Searching for ......

Sunday, November 23, 2014

Dinner Batch PISMP Tahun 2014 : Dapat Anugerah King And Queen!

Assalamualaikum


Sebelum mula study week ritu batch buat jamuan akhir tahun. Mai la kita tengok gambar aje. Hehe.

Tema kelas kami biru. Jadi macam biasa, classmates semua tak nak terlalu skema so kami decide untuk pakai baju biru larian IPG aje wakaka

Ke makin nampak skema?

Macam biasa. Semangat sangat nak amek gambau ye kawan-kawan. Kalau yasir sedikit tenang mungkin gambar akan lebih jelas ye. :-)  


Ha ni nampak educated sikit haha. 



Kami curik-curik gi belakang amek gambau. 
Saja ambil gambar tanda kenangan. 
Harap diberi kesempatan :-) 

Baju aku by Ara
Shawl by_ilyasiddiqah
Headband by kedai RM2
Baju hubby baju kawen hari tu.

Kami dapat Anugerah King and Queen. Tak macam anugerah pun senanya. Sebab kami pakai baju biasa aja. Aku pun tambah skap aje kat kepala tu. Dah macam toncet dah aku tengok hahah ciss. 

Saja nak bagi hadiah kahwin untuk kami wakil dari batch. 
Terima kasih batch. Terima kasih semua. :-) :-) :-)  

Maaf ya tahun ni King and Queen kami jer. 
Ngee :') 


Classmates lelaki aka rijal gagah. With hubby. Depa tunggu sampai last majlis. Semua bagi support. Sebab kononnya kami berdua nak gi naik pentas haha. Terima kasih uolls :')


Ni nisak perkasa 06. Maceh maceh maceh deariesss. Bagi support. Bagi pinjam baju. Tolong iring. Tolong solek. Haha. Kelakau. 
Tima kasih tau! 


OOTD nisak 06. 
Kain hitam. Baju biru larian. 
Tudung oren. Skap rm2 hehe. 
Simple but we liketooo he. 


Okay itu saje untuk makan-makan 2014 dari batch. 
 Saya sayang antum 06. 
Nanti dah sem 8 mesti sedih nak tinggalkan korang huaaaa

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum


City Hunter Review

Entry lama 

Assalamualaikum

Sepatutnya masa sekarang ni aku tengah study T.T
Tapi masalahnya mood tu tak sampai lagi. Jadi untuk mengelakkan tidur terlampau banyak yang akan mengakibatkan pening-pening lalat, better aku tengok cerita.

And cari punya cari maka aku pun pilih cerita city hunter. Aku rasa aku pernah buat review fasal cerita ni dulu. Tapi mana entah hilang.


Alooo smat ngat gambo ni sebab letak gambau pakcik tu. 
Dendam pakcik tu la bermulanya citer ni., 


City Hunter ni senanya citer lama. Aku dah ulang tengok untuk kali ke berapa tah, lupa dah. Tapi setiap kali tengok citer ni, aku mesti jatuh cinta.

Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta

Kenapa?


Watak penting dalam gambar ni bagi aku dua lelaki tu je senanya. 
Watak Kim Na Na pun aku tak minat sebab macam takde function je untuk hero ni. Macam makin menyulitkan keakeadaan pulak ngee sorry director

Sebab bagi aku citer ni beeeeeeeest T.T

Kisah dia lebih kurang je dengan citer Arrow (tapi aku rasa arrow yang tiru city hunter grrrr). Cerita fasal nak menjatuhkan ahli politik yang jahat.

Nampak kan sekarang, rakyat dah bukak mata. Sampai movies pun fasal menjatuhkan politicians yang jahat. Maksudnya zaman ni dah ada ramaaai politicians yang jahat. Kita je tak sedar. Sebab tak ada hero yang boleh terbang2 macam Oliver Queen (citer arrow) ngan Lee Yoon Sung (citer city hunter) kot T.T



Aku tengok sekali je dah tahu dia ni laki tu. Sebab pakai tutup mulut je kan. Tapi dalam citer ni sume orang tak dapat tangkap siapaaa laki ni haha 

Tapi memang sedak ah citer CH ni. Aku memang puas hati tengok. Cuma aku tak suka watak Kim Na Na. Bukan sebab jeles ea dia jadi heroin sorry. Tapi sebab lakonan dia aku kureng suka. Entah la macam makin menyusahkan si hero ni nak buat kerja je -..- syirok u
Syirok tu tak suka.

Cerita ni fasal sorang budak yang dilarikan daripada maknya untuk melatih dia menjadi seorang yang tough dan power berlawan.

Dia dibesarkan kat thailand. Pandai producer citer ni pilih thailand untuk jadi tempat dia dilatih. Sebab kita tahukan thailand macam mana. Kalau tak tahu, bayangkan selatan thailand macam mana. Semuanya guna senjata api. Tembak sana tembak sini. Semua macam askar. Pastu bayangkan pulak citer ong bak. Scary macam tulah.

Tapi senanya budak ni tak tahu pun kenapa dia tak boleh hidup macam budak-budak lain. Kenapa dia tak ada mak. Kenapa bapak dia garang sangat. Kenapa dia kena train sebegitu kejam sekali. Dia tak tahu.

Sampailah budak tu besar, area umur 16 tahun gitu. Dia still tak faham. Jadinya, dia jadi remaja yang suka mengacau orang, suka cabut lari dari latihan bapak dia, ikut kepala sendiri, sebab dia power dah kan.

Satu hari, satu pencerobohan berlaku kat kawasan tempat tinggal dorang. Masa tu lah bermula berubahan dalam diri budak tu. Dia dah tahu tujuan hidup dia. Dia dah mula serius dalam misi dia. Dan segalanya bermula. 

Apa yang bermula? 
Tengok sendirik. 

So tu je lah maklumat mampu aku beri haha, lagi best tengok sendiri kot aku rasa. Jangan risau citer ni best ngat. Ok? :-)

Assalamualaikum 

Resepi Cheesy Wedges Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

Assalamualaikum

Sejak ibu pencen dan duduk rumah dengan rilexnya ni, aku and kinah suka merengek-rengek mintak makanan. Nak manja sikit. Kalau tak asek aku aje yang kena jadi bibik kat dapur. Tapi tak pandai2 pun masak wakaka

Tapi nak makan onde dot. Jam tu mintak jam tu nak ngap.

So antara side dishes yang ibu selalu buat sebab dia sangat sedap, cepat disediakan dan macam power lah gayanya adalah wedges.

Senang je. Tak ajar pun boleh buat tahu?

Bahan : Kentang, mayonis, sos cili. 3 jerr

Okay jom tengok aku buat



Ambil kentang. Basuh bersih2 dan kopek kulit dia. 
Si Markonah kata jangan kopek habis kulit diasebab kulit kentang bagus untuk kesihatan. Boleh cegah cancer kot.

Pastu potong macam nipis macam kat kepci tu. Potong sederhana nipis ea supaya dia mudah masak nanti isinya. 

Ha camni 

Pastu goreng terus. Tak yah letak pape. Ok? Api jaga. Jangan terlalu kecik nanti lembab dengan minyak. Jangan terlalu besar nanti tak masak sempurna dalamnya. 

Ha sampai jadi camni. Angkat.


Pastu letakkan sos cili ngan mayonis. 
Dah siap! :-) 


Bolehlah cuba kalau korang rasa malas sangat nak buat makanan tapi nak makan. Selalu gitu kan? Hehe


For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum 


Certain Day Talking : Cuti Semester (Akhir Tahun 2014) Bermula Yeyy!

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti akhir tahun 2014 telah bermulaa yeahh!

Cuti panjang pertama aku dengan title wifey.

Aku dah balik rumah hari Jumaat hari tu lagi senanya (sekarang hari Ahad). Tapi sebab rumah ibu ayah aku ni ada prob internet selama seminggu, so ni baru lah aku dapat bukak blog, wasap dan instagram. Kalau tak tu melongo aje lah.

So cuti aku start jumaat hari tu sebab hari khamis pagi tu last paper. Pastu dalam aea jam 12 gitu terus keluar gi Warta sebab classmates ajak main bowling ramai2. So enjoyy beronggeng ramai-ramai walaupun aku tak main bowling pun. Sebab aku memang tak minat main bowling huhu

Tapi senanya hatiku pilu jugak masa tu sebab esoknya dah nak kena berpisah dengan hubby. So rasa macam nak berkepitt aje ngan hubby.

Sedih ni T.T


Malu pulak. Hihi


Tapi rilex je.. Perpisahan dunia adalah bersifat sementara. Lagipun kalau aku susah2kan hati hubby, aku dapat apa? Dapat menyusahkan dia aje. Pahala lari, kesolehahtan pun lari. So okay ajelah. Calm down. Hehe solehah sangat isteri u ni ilyas :p

Pastu, esoknya aku balik Johor, hubby hantar aje sebab hubby keluar dengan jemaah tabligh. So dia stay IPG and boleh terus ke Markaz Sri Petaling. Semoga semuanya okay ye hubby. I love u.

So untuk cuti kali ni aku takde mende nak dijadualkan sangat senanya. Kawen dah, hubby keluar tabligh, anak lagi 2 tahun baru boleh dapat haha. So aku just bercuti untuk diri aku aje lah.

Kalau tahun lepas, cuti akhir tahun macam ni aku busy buat persiapan kawen. Menjahit doorgift, sibuk Shaklee, nak mencantikkan badan and muka lagi, macam2. Setiap hari adalah berharga bagi aku.

Tapi tahun ni rilex suda.. Aku just bangun pagi kemas katil dan buat apa yang aku nak. Contohnya masak yang special2 and post kat blog wakaka.

Pastu ingat nak menjahit sikitlah. Takdelah nak jadi terer sangat pun. Nak belajar aje. Tryin menjahit baju kurung and seluar. Doakan ea ngee.

Okay itu saje. Ni hanyalah pendahuluan. I will updating my aktivities here hihi papai ^^

For the pleasure of Allah
Thank You!
Assalamualaikum



Monday, November 17, 2014

Kelab Seni Khat Gathering : I LOVE PERSIS!

Assalamualaikum

Rasanya belum terlalu lambat untuk aku nyatakan dan meluahkan rasa syukur yang dalam hati untuk kegembiraan aku pada beberapa hari yang lepas.

Salah satu sebab kenapa aku masih tak dapat nak menghabiskan perasaan ni adalah sebab aku tak dapat nak meluahkan rasa kegembiraan aku pada kawan-kawan secara total. Sebab aku rasa macam tak sesuai la pulak nak kongsi. Bukan apa, sebab ni pasal married couple :-)

Dah citer jugak pada rumet, tapi tak jugak terluah.

Aku : Bal, aku happy hari niii :-) :-) :-)

Bal : O...

Aku : .......

Haha sian. So aku rasa memang tak sesuai. Bal tak kawen lagi mana faham mak mak macam aku ni haha

Cani, beberapa hari sebelum ni, maktab aku memang dibanjiri dengan banyak jamuan2 akhir tahun. Biasalah tahun depan cerita baru kan, so nak tutup cerita untuk tahun ni elok jugak buat jamuan. So aku pun ada lah jugak dijemput untuk ke beberapa jamuan.

Antaranya adalah jamuan PERSIS :-)
Persis ni nama yang tak asing senanya di bumi ipg. Sebab persis memang rajin join program, walaupun sangat minoriti yang join persis ni.

Kenapa? Sebab PERSIS ni kelab khat. Biasalah khat memang ada orang2nya. Biasanya yang pakar sedap ah duduk kelab gini. Kalau setakat aku ni, alip pun tak betul2 sejak 2 3 4 tahun lalu belajar, sorok bawah pokok togeh je ler.

Ni gambar malam jamuan. Aku tak de sebab dah pegi jamuan APDI  pulak T.T 


Tapi. Walaupun aku bukanlah ahli PERSIS yang baik, sebab aku macam udang galah, lamaaaa tak de, hari special aje ada heee, tapi ahli PERSIS suka buat baik dengan aku. Rasa terharu aku :') Daripada penasihat sampai adik2 junior, selalu aje buat baik ngan aku. Sampai kadang2 rasa malu pulak.

Eh panjangnya cerita PERSIS. Belum masuk tajuk lagi ni heee.

So antara kelebihan PERSIS ni, ramai ahlinya yang dah kahwin. Tiada perancangan ye nak kawen sekali. Senyap je tup2 tarikh kawen nak dekat2 hehe.

Best kan gambar ni. Jelezzz aku takde. Sapa suh jadi senyap dalam PERSIS kuakuakua 


Pasangan pertama Akmaluddin dengan wife dia seorang nurse. Nikah tahun lepas. Now dah pregnant :-) :-) :-)

Pastu Amir Hamizan ngan Kak Irsalina si cantik bidadari dari kelantan, classmates. Ni aku tak tahu pun dorang ada hubungan and dah merancang nak kawen.. Patutla baik aje dulu hihii. Dorang memang comel, jenis gurau2 manja gitu..

Pastu aku ngan hubby, Ilyasiddiqah.

Kira ada 3 pasangan lah. Ramaikann? Tapi bila buat gathering tak terkumpul pun semua pasangan. Mesti ada yang tak ada.

Macam ritu KUNTUM IPG. Aku and hubby tak de, gi sabah. Ni jamuan last year pulak, Akmaluddin pulak tak de balik kampung, wifey dia dah nak lahirkan baby :-) :-) :-)

Jadi bila ada jamuan persis hari tu, semua ahli and  dijemput hadir. And yang dah kahwin boleh bawak pasangan masing2. Hehe sebab tu aku bawak hubby. Ni ha mesej dari kak Azmina :-)

Klako pulak bila baca


Alhamdulillah.. Best jumpa kawan2 and kakak2 yang dah lama kita tak jumpa. Dapat borak dapat gelak dapat makan.

Dan sebab utama aku tulis entry ni adalah dapat berbual ngan kak Salina. Hehe comelnya Salina biasa aku panggil Kak Sal aje.

Happy sebab . .  . .  Sebab rasa macam buat perjumpaan isteri2 muda IPG KPI kihkihkih. Walaupun ahlinya hanya aku ngan kak Sal aje. Alhamdulillah, dapat sharing kehidupan lepas berkahwin.

Rasa macam dah lama tak jumpa and tak bual ngan kak Sal. Kak Sal ngan hubby dia ni situasinya hampir sama ngan aku. Sebab tu aku sentimental sikit bila jumpa dia haha.

Kitorang banyak benda yang sama. Ingat lagi dulu, aku serius tak tahu kak Sal ngan Amir ada sesuatu. Aku ingat macam biasa aje. Kawan kelas. Walaupun kadang2 nampak macam sweet je dorang bergurau2 haha. Tapi aku ni hati suci sikit. Ke lembab sikit tak tahu lah. Tapi aku ni memang lambat pick up kalau orang tak bagitahu direct.

Pastu after aku tunang, ada orang bagitahu kak Sal and Amir pun nak kawen. Tarikhnya nak dekat2 aku jugak. Aku pun eh? Tukujut makk. Tak dengar pape pon? Haha.

And aku pi la tanya kak Sal sendiri. Masa tu meeting PERSIS. Masa meeting tu barulah aku perasan masa tu kak Sal pakai cincin. Rupanya dia dah tunang dulu sebelum aku haha. Nampak ngat aku ni lembab. Cett

Sebab aku pun bertunang secara mengejut kan.. Orang tak tahu. Tu yang after tunang, balik IPG, semua orang macam heboh2 and ada yang datang tanya aku betul ke dah nak kawen. Sambil2 tanya tu bercerita pasal kawen orang pya sekali. Tu yang aku dapat tahu tu.

Ok, sebab2 aku sentimental,

Pertama yang sama, kami kawen waktu belajar. Bukan belajar kat Universiti ea. U takpe lagi kawen. Tak de problem. Ni IPG. Kawen tak digalakkan, mengandung diharamkan. Macam tu ler lebih kurang. So situasi kawen masa belajar IPG memang lain. Memang agak mencabar. Dan memang tough. Tak semua boleh lalui. Sebab tu tak semua Allah kasi kawen masa belajar di IPG.

Pastu husband dia kawan sekelas dia. Macam aku jugak. Hee. So kitorang melalui hari2 bersama kawan-kawan sekelas, bergaduh bertumbuk ketawa gembira bersama, sambip terselit sorang daripada kawan kita tu, husband kita. Hehe.
So macam mana nak jalani, macamana nak lalui, macamana nak hadapi, situasi macam tu. Tu semua kena kena ada dalam poket kami. Tak boleh nak sembarangan..

Akmaluddin ngan Kak Saadah pastu Amir ngan Kak Irsalina
Ni masa Kuntum. Aku kat Sabah ritu T.T

Yang ketiga pulak, kami duduk asrama. So situasi kami memang akan sama. Outing untuk jumpa husband. Makan kat kedai setiap hari hanya untuk berbual. Kalau hari cuti, cari rumah perlindungan hahahah takdelah. Pergi rumah kawan ke, sedara ke, tak pun hotel ke, homestay ke, untuk luangkan masa bersama hubby. Ha semua tu pun laluan kami.

Pastu praktikum tak dapat sekali ngan husband. Haha sama lah ngan aku. Sebarang rayuan kepada pihak IPG tidak akan dilayan. So bye bye hubby jangan nakal2 i gonna miss u and please miss me more he

Dan banyak lagi benda lain yang sama. Oh ye yang tak samanya adalah dorang pandai khat, ilyasiddiqah buta khat itu je hehe.

Sebenarnya kami memang pernah jumpa and berbual2 tanya khabar. Tapi tu mula2 kahwin dulu. Tak banyak benda yang aku lalui lagi. Rasa biasa aje..

Sekarang dah 6 bulan kawen. Dah macam2 yang dilalui. Susah senang, gembira sedih, suka duka.. :') Aaaah banyak sangat yang dah kami lalu sebagai isteri.. Macam2 rasanya nak share.

Bukan maksud aku kawan3 tak memahami. Tapi ni sebab cakap ngan isteri orang jugak kan. Jadinya percakapannya tu jadi lain sikit rasanya. Mungkin sebab aku rasa macam ada geng yang sama pengalaman, sama situasi, sama keadaan, sama cerita dengan aku :-) :-) :-)

So itulah kegembiraan aku sekarang ni yang aku nak cakap. Kegembiraan bercakap dengan kawan seisteri.

Sebenarnya beberapa benda je yang kami sempat borakkan. Sikit aje. Tapi bercakap sikit tu yang membuatkan aku terkenang balik zaman2 sebelum kawen dulu, teringat balik, eh aku ni bini orang ek  ek. Teringat semua suka duka jadi isteri plus student ipg. Teringat semuanya.. Tersenyum aku.. Tu yang sentimental tuu. (Ni lah point entry niii hahah)

Lagi satu aku gembira mungkin sebab tarikh wedding kitorang dekat2. So sebelum tarikh kejadian masing2 haritu, masa excited, blur, masih nak belajar jadi wife orang  hari tu,  banyak lah jugak kami berkongsi.. Teringat masa ni, buat aku gembira semula...

Tapi mungkin bagi kak Sal biasa aje haha, macam bercakap dengan sorang junior. Tapi kalau aku, aku rasa bermanfaat gathering ni. Yelah, aku muda lagi senanya, banyak lagi benda tak tahu, cara salam tangan suami pun masih belajar2 lagi. Sebab selalu aku tak cium tangan, aku letak tangan kat dahi aje. Husband tak suka, dia suh belajar cium tangan dia. So tu antara proses belajar aku dalam fasa ni.


Pastu aku kawen pun sem 3 kan. Of kos lah hati masih gerun lagi. Takut takut lagi. Junior kan, banyak lagi benda yang aku belum lalui. Praktikum pun tak mula lagi. Apatah lagi benda2 yang lagi mencabar-cabar kat IPG ni. Lagi lah aku kecut.

Tapi bila ada kak Sal ni, aku rasa macam ada lah satu suntikan keyakinan masuk dalam salur darah aku.

Rasa macam ada kawan. Reti dok? Macam rasa oooh aku ada back up.. Oh aku ada geng.. Oh aku tak keseorangan.. Cam tulah..

For ur info, kak Sal and Amir nikah seminggu awal dari kami. Tarikh sama dengan abg Muaz and Kak Aida rasanya. Yang aku ingat dorang nikah kami exam pun tak habis lagii. Paper dorang habis hari ni, malam sampai kelantan, esok pagi nikah. Legend sangat kan.

Comel kan dorang..:-) :-) :-) 

So masa tu aku tak dapat gi wedding dorang sebab busy uruskan wedding sendiri minggu depannya.

Tapi depa datang wedding kami.. Terima kasih banyak.. Huhu. Terharu.. Tapi maaf sangat tak dapat nak melayan lama2 T,T

So thanks Kak Sal. Tahun depan akak sem 7 pastu 8. Sem depannya lagi korang dah keluar, boleh dapat baby dah T.T
Doakan kita ya, lagi 2 tahun nak melalui liku2 dan ranjau berduri kat IPG ni.

Takut ah.. T.T

Kami suami isteri doakan Amir Hamizan ngan Kak Irsalina dirahmati Allah, dipermudahkan segala urusan, dapat baby ramai, diberkati dan happy till jannah.

Adore u kak Irsal sebab sangat lemah lembut. Kita kasaq macam dawai besi hehe malu ja.

So nampak tak senanya aku terinspirasi dan mendapat semangat hanya dengan memandang dan bercakap dengan kak Irsalina hehe. Macam ni je lah budak baru nak belajar..

Ok doakan aku! :-)


For the pleasure of Allah.
Thank you!
Assalamualaikum