Searching for ......

Monday, November 24, 2014

Kek Koko Lembab Sedap Dan Mudah!

Assalamualaikum

Okay untuk resepi kedua cuti kali ni, aku buat kek koko lembab sebab ibu kata dia teringin sangat nak makan lepas gi Sabah ritu. Katanya kawan dia kat Sabah tu buatkan sedappp. Teringat ingat sampai sekarang.

Ibu memang jenis teringin nak makan, tapi suh aku yang buat. Kareplah -.-

So pagi2 aku dah keluarkan bahan2nya supaya bersemangat sikit nak buat (walaupun malas senanya sebab tak ada orang kat rumah ni nak makan T.T).

Tapi buat ajelah, ibu nak makan kan. Lagi pun esok balik kampung boleh bagi Atok hehe.
So senang aje bahannya :

 Tepung, telur, minyak, soda bikarbonat, tepung penaik, susu cair, susu manis, serbuk koko. Yang cawan tu aku gunakan untuk sukat bahan. 

Oh iya, jangan lupa 

Gula hehe. Aku yang lupa korang yang kene

Okay jom try buat kek sedap dengan hanya menggunakan sifir yang mudah. 
Kita sediakan bahan ikut abjad ok? 
Kita ada A, B dan C.

Bahan A : 

1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan serbuk koko yang ditapis
2 cawan minyak masak

Campurkan semua Bahan A dalam satu periuk, gaul dan panaskan atas api sampai sekata. Tapi jangan sampai mendidih tau. 

Gaul-gaul-gaul sampai sebati. Pastu bila rasa macam dah okay je, letak tepi. Biar dia sejuk sendiri.

Pastu kita berpindah ke, 

Bahan B :

7 bijik telur ayam

Pukul telur guna mixer sampai kembang dan nampak berat. 
Camni ha 

Due to the low class camera tab, gambar nampak tak lawa dan kusam. Hehe boleh lah

Pastu dah rasa okay, letak tepi. 

Kita pergi pulak ke, 

Bahan C 

3 cawan + 2 sudu tepung gandum siap diayak
2 sudu soda bikarbonat
2 sudu tepung penaik

Dah siap ayak, letak tepi.

Okay bila dah siap ketiga-tiga adunan tadi, kita panaskan dulu periuk pengkukus, 

Ibu punya pengukus memang tradisional sikit siap ada tuala haha. Tuala tu tujuan dia supaya wap air yang naik jadi air tu tak jatuh ke dalam kek bila kita bukak penutup tu nanti. Ni tula khas untuk dia aje ye, bukan tuala buat mandi tu. 

Okay langkah seterusnya, 
Campurkan adunan A dan B. 
Kemudian, gaul-gaul guna senduk sampai sebati. Buat slow-slow aje, biar dia lebih cantik teksturnya nanti.  
Bila dah sebati, campurkan pula adunan C yang tepung tadi. Gaul-gaul lagi sampai sebati. 

Bila dah nampak tekstur dia cantik, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam loyang. Kalau aku lebih suka letak dalam cup cake punya bekas supaya lebih mudah nak makan dan bila makan nanti terasa diri syomil hihii. 

Comot takpe asalkan sodap ye dak?

Pastu masukkan dalam periuk pengukus, tunggu dalam 20 minit, angkat dan mamam yeyyy! 

Ni lah hasilnya , 

Walaupun nampak buruk tapi ibu kata sedap hehe. 

Masa nak masukkan adunan tu dalam bekas cup cake ni, masukkan separuh aje tau jangan penuh2, sebab nanti dia akan menaik ke atas camni. Lagipun kalau tebal-tebal dia tak masak sedap sangat dalamnya. Ok?

Dan aku buat dua jenis senanya. Satu masuk dalam bekas cup cake, satu lagi buat dalam loyang. Kalau dalam loyang tu lama sikitlah kukusnya, area 1 jam. 

Kalau nak tahan lama, 3 jam kukusnya. Tapi kalau kat rumah aku tak sempat nak fikir tahan lama ke tak dah habis dingap. So takyah kukus lama pun tak kesah. 

Okay selamat mencuba! 

Thank you!
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.

Sunday, November 23, 2014

Dinner Batch PISMP Tahun 2014 : Dapat Anugerah King And Queen!

Assalamualaikum


Sebelum mula study week ritu batch buat jamuan akhir tahun. Mai la kita tengok gambar aje. Hehe.

Tema kelas kami biru. Jadi macam biasa, classmates semua tak nak terlalu skema so kami decide untuk pakai baju biru larian IPG aje wakaka

Ke makin nampak skema?

Macam biasa. Semangat sangat nak amek gambau ye kawan-kawan. Kalau yasir sedikit tenang mungkin gambar akan lebih jelas ye. :-)  


Ha ni nampak educated sikit haha. 



Kami curik-curik gi belakang amek gambau. 
Saja ambil gambar tanda kenangan. 
Harap diberi kesempatan :-) 

Baju aku by Ara
Shawl by_ilyasiddiqah
Headband by kedai RM2
Baju hubby baju kawen hari tu.

Kami dapat Anugerah King and Queen. Tak macam anugerah pun senanya. Sebab kami pakai baju biasa aja. Aku pun tambah skap aje kat kepala tu. Dah macam toncet dah aku tengok hahah ciss. 

Saja nak bagi hadiah kahwin untuk kami wakil dari batch. 
Terima kasih batch. Terima kasih semua. :-) :-) :-)  

Maaf ya tahun ni King and Queen kami jer. 
Ngee :') 


Classmates lelaki aka rijal gagah. With hubby. Depa tunggu sampai last majlis. Semua bagi support. Sebab kononnya kami berdua nak gi naik pentas haha. Terima kasih uolls :')


Ni nisak perkasa 06. Maceh maceh maceh deariesss. Bagi support. Bagi pinjam baju. Tolong iring. Tolong solek. Haha. Kelakau. 
Tima kasih tau! 


OOTD nisak 06. 
Kain hitam. Baju biru larian. 
Tudung oren. Skap rm2 hehe. 
Simple but we liketooo he. 


Okay itu saje untuk makan-makan 2014 dari batch. 
 Saya sayang antum 06. 
Nanti dah sem 8 mesti sedih nak tinggalkan korang huaaaa

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum


City Hunter Review

Entry lama 

Assalamualaikum

Sepatutnya masa sekarang ni aku tengah study T.T
Tapi masalahnya mood tu tak sampai lagi. Jadi untuk mengelakkan tidur terlampau banyak yang akan mengakibatkan pening-pening lalat, better aku tengok cerita.

And cari punya cari maka aku pun pilih cerita city hunter. Aku rasa aku pernah buat review fasal cerita ni dulu. Tapi mana entah hilang.


Alooo smat ngat gambo ni sebab letak gambau pakcik tu. 
Dendam pakcik tu la bermulanya citer ni., 


City Hunter ni senanya citer lama. Aku dah ulang tengok untuk kali ke berapa tah, lupa dah. Tapi setiap kali tengok citer ni, aku mesti jatuh cinta.

Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta

Kenapa?


Watak penting dalam gambar ni bagi aku dua lelaki tu je senanya. 
Watak Kim Na Na pun aku tak minat sebab macam takde function je untuk hero ni. Macam makin menyulitkan keakeadaan pulak ngee sorry director

Sebab bagi aku citer ni beeeeeeeest T.T

Kisah dia lebih kurang je dengan citer Arrow (tapi aku rasa arrow yang tiru city hunter grrrr). Cerita fasal nak menjatuhkan ahli politik yang jahat.

Nampak kan sekarang, rakyat dah bukak mata. Sampai movies pun fasal menjatuhkan politicians yang jahat. Maksudnya zaman ni dah ada ramaaai politicians yang jahat. Kita je tak sedar. Sebab tak ada hero yang boleh terbang2 macam Oliver Queen (citer arrow) ngan Lee Yoon Sung (citer city hunter) kot T.T



Aku tengok sekali je dah tahu dia ni laki tu. Sebab pakai tutup mulut je kan. Tapi dalam citer ni sume orang tak dapat tangkap siapaaa laki ni haha 

Tapi memang sedak ah citer CH ni. Aku memang puas hati tengok. Cuma aku tak suka watak Kim Na Na. Bukan sebab jeles ea dia jadi heroin sorry. Tapi sebab lakonan dia aku kureng suka. Entah la macam makin menyusahkan si hero ni nak buat kerja je -..- syirok u
Syirok tu tak suka.

Cerita ni fasal sorang budak yang dilarikan daripada maknya untuk melatih dia menjadi seorang yang tough dan power berlawan.

Dia dibesarkan kat thailand. Pandai producer citer ni pilih thailand untuk jadi tempat dia dilatih. Sebab kita tahukan thailand macam mana. Kalau tak tahu, bayangkan selatan thailand macam mana. Semuanya guna senjata api. Tembak sana tembak sini. Semua macam askar. Pastu bayangkan pulak citer ong bak. Scary macam tulah.

Tapi senanya budak ni tak tahu pun kenapa dia tak boleh hidup macam budak-budak lain. Kenapa dia tak ada mak. Kenapa bapak dia garang sangat. Kenapa dia kena train sebegitu kejam sekali. Dia tak tahu.

Sampailah budak tu besar, area umur 16 tahun gitu. Dia still tak faham. Jadinya, dia jadi remaja yang suka mengacau orang, suka cabut lari dari latihan bapak dia, ikut kepala sendiri, sebab dia power dah kan.

Satu hari, satu pencerobohan berlaku kat kawasan tempat tinggal dorang. Masa tu lah bermula berubahan dalam diri budak tu. Dia dah tahu tujuan hidup dia. Dia dah mula serius dalam misi dia. Dan segalanya bermula. 

Apa yang bermula? 
Tengok sendirik. 

So tu je lah maklumat mampu aku beri haha, lagi best tengok sendiri kot aku rasa. Jangan risau citer ni best ngat. Ok? :-)

Assalamualaikum 

Resepi Cheesy Wedges Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

Assalamualaikum

Sejak ibu pencen dan duduk rumah dengan rilexnya ni, aku and kinah suka merengek-rengek mintak makanan. Nak manja sikit. Kalau tak asek aku aje yang kena jadi bibik kat dapur. Tapi tak pandai2 pun masak wakaka

Tapi nak makan onde dot. Jam tu mintak jam tu nak ngap.

So antara side dishes yang ibu selalu buat sebab dia sangat sedap, cepat disediakan dan macam power lah gayanya adalah wedges.

Senang je. Tak ajar pun boleh buat tahu?

Bahan : Kentang, mayonis, sos cili. 3 jerr

Okay jom tengok aku buat



Ambil kentang. Basuh bersih2 dan kopek kulit dia. 
Si Markonah kata jangan kopek habis kulit diasebab kulit kentang bagus untuk kesihatan. Boleh cegah cancer kot.

Pastu potong macam nipis macam kat kepci tu. Potong sederhana nipis ea supaya dia mudah masak nanti isinya. 

Ha camni 

Pastu goreng terus. Tak yah letak pape. Ok? Api jaga. Jangan terlalu kecik nanti lembab dengan minyak. Jangan terlalu besar nanti tak masak sempurna dalamnya. 

Ha sampai jadi camni. Angkat.


Pastu letakkan sos cili ngan mayonis. 
Dah siap! :-) 


Bolehlah cuba kalau korang rasa malas sangat nak buat makanan tapi nak makan. Selalu gitu kan? Hehe


For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum 


Certain Day Talking : Cuti Semester (Akhir Tahun 2014) Bermula Yeyy!

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti akhir tahun 2014 telah bermulaa yeahh!

Cuti panjang pertama aku dengan title wifey.

Aku dah balik rumah hari Jumaat hari tu lagi senanya (sekarang hari Ahad). Tapi sebab rumah ibu ayah aku ni ada prob internet selama seminggu, so ni baru lah aku dapat bukak blog, wasap dan instagram. Kalau tak tu melongo aje lah.

So cuti aku start jumaat hari tu sebab hari khamis pagi tu last paper. Pastu dalam aea jam 12 gitu terus keluar gi Warta sebab classmates ajak main bowling ramai2. So enjoyy beronggeng ramai-ramai walaupun aku tak main bowling pun. Sebab aku memang tak minat main bowling huhu

Tapi senanya hatiku pilu jugak masa tu sebab esoknya dah nak kena berpisah dengan hubby. So rasa macam nak berkepitt aje ngan hubby.

Sedih ni T.T


Malu pulak. Hihi


Tapi rilex je.. Perpisahan dunia adalah bersifat sementara. Lagipun kalau aku susah2kan hati hubby, aku dapat apa? Dapat menyusahkan dia aje. Pahala lari, kesolehahtan pun lari. So okay ajelah. Calm down. Hehe solehah sangat isteri u ni ilyas :p

Pastu, esoknya aku balik Johor, hubby hantar aje sebab hubby keluar dengan jemaah tabligh. So dia stay IPG and boleh terus ke Markaz Sri Petaling. Semoga semuanya okay ye hubby. I love u.

So untuk cuti kali ni aku takde mende nak dijadualkan sangat senanya. Kawen dah, hubby keluar tabligh, anak lagi 2 tahun baru boleh dapat haha. So aku just bercuti untuk diri aku aje lah.

Kalau tahun lepas, cuti akhir tahun macam ni aku busy buat persiapan kawen. Menjahit doorgift, sibuk Shaklee, nak mencantikkan badan and muka lagi, macam2. Setiap hari adalah berharga bagi aku.

Tapi tahun ni rilex suda.. Aku just bangun pagi kemas katil dan buat apa yang aku nak. Contohnya masak yang special2 and post kat blog wakaka.

Pastu ingat nak menjahit sikitlah. Takdelah nak jadi terer sangat pun. Nak belajar aje. Tryin menjahit baju kurung and seluar. Doakan ea ngee.

Okay itu saje. Ni hanyalah pendahuluan. I will updating my aktivities here hihi papai ^^

For the pleasure of Allah
Thank You!
Assalamualaikum