Searching for ......

Monday, February 3, 2014

Majlis Pertunangan Abang Muaz, Abang Saya!

Assalamualaikummm

Kali ni kita nak cerita pasal hari pertunangan abang kita semalam yeyy! :D
So happy tauu, sebab majlis berjalan laaaancar sahaja.
Semalam memang ramai yang kahwin plus bertunang kan,
Kita ucapkan selamat ye semuanya.
Semoga diberkati Allah hendaknya ya..

So jom kita flashback cerita persiapan semalam.
Family kita dari pihak lelaki kan, so persiapan cuma pada hantaran aje lah..

Hantaran ajelah ek?
Aah la sangat sangat.
Hantaran tu cakap je macam ajelah ajelah,
Tapi disebabkan hand made by family sendiri,
So ia bukan ajelah ea..
Ia adalah sesuatu yang osemmm beby  :D

Ketua hantaran si markonah la macam biasa.
Kita part kek je hewhew
Tapi dari tengahari sampai esok pagi nak menyiapkan plus menjaga kek tu,
Memaaaang mencabar haha.
Macam macam kenangan jadik tau..

Jom kita tengok gambar jelah ek,


3 serangkai, Ali, Ika and Kina. 
Sorang lagi menghilang sebab happy sangat kot :p


Ibu ngan rombongan sedara sedara <3
Eh aku ni, senget senget pulak, dah la bawak kek.

Ni kek sensetif gila tau, kek snowy cheese,
Dengar nama je pun aku dah menjejes ayak liyok haha
Of course aku yang buat ^^ heheee



Nak masuk ni, nak masuk ni :D



Ayah kita duk sebelah imam kat situ. Hari tu semua orang panggil ayah YB kakakaka :D



Haaaa inilah dia hasil tangan tangan adik beradik Mu'az Zexk tuuu <3 
*rasa macam ok je kan kan 


Ini dari pihak Kak Aida <3 
Tema biru ok semuanya..


Gambar kurang jelas laa. :(
Gambar jelas ada kat fotografer yang bertugas, tak sempat lagi nak mintak,
Ini pun ok je lah
Ni masa sarung cincin tunang :)



Ni part last, Mu'az Zexk tengah bagi bagi coklat kat anak-anak sepupu hihi
Ni aku yang bagi arahan ni, kalau tak agaknya lupa nak agih-agihkan,
Yela, tengah majlis sendiri kan, of course la serabut sana sini.
Aku nak bagi bagi kan rsa macam tak layak pulak kan.
Almaklumlah bukan titew punyee :3



Yang atas tadi semuanya dari camera makcik kita, So yang bawah n dari camera famili kita pulak :)


Ni kek kita buattt yeyy

Ni surau :D 
Kina buat..

tempat cincin, f kos kina..


Kitaaa


YB Sariff dan isteri tercinta <3 hehee


Hamboih berserinya mukaaaa



Santeeknyeeeeeeee

Ali Nyaie Mahir


Okay, tu je lah.
Biar kita faham melalui gambar sajalah ek. 
Dah penat ni dari tadi tunggu pic loading hahah.

K, for the pleasure of Allah.
Thank You
Taa


Sunday, February 2, 2014

Certain Day Talking : Review For January

Assalamualaikum..

Lama tak jengah blog kan huhu..
Sebab kita busy lah..
Kat IPG of course busy, yelah dah sem atas atas ni kan..
Kelas full sampai petang, so memang tak larat lah nak meloading internet kat bilik..
Baik aku memanjakan diri hihi.

So today apa topic kita ek?
Banyakkkk.
Sebab aku takde sepanjang bulan satu hari tu, so aku nak review kejadian bulan1 lah ye.
Ini kes merindui diri sendiri muahaha.

Okay first jom cerita pasal Shaklee.
Alhamdulillah makin ramai yang minat nak try Shaklee..
Aku bersyukurlah bisness dah naik sikit sikit..
Semoga berkat la ek, aku taknak lah hidup tak berkat..
So sekarang aku dah ada income bulanan sikit sikit dari Shaklee,
Uolls nak jugak tak?
Kalau berminat boleh contact and Tanya kita, J
Jangan takut, kita pasti akan tolong J
Insyallah..

Pastu bulan 1 ni jugak kita Berjaya buat kek manyak manyak. :D
Kita buat kek snow cheese ngan chocolate indulgence.
Berkali kali jugaklah buat hehee.
Tu la masalahnya kalau dah ketagih :3
And last buat kelmarin, time abang kita tunang ^^
Handmade ok

Lepas tu cerita pasal jualan stocking mesir,
Alhamdulillah ok jugak.
Sesiapa nak dapatkan stocking murah mesir boleh dapatkan dari kita ye..

Ni cerita best, abang muaz kita bertunang :D :D
Alhamdulillah dah jadi tunang orang sekarang
Dalam suka ada duka ceceeh
Yela, kitorang adik beradik rapat kan,
Bila dia dah kahwin nanti mintak mintaklah kita semakin rapat dan tak terpisah ye..
Semalam best jugaklah majlisnya..
Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan,
Semua orang happy, semua orang berpuas hati..
Kita pun sama hehe..
Nanti kita dah dapat akak ipar bebetul nanti kita tunjuk gambar k?
Sekarang ni kita mention nama je lah..
Namanya kak Siti Aida.
Simple je namanya, sesimple orangnya ;)
Kepada kak Aida, welcome t our family ^^

Banyakkk lagi cerita exited exited,
Tapi tengah sakit perut ah sekarang T.T
Nanti kita sambung ea!

Eh lupa nak bagitahu,
Malam ni kita jahit cadar,
Warga IPG KPI yang nak beli cadar, tungguuu :D

Siapa nak order Shaklee pulak boleh terus contact kita k?
Love u ollsss

Thank You!
Okay for the pleasure of allah,
Byee



Tuesday, January 14, 2014

Bacalah Al-Quran Setiap Hari!

Assalamualaikum.

Wahai sodara sodaraku,
Janganlah kalian meninggalkan al-quran walaupun sehari.
Bacalah al quran dengan melihat mashaf walaupun satu muka surat sehari.

Dengan itu, hati hati kalian akan dibukakan baginya hidayah.
Wajah wajah kalian diterangi cahaya nur tanpa menggunakan Shaklee.

Hehee.
Tu je nak bagitahu.
Bacalah al quran.
Pandanglah al quran.
Ejalah ayat ayat al quran tu dalam sehari.
Sikit pun jadilah.
Bagi aku itu adalah satu tuntutan.

Siapa yang tak baca quran lebih dari tiga hari,
Allah tutup pintu hati dia.
Aku pernah dengar amaran ni, lupa dari mana.
Tapi ayat nilah yang menyebabkan aku berhati hati dan takut.

Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri ni :’)
Uolls cane? Mesti baca tiap tiap hari kan?
Baguslah gitu.
Nanti dapat family yang penuh dengan sakinah, dapat anak soleh, hidup pun berkat.
BestnyeeeeeeT.T

Qoranku :')


For the pleasure of Allah.
Bye, Assalamualaikum.

Senarai Set Shaklee Part I

Assalamualaikum :-) 

Today baru dapat Shaklee batch kedua. So happyyy !
Sesiapa yang nak try Shaklee jangan segan segan jangan malas malas Tanya je kita.
Nanti kita bagi harga super power and kita guide uolls secara super power jugak tau :D

So esok cuti. Alhamdullillah.
Ada lah sedikit masa untuk diri sendiri.
Aku bagi sedekah lah masa ni untuk Shaklee hahah.
So today aku nak review secara keseluruhan ea pasal Shaklee.
Sebab ramai je yang ingatkan Shaklee ni Cuma untuk kurus and untuk cantik aje.

Actually bukan tu sahaja tau.
Insyallah lah kita berusaha cari penawar atau pun ubat untuk penyakit kita,
Insyallah Shaklee pun ada ubatnya.

Contohnya macam kencing manis , darah tinggi, gout, eczema, kencing kotor, sakit sendi, sakit apa apa lah, Insyallah setakat ni semua ada set dia. Kecuali mati lah kan.
If uolls nak yang under bajet uolls pun tak ada masalah sebab kita akan bagi produk yang man perlu dulu untuk uolls. Don’t worry okay. J
So kita nak tunjuk gambar lah senang k? So oulls lebih jelas J



This is AJHT orang panggil. Untuk sendi. 
Biasa nenek nenek kita memang memerlukannya.. :)



This is for those yang nak naikkan berat badan :)



Ini set set yang saya akan cadangkan. Ni asas aje. 
Nak tahu lebih lanjut boleh contact yee :)


Vitamin E memang bagusssss untuk kulit.
Tak tipuuuuu


ESP best, sedap, kenyang, kurus, cantik, sihat.
Seriusly memang super power !


Ni untuk mommy mommy.
Banyak sangat testimoni, semuanya berjaya.
Nak try tak mommy? :)


Kebaikan Nutriferon. 
Super power kan? :)

Nutriferon :) 

Haaaa! Ni gerentiii ramai peminaaat :D
Memang berkesan, uolls jangan risau..


Ni secara ringkasnya :)
Nak try mana mana satu, saya boleh guide semua.
Just contact me ok :)


Okay, bahu sudah sakit haha.
Aku mampu buat setakat ni aje dulu.
Bebila aku update lagi okay. 

Aku saja buat iklan ni..
Insyallah kalau uolls ambil ngan aku, aku guide fully..
Saaaampai berjaya.
Aku pengguna Shaklee gak, so aku tau lah perasaan membuak buak uolls yang nakkan yang terbaik tu kan kaaan?
So, jom kita try bersama AsSiddiqah hehehe 
Bagi love sikit ah biar tergoda 
Nah nah <3 <3 <3

Mampu bagi love senget je la hehe.

Apa apa pun semoga Allah memberkati hidup saya dan anda..
Semoga Allah [ermudahkan segala urusan saya dan anda.
Semoga Allah selaluuuuuu pandang kita dengan rahmat dan kasih sayangnya.
Ameen..

Joooooooooooooooom beliiiii! :D

For the pleasure of Allah.
Bye, Assalamualaikum. 


Sunday, January 5, 2014

Tips Shopping Secara Berhemah Style Saya!

Assalamualaikum. J

Alhamdulillah atas nikmat nikmat yang Allah berikan..
Hari ni aku memang sedang menikmati nikmat Allah sebab hari ni hari ahad.
Maksudnya cuti yeyyy!

Tapi sesapa yang sudi / rajin / nak bawak aku jalan jalan tak de masalah.
Aku sukeeee hee

And sekarang anku nak cerita pasal semalam.
Sebenarnya semalam aku dah jalan jalan pun.
Aku jalan pun sebab nak shopping.
Alhamdulillah lah dapat barang yang dicari.
Habis jugak seribu kalau dicampur campur.
Tapi okay lah kan, sekali seumur hidup :p
Pahni aku beli kat kedai RM2 jerlaa isk isk

So tips tips yang baik diamalkan oleh wanita terutamanya bila bershopping mopping ni adalah
1.       Ada target.
Oh yeah, memang penting sebab kalau tak semua barang kau nak kaut.
Lagi lagi kalau jualan murah kan. Contohnya macam semalam aku pergi Sogo, jualan murah gila gila sampai hari ni (hihi seb baik aku dah balik :p)
Hand bag berjenama, kasut berjenama, ada yang jatuh harga sampai 100 dapat 1, seratus dapat 2. So memang gila sangatlah untuk perempuan kan.
Seb baik aku punya gene laki kuat sikit, so aku cool je Nampak brand berjenama RM100 dapat 2 pasang haha.
Bukan laaa, sebabnya aku ada target!  Target aku nak cari hand bag yang senang nak bawak sana sini, cantik, kasual, cool, mesra pengguna dll.
Haaa, so bila memilih nanti mata uolls akan terarah pada ciri ciri yang telah ditetapkan aje.
Walaupun memang banyak gilaaa beg yang cantik cantik, kalau dah jumpa 1 yang aku targetkan tu, aku dah tak pandang yang lain dah.
Sebab aku rasa yang aku punya paling cantik hiihi.

2.       Beringat.
Haaa, ni susoh sikit kalau jenis yang hilang ingatan kalau Nampak jualan murah.
Ni pendapat aku :  
Sebenarnya barang barang yang jual kat sogo ke, alamanda ke, midvalley ke,mines ke, semuaaaa mahal. Bagi aku lah.
Sebab, memanglah dia buat sale. Tapi harga tetap beratus gak. Macam semalam nak beli purse dapat 40%  discount pun harga RM100++.
Mahal tu wooo sebenarnya. Tapi sebab kita tengok harga sebenar dia kata lah Rm1000, pastu turun jadi RM300, tu yang rasa ‘woowww murah ni murah ni’ ahah. Kan kan ;)
Tapi masa cakap wowwww wowww tadi kita kena beringat lah yang mahal pada kita macamana, murah kita macamana. Ada orang yang RM1000 turun RM300 tu murah, so okaylah kalau nak shopping gila gila pun.
Kalau aku pulak kenalah beringat, harga Rm1.50 tu murah bagi aku. Rm2.00 tu mahal bagi aku. Ni kes takde turun turun ea. :p
So kalau beli barang mahal pun aku just beli yang RM100++ dah lah.. Cukup mahal dah tu bagi aku haha.

3.       Mintak petunjuk Allah.
Hahaha mesti rasa aku baik bila baca tips ni. Bukan baik tapi betullah.. Aku kalau nak beli barang yang mahal mahal ni rasa macam kena buat pilihan antara hidup dan mati aje. kadang kadang lah.
So sebelum keluar rumah tu solat solat sikit, doa doa sikit, zikir ke selawat sikit. Insyallah nanti Allah temukanlah kita dengan barang barang yang memang puas hatiiii pada kita but harga still ok. J

Tu jelah kot aku punya tips daripada pengalaman semalam. Tapi best lah pergi Sogo.. barang memang banyak gila.. manusia pun ramai tapi oklah tak gila sangat. Perjalanan dalam 1 jam lah paling lama pun dari IPG aku ni.. itu kalau naik KTM.. J
Barang barang apa aku beli? Nanti kita snap beberapa bulan lagi ok :p

Itu sahaja.
For the pleasure of Allah.
Bye, Assalamualaikum.