Searching for ......

Thursday, January 5, 2017

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP (nota)


Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
  3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  4. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  5. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
  6. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
  7. Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
  8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
  9. Dato' Sri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri
  1. Dato' Razali Bin Ibrahim
  2. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  3. Datuk Seri S K Devamany
Kementerian Kewangan
  • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
  • Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
  • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Luar Negeri
  • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Pertahanan
  • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
  • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pengangkutan
  • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
  • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan
  • Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pendidikan
  • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
  • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
  • Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
  • Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Kerja Raya
  • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
  • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
  • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
  • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
  • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
  • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  • Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Belia dan Sukan
  • Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
  • Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri: Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
  • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
  • Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

Baca paling latest di SINI. 


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Assalamualaikum semua :)

Persediaan interview SPP saya.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.




17 Inisiatif Utama: 

1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
6. Piagam Guru termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
7. Pelaksanaan pelan induk CPD baru
8. Piagam Pemimpin Sekolah termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
9. Sekolah Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP + SISC ) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif termasuk infranstruktur supaya lebih mesra untuk berkeperluan khas
12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
16. Pengukuhan kurikululm Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
17. Perombakan dan penjenamaan semula program RIMUP

8 Inisiatif Tambahan: 

18. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
19. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
20. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
21. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta
22. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
23. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
24. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
25. Naik taraf infranstruktur asas bagi memenuhi standard

Nota kaki : Sebagai makluman, 6 inisiatif PPPM telah dicapai dalam 100 hari pelaksanaannya. Italic adalah berkaitan guru. Banyak juga istilah baru yang belum difahami oleh Cikgu Norazimah..hehe



Good luck for interview!


Rancangan Malaysia Kesepuluh

Assalamualaikum:)

Nota untuk interview SPP.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Lima teras

RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

  1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara


Intipati RMK10

  • RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
  • Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
  • Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
  • RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
  • Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
  • Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
  • Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis utama

  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


5 teras strategik

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.


Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

Baca lagi di SINI.

Good luck for interview! :)

Certain Day Talking : My Focus

Assalamualaikum and Hai semua 😊

Aisyah baru balik dari pasar Rabu kat Ayer Hitam Johor ni. And ada singgah2 juga kedai untuk cari keperluan IV SPP nanti. Alhamdulillah syoknyaa menyopping! Hahaa dah lama tak gi shopping2 ngan ibu macam tadi.

So here Aisyah nak menetapkan My Focus for January 2017 iaitu :
💚 Persiapan dan lulus temuduga SPP
💚 Belajar dan lulus ujian memandu kereta

Tuu jerrr tak nak target banyak sangat nanti tak tercapai! So good luck for myself. What about you?

Thank you for reading!

Tuesday, January 3, 2017

Certain Day Talking : Two Nervous For This Month!

Assalamualaikum and Hai semua 😊

Alhamdulillah Aisyah baruuu je balik dari class belajar memandu Sri Jaya. Alhamdulillah everything is ok. Baru first time bawak kat jalan raya. Okay lah tak cuak sangat sebab ada pengalaman and bawak kereta sekolah memandu kan so memang semua orang tak boleh marah I kalau I slow or lambat 😝

Tapi yang kurang bestnya hari ni adalah enjin kereta selalu mati 😂 Allah.. Rasa tak pus hati untuk pembelajaran hari ni. Ada lah dalam 7-8 kali mati enjin. Kalau exam JPJ ni memang dah lama out 😂

Tapi yelah kan. Dalam dunia ni tak semua benda kita nak, kita dapat. Tak semua benda kota target, kita dapat. So chill jelah. Biasalah tu.. ❤️

Rilex.. You can do it Aisyah Siddiqah. Kejap lagi okay lah tu. 😊 Doa banyak2 k..

And lepas balik class tadi, bukak phone, and dapat berita kawan2 SJKC Alhamdulillah semua dah lulus interview SPP. Alhamdulillah tahniah you all 😁👍

And tetiba Aisyah rasa takut pulak.. What about me? What about my husband? What about others?

Sebenarnya difahamkan geng SK macam kami ni akan diinterview pada bulan Januari 2017 bersama geng SJKT. Dalam minggu kedua atau ketiga macam tulah. Doakan ea. Semoga ia BENAR BELAKA. Dan semoga kami SEMUA LULUS CEMERLANG AND DAPAT POSTING DI TEMPAT YANG DIPILIH OLEH MASING-MASING, Ameen.

Risau. Takut. Risau. Takut. Now dah 3hb Januari. Belum habis baca pun buku SPP tu. Husband macam mana pulak? Huhuu. Inshallah everythings gonna be OKAY!

Okay kalau takut je tak guna kan. Kena ada next step, strategy dan lain-lain.

So untuk waktu terdekat dalam bulan Januari 2017 target Aisyah ialah :

💝 Buat persediaan IV SPP.
💝 Belajar kereta bersungguh-sungguh.

You can do it! Mama you can do it! Untuk masa terdekat ni sila fokus dua perkara ni ajer. Ketepilan yang lain dulu.

And jangan lupa DOA. You cant do anything without ALLAH k so sangat berusaha membabi buta. Mesti doa banyak2 ya!

Good luck Mama. You can do it!

Thanks for reading!