Searching for ......

Wednesday, December 12, 2012

Kehairanan Uthman bin Affan


Assalamualaikum.  
Heheh.

Setelah lama tak meng’update, hari ni saya baca baca twitter, dapatlah sesuatu yang boleh dikongsi.
Ia semacam peringatan. Dan mungkin pancungan buat kita yang selalu alpa ni.
Haha. Kan kan?
Try baca ni,
Kata-kata Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu:
“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa"
"Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya”
"Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan”
“Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahawa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya”
"Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa”
"Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya”
"Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia”
“Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya”

________________________________
Terpancung tak? Terpancung tak? T.T
Saya nak menerangkan dengan detail rasanya tak perlu sebab cukup makan dalam dah ayat tu. Haha.
Semoga kita sentiasa mencari-cari jalan untuk dapat redha Allah ye..
Jangan pernah berhenti..
insyaALLAH.

Doakan saya..
Kerana ALLAH.

Thank You!

Saturday, December 8, 2012

Kari Daging Tanpa Santan

Assalamualaikum… hehehe.
Bismillah..

Kali ini kita cerita pasal resepi yee.

Adakah anda malas masak? =..=
Haha.

Adakah anda ingin mencuba satu resepi baru yang mudah dan sedap?
Cubalah resepi saya! :D

Resepi ini tak lah sesedap mak kamu semua masak, tapi pada saya ia okay la. 
Orang muda masakkan.. haha.
Resepi ini juga bagi penggemar kari yang pekat. 
Kalau kari yang selalu orang buat tu kena guna santan, kan?. 
Kalau saya tak suka letak santan.
Pada saya dia jadi macam tawar dan cair colour dia. Hehe. Tapi it’s up to you.
Selera masing masing. Sebarang kekurangan boleh bagitahu yee.

Ini gambarannya, (ambil kat internet je sebab malas ambil ambil gambar) haha



BAHAN BAHANNYA:


  • Daging (potong nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • Rempah kari (bancuh bersama air)
  • 3 (agak2)
  • 5 (agak2)
  • garam
  • 1 cawan air
  • Kentang
CARA CARANYA :

1) Tumis bawang sehingga kuning.
Kemudian, masukkan rempah kari dan masak sehingga naik bau.
Masukkan daging dan kacau supaya tidak hangit. Daging dimasukkan dahulu supaya rempah kari sebati dengan isi daging tersebut. Cara ini akan membuatkan kari manis secara semula jadi.

2) Bila rempah sudah masak,masukkan kicap manis (kalau saya kurang suka kicap diletakkan banyak, jadi agak2 sesedap rasa sendiri la ye), sos cili & juga garam.
Kacau sehingga sebati. Masukkan air sedikit supaya berkuah. Kemudian masukkan kentang.

3) Biarkan sehingga pecah minyak dan kentang empuk (api kecil dan tutup supaya cepat empuk).

4) Nampak dah masak, rasa dulu kalau kurang apa-apa sila tambah ikut tekak masing-masing.

Dan siap untuk dihidang. J
Selamat mencuba..
Simple. But special. Acecece~ hehe.

For the pleasure of Allah

Thank you for reading!

Thursday, December 6, 2012

Adakah Kita Masih Layak Untuk Bertaubat?

Assalamualaikum.. J
Bismillah.

Tiba-tiba maghrib tadi terfikir pulak..

Kalau kita salah, tak semestinya kita kena salah dalam semua perkara.
Kalau kita jahat, tak semestinya kita jahat dalam semua benda.
Kalau kita lemah, tak semestinya kita lemah dalam semua aspek.
Kalau kita dosa, tak semestinya kita langsung tak ada kebaikan.

Kadang kadang kan, bila kita rasa down atau lemah, kita rasa macam jatuh sangat..
Macam kita ni jahat sangat..
Macam taka da harapan langsung nak jadi lebih baik atau lebih bagus.
Jangan nak kata lebih baik, baik pun rasa macam tak layak. Kan?

Haaa..
Di sini saya nak membetulkan fikiran2 kita yang kurang betul tu dan yang tengah down tu.
Contohnya macam ni ye,
Keputusan exam kita tak berapa nak elok daripada orang lain, tak semestinya kita kena tak berapa nak elok jugak dalam amal kita, macam solat ke, zikir ke, tahajjud ke.. kan?

Kalau kita gagal, tak semestinya kita kena gagal dalam semua benda.

Macam tu lah…

Haa. Sama juga dengan dosa. Contohnya kita ni berakhlak buruk. Atau kita ada buat dosa lah..
Tak semestinya dengan keburukan atau dosa yang kita ada tu kita kena buruk juga dalam semua benda contohnya macam tak payah nak solat awal waktu ke, tak boleh nak bangun malam mohon ampun ke, atau tak boleh nak pakai baju ikut sunnah ke..

Means, jangan jadikan satu keburukan dan dosa kita tu untuk buat dosa lain.
Walaupun manusia tak tahu dan tak Nampak. Kan? Haaa.

Yelah.. contoh kita ni pendosa besar. Kita nak baca al Quran. Kita je tahu kita sangat meletakkan hati  mas abaca al Quran tu. Orang lain mana tahu , kan?

Tak apa.. teruskan. Sebab Allah yang pegang cerita kita tu. Allah aje yang tahu dosa kita tu.

Mungkin bila kita betul2 ikhlas buat amal tu, Allah ampunkan kita? Haaa. Atau Allah membersihkan nama kita dalam kalangan makhluk.? Siapa tahu. semua kerja Allah. Yakin ajelah. Insyallah..

Haa. Ni ada 1 kata2 yang menusuk ni,

‘Saya Nampak baik bukan sebab saya memang baik, tapi sebab bijaksananya Allah menutup dosa dan keaiban saya.’ T.T

Ada dan wujudkan dalam hati niat nak berubah. Try mulakan dengan amal yang kita boleh buat istiqamah dulu.

Sikit2 .. x pe.. boleh.. J

Tapi bukan maksudnya kita kena stay dengan keburukan kita tau.
Maksud saya, pendosa masih ada harapan. Pendosa (macam saya) masih ada sinar. Ada waktu. Ada. Percayalah..

Doakan saya.

Kerana Allah..

Thank You!

Wednesday, December 5, 2012

Aku Jatuh Cinta



Bismillah..

Untuk saya,
Ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi.
Baik hubungan dengan Allah,
tenang dan kuatlah hati ini.
________________________________________



Cinta lelaki perempuan itu hanya sub kepada kehidupan.
Kerana itu, kita tidak berbicara akan cinta lelaki perempuan saban status, saban kerja, saban artikel dan saban karya.

Tetapi cinta kepada Allah itulah matlamat kehidupan. RedhaNya. SyurgaNya.
Kerana itu, kita perlu bijak menilai yang manakah matlamat, dan yang manakah sampingan ke arah matlamat.

Silap di atas perkara ini,
Akan membuatkan manusia menyibukkan diri semata-mata terhadap cinta lelaki dan perempuan, hingga menjadikan itu sebagai matlamat, dan Allah hanyalah sampingan untuk mencapai matlamat.
--------------------------------------------------

Islam itu,
bukan pada cinta semata-mata.
Tidak berwaktu, tidak bermusim.
Sepanjang masa,
dalam setiap juzu' kehidupan kita.

Maka. ALLAHU ALLAH.



Nota kaki : Disaat kamu jatuh hati pada seseorang, pastikan seseorang itu adalah orang yang tepat untuk memungut hatimu yang jatuh itu dan membersihkannya dari debu & kotoran, lalu menyimpannya di tempat yg layak di dalam hidupnya...

Doakan saya.

Kerana Allah. 
Thank You!

Ambil Hikmah Disebalik Setiap Perkara

Assalamualaikum.. :)

Kadang2 hidup terasa susah dan berat..
Kadang2 terasa seperti mahu putus asa..

Yang faham berat itu bagaimana, susah itu bagaimana,
hanya mereka yang sedang diuji.
Kita yang belum masanya diuji semestinya kurang merasakannya walaupun kadang2 kita faham.

Allah berfirman :


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Bagi mereka yang sedang diuji,
Saya bawakan anda sedikit kata2 semangat yang saya petik daripada buku motivasi terbaik, La Tahzan, oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni :


Hadapilah hidup anda sebagaimana adanya.

Keadaan dunia ini penuh nikmat , banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesusahan hidup.

Dan ingatlah anda tidak akan menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyukarkan. 
Lebih daripada itu, adakalanya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang anda tidak sukai.

Justeru, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya.  
(maksudnya kita cari hikmah daripada kesusahan yang kita nampak. Boleh juga saya katakan iaitu bersyukur atas ujian.)

Itu kalau anda ingin selamat dengan adil dan bijaksana, kerana betapapun setiap luka, ada harganya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertentangan, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan, yang baik dan buruk, kebaikan dan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.

Dunia ini terlaknat dan terlaknat semua yang ada di dalamnya kecuali zikir kepada Allah dan yang berkaitan dengannya, seorang yang alim dan seorang yang belajar.

Satu ayat al  Quran saya sertakan:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Fikir-fikirkan. :)

Doakan saya.


Kerana Allah.