Searching for ......

Wednesday, January 11, 2017

Certain Day Talking : Lulus QTI Test!

Assalamualaikum and Hai semua :)

Alhamdulillah setelah beberapa lama Aisyah menyepi, hari ni muncul balik hihii. Alhamdulillah Aisyah dah habis belajar 16 jam kereta tu ha, and tadi baru lepas Test QTI. Test QTI ni adalah test sebelum Test JPJ. Kalau kita tak lulus time QTI, maka tak bolehlah ambil Test JPJ huaaa sadis kan sekarang?

Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, doa suami dan ibu bapa, Aisyah lulus QTI tadi hehe. So bolehlah reward diri sendiri ni ha dengan menulis blog sambil makan coklat yang baru beli tadi, Aisyah habiskan RM30 untuk beli coklat hehee.

So perancangan seterusnya adalah :

1. Mahirkan kereta

Oh ye lupa nak kabo, Aisyah lulus QTI dengan syarat tambah latihan hehee. Maksudnya kena belajar lagi sejam. Lepas tu baru boleh Test JPJ.

2. Belajar untuk interview SPP

Ha ni agak liat sebenarnya hehe. Almaklumlah Aisyah mana pernah duduk rumah masa study kan, so suasana rumah memang tak membantu langsung untuk Aisyah study. Sebab sejak form one sampai degree study bukan di rumah. So memang tak biasa sangat sangat belajar kat rumah.

Any way tu bukan alasan. Kena study ok Aisyah?

3. Focus Shaklee

Yes of course lah kena fokus sebab iols minat hihii. Nak penuhkan lagi blog dengan info Shaklee, nak belajar lagi tentang Shaklee, and nak buat sales banyak-banyak so Aisyah bolehlah reward diri sendiri dan baby setiap bulan hihii.

Bulan ni Aisyah dapat beli beberapa barang hasil reward diri jual Shaklee, antaranya beg baby yang cantik comelll, product Tropika untuk baby, napkin sweedle all in one baby yang mahal hahaa. Dan ada lagi lah beberapa, tak tulis semua.

Okay itu jer perancangan untuk kali ini. Have a nice day sumorang :)


Thank you for reading!

Friday, January 6, 2017

Review Cerita Sein Dan Luna

Assalam..

Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..

Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.

Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..

Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.

Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.

Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.

Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.

Oh sooo cannot! 😰 Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..

Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni 😂

Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.

Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.

Sekian...




Thursday, January 5, 2017

Melindungin Masa Instruksional (MMI)

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

  • Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
  • Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
  • Pimpinan sekolah


7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?


Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Apa itu Program j-QAF?

Assalamualaikum semua :)

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. 

Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di atas budi bicara pentadbir.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

3. Model Tasmik

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

4. Model Bahasa Arab


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

5. Model Bestari Solat

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.



GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP (nota)


Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
  3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  4. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  5. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
  6. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
  7. Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
  8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
  9. Dato' Sri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri
  1. Dato' Razali Bin Ibrahim
  2. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  3. Datuk Seri S K Devamany
Kementerian Kewangan
  • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
  • Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
  • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Luar Negeri
  • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Pertahanan
  • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
  • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pengangkutan
  • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
  • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan
  • Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pendidikan
  • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
  • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
  • Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
  • Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Kerja Raya
  • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
  • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
  • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
  • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
  • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
  • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  • Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Belia dan Sukan
  • Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
  • Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri: Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
  • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
  • Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

Baca paling latest di SINI. 


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!