Searching for ......

Monday, December 12, 2016

Chewable Vita C Shaklee : Kelebihan, Kebaikan Dan Manfaat

Assalam and Hai semua :)

Hari ni cuti maulidur Rasul, so banyak juga ceramah/nasihat Ustaz yang saya dapat dengar kat TV. Semua best and berisi sangat. Antara isi yang pentingnya, banyakkan selawat and banyakkan amal sunnah. Inshallah nanti senang nak masuk syurga mudah-mudahan Ameen. Kita usaha sama sama ok :)

So hari ni I chose to story about Chewable Vita C Shaklee. Mesti korang kurang biasa dengar kan pasal Chewable Vita C nih, sebab selalu dengar yang SR VITA C SHAKLEE ajer kan.

Okay takpe, jom saya bagi pencerahan. Sebenarnya kan, Chewable Vita C Shaklee ni JAUH LEBIH MURAH, JAUH LEBIH SEDAP daripada Vita C Plus. Tapi sebab orang tak tahu, so depa semua nak beli Vita C Plus ajer. 


Ni beza dia. Memang beza kan? Jangan keliru ya. 


Okay APA ITU CHEWABLE VITA C SHAKLEE?

Chewable Vita C Shaklee adalah sejenis vitamin C berbentuk gula-gula lembut yang berperisa sitrus  and sangat berkhasiat. Ia telah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan citrus bioflavanoid complex dan menjadikannya antara supplement vitamin C PALING LENGKAP di pasaran.

Cara consume this Chewable Vita C Shaklee adalah dengan mengunyah tau. Beza dengan Vita C Plus Shaklee. So memang sangatlah sesuai for CHILDREN and for those yang TAK SUKA TELAN PIL! Haa berita baik sangat kan.. :)




Bukan itu aje, dengan mengunyah Vitamin C Chewable ni, air liur akan membantu memecahkan Vitamin C tuh and terusss diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan LEBIH BERKESAN.

So, antara KEBAIKAN CHEWABLE VITA C SHAKLEE yang utama adalah seperti berikut:


  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu memelihara sel badan
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
  • Untuk individu yang mempunyai masalah perut hypersensitive
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet



Selain itu, MANFAAT CHEWABLE VITA C SHAKLEE juga :

Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh (antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak)

Membantu melambatkan penuaan





So apa pula KELEBIHAN CHEWABLE VITA C SHAKLEE berbanding Vitamin C lain?


  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan.
  • Rasa oren yang sangat semulajadi masam masam manis, biasanya kanak-kanak memang suka.
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100 mg dalam 1 tablet.
  • Tablet Chewable Vita C Shaklee lebih kecil berbanding SR Vitamin C Shaklee, so ia sangat mudah dihisap, dikunyah, mahupun ditelan.
  • Manfaat utama untuk penggemar Chewable Vita C Shaklee adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat elok diambil oleh penghidap ekzema, resdung dan juga sebarang alergik.
  • Boleh makan sehingga 5 biji sehari!
  • Sangat sesuai untuk ibu mengandung yang morning crisis, muntah muntah, mabuk dan lain-lain.


SIAPA YANG PERLU AMBIL CHEWABLE VITA C SHAKLEE?


  • Ibu mengandung yang mabuk, muntah dan loya
  • Kanak-kanak yang sering jatuh sakit seperti demam dan selesema
  • Orang dewasa yang menjaga kesihatan


So siapa yang rasa macam tak boleh go dengan SR VITA C SHAKLEE, boleh try this Chewable Vita C Shaklee. Inshallah memang tak mengecewakan.

Boleh contact Aisyah ya untuk dapatkan further info :)

Aisyah
011-33099034
Shaklee ID : 1091965



Sunday, December 11, 2016

MENGAPA URINE MENJADI KEKUNINGAN APABILA MENGAMBIL B COMPLEX SHAKLEE?


Assalam and Hai :)

Okay tajuk pun dah tanya kan so kita terus kepada jawapan yang TEPAT, MAMPAT DAN PADAT SERTA RINGKAS ye.




Ia merupakan situasi yang normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa.

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.
So jangan risau ya. If uguys ambil mana-mana B Complex pun biasanya memang warna kuning and pekat. Itu salah satu tanda vitamin B yang baik :)

Lagi mengenai B Complex Shaklee boleh baca di SINI.

Sebarang pertanyaan boleh terus tanya saya melalui whatsapp ya.

Aisyah
011-33099034



CAROMOTAX SHAKLEE : KEBAIKAN, KELEBIHAN DAN MANFAAT

Assalamualaikum and Hai :)

Okay hari ni turn Carotomax Shaklee pulak memperkenalkan diri sendiri. Awak semua dah kenal ke Carotomax? :) 

Ini rupa dia CARATOMAX SHAKLEE


Kalau belum jom kita start dengan APA ITU CAROTOMAX SHAKLEE?

Okay, sebenarnya CarotoMax ni adalah sumber vitamin A!

Carotomax Shaklee merupakan supplement yang dihasilkan dari gabungan 6 karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, lycopene dan zeaxanthin.

Carotomax Shaklee membekalkan lebih 13mg (21,500iu) karotenoid dari sumber semulajadi iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, lobak, tomato, marigold, epal, kentang, brokoli, biji anggur dan minyak sawit.

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.





APAKAH KAROTENOID?

Ia adalah pigmen yang membentuk warna pada sayur-sayuran seperti warna oren pada lobak dan tomato. Karotenoid adalah sumber vitamin A terbaik. Ia sangat penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membetulkan fungsi organ tubuh.

Satu kapsul CarotoMax juga membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semulajadi yang sangat bagus untuk kesihatan. Dalam setiap kapsul CarotoMax Shaklee ini kita akan mendapat semua khasiat 6 varieti karotena yang memberikan kebaikan karotenoid yang lengkap yang sukat untuk didapati daripada diet harian.

MANFAAT UTAMA CAROTOMAX SHAKLEE:

Lebih selamat dari vitamin A - Pengambilan vitamin A secara berlebihan akan menyebabkan toksisiti.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan Beta Karotena didapati selamat untuk pengambilan.

Mempertingkatkan Penglihatan- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering). kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata

Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne.

Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru2, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukkan sel2 kanser. Hal ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru2, dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel2 mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respirotari paru2, batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema.

Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak2/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Ia juga menghasilkan sperma yang sihat.





5 SEBAB CAROTOMAX SHAKLEE PALING BERKHASIAT :-

Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta karotena adalah 8 mg setiap hari. Dengan CarotoMax, kita akan memperolehi 13 mg.

Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang dan menjaga secara khusus kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostate dan serviks.

CarotoMax berfungsi menguatkan sistem imun.

Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak broccoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Pengambilan carotomax menyamai dengan Beta Karotena yang sama dengan pengambilan 102 hidangan Pisang, Lycopena yang sama dengan pengambilan 714 hidangan Apricot, Lutein dan Zeaxanthin yang sama dengan pengambilan 285 hidangan Anggur Pink, Alpha Karoten yang sama dengan pengambilan 89 hidangan Raspberi.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN CAROTOMAX SHAKLEE?

Individu yang mengalami masalah rabun

Individu yang menginginkan kesihatan mata yang baik


Sesiapa sahaja kecuali ibu hamil


So, bagi sesiapa yang nak dapatkan CAROTOMAX SHAKLEE or nak bertanya tentang CAROTOMAX SHAKLEE, boleh contact Aisyah ya. Saya akan berikan special consultation kepada yang cust ONLY :)


Aisyah 
011-33099034

Thank You For Reading and Have A Nice Day! :)

Saturday, December 10, 2016

B Complex Shaklee : Kebaikan, Kelebihan dan Manfaat

Assalamualaikum and Hai :)

Okay for now Aisyah nak share pasal B Complex Shaklee pulak. And B Complex Shaklee ni pun sebenarnya dah sebati sangat dengan saya sejak dari doluuu mula-mula start consume Shaklee lagi. Berbotol-botol jugalah habis.

Mula-mula beli untuk ibu, sebab ibu ada masalah rahim sikit hari tu Alhamdulillah dah okay so dah tak consume. Lepas tu saya ambil untuk kesuburan pulak sebab dah nak habis belajar kan so nak usaha dapat baby pulak hee. Lepas dah sah preggy teruskan jugak pengambilan B Complex sebab ia adalah Acid Folic. Ibu mengandung memang kena ambil acid folic ya untuk mengelakkan berlaku kecacatan pada tulang belakang anak. Nauzubillah. And I chose B COMPLEX Shaklee for my Acid Folic. 





So  kita start dengan APA ITU B COMPLEX ?

B COMPLEX adalah satu kumpulan vitamin B. B complex yang bagus adalah yang lengkap dengan kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

And of course Vitamin B-Complex Shaklee lengkap ada semua 8 jenis vitamin B.

So apa pula FUNGSI SETIAP VITAMIN B ini ?

B1 (thiamin)

Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

B2 (riboflovin)

Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

B3 (Niacin)

Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

B5 (antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.

B6 (Piridoksin/Pyridoxin)

Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

B7 (Biotin)

Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

B9 (Folat/Folic Asid)

Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

B12 (Kobalamin/Cobalamin)

Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun.
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.

Apa KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX ?

  • Mencegah kerosakan urat saraf
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
  • Memberi tenaga kepada tubuh
  • Membantu kemampuan berfikir
  • Mengelakkan penyakit beri-beri
  • Melambatkan proses ubat di rambut
  • Penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
  • Mencegah stress
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  • Memproses dan memnghasilkan sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • Perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
  • Mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)


Sebenarnya, vitamin B yang LEBIH BAIK mempunyai ciri-ciri berikut :

Mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpattern
Mengandungi kesemua lapan jenis vitamin B yang diperlukan termasuk Biotin
Membantu dalam peningkatan penghantaran zat
Berbentuk tablet supaya lebih mudah ditelan

Dalam Set Kehamilan Shaklee pun kena ada B Complex tau :)



So, apa KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE?

Shaklee menghasilkan B complex dengan teknologi berpattern yang ekslusif. HANYA PADA B COMPLEX SHAKLEE.

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai asid folik, iaitu sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN B COMPLEX?


  • Mereka yang ingin nampak cantik dan muda
  • Wanita yang mengandung
  • Wanita yang menyusukan anak
  • Wanita yang mengambil pil perancang
  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit tekanan darah tinggi
  • Pesakit migraine
  • Mereka yang selalu terdedah kepada sinaran matahari
  • Mereka yang menghadapi tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan
APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA KEKURANGAN VITAMIN B?
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

TESTIMONI / KESAN PENGGUNAAN B COMPLEX SHAKLEE


B COMPLEX DALAM SET RESDUNG


So, kalau anda berminat untuk mencuba B Complex Shaklee, boleh contact Aisyah ya! Saya akan ajar cara makan yang betul dan berkesan ekslusif untuk my cust sahaja. And jangan risau harga dia memang mampu milik :)


Aisyah Assiddiqah
011-33099034
Shaklee ID : 1091965
You Shaklee Ind Dist.



Terima kasih sudi baca and have a nice day! 

TIPS SETELAH MENGETAHUI ANDA POSITIF HAMIL / PREGNANT / MENGANDUNG

Assalamualaikum and Hai :)

Alhamdulillah, tahniah, itu semua rezeki daripada Allah. Semua wanita boleh mengandung ya selagi dalam dirinya ada rahim. Jadi, bagi yang masih belum dikurniakan rezeki anak, banyak-banyakkan berdoa dan berusaha lagi ya, jangan putus asa. Masih ada peluang!

Bagi yang telah disahkan positif hamil, anda mesti tak tahu nak buat apa kan? Yelah first time.. Same goes with me masa awal-awal dulu, so saya google juga and cari juga apa yang perlu saya lakukan setelah saya tahu saya hamil. And saya akan senaraikan beberapa perkara saya telah buat di awal kehamilan saya.

Baby comel, semoga terkenan kat baby saya hihi


APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SETELAH POSITIF PREGNANT?

1. BERSYUKUR

Ya, ini benda pertama kita kena buat. Ucap Alhamdulillah and kalau mampu buat sujud syukur dan solat dua rakaat. Nyatakan kegembiraan dan keterujaan dengan zikir dan mengingati Allah dulu, baru berkat sepanjang perjalanan kehamilan kita ye dak. Mungkin juga anak dalam tummy kita akan ikut nanti. Kan sejuk hati :)

And ada juga yang kehamilan pertama ni berlaku secara tidak dirancang, anda mungkin akan kecewa bila pregnant. Tapi kita kena ingat Allah adalah sebaik-baik perancang. So better you bersyukur dulu jangan merungut or mengeluh. Takut Allah beri bala pula nauzubillah. First step bersyukur dulu, okay!

2. CARI AMAL SOLEH YANG BOLEH DAN ELOK DILAKUKAN OLEH PREGGY MUMMY

Okay lepas tu kita kena cari ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan sepanjang mengandung. Kita kena utamakan Allah dulu sebab tu kita buat yang ini dulu sebelum yang lain-lain. Senaraikan semua benda yang elok dan mampu diamalkan, kalau boleh buat jadual.

Kalau saya, saya buat jadual. Contoh pagi kena buat apa, baca apa. Petang, malam, sebelum tidur, semua saya susun supaya lebih terancang dan kita boleh istiqamah. Kalau kita tak buat jadual mungkin kita akan kelam kabut and tak tahu nak start dengan yang mana last last semua tak buat. Agak rugi di situ ya.


Cantik sangat baby girl nih sukaaa tengok :)

Contohnya AMAL SOLEH YANG BAIK DILAKUKAN OLEH IBU MENGANDUNG adalah :

Kerap membaca Al-Quran

Amalkan surah Luqman, Maryam dan Yusuf

Jauhi daripada sifat dendam dan dengki

Rajin menguntumkan senyuman

Banyakkan berdoa kepada Allah swt

Rajin berpuasa sunat

Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt

Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud

Kerap membasahi lidah dengan berzikir

Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga

Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri


Medina anak Irine Nadia


3. JAGA PEMAKANAN

Okay dah settle hal akhirat baru masuk dunia hehee boleh kan. Ini pun kena cari maklumat tau. Makanan apa yang boleh dan elok dimakan, makanan apa yang tak boleh dimakan. Macam mana nak makan makanan yang sihat sepanjang hamil dan macam-macam lagi. Contohnya, ibu mengandung kena banyak buah-buahan dan sayuran. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti ke, pasta ke, mee ke, nasi ke. Lagi elok ambil yang jenis bijiran penuh supaya anda mendapat serat yang mencukupi. Jangan lupa jugak protein seperti ikan, daging, telur tu.

Cari and boleh juga buat jadual. Tapi jangan terlalu samikna wa atokna sangat. Jadual yang saya buat macam ni  contohnya :

Setiap hari mesti SEKURANG-KURANGNYA minum susu kambing segelas, buah sebiji, kurma seketul, nasi sekali, dan seterusnya dot dot dot.   

4. AMBIL TAHU MENGENAI TANDA-TANDA BAHAYA SEMASA HAMIL

Seterusnya awak kena tahu mana satu perubahan yang bahaya dan tak bahaya sepanjang kehamilan awak ni. Contohnya ada darah ke, atau keputihan melampau ke atau mabuk teruk ke.. Kena tahu macamana yang bahaya macamana yang ok je. First google dulu, lepas tu nak kepastian pergi jumpa doktor ya.

Contohnya, saya ada masalah keputihan semasa mengandung. Sebelum mengandung saya memang tiada masalah ini. So google punya google saya dapat tahu yang keputihan ni bahaya untuk baby. 

Lepas tu saya ada dengar dengar kawan ibu saya baru kehilangan anaknya yang berusia 9 bulan dalam perut disebabkan keputihan melampau semasa hamil! Uwaaaa takutnyaa, so disebabkan saya ambil tahu, so saya kerap berjumpa doctor dan mengadu hal masalah ni so doktor akan bagi ubat yang sesuailah dengan kita berperingkat-peringkat.

Alhamdulillah setakat ini, masalah keputihan saya telah sembuh sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah.


Cyrus and Hannah anak kak Amira



5. JAUHI PERKARA YANG MENYEBABKAN ANDA LOYA, MABUK, BEREMOSI DAN LAIN-LAIN

Okay sebenarnya saya alhamdulillah TIADA masalah ini semua. Saya tak loya tak mabuk tak beremosi dan lain-lain perubahan biasa ibu mengandung tak berlaku pada saya. Alhamdulillah. Tapi ada satuuu je hal yang saya tak boleh masa pregnant ni. Pasal makanan. Saya tak tahu macamana nak explain, tapi memang saya agak cerewet memilih makanan. Ada yang saya taknak makan, taknak bau taknak rasa. Ada pulak yang saya nak makan tuuu aje.

Tapi bendanya senang aje. Saya suka makan ikan singgang dengan sambal belacan atau sambal toktok jawa. Yang goreng-goreng sedap sangat saya tak boleh. Yang ada sedikit rasa MSG lagilah takboleh bauuuu pun. Ha macam tulah lebih kurang.

Walau bagaimana pun, saya tahu bahawa loya mabuk muntah dan lain-lain ni bahaya untuk ibu mengandung, walaupun ia sebenarnya biasa berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Sebab ia akan effect pada baby kita. Baby mungkin akan kekurangan zat dan macam-macam lagilah.

Banyak and pelbagai sebenarnya perkara sebenarnya yang menyebabkan loya mual muntah kepada ibu mengandung ni. And semua orang berbeza-beza. Contohnya ada yang nak makan ayam aje, ada pulak yang perkataan ayam pun tak boleh dengar dan macam-macam lagi lah.

Tipsnya jauhi benda-benda yang awak tak boleh go tu sebab mungkin anda akan mabuk loya mual muntah and tak berselera makan, lastnya kesian kat baby.. Ibu tak makan, baby tak dapat zat.

6. BUAT BUKU REKOD KEHAMILAN / BUKU PINK

Sepatutnya bila dah tahu pregnant, cepat-cepat terus buat buku pink ni, supaya ibu dan bayi dapat diperiksa lebih awal. Itu nasihat nurse lah. Tapi saya datang buat buku masa dah 9 minggu hehee. Tahu mengandung minggu kelima. Maksudnya saya pun tak terus pergi ke klinik bila tahu pregnant. Take your time asalkan jangan lebih 12 minggu tak silap. Kalau tak nurse marah nanti.


Baby comel lagi semoga terkenan hehee


7. AMBIL SUPPLEMENT

Okay ini pun uguys kena buat pilihan. Supplement apa yang nak diambil, bajet berapa, dan lain-lain. Lepas jumpa doktor or nurse, ibu mengandung biasanya akan dibekalkan dengan vitamin untuk memastikan perkembangan optimum janin dalam kandungan serta mencegah anemia kurang ferum seperti tablet ferus fumarat, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. 

So awak kena ambil supplement ni sebab kemungkinan besar badan kita tak dapat menyerap semua vitamins daripada makanan harian kita. And mungkin juga kita makan makanan tak cukup zat dan lain-lain. So ia juga akan memberi effect kepada baby.

Kalau saya saya ambil vitamins shaklee sebab memang saya nak amalkan shaklee semasa mengandung, and saya memang pengamal Shaklee sejak anak dara lagi so why not saya teruskan, kan kalau memang terbukti baik dan berkesan pada badan saya. Antara yang saya amalkan adalah :

B COMPLEX

VITA LEA

VITAMIN C

ESP

OSTEMATRIX

OMEGA GUARD (masuk second trimister)



Hai baby Shaklee, anak kak Lyana Hisham

So bila saya ambil supplement dari Shaklee, saya dah tak ambil vitamins yang doctor bagi. Sebab fungsi dia sama aje, Cuma bahan dia aje berbeza sama ada sintetik atau tidak. Of course saya pilih terbaik untuk anak saya kan hehee. And Alhamdulillah tau, setakat 5 bulan dan saya pregnant ni saya memang tak ada masalah sangat. Allah beri Alhamdulillah. HB okay, kencing okay, berat okay, 

Alhamdulillah. Nanti kalau rajin saya buat entry pasal buku pink saya. Alhamdulillah doktor dan nurse selalu puji jugalah hehee. Sebenarnya senang and mudah bila kita tak ada masalah sangat bila mengandung ni sebab kita tak perlu kerap jumpa doktor atau nurse, tak perlu minum air gula dan macam-macam lagilah. Ya Allah.. Semoga bersalin normal pun mudah nanti, ameen.

Me and my husband. 
Mama and Baba baby :)


So ini antara perkara awal yang saya buat bila saya tahu saya mengandung. Semoga boleh dijadikan rujukan untuk tahu yang baru dapat tahu YOU ARE PREGNANT! Tahniah ya and selamat menempuh alam baru :)


Terima kasih sudi baca and have a nice day!