Searching for ......

Wednesday, December 12, 2012

Kehebatan AL-QURAN!


Assalamualaikum semua yang diredhai Allah..

Untuk entry kali ini saya copy ilmu dari blog seorang Hamba Allah ni,
Saya tertarik dengan apa yang dia kongsikan.
Jadi, saya ingat nak kongsi sekali lah dengan semua.. boleh kan? 

Ia mengenai  nama Surah, saya minat!
Dalam al Quran ni semuaaa istimewa. Kan? 
Sampaikan nama Surah pun boleh dihurai dengan panjang lebar. Kalau kita kaji lah.. 

Okay, start dari sini saya gunting dan tampal ye.
Silakan.. 
__________________________________________
PERNAHKAH anda terfikir mengapa al-Quran yang mengandungi 114 surah?
 Dimulakan dengan al-Fatihah diikuti surah al-Baqarah, Ali ‘Imran.
Dan diakhiri dengan surah al-Nas dengan sebelumnya adalah surah al-Falaq dan al-Ikhlas?
Apakah rahsia di sebaliknya dan manfaat yang boleh kita ambil daripadanya?

Al-Quran ialah semulia mulia kitab dan tidak diragukan ia Kalamullah mengatasi segala kalam. Mushaf yang ditulis Kalamullah wajib dihormati, dimuliakan dan tidak mendedahkannya kepada penghinaan serta pencemaran.

Al-Quran seperti disifatkan Baginda Rasulullah maksudnya:
 “(Berpegang) kepada kitab Allah yang sudah menceritakan orang sebelummu dan berita orang sesudahmu, dan sebagai penghukum apa yang terjadi antara sesamamu.
Kitab Allah adalah firman yang memisahkan antara hak dan batil serta bukan senda gurau, orang yang meninggalkan kitab Allah daripada orang yang sombong, Allah akan membinasakannya, orang yang mencari petunjuk selain kitab Allah, maka Allah akan menyesatkannya, kitab Allah adalah (tali) Allah yang kuat, ia juga kitab yang penuh hikmah, jalan yang lurus, ia tidak condong pada hawa nafsu, tidak berat pada setiap lisan, alim ulama tidak akan kenyang padanya, ia tidak usang oleh banyak diulang (bacaannya), ia tidak habis keajaibannya, ia tidak hentinya.
Tatkala jin mendengarnya, mereka berkata:
(Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran menakjubkan yang memberi petunjuk kepada jalan benar, lalu kami beriman kepadanya).
 Barang siapa berkata dengan al-Quran, maka benarlah dia, barang siapa yang mengamalnya, dia diberi pahala, orang yang menetapkan hukum dengannya maka dia adil dan barang siapa mengajak kepada al-Quran, ia mendapat petunjuk pada jalan yang lurus. Ambillah (kata yang baik) hai A’war.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam hadis ada menyatakan:
 ‘ulama tidak kenyang padanya, ia tidak usang oleh banyaknya diulang (bacaannya), ia tidak habis keajaibannya.’
 
Kita sudah menjumpai bukti kebenaran ucapan hadis ini. Kita dapati ulama menemukan perkara baru selepas merujuk kepadanya; kita dapati manusia tidak pernah bosan mendengarkannya; dan kita dapati banyak keajaiban yang timbul daripadanya.

Ulama yang arif mengeluarkan banyak ilmu daripada al-Quran; ulama yang bijak pandai sudah banyak mengeluarkan hukum yang jitu daripada al-Quran; ulama yang ikhlas lagi setia banyak mengungkap rahsia al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan membuka tabir keagungan Allah Taala.


Tiada satu kitab pun di dunia ini yang boleh dibandingkan dengan al-Quran. Tidak ada satu kitab pun di dunia selain al-Quran yang sangat menarik perhatian manusia dari segi bahasa, tatabahasa, sastera, kandungan bahkan jumlah kata dan hurufnya sehingga ulama mengira bahawa lafaz ‘Allah’ dengan fathah (di atas) ialah 591, dengan kasrah (di bawah) 1,131 dan dengan dammah (di depan) berjumlah 974. (Al-Madisi, Fath al-Rahman, 489)

Melalui tadabbur al-Quran kita mendapati gaya bahasa dan metod persembahan dalam menyampaikan mesejnya sungguh bergaya. Tatabahasa tepat, penyampaian menarik, struktur ayat yang indah dan pilihan perkataan yang cantik hanya sebahagian daripada pesona memukau bagi menggamit insan bertadabbur terhadap wahyu Ilahi.

Satu cabang ilmu al-Quran yang diciptakan manusia adalah ilmu asrar tartib suwar al-Quran atau rahsia urutan surah-surah al-Quran. Ilmu ini tidak seberapa berbanding ilmu munasabah al-ayat atau ilmu hubung kait satu ayat kepada ayat yang lain yang selalu kita dapati dalam Tafsir Mafatih al-Ghaib (Kunci Alam Ghaib) karangan Imam al-Razi (w 1209M) kerana yang pertama disebut hanya membincangkan 114 surah sedangkan terakhir membincangkan seluruh ayat al-Quran berjumlah lebih 6,000 ayat.

Adalah Imam al-Suyuti (w 1505M), seorang ulama ensiklopedia kerana menulis di semua bidang ilmu keislaman pernah menulis kitab Asrar Tartib al-Quran.

Ketika membincangkan rahsia mengapa al-Quran dimulakan dengan al-Fatihah, beliau berkata pada halaman pertama: “Allah SWT memulakan kitab-Nya dengan surah ini (al-Fatihah) kerana di dalamnya terkumpul semua tujuan al-Quran, oleh itu ia juga dinamai umm al-Quran (induk al-Quran), umm al-kitab (induk al-kitab) dan al-asas (Asas), maka ia sesuai dengan namanya sebagai pembuka.

Berkata Hasan al-Basri: “Sesungguhnya Allah SWT menyimpan semua ilmu kitab terdahulu di dalam al-Quran; kemudian Dia menyimpan ilmu al-Quran dalam surah al-Mufassal; kemudian Dia menyimpan ilmu al-Mufassal dalam surah al-Fatihah. Siapa mengetahui tafsir al-Fatihah seolah-olah mengetahui tafsir semua kitab yang diturunkan (itu).” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Ketika masuk membincangkan surah al-Baqarah, al-Suyuti menulis: Sebahagian imam berkata: “Surah al-Fatihah merangkumi pengakuan terhadap ketuhanan (rububiyyah) dan cara kembali kepada-Nya dalam Islam dan juga pemeliharaan daripada agama Yahudi dan Kristian.

Sedangkan surah al-Baqarah merangkumi kaedah asas agama dan surah Ali Imran sebagai penyempurna maksudnya. Surah al-Baqarah adalah dalil hukum sedangkan Ali ‘Imran jawapan terhadap kekeliruan musuh (Islam).” (halaman. 2)

Akhirnya ketika membincangkan surah al-Nas, al-Suyuti menulis: “Selepas itu disebut pula surah al-Nas yang di dalamnya diberitakan mengenai martabat dan darjat jiwa manusia.” (Halaman 43)

Perkara yang menarik ialah mengapa disebut dalam surah ini tiga perkataan berbeza untuk satu benda yang sama. Rab al-nas, malik al-nas dan ilah al-nas. Jika dalam tafsiran biasa diterjemah dengan ‘Pemelihara sekalian manusia’, ‘Yang Menguasai sekalian manusia’, dan ‘Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia’, secara berurutan. Al-Suyuti mengetengahkan pendapat Ibn al-Zamlkani dalam memahami rahsianya iaitu tiga kata ‘al-nas’ diertikan kanak-kanak, belia dan orang tua secara berurutan kerana sebab tertentu seperti dilihat Ibn al-Zamlkani.

Inilah rahsia ilmu al-Quran yang dijumpai ulama yang tidak pernah dilakukan terhadap kitab sebelumnya. Ia bertujuan menambah dan mempertingkatkan keimanan Muslim yang mencintai kita sucinya.

Al-Quran diturunkan oleh Allah bertujuan menyuntik semangat keimanan kepada manusia. Semangat yang sudah berputik menimbulkan minat untuk membaca dan beramal dengan tuntutannya penuh keyakinan tanpa dibatasi faktor masa, kaum, kepentingan dan tempatan.

Seseorang yang bermula dengan iman yakin dan percaya kesesuaian kitab ini pada semua zaman dan masa kerana diturunkan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan makhluk manusia.

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam),” seperti maksud firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 9. Maha Benar Allah!

Oleh: Abdurrahman Haqqi

Bestnyaaa. Banyak yang saya dapat. Semoga Allah bagi beliau banyak pahala atas ilmu yang beliau kongsikan.. 

Saya gunting dari  sini. :)

Thank You!

Kehairanan Uthman bin Affan


Assalamualaikum.  
Heheh.

Setelah lama tak meng’update, hari ni saya baca baca twitter, dapatlah sesuatu yang boleh dikongsi.
Ia semacam peringatan. Dan mungkin pancungan buat kita yang selalu alpa ni.
Haha. Kan kan?
Try baca ni,
Kata-kata Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu:
“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa"
"Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya”
"Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan”
“Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahawa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya”
"Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa”
"Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya”
"Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia”
“Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya”

________________________________
Terpancung tak? Terpancung tak? T.T
Saya nak menerangkan dengan detail rasanya tak perlu sebab cukup makan dalam dah ayat tu. Haha.
Semoga kita sentiasa mencari-cari jalan untuk dapat redha Allah ye..
Jangan pernah berhenti..
insyaALLAH.

Doakan saya..
Kerana ALLAH.

Thank You!

Saturday, December 8, 2012

Kari Daging Tanpa Santan

Assalamualaikum… hehehe.
Bismillah..

Kali ini kita cerita pasal resepi yee.

Adakah anda malas masak? =..=
Haha.

Adakah anda ingin mencuba satu resepi baru yang mudah dan sedap?
Cubalah resepi saya! :D

Resepi ini tak lah sesedap mak kamu semua masak, tapi pada saya ia okay la. 
Orang muda masakkan.. haha.
Resepi ini juga bagi penggemar kari yang pekat. 
Kalau kari yang selalu orang buat tu kena guna santan, kan?. 
Kalau saya tak suka letak santan.
Pada saya dia jadi macam tawar dan cair colour dia. Hehe. Tapi it’s up to you.
Selera masing masing. Sebarang kekurangan boleh bagitahu yee.

Ini gambarannya, (ambil kat internet je sebab malas ambil ambil gambar) haha



BAHAN BAHANNYA:


  • Daging (potong nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • Rempah kari (bancuh bersama air)
  • 3 (agak2)
  • 5 (agak2)
  • garam
  • 1 cawan air
  • Kentang
CARA CARANYA :

1) Tumis bawang sehingga kuning.
Kemudian, masukkan rempah kari dan masak sehingga naik bau.
Masukkan daging dan kacau supaya tidak hangit. Daging dimasukkan dahulu supaya rempah kari sebati dengan isi daging tersebut. Cara ini akan membuatkan kari manis secara semula jadi.

2) Bila rempah sudah masak,masukkan kicap manis (kalau saya kurang suka kicap diletakkan banyak, jadi agak2 sesedap rasa sendiri la ye), sos cili & juga garam.
Kacau sehingga sebati. Masukkan air sedikit supaya berkuah. Kemudian masukkan kentang.

3) Biarkan sehingga pecah minyak dan kentang empuk (api kecil dan tutup supaya cepat empuk).

4) Nampak dah masak, rasa dulu kalau kurang apa-apa sila tambah ikut tekak masing-masing.

Dan siap untuk dihidang. J
Selamat mencuba..
Simple. But special. Acecece~ hehe.

For the pleasure of Allah

Thank you for reading!

Thursday, December 6, 2012

Adakah Kita Masih Layak Untuk Bertaubat?

Assalamualaikum.. J
Bismillah.

Tiba-tiba maghrib tadi terfikir pulak..

Kalau kita salah, tak semestinya kita kena salah dalam semua perkara.
Kalau kita jahat, tak semestinya kita jahat dalam semua benda.
Kalau kita lemah, tak semestinya kita lemah dalam semua aspek.
Kalau kita dosa, tak semestinya kita langsung tak ada kebaikan.

Kadang kadang kan, bila kita rasa down atau lemah, kita rasa macam jatuh sangat..
Macam kita ni jahat sangat..
Macam taka da harapan langsung nak jadi lebih baik atau lebih bagus.
Jangan nak kata lebih baik, baik pun rasa macam tak layak. Kan?

Haaa..
Di sini saya nak membetulkan fikiran2 kita yang kurang betul tu dan yang tengah down tu.
Contohnya macam ni ye,
Keputusan exam kita tak berapa nak elok daripada orang lain, tak semestinya kita kena tak berapa nak elok jugak dalam amal kita, macam solat ke, zikir ke, tahajjud ke.. kan?

Kalau kita gagal, tak semestinya kita kena gagal dalam semua benda.

Macam tu lah…

Haa. Sama juga dengan dosa. Contohnya kita ni berakhlak buruk. Atau kita ada buat dosa lah..
Tak semestinya dengan keburukan atau dosa yang kita ada tu kita kena buruk juga dalam semua benda contohnya macam tak payah nak solat awal waktu ke, tak boleh nak bangun malam mohon ampun ke, atau tak boleh nak pakai baju ikut sunnah ke..

Means, jangan jadikan satu keburukan dan dosa kita tu untuk buat dosa lain.
Walaupun manusia tak tahu dan tak Nampak. Kan? Haaa.

Yelah.. contoh kita ni pendosa besar. Kita nak baca al Quran. Kita je tahu kita sangat meletakkan hati  mas abaca al Quran tu. Orang lain mana tahu , kan?

Tak apa.. teruskan. Sebab Allah yang pegang cerita kita tu. Allah aje yang tahu dosa kita tu.

Mungkin bila kita betul2 ikhlas buat amal tu, Allah ampunkan kita? Haaa. Atau Allah membersihkan nama kita dalam kalangan makhluk.? Siapa tahu. semua kerja Allah. Yakin ajelah. Insyallah..

Haa. Ni ada 1 kata2 yang menusuk ni,

‘Saya Nampak baik bukan sebab saya memang baik, tapi sebab bijaksananya Allah menutup dosa dan keaiban saya.’ T.T

Ada dan wujudkan dalam hati niat nak berubah. Try mulakan dengan amal yang kita boleh buat istiqamah dulu.

Sikit2 .. x pe.. boleh.. J

Tapi bukan maksudnya kita kena stay dengan keburukan kita tau.
Maksud saya, pendosa masih ada harapan. Pendosa (macam saya) masih ada sinar. Ada waktu. Ada. Percayalah..

Doakan saya.

Kerana Allah..

Thank You!

Wednesday, December 5, 2012

Aku Jatuh Cinta



Bismillah..

Untuk saya,
Ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi.
Baik hubungan dengan Allah,
tenang dan kuatlah hati ini.
________________________________________



Cinta lelaki perempuan itu hanya sub kepada kehidupan.
Kerana itu, kita tidak berbicara akan cinta lelaki perempuan saban status, saban kerja, saban artikel dan saban karya.

Tetapi cinta kepada Allah itulah matlamat kehidupan. RedhaNya. SyurgaNya.
Kerana itu, kita perlu bijak menilai yang manakah matlamat, dan yang manakah sampingan ke arah matlamat.

Silap di atas perkara ini,
Akan membuatkan manusia menyibukkan diri semata-mata terhadap cinta lelaki dan perempuan, hingga menjadikan itu sebagai matlamat, dan Allah hanyalah sampingan untuk mencapai matlamat.
--------------------------------------------------

Islam itu,
bukan pada cinta semata-mata.
Tidak berwaktu, tidak bermusim.
Sepanjang masa,
dalam setiap juzu' kehidupan kita.

Maka. ALLAHU ALLAH.



Nota kaki : Disaat kamu jatuh hati pada seseorang, pastikan seseorang itu adalah orang yang tepat untuk memungut hatimu yang jatuh itu dan membersihkannya dari debu & kotoran, lalu menyimpannya di tempat yg layak di dalam hidupnya...

Doakan saya.

Kerana Allah. 
Thank You!