Assalamualaikum.
Sebenarnya
sekarang hatiku berdebar-debar sebab kawan kawan aku tengah study rak PIM,
Nahu, EDU tapi aku tengah layan cerita Lobiu Mr Arragont wuuu T.T
Aku bukan
apa, daripada aku tak fokus baik aku tak payah baca.
Tapi hatiku
sebenarnya berkata, ‘dari kau melagho baik kau baca sikit’ wuuu T.T
Ahh x
pelah. Petang ni aku balik IPG. So maksudnya aku ada sehari semalam sahaja
untuk baca PIM sebab rabu ni dah exam PIM pada pukul 8.15 pagi. Pagi yang..
Ya Allah,
kau bantu permudahkanlah urusan aku nak jawab dengan baik betul dan tepat
ameeeeen T.T
Okay,
sebenarnya aku ada benda lagi besar yang aku besarkan daripada exam.
Ce teka ce
teka?
Ko
tengoklah tajuk tu. Love laaa, love.
Orait,
kalau nak tahu, aku balik rumah ni sebab love, aku balik IPG lambat pun sebab
love.
You know
what, I LOVE MY FATHER.
Sebenarnya
ayah aku akan keluar tabligh 1 november ni iaitu khamis ni. Jadi masa tu aku
tak boleh balik dah. Maksudnya ni balik last la aku jupa ayah aku sebelum dia
keluar tabligh.
Walaupun
aku dari kecik ayah aku keluar 2 bulan la 40 hari, tapi hati aku mata aku
jantung aku tetaaaap akan menangis bila ayah aku nak keluar lagi.
Aduhhh dah
mula dahh T.T
This is I
called THE LOVE.
Aku kalau
duk rumah ni aku akan rasa aku dilimpah limpah kan dengan kasih sayang yang
sangat banyak sampai duk rumah pun aku rasa rinduuuu dengan ayah.. T.T
Tengok muka
ayah pun rinduuuu ayah. Padahal ayah depan mata tu. Kau bayangkan lah macamna
aku nak type cerita fasal the love ni.
Tak dapat
digambarkan. T.T
Nak nak aku
dah nak kahwin.
Ya allah
sedihnya nak kahwin,,
Aku
terfikir, nanti ayah nak susah payah
lagi tak untuk aku bila aku dah ada suami?
FYI, ayah
aku sangat bersusah susah untuk aku. Sangat. Dia sangat berkorban untuk aku.
Ayah aku
akan tunggu balik kat tol ayer hitam, kadang 1 2 jam dia tunggu. ayah aku akan
tunggu bas aku nak balik KL sampai bas nya datang, dalam panas panas kereta pun
dia sanggup tunggu.. Penat badan dia, kesiannnn dia T.T
Ayah aku
pernah temankan aku pergi jumpa doktor bekam sampai 1 2 pagi.. kesian ayah,
mesti badan ayah sakit sakit kan.. T.T
Ayah aku
akan balik masa rehat kat sekolah untuk tengok keadaan anak dia kat rumah
setiap kali aku balik.
Ayah aku
selalu sangat ajak jalan jalan sebab takut nikmat jalan jalan ditarik oleh
allah..
Sangat
banyak benda yang ayah buat menyebabkan kadang-kadang ak rasa takut nak
kahwin.. T.T
Adakah aku
akan terima kasih sayang macam tu lagi..?
Nanti bila
aku dah kahwin, adakah suami aku akan layan aku macam tu jugak?
Aku sedih… aku
takut…
Kawan aku
Qila, selalu cakap aku ni tak susah atau apa ek dia cakap,,
Macam aku
ni jarang disusahkanlah,, bila susah merungut…
Aku
menafikan sebab aku bukanlah orang kaya kan..
Tapi
akhirnya aku sedar, ya, aku ni kaya..
Kaya dengan
kasih sangat. Melimpah ruah..
Menyebabkan
aku tak boleh kalau tak dapat kasih sayang..
Ya, aku
jarang disusahkan sebab ayah aku sangat berkorban untuk aku..
Masa aku
sekolah lagi lah, jangan dicerita apa ayah aku buat…
Sedihnyaaa
T.T
AYAH, IKA
SAYANG AYAH SANGAT SANGAT! T.T
So, THE
LOVE kali ni menampilkan ayah aku. Aku tak nak kehilangan perhatian dan kasih
sayang ayah aku.. T.T
Macam mana
ek nak buat.. T.T
Aku nak
senangkan hati ayah aku..
Okay,
caranya adalah belajar bersungguh-sungguh, dapat cemerlang.
Kahwin dan
jadi isteri yang solehah. Insya allah.
Itu semua
hadiah untuk ayah yang dah bersusah payah sangat sangat.
Jadinya,
kenapa aku balik IPG hari isnin?
Sebab aku
lebih pentingkan ayah aku daripada kuliah.
Hari ni aku
present arab patutnya, tajuk last.
And maybe
aku tak dapat markah untuk presentation sebab aku tak present.
Tak apalah.
Ada hikmah.
Aku nak
keberkatan. Aku nak sukakan ayah aku.
And
actually I miss my father sooooooo much T.T
Dan
sebenarnya ayah ibu busy minggu ni nak settle kan ali.
Ali nak
temu duga tahfiz.
Kalau aku
kena balik hari Ahad, ia akan menyusahkan ayah aku amat amat.
Sebab ayah
nak hantar kina lagi..
So, aku
berkeputusan untuk memudahkan ayah aku dengan balik haru isnin.
Hikmahnya
adalah aku dapat tengok muka ayah aku lebih sehari lagi :D
For Allah,
I know you
know all these.
Please
gives us your keberkatan, kerahmatan, dan segala nikmat yang baik dan terbaik
bagi kami..
We need
you, Allah..
Ya Allah,
lindungilah ayah aku daripada segala musibah, bala bencana hatta sekecil kecil
benda buruk pun..
Panjangkanlah
umur ayahku, berilakh keberkatan rezeki ayahku, berilah kenikmatan kesihatan
yang baik kepada ayahku..
Dan berikanlah
ayah aku kenikmatan syurgamu.
Sejahterakanlah
keluargaku yang tercinta.
Satukanlah
kami dalam syurgaMu Al Firdaus. Ameeeen :’)
Sesungguhnya
kau maha tahu hatiku, tenangkanlah hatiku, damaikanlah hatiku dan jadikanlah
aku wanita yang solehah. Ameeeen..
This is we
called pengorbanan.
I know,
ramai yang tak setuju. But I agreed. J
Kami
berkorban di dunia untuk agamaMu Ya Allah.
Kami
berpisah-pisah di dunia demi agamaMu Ya Allah, maka kau satukanlah kami di
syurgaMu AlFirdaus. Ameen.
So, itu
ajelah. Aku rasa aku addict sangat, sebab aku jatuh cinta yang sangat sangat
dengan famili aku.
Aku akan jadi sangat sangat tenang, bahagia, dll.
Menyebabkan aku rasa rinduuu dengan famili aku semasa aku bermasa mereka.
Dahsyat kan? :’)
Baca dah
dahsyat. Yang rasa ni macam mana? :’) doakan aku.
Aku amat
amat bersyukur dikurniakan famili seperti ini. Inilah antara nikmat terbesar
aku dapat.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Okay, tu
jelah.
For the
pleasure of Allah.
Thank you!
Bye .