Searching for ......

Sunday, January 1, 2017

Tips Dan Petua Atasi Masalah Resdung

Assalamualaikum and Hai semua :)

Semua orang mesti TAHU kan apa itu resdung? Kalau kita bukan seorang pengidap resdung, kita mesti tahu jugak sebab mesti ada seorang dua di sekeliling kita yang kerap bersin and kadang-kadang effect jerawat kat muka, and kita mesti agak dia adalah pengidap resdung. Beza tau kalau tengok selesema biasa dengan pengidap resdung ni. Kesian kan tengok? Lagilah kesian pengidap resdung tu sendiri, mesti dia tak selesa, and terseksa. Huhuu  

So here Aisyah nak share beberapa tips and maklumat untuk mengatasi masalah resdung, kurangkan resdung, ubati resdung dan sebagainya. Disebabkan my husband pun ada resdung, so nanti Aisyah pun boleh try kat dia kan (kalau dia nak lah buat yang tradisional ni).


So, APA ITU RESDUNG?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung ni tak kira, kanak-kanak, dewasa atau warga emas..Jika tidak dibendung ia akan menjadi semakin teruk.

APAKAH TANDA-TANDA ANDA PENGIDAP RESDUNG?

  • Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  • Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  • Sakit gigi.
  • Sakit kepala.
  • Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  • Hidung bernafas dan tersumbat.
  • Nafas bau.
  • Mata gatal.
  • Tidur mendengkur.
  • Rambut ada kelemumur.
  • Timbul jerawat.
  • Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.

ANTARA PETUA UNTUK CEGAH RESDUNG:

·         Hindari daripada memelihara haiwan berbulu.
·         Elakkan guna sarung bantal, cadar dan selimut berasaskan bulu binatang.
·         Kerap bersihkan permaidani.
·         Pakai penutup hidung semasa berkemas rumah.
·         Minum air dalam kuantiti banyak sama ada air suam atau mineral.
·         Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap.
·         Kurangkan atau hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.

APAKAH PETUA UNTUK KURANGKAN DAN HILANGKAN RESDUNG?

Petua 1



Bahan :
4 batang Kayu manis
Secebis kain putih/kain bersih

Caranya :
Tumbuk atau kisar kayu manis sehingga menjadi serbuk
Biarkan serbuk kayu manis sehingga kering
Letakkan serbuk tadi ke tengah-tengah kain dan ikat seperti sup bunjut
Gosokkan bunjut kayu manis ke tapak tangan dan hidu berkali-kali.

PETUA 2



Bahan :
Limau nipis 8 biji
Daun pandan 10 helai

Caranya :
Perah limau nipis.
Daun pandan 10 helai, hiris halus macam bunga rampai
Gaulkan sampai sebati
Chemical akan terbentuk dan sapu di muka (kalau sesuai)
Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka
Tarik keluar ulat resdung tersebut

* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

PETUA 3



Bahan :
Dua biji buah pinang yang sudah masak, ambil bahagian kulitnya saja
Serbuk kunyit

Caranya :
Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
Bakar campuran tadi dan sedut asapnya.

*Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.

PETUA 4



Ambil supplement untuk halang/cegah resdung daripada merebak dan mematikan semua bakteria dan kuman penyebab resdung dengan meningkatkan imuniti tubuh badan.

SET RESDUNG SHAKLEE


Berfungsi mengurangkan paras radang penyakit resdung (sinuisitis).
Diperkaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap radang daripada alahan, gegata dan resdung.


Peranannya adalah antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi & imuniti dalam menyerap serangan resdung.
Mempercepat proses penyembukan.
Vitamin C memastikan proses pemuliharan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan unggul.


Ramuan B6 dalam B Complex berfungsi penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibody tubuh.
Berfungsi seperti anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menstabil hormon penghidap dan lebih tenang secara natural bagi mengurangkan sakit di bahagian muka.
Berfungsi membantu pembinaan protein dalam badan.

Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang  berhabuk, jerebu dan tidak sihat. Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak kronik.

Semoga pembaca blog Aisyah yang mengidap resdung akan jumpa jodoh penawar yang sesuai dengan kalian. Lain orang lain jodohnya betul tak? So tak salah kita cuba dan try, Allah memang suruh kita berusaha. Jangan putus asa ok?

Jadi sebarang pertanyaan lanjut mengenai masalah resdung atau product Shaklee boleh hubungi Aisyah terus di whatsapp 011-33099034 ya! 


Till then.


Thank you for reading!

No comments:

Post a Comment