Searching for ......

Friday, December 23, 2016

6 Persedian Penyusuan Ibu Hamil

Assalamualaikum and Hai semua 😍

Ok tips kali ni more kepada bacaan Aisyah sebagai bakal ibu yang teringin dan bercita-cita untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Aisyah kongsikan di sini apa yang perlu kita sediakan untuk hadapi perkara itu nanti after deliver baby kita.

Sebenarnya perkara-perkara macam ni memang memerlukan sedikit ilmu. Tak boleh main lenjan je bak kata orang jowo. Sebab kalau kita tak belajar or tak cari ilmu tu nanti sampai masanya datang kita memang blur habis. Kita tak tahu apa-apa. At least bila kita buat sedikit pembacaan, kita rasa sedikit confident lah bila sampai kepada situasi sebenar ye dak?

So sebenarnya walaupun si ibu hanya akan menyusukan bayi bila dia lahir kelak, persediaan penyusuan mesti dilakukan sejak hamil lagi. 

Persediaan Penyusuan Ibu Hamil :

1. Cari maklumat

Maklumat berkaitan penyusuan boleh didapati dari bahan bercetak dan internet. Banyak sangat so kita tak boleh share di sini sebab kita pun tak ada pengalaman lagi. Tapi do reading okay jangan malas! 

 2. Kelas Penyusuan

Amat digalakkan untuk mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik dan hospital. Semasa pergi klinik untuk check up, boleh bertanyakan kepada nurse bila sesi tersebut diadakan. Tapi tengok tempat jugak kot sebab certain Klinik Kesihatan tak ada. Sebab Aisyah pernah check up kat Putrajaya, tak ada. Kat Simpang Renggam MAYBE ada. Masih tak sure sebab masih baru check up kat sini 😊 Kalau dapat pergi kelas penyusuan ni lagi best sebab belajar terus praktikal. Jelas lagi lah daripada pembacaan kita sendiri2 kan..

3. Hospital Rakan Bayi

Pilih hospital rakan bayi untuk bersalin. Jika tidak, beritahu doktor yang akan menyambut bayi anda bahawa anda mahu menyusukan bayi sebaik dia dilahirkan. Jika tidak, kemungkinan bayi akan diberikan susu formula sebelum dihantar kepada anda. Bila anda cuba menyusukan, bayi menolak.Tapi biasanya pihak hospital pun amat galakkan kita untuk breastfeeding anak kita sendiri. Diorang akan tanya. But untuk lebih menyakinkan, inform jer pihak hospital tu ok 😊

4. Persediaan peralatan penyusuan

Bagi ibu bekerjaya, anda patut invest untuk dapatkan pam payudara yang sesuai dengan jenis kerja anda. Antara pam payudara yang menjadi pilihan ibu bekerjaya adalah Pam Medela Freestyle jenama. Pam ini senyap dan hand-free. Anda boleh buat kerja sambil mengepam. Selain pam, anda juga perlu sediakan coli penyusuan, bekas simpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, nursing cover dan baju menyusu.

Eloklah sediakan peralatan di atas sebelum bersalin nanti. Jika tidak, suami anda terpaksa shopping sorang-sorang semasa anda dalam pantang. Masa dalam pantanglah masa untuk kumpul stok susu sebelum kembali bekerja.

Ha yang ni memang Aisyah buat. Sebab memang excited nak breastfeeding anak sendiri. Tapi tak lah beli semua. Beli yang mampu jer dulu. Contohnya beli pam manual jer dulu. Sebab kita tak tahu pam yang mana sesuai dengan kita kan. So untuk elakkan daripada membazir, beli pam manual yang murah dulu, bila baby dah lahir and dah ada susu nanti baru gi kedai kejap try pam yang sesuai dengan kita and baru beli. Itu yang Aisyah buatlah..

Tapi part beli bra penyusuan tu beli jerlah sebab memang pakai kan even kita belum melahirkan lagi.

5. Sokongan

Sokongan orang di sekeliling amat penting. Dapatkan sokongan suami kerana beliau lah yang akan menolong anda menjayakan misi penyusuan 2 tahun. Di tempat kerja, beritahu boss dan rakan sekerja yang anda ingin menyusukan anak dengan susu ibu. Oleh itu, anda perlu keluar mengepam 3 kali semasa waktu kerja.

Ya Allah semoga Allah permudahkan niat Aisyah ni ameen. Husband memang bagi sokongan sangat2 setakat ni Alhamdulillah harap terus beri semangat sampai dapt PhD penyusuan ameen!

6. Niat dan Doa

Pasang niat hendak menyusahkan anak sebaik anda disahkan hamil. Perbanyakkan doa agar proses penyusuan akan berjalan lancar. Makan makanan yang seimbang untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Pastikan anda mendapatkan kalsium yang cukup sepanjang kehamilan anda.

Tahukah anda kekurangan kalsium semasa hamil boleh menjejaskan proses penyusuan anda kelak?  
Okay ni Aisyah pun baru tahu! Harap2 cukuplah kalsium Aisyah sepanjang kehamilan ni. Antara usahanya Aisyah minum susu kambing, minum ESP Shaklee, consume tablet kalsium Shaklee iaitu Ostematrix dan beberap perkara lain. Tapi semuanya tak konsisten sangat lah hehee. Tapi tak tinggal lama, sehari jer selalunya skip, lepas tu ambil semula. 😊

Akhir sekali, dalam penyusuan susu ibu anda mesti ingat konsep ini:

Supply vs Demand

Lagi kerap bayi disusukan atau lagi kerap anda mengepam, lagi banyak susu akan dihasilkan.
Aisyah  doakan perjalanan penyusuan Aisyah dan awak yang bercita-cita sama macam Aisyah dipermudahkan. Walau apa pun cabaran yang datang, jangan mengalah. 

We can do it! Ameen. 

Okay itu sahaja perkongsian Aisyah for now. Tak sabar nak susukan baby. Harap sangat Aisyah antara orang yang Allah pilih untuk dapat hasilkan susu badan banyak. Ameeeen! 

Thank you For reading and Assalamualaikum! 

No comments:

Post a Comment