Hari kedua.. ketiga.. keempat… dan seterusnya sampai lah hari ke-39. Tinggal satu hari sahaja lagi dia punya lakonan..

Tiba-tiba, terlintas dihati dia..

“eh, kalau aku buat semua ibadat selama 40 hari ni dengan ikhlas kan bagus, dapat pahala, dapat redha Allah, tak lah sia-sia semua yang aku buat.. ALLAHU AKBAR….“ T.T

Lepas tu dia menyesallah kan atas semuaaa ibadat dia yang tidak kerana Allah tu..
Dia buat semua tu untuk dapat kahwin dengan seorang perempuan..

Jadi, si Yunus ni dah tak bertujuanlah untuk dapat kahwin dengan perempuan tu. 
Ibadat dia tertumpu hanya pada Allah. 
Seikhlas –ikhlasnya.

Sooooooooo…
Apa jadi? Hehe..

Dengan ikhlasnya si Yunus ni pada ibadat dia yang sikit dan singkat tu, Allah memberi rahmat kepada dia, Allah telah menghadiahkan dia dengan seorang isteri daripada keturunan yang baik dan solehah.
Maksudnya dia padatlah kahwin dengan perempuan tu (walaupun itu bukan tujuan dia lagi dah), berkat ikhlasnya amal dia tadi..

So, dapatkah anda mentranslet cerita ini dalam hidup anda?
marilah kita ye sama-sama menjadikan cerita ini sebagai tauladan dalam hidup kita..

#Cerita ni mungkin banyak perbezaan dari cerita asalnya. Sebab dah lama saya dengar cerita ni. Nanti kalau ada yang nak betulkan, saya boleh je betulkan. Terima kasih! :)

Doakan saya. 
Thank You!


Memaknakan Merdeka Gaya Mat Luthfi.

Assalamualaikum. :)

Masa cuti yang banyak masa terluang pada hujung tahun 2012 ini telah ku isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, kureng berfaedah, dan juga tidak berfaedah. haha

Jadinya di sini saya ingin berkongsi sikitlah apa yang baik. ehek.

Pasti dan pasti semua orang kenal Mat Luthfi, rite?


Ahaaa.
Maybe lambat sikit saya ni, hehe.
Tapi mungkin ada lagi yang lebih lambat dari saya kan. :P hahaha.

Video beliau semuaaaa saya suka.
Antaranya yang ini lah.

Berkenaan dengan Malaysia dan ermmm Merdeka. :D
Kalau rajn buka lah, kalau malas skip. :P

Selamat tersedar. Ahaa.

Doakan saya. ;)
Semoga kerana ALLAH.



Wednesday, December 19, 2012

Apa Kena Dengan Pokemon?



Assalamualaikum semua.

Kali ni kita cerita pasal kartun yok.
Bagi kita buka mata dan minda sikit.
Sebab dolu dolu kita suka kan tengok kartun kartun ni?
(saya tak saya tak :P)
Maklumat saya dapat dari buku yang bertajuk Metod Fatwa al-Qardawi  Dalam Menangani  Isu-Isu Semasa.
Ini yang versi bahasa Malaysia yee.
Hasil terjemahan Prof madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.


Emmm. 
Pernah dengar tak yang pokeman ni haram ditonton?
Saya pernah dengar dulu.
Tapi tak ta’kid sangat sebab dengar gitu-gitu aje. Tak ada bukti ke apa..
Tapi bila baca buku ni, ‘oh, rupanya fatwa Al-Qardawi..’

Okay, semua maklum kan pokemon tu yang mana satu?
Kartun colour kuning.
Dari Negara Jepun.
Ini dia,



Kartun ni sebenarnya cerita tentang satu permainan dan jampi mentera yang dijadikan pertaruhan oleh pemain-pemain dia.
So, mestilah ada pemenangan dan ada yang kalah. Kan? Bermaksud ada yang untung ada yang rugi.
Kenapa ia diharamkan?

1.       Permainan ini ada unsur judi dan pertaruhan yang diharamkan dalam islam.
Okay, judi telah Allah gandingkan sekali dengan arak, berhala, dan tenung nasib sebagai suatu kerja syaitanirrojim dalam surah Al-Maidah, ayat 90:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." 


2.       Permainan pokemon ni ada symbol-simbol dia sendiri yang membawa maksud tertentu.
Contohnya ye : Bintang bersegi 6 tu, ia ada hubungan dengan zionis dan pertubuhan freemason. Dan sekarang ia menjadi simbol negara zionis Israel.

Ada lagi 1 simbol tu yang ada hubungan dengan kepercayaan agama Shinto (dianuti oleh penduduk jepun kebanyakannya).
Dan bila kita fikir semula, semua symbol symbol ni akan bagi kesan buruk jangka masa panjang kepada para remaja dan kanak-kanak.



Dari segi pengharaman menonton filem Pokemon pula, Al-Qardawi  ada beri dalil yang lain, antaranya:

1.       Bahaya kepada islam sebab ia mengandungi teori Darwin yang terkenal dengan teori perkembangan iaitu perkembangan jenis makhluk yang rendah kepada ynag lebih maju dan lebih kuat. Sehinggakan manusia pun dikatakan berkembang dari beruk.

Kartun ini berasaskan kepada pengembangan dan peningkatan serangga. 
Perkembangan ini sering dilang-ulang dalam cerita untuk menanam teori perkembangan itu dalam fikiran kanak-kanak dengan mudah dan senang.
Bahaya kan? Kita sebagai bakal guru (bagi yang guru), atau bakal ibu bapa, atau paling kurang pun  sebagai orang yang tahu dan sedar, perlu memainkan perananlah bila kita dah tahu ni.
Kena banyak selidik lagi, banyak perhatikan kartun-kartun yang dah macam-macam sekarang ni..
Bukan dok melongo je menonton, sama dengan budak-budak yang tak faham tu..
Betul tak? Hee. (Mood: serius. :P)

2.       Bahaya kepada akal kanak-kanak, sebab penanaman khlayalan dalam akal dia orang tu tak ada asas sama sekali dan ia juga luar biasa dan tidak selari dengan sunnah alam universal ciptaan Allah.

Contohnya: pelbagai bentuk serangga yang pelik dan ajaib yang langsung tak ada unsur yang baik dari segi akli mahupun nakli.
Dan spatutnya kanak-kanak didedahkan dengan binatang-binatang yang ada disekeliling mereka. 

Allah pun ada berfirman kan,
Al-Ghashiyah:17


"Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?"

Antara bahaya yang akan berlaku dalam pemikiran kanak-kanak ni, mereka cuba meniru perkara-perkara khayalan yang mereka tonton.



3.       Bahaya kepada tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan jiran tetangga. Cerita ini menanam idea suka bergaduh dan kekuasaan akan kekal kepada yang berkuasa. Idea ini merupakan idea Darwin! Ia menyeru ke arah pergaduhan, kekerasan, dan pembunuhan dengan menggunakan apa sahaja senjata demi mengalahkan musuh atau pihak yang tidak sehaluan.

Kita boleh lihat kesan nya kepada kanak-kanak kecil di Amerika Syarikat yang sanggup membunuh kawan-kawan sendiri di dalam bilik darjah dengan cara melepaskan tembakan bertuli-tuli tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kawan-kawannya itu (kes terbaru yang 28 maut termasuk guru di sebuah sekolah di sana).
 _________________

Bagi pandangan peribadi pula, saya kurang pasti untuk kartun yang lain tau.
Mungkin juga sama, atau mungkin tidak.
Mungkin isu Pokemon sahaja yang dibangkitkan sebab masa dolu dolu terkenal sangat cerita ni, dan fatwa ni memang dah lamaaa keluar kan?
Jadi, awasilah setiap cerita yang ditonton oleh adik-adik kita, murid-murid kita, atau anak anak kita ye.

Kalau kuat semangat, buang aje TV kat rumah tu. :P
Sebab sememangnya TV memang merosakkan tumbesaran otak kanak-kanak.
(kita kalau tengok cerita cinta pun tertipu, meleleh-leleh.. apatah lagi kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.. kan?) heee.

Sekadar padangan.
Ada cadangan atau bantahan boleh je bagitahu.
Terima kasih yee.

Doakan saya.
Kerana Allah. 

Review Korean Drama : The Moon That Embrance The Sun



Assalamualaikum weee..
____________

INFORMAL  AREA
Aku rasa macam nak menulis nulis.
Tapi aku ada mood nak cerita tentang ‘cerita’ je.
Camana camana weee. :3
Jadi perasaan itu tidak dapat dibendung, maka aku hamburkanlah yee.

The Moon That Embrace The Sun

Santek kan? Santek kan? Hee.


Cerita ni lama dah aku tengok sebenarnya..
Cuma sekaranglah aku baru cerita (blog baru la katakan wee)
Cerita dia memey menarik (bagi aku lah).

Pasal putera raja zaman dulu dulu punya cinta (biasalah..),
Pelakon dia katogeri hansem tau. Muda.
Sukalaa dekat sorang anak perempuan kepada seorang menteri ni sejak zaman kecik lagi.
Pelakonnya si cantik tinggi lampai, Han Ga In (aku punya aku punya :P)
Tapi, sebab ada manusia manusia berhati busuk, pendengki,
Dia orang  nak hapuskan perempuan tu dari dunia ni.
Berlakulah konflik di situ apabila budak perempuan tu mati .

Tapi sebenarnya dia telah diselamatkan oleh bomoh yang diupah untuk bunuh dia.
Haaa, bila budak tu besar,  dia tak ingat lah siapa diri dia.
Disebabkan dia dijaga oleh bomoh, dia juga dikenali sebagai bomoh muda.
So, dia kembali ke istana.
Putera tu pun ada feeling feeling la konon kat si bomoh muda ni.
Pada hal dia tak tahu yang perempuan tu lah budak perempuan yang dia ingat dah mati tu..
Banyak lagi lagi konflik.
Gi tengok senirik. Weee .
Ada unsur  magic sikit. Bukan magic sangat pun..
Dia macam ilmu hitam. So, memey boleh terima akal lah.
Bestlah cerita dia, aku nak gambarkan pun susah sebab dah lama aku tengokkan..


Ada feel chenta tak tengok picture ni? Ada tak? Haha.

Haaa, nanti adalah part si Heroin ni kena hukuman tau.
Wuwuwuw. Kau tahu camana dia kena?
Heh. Tengok lah sendiri.

Punya lah kejam sampai waktu first time aku tengok tu aku terpause kejap, pastu istighfar banyak banyak then ucap Alhamdulillah banyak banyak sebab kat Malaysia ni tak ada hukuman macam tu.
Yang aku tak boleh terima tu, sebab dia bukan terbukti salah lagi pun waktu tu, dia Cuma disuruh ngaku salah je (tak silap akulah).
Tapi hukuman dia Ya Allah Ya Tuhanku.. fufuhhh.
Ya Allah jauhkanlahhh benda benda ngeri tu dari kami. Ameen..

Lepas tu , watak watak jahat yang dimainkan memang jahatlah.
Memang geram lah kita tengokkan..
Maksudnya , jadilah dia berlakon tu.. (appreciate sikit heee)
Cuma tak delah overdoseksek sangat macam indon.. =,=
Emm. Konklusi dia best lah.
(time aku tengah demam cerita ni boleh lah aku ‘cerita nak real’ kan.. sekarang sorry lah ,, kureng wee)

Tema utama dia :
Cinta sejati. Acecece~
Tapi memang sejati gilauuu lah cinta si Hero ni.
(Aku ingat tak ada kot cinta sesejati dia kat dunia. Heeee)
Kau tengok pun caye tak caye je. Haha.
Tapi dia tak adalah macam jiwang bagai sangat tau.
Sopan lah ceritanya.. kata zaman dulu kan heee

Haaa, lepas tu konklusi yang aku dapat lagi, kalau kau baik macam mana sekali pun..
kalau kau bukan watak utama, kau tak dapat punya.
Percayalah! (cerita nak real :P)
Contoh terbaik si abang kepada si Hero ni.
Baik sesangatan you.
Tapi malang T.T

Okay guys.
Sekian sahaja karut mengarut saya.

Doakan saya heee


Monday, December 17, 2012

Review Korean Drama : I Do, I Do VS Baby-faced Beauty.


Assalamualaikum

Saya nak cerita cerita korea lagi boleh boleh? :3
(sorry lah, bila mood itu datang . . .wee)
________
ZON TIDAK FORMAL yee

Ceritanya bertajuk, 

I do, I do

Aku tak tahu la nama lain dia..
Aku tengok kat maaduu.com
Tapi bila aku cari kat Dramacrazy.com takdelah pulak.
Tak tahu la kenapa.. mungkin nama lain kott.
Atau mungkin? . . .
Hahaha.. saja jee.

Jap. Picture.

Ni cover dia.. Hero keciklah ek? Tak nampak..

Jalan cerita dia (yang aku faham ea, sebab aku tak tengok full pun hehe) gini:
Seorang perempuan yang dah lanjut umur sedang berada dipuncak kejayaan kerjayanya bersinta dengan seorang lelaki muda yang err..err.. yang muda lah.
Dia cerita tentang syarikat kasut kasut tau.
So, banyak lah kita boleh belajar cara buat kasut, cantikkan kasut, pilih kasut, dan yang sama waktu dengan kasutlah..
Wuuuu.. best kot tengok manyak kasut santik santik warna warni.

Haa, kau tengokk. Tak ke banyak tu namanya weeee

Konflik dia bila lelaki tu muda bertahun tahun daripada dia dan perempuan tu lebih berjaya dan bekerjaya daripada lelaki tu.
Bagi penonton yang adil, boleh suka lah cerita ni..

Yang menarik narik aku tengok cerita ni sebenarnya trailer dia.
Waaaahaha, lawakkk kot. :D

Upsss, Sorry, Hero tamau tunjuk muka. Malu katanya weee :P


_____________________

Seterusnya,
Lagi satu cerita pasal fesyen.
Kalau cerita tadi pasal fesyen kasut, ini cerita tentang fesyen baju.
Wowowow. Haha

Baby-faced Beauty

How sweet. Teka siapa sweet?
Ini dia! Tararapapa~

Jang Nara.
See? Dia adalah pelakon korea yang memey syumel (ayat budak sekarang haha:P)
Kiranya kecomelan dia tu bukan dibuat buatlah, macam artis korea yang lain..

Pelakon lelakinya best. Dia lelaki biasalaah.
Kebanyakan cerita kan dia letak pelakon lelakinya puuuii, hensem sangat sangat. 
Susah aku nak translet. uwek uwek :P
Yang ni tak lah. Kira adil la.
Aku suka lah lelaki lelaki yang biasa ni. Haha

Ini dia. tapi tak kenal la siapa. Malas mau cari maklumat :P

Dalam cerita ni pun kita boleh belajar tentang fashion tau. Besttt!
Pemilihan warna yang sesuai.. 
Fesyen yang sesuai dan sebagai bagainya lah.

Cerita ni bagi aku, katogeri syumil lah sebab watak dia sederhana. 
Jang Nara kononnya ada bakat semula jadilah dalam cipta fesyen baru ni, 
tapi dia budak yang kurang keyakinan diri dan macam tak kisah pasal fesyen diri sendiri. 
So, adalah manusia manusia yang kureng puas hati dengan hasil hasil kerja dia yang cemerlang tu.
Biasalah, manusia..

Pastu yang lelakinya pula, sentiasa bagi dorongan dan kepercayaanlah kat dia.
Bak kata kata romantisnya 'sentiasa ada untuk dia' laa. Bahaha 
How sweetsssss. Uwek uwekk :P

Lepas tu ada satu lagi watak lelaki,
Yang lebih baik, lebih bekerjaya, lebih matang, lebih hansem, semua lebih lah kiranya daripada watak utama tadi, suka jugak  kat Jang Nara ni.
(Aku lupa siapa pelakonnya, tapi dia memey pernah hot la sebelum ni. )
Tu yang agak konflik di situ. 
(Tapi sorry yee, awak lebih macamana pun, tak dapat jugak, sebab awak wata kedua wuuuu.)

Pelakon jahat untuk perempuan pulak si pelakon jahat dalam The Moon That Embrace The Sun. 
Ingat?
Buat buat jelah ingat.. =..= 
(Entah entah tak tahu?) =..=
Orangnya suuun (means cun)

Kalau aku, aku suka lah cerita ni..
Dalam hard disk aku ada, tapi tak ada english subtitle. 
So, aku tengok balik lah kat Dramacrazy.com :3
Sangguplah konon, sebab nak tahu dia cakap apa..

Eh, lupa nak bagi cover,

See? Cantikkan cover dia weee


------------------------
Sekian sahaja corat coret kali ini.
Maaflah kureng bermanfaat.

Sesiapun ye,
Ingat, nak tengok cerita ke, apa ke, boleh.
Cuma jangan lalai. :)

Doakan saya.