Searching for ......

Saturday, December 24, 2016

Peppermint Ginger Plus Shaklee Untuk Masalah Berkaitan Perut!

Assalamualaikum And Hi semua!

Alkisahnya Aisyah kenal dengan Peppermint Ginger-Plus Shaklee ni sebab hari tu husband Aisyah kata dia rasa tak sedap perut, tak lawas, banyak angin macam tulah.

So macam biasalah dia akan tanya Shaklee ada tak supplement yang khas untuk masalah perut, angin-angin macam tuh. And Aisyah senang jer, Aisyah bagi jer pemplete pandai pandai lah you pilih nak yang mana, lepas tu baru Aisyah guide.

And dia memang pilih Peppermint Ginger-Plus Shaklee! And lagi satu Garlic Complex. Pandai pun husband I nih :)

So memang betul ya, Peppermint Ginger-Plus Shaklee adalah supplemet yang khas kepada masalah angin, perut dan something yang berkaitan dengannya.


Jom kita tengok APA RAMUAN PEPPERMINT GINGER-PLUS SHAKLEE?

1. Pudina (Peppermint)

·         Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
·         Membantu dalam penghadaman.
·         Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
·         Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
·         Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
·         Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
·         Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

2. Halia

·         Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
·         Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
·         Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3. Pokok adas (fennal)

·         Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
·         Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4. Cekur Manis (anise)

·         Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
·         Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
·         Melegakan haba dimusim panas dan lembab
·         Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

So, KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE ADALAH :

1. Memberikan kelebihan pada otot perut untuk melancarkan sistem penghadaman.
2. Mempunyai rasa pudina yang memberikan kesegaran kita mengambilnya.
3. Boleh diambil oleh mereka yang selesema kerana kita akan berpeluh untuk menghalang daripada dijangkiti demam.
4. Menghilangkan ketidakselesaan perut yang terjadi akibat salah makan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loya yang teruk atau morning sickness.

Boleh dicampurkan dengan madu suam bagi menghilangkan pening tersebut.

2. Mereka yang selalu kembung perut dan sukar membuang angin.

Boleh diambil dengan teh lemon atau teh biasa untuk menyenangkan proses membuang angin.


3. Mereka yang menghadapi masalah gastrik. 

Dinasihatkan mengambil makanan mengikut waktu untuk mengelakkan sakit gastrik menjadi teruk.
Boleh juga diambil ESP yang mengandungi Protein yang tinggi bagi membekalkan tenaga berterusan kepada kita.

4. Mereka yang menghadapi masalah percernaan dan selalu sakit perut.


So untuk awak yang sedang mencari-cari supplement yang boleh melegakan masalah yang berkaitan dengan PERUT seperti di atas, boleh contact saya ya untuk info lanjut.

Aisyah 011-33099034


Thank You for reading!



Friday, December 23, 2016

6 Persedian Penyusuan Ibu Hamil

Assalamualaikum and Hai semua 😍

Ok tips kali ni more kepada bacaan Aisyah sebagai bakal ibu yang teringin dan bercita-cita untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Aisyah kongsikan di sini apa yang perlu kita sediakan untuk hadapi perkara itu nanti after deliver baby kita.

Sebenarnya perkara-perkara macam ni memang memerlukan sedikit ilmu. Tak boleh main lenjan je bak kata orang jowo. Sebab kalau kita tak belajar or tak cari ilmu tu nanti sampai masanya datang kita memang blur habis. Kita tak tahu apa-apa. At least bila kita buat sedikit pembacaan, kita rasa sedikit confident lah bila sampai kepada situasi sebenar ye dak?

So sebenarnya walaupun si ibu hanya akan menyusukan bayi bila dia lahir kelak, persediaan penyusuan mesti dilakukan sejak hamil lagi. 

Persediaan Penyusuan Ibu Hamil :

1. Cari maklumat

Maklumat berkaitan penyusuan boleh didapati dari bahan bercetak dan internet. Banyak sangat so kita tak boleh share di sini sebab kita pun tak ada pengalaman lagi. Tapi do reading okay jangan malas! 

 2. Kelas Penyusuan

Amat digalakkan untuk mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik dan hospital. Semasa pergi klinik untuk check up, boleh bertanyakan kepada nurse bila sesi tersebut diadakan. Tapi tengok tempat jugak kot sebab certain Klinik Kesihatan tak ada. Sebab Aisyah pernah check up kat Putrajaya, tak ada. Kat Simpang Renggam MAYBE ada. Masih tak sure sebab masih baru check up kat sini 😊 Kalau dapat pergi kelas penyusuan ni lagi best sebab belajar terus praktikal. Jelas lagi lah daripada pembacaan kita sendiri2 kan..

3. Hospital Rakan Bayi

Pilih hospital rakan bayi untuk bersalin. Jika tidak, beritahu doktor yang akan menyambut bayi anda bahawa anda mahu menyusukan bayi sebaik dia dilahirkan. Jika tidak, kemungkinan bayi akan diberikan susu formula sebelum dihantar kepada anda. Bila anda cuba menyusukan, bayi menolak.Tapi biasanya pihak hospital pun amat galakkan kita untuk breastfeeding anak kita sendiri. Diorang akan tanya. But untuk lebih menyakinkan, inform jer pihak hospital tu ok 😊

4. Persediaan peralatan penyusuan

Bagi ibu bekerjaya, anda patut invest untuk dapatkan pam payudara yang sesuai dengan jenis kerja anda. Antara pam payudara yang menjadi pilihan ibu bekerjaya adalah Pam Medela Freestyle jenama. Pam ini senyap dan hand-free. Anda boleh buat kerja sambil mengepam. Selain pam, anda juga perlu sediakan coli penyusuan, bekas simpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, nursing cover dan baju menyusu.

Eloklah sediakan peralatan di atas sebelum bersalin nanti. Jika tidak, suami anda terpaksa shopping sorang-sorang semasa anda dalam pantang. Masa dalam pantanglah masa untuk kumpul stok susu sebelum kembali bekerja.

Ha yang ni memang Aisyah buat. Sebab memang excited nak breastfeeding anak sendiri. Tapi tak lah beli semua. Beli yang mampu jer dulu. Contohnya beli pam manual jer dulu. Sebab kita tak tahu pam yang mana sesuai dengan kita kan. So untuk elakkan daripada membazir, beli pam manual yang murah dulu, bila baby dah lahir and dah ada susu nanti baru gi kedai kejap try pam yang sesuai dengan kita and baru beli. Itu yang Aisyah buatlah..

Tapi part beli bra penyusuan tu beli jerlah sebab memang pakai kan even kita belum melahirkan lagi.

5. Sokongan

Sokongan orang di sekeliling amat penting. Dapatkan sokongan suami kerana beliau lah yang akan menolong anda menjayakan misi penyusuan 2 tahun. Di tempat kerja, beritahu boss dan rakan sekerja yang anda ingin menyusukan anak dengan susu ibu. Oleh itu, anda perlu keluar mengepam 3 kali semasa waktu kerja.

Ya Allah semoga Allah permudahkan niat Aisyah ni ameen. Husband memang bagi sokongan sangat2 setakat ni Alhamdulillah harap terus beri semangat sampai dapt PhD penyusuan ameen!

6. Niat dan Doa

Pasang niat hendak menyusahkan anak sebaik anda disahkan hamil. Perbanyakkan doa agar proses penyusuan akan berjalan lancar. Makan makanan yang seimbang untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Pastikan anda mendapatkan kalsium yang cukup sepanjang kehamilan anda.

Tahukah anda kekurangan kalsium semasa hamil boleh menjejaskan proses penyusuan anda kelak?  
Okay ni Aisyah pun baru tahu! Harap2 cukuplah kalsium Aisyah sepanjang kehamilan ni. Antara usahanya Aisyah minum susu kambing, minum ESP Shaklee, consume tablet kalsium Shaklee iaitu Ostematrix dan beberap perkara lain. Tapi semuanya tak konsisten sangat lah hehee. Tapi tak tinggal lama, sehari jer selalunya skip, lepas tu ambil semula. 😊

Akhir sekali, dalam penyusuan susu ibu anda mesti ingat konsep ini:

Supply vs Demand

Lagi kerap bayi disusukan atau lagi kerap anda mengepam, lagi banyak susu akan dihasilkan.
Aisyah  doakan perjalanan penyusuan Aisyah dan awak yang bercita-cita sama macam Aisyah dipermudahkan. Walau apa pun cabaran yang datang, jangan mengalah. 

We can do it! Ameen. 

Okay itu sahaja perkongsian Aisyah for now. Tak sabar nak susukan baby. Harap sangat Aisyah antara orang yang Allah pilih untuk dapat hasilkan susu badan banyak. Ameeeen! 

Thank you For reading and Assalamualaikum! 

Thursday, December 22, 2016

Nutriferon : Immune Booster TERBAIK!

Assalamualaikum and Hai semua :)

Kali ni Aisyah suka nak share dengan you all mengenai satu lagi keperluan di rumah semua orang di Malaysia khasnya, yang biasanya orang terlepas pandang, iaitu NUTRIFERON, sebagai PENGGANTI PANADOL TERBAIK DARI SHAKLEE!


Mesti kat rumah semua orang Malaysia ni ada Panadol kan? Yelah, kalau demam jer cari panadol, kalau pening kepala jer cari panadol. Siapa macam ni angkat tangan!

Haa for now you all kena tinggalkan panadol and boost your immune system with Nutriferon Shaklee! Why? Okay Aisyah nak cerita step by step k dalam entry ni :)

Kita mulakan dengan, Bagaimana Sistem Imun Tubuh Berfungsi?

Sistem imun adalah tentera  dalam badan kita yang melawan penyakit dan bahaya yang akan menyebabkan kita jatuh sakit dan sebagainya. Ia sangat kompleks dan canggih kerana dapat mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Allah Maha Besar telah menciptakan badan kita dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama iaitu KULIT.

Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit. Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

·         Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
·         Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti, dan adakalanya ia mengalami breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu?

Antaranya perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam.”Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress, apatah lagi kalau makan benda-benda merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.


Kajian ini mempunyai dua matlamat :

·         Membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia.
·         Menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
·         Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah.

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis herba yang berlainan., Dr. Kojima telah membangunkan satu-satunya interferon semulajadi, iaitu Nutriferon.

Dr Kojima telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.
Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. Nutriferon Shaklee adalah satu formula Eksklusif diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Sebuah Hospital di Taiwan juga menggunakan Nutriferon Shaklee untuk pesakit Hepatitis mereka di sana.

Nutriferon membantu meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus meningkatkan tindakbalas sistem imun badan. Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.


Ramuan Botani Nutriferon:

·         Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

·         Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun.

·         Bunga sun flower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih. Di samping itu, bunga Safflower dapat menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

·         Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia untuk menentang penceroboh virus dan kuman.


8 FUNGSI UTAMA NUTRIFERON:

·         Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

·         Melawan kanser & tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

·         Melindungi dari influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

·         Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

·         Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

·         Mengurangkan infeksi oleh pesakit2 hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

·         Mempertingkatkan Menopous - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

·         Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Siapa Yang Perlukan Nutriferon?

·         Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan.

·         Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara.

·         Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum.

·         Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti.

·         Individu yang diet mereka tidak optimum.

·         Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan.

·         Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif.

·         Bayi yang menyusu susu ibu (ibu yang ambil).

·         Kanak2 bawah 1 tahun-12 tahun boleh ambil mengikut dose yang disarankan (sedikit nutriferon anggaran hujung sudu kecil dan dicampur dengan air).
.
·         Ibu menyusu boleh ambil, tetapi pregnant mom TAK boleh ambil.

·         Memang digalakkan ambil untuk mereka yang ada sakit autoimune (sekumpulan lebih daripada 100 jenis penyakit di mana sistem imun badan menyerang sel baik ).


Kenapa perlu PILIH Nutriferon Shaklee?

Dalam satu kajian makmal baru2 ini, Nutriferon telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semulajadi (NK) – sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl

5. Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran
ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan
hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula
yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.



MEAL SHAKES : MANFAAT DAN KELEBIHAN

Assalamualaikum and Hai semua :)

Okay, untuk kali ni Aisyah nak share mengenai Meal Shakes Shaklee. Mesti yuo guys pun pernah dengar kan? Sebab dia macam adik beradik jugaklah dengan si ESP tu. Cuma specialist dia berbeza dengan ESP. kena tahu tu, tak boleh main lenjan je taram mana-mana sebab kalau salah ambil nanti effect yang diidamkan tu pun entah ke mana. Betul tak?

Masa mula-mula join Shaklee dulu kawan Aisyah ada yang nak consume this supplement untuk NAIKKAN BERAT BADAN. So ini salah satu function Meal Shakes ya. Takpe dalam entry ni Aisyah akan terangkan mengenai details Meal Shakes ok :)


Apa itu Meal Shakes Shaklee?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

Meal Shakes juga merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.


Antara MANFAAT DAN KEBAIKAN MEAL SHAKES SHAKLEE adalah :

1. Menyediakan Hidangan yang Lengkap
Ia membekalkan 24 jenis vitamin penting bermula dari vitamin A sehingga Z mineral dan  mineral surih. Kekurangan mineral dalam badan seseorang akan memberikan kesan kepada penyerapan vitamin dan membuatkan enzim menjadi tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut.

2. Meal Shakes Untuk Fungsi Tumbesaran Yang sihat
Ia mengandungi sumber biotin, asid folik dan di perkaya dengan sumber kalsium & magnesium yang sangat di perlukan untuk membina tulang serta sel-sel dalam proses pembesaran kanak-kanak.

3.  Menyediakan Bekalan Nutrien Utama Untuk Sel-Sel
Kaya dengan sumber protin, tidak mengandungi unsur laktosa dan ini dapat membantu dalam pembentukkan kuku, rambut, kulit, organ, darah dan sel-sel vaksin. Meal shakes juga bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak.

4. Anti Oksidan
Vitamin yang mempunyai komponen anti-oksida iaitu yang mengandungi sumber vitamin A, C, E, Zinc, selenium mampu melawan penuaan. Tahukah anda bahawa kanak-kanak juga terdedah kepada unsur-unsur radikal bebas yang mana boleh melemahkan sel badan.

5. Mencantikkan kulit wajah
Meal Shakes mengandungi sumber vitamin B Complex, Zat Besi & Copper dimana ia bagus untuk pembentukkan sel-sel darah merah yang sihat. Dan ini mampu membuatkan kulit anak anda sihat & cantik.

6. Detoksifikasi
Meal Shakes diperkaya dengan sumber serat laut yang membantu untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari dalam kolon & perut. Sebab itu Meal Shakes mampu atasi masalah sembelit kanak-kanak.

7. Rasa yang enak dan sesuai buat golongan muda & tua
Rasa dia memang sedap! Rasa and bau Meal Shakes memang sangat menyelerakan iaitu french vanilla! Tapi ia tak ada pewarna or perasa tiruan tau. So memang tak ada masalah untuk kanak-kanak ke preggy mummy ke orang tua ke nak consume sebab ada rasa ubat dan sebagainya, TIADA :)
Tapi sebenarnya Meal Shakes Shaklee ni bukan untuk kanak-kanak jer tau. Orang dewasa pun boleh consume, cuma cara jer berbeza-beza. Tu yang nak kena take note tu tak boleh sembarangan ya.

 


Kelebihan Meal Shakes Shaklee

·         Membantu perkembangan minda dan IQ kanak-kanak
·         Menambah selera makan anak-anak
·         Membantu menyelesaikan masalah sembelit
·         Mengatasi masalah selalu selsema dan asma
·         Pilihan terbaik untuk mereka yang tak boleh consume supplement berbentuk tablet atau capsule
·         Amat sesuai untuk kanak-kanak obesiti
·         Mengurangkan eczema kanak-kanak dan orang dewasa
·         Boleh jadi makanan segera seisi keluarga untuk breakfast or sahur
·         Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehingga warga tua

So, Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Anak-anak yang kurang selera makan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Ibu menyusukan anak yang ingin menguruskan badan
  • Orang dewasa yang selalu tak sempat breakfast
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas
TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE





Okay dah clear pasal Meal Shakes? I am sure semua orang memang memerlukan Meal Shakes ni untuk pemakanan seimbang dan sihat. Untuk diri kita juga kan.. :)

Boleh hubungi Aisyah untuk pertanyaan lanjut ya :)











Wednesday, December 21, 2016

LECITHIN SHAKLEE : MANFAAT, KELEBIHAN DAN TESTIMONI

Assalamualaikum and Hai semua...

Bercakap tentang Lecithin Shaklee ni Aisyah sukaaa sebab masa mula-mula jual Shaklee 3 tahun lepas, ramai customers Aisyah order this supplement untuk slimming set. 

Antara yang paling laku keraslah orang kata sebab tugas POPULAR lecithin ni memang PEMECAH LEMAK. Lagi berkesan jika diseiringkan dengan pengawalan makanan yang konsisten dan senaman yang sederhana setiap hari.


Tapi, masa tu Aisyah masih tak tahu yang lecithin ni memang sangat sangat membantu ibu menyusu yang mengalami masalah BENGKAK SUSU! Sekarang ni dah tahuuu sebab YA ALLAh memang orang akan cari Lecithin Shaklee untuk menyelesaikan masalah tuh! Alhamdulillah memang boleh surutkan sakit bengkak susu tu tau.

Sekarang Aisyah belum try lagi Lechitin Shaklee sebab Aisyah tak ada masalah berat badan. Tapiii nanti dah deliver baby nak consume Lecithin sebab ia memang elok untuk ibu menyusu :)

Okay takpe jom kita sembang pasal Lecithin Shaklee.

Apa itu Lecithin Shaklee?

Lecithin Shaklee merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ia adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak yang ada dalam darah, seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Macam Aisyah cakap tadi, ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. And paling eksklusifnya, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya, bukan daripada haiwan or bahan sintetik ya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. SO THE BEST LECITHIN IS FROM SHAKLEE :)

APA KANDUNGAN LECITHIN?

Tadi pun Aisyah dah mention bahawa Lecithin Shaklee berasaskan kekacang soya. So setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Dalam Lecithin Shaklee ada Kolina. APA FUNGSI KOLINA?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

Okay dah jelas tak pasal Lecithin Shaklee? Best tak? Best kan..

Biasanya ia didatangkan dalam bentuk set untuk kesan yang lebih maksimum.
Ini antara set slimming yang Aisyah tawarkan :)


Now, APA MANFAAT LECITHIN?

1. Melindungi hati kita.
Ia menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

2. Memecahkan lemak dan kolestrol
Bertindak sebagai pembersih salur darah, dan pengambilannya juga membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

3. Melangsingkan dan menghalang obesiti.
Ha ni masalah orang Malaysia! Makin ramai yang obesiti betul tak? Sebelum badan menunjukkan tanda-tanda nak ke arah obesiti tu baik cepat-cepat ambil langkah pencegahan. Kalau kita ambil Lecithin Shaklee ni dalam kuantiti yang betul, makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku tanpa sebarang risiko penyakit sebab ianya seimbang dengan tubuh badan kita. Lecitin semakin cepat membantu jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian secara konsisten. Jangan nak senang je ok untuk sihat :)

4. Mencantikkan otot dan kulit.
Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

5. Memperbaiki alergi
Ia mampu menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis seperti dermatitis dan alergi.

6. Menghalang kejadian batu karang
Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan dalam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak sebagai pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.

7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
Kolina yang ada dalam Lecithin Shaklee berfungsi sebagai penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang, dan ia juga penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg Lecithin sehari utk memulihkan sistem ingatan.



Secara details dan mudah fahamnya, KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE adalah :

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida. Lagi 13 Khasiat dan kelebihan Lecithin Shaklee !

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

(13) Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE . BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. Antara Testimonial Lecithin Shaklee: “Hilang 2kg walaupun tak konsisten ambil Lecithin”

Apakah perbezaan dan kelebihan Lecithin Shaklee berbanding produk lain di pasaran?

·         Diekstrak daripada kacang soya organik yang bukan GMO.
·         Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.
·         Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.

Siapakah yang perlu mengambil LECITHIN SHAKLEE?

·         Ibu yang sedang menyusukan anak.
·         Mereka yang ingin kurus.
·         Mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi.
·         Mereka yang mempunyai masalah diabetes, strok dan buah pinggang.
·         Mereka yang mengalami inflamasi seperti gout.
·         Mereka yang sukar tidur.


TESTIMONI LECITHIN SHAKLEE




So untuk anda yang tercari-cari product yang mengeluarkan Lecithin TERBAIK, Aisyah memang sarankan Shaklee sebab sebab produk ini telah dijamin bahawa sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Produk-produk yang dihasilkan juga TIDAK mengandungi parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat [SLS], natrium lauryl eter sulfat [SLES] dan propilena glikol. Ia juga tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis dan perisa tiruan.




Okay semua, sebarang pertanyaan dan order boleh terus contact Aisyah di whatsapp for fast respond okay. Inshallah Aisyah akan guide uguys with the best consultation :)

Aisyah 011-22099034