Searching for ......

Wednesday, October 22, 2014

Review Korean Drama : Man From Star

Assalamualaikum


Lama dah aku tengok cerita ni. Masa tu cuti mid sem. Aku balik 2 3 hari lambat daripada kawan kawan lain sebab kali ni kami (suami isteri ) akan balik Terengganu. Tapi kami tak balik berdua.

Balik bertiga dengan keksyah, kakak ipar aku. So sementara tunggu kak aisyah sampai Malaysia, kami duk asrama dulu beberapa hari.

Dalam beberapa hari yang sunyi tu, aku sempat ambil cerita daripada Kak Long untuk jadi peneman aku kat asrama nanti hehe.




Cerita ni simple je. Tapi agak mengarut. 
Eh bukan agak. Tapi mengarut. Sebab hero tu ada kuasa. Dia makhluk asing.

Ceritanya fasal seorang lelaki. Yang mana dia ni makhluk asing. Boleh hentikan masa. Boleh dengar percakap orang dari jarak jauh. Boleh gerakkan sesuatu dengan hana mengerlipkan mata. Boleh terbang. Boleh hilang hilang. Macam macam lagi lah boleh.

Amboi kau. Overnya kebolehan. Ko ingat ini sorga? -.-

Heroin pulak seorang artis. Yang berlagak. Macam bagus. Cantik. Dicemburui. Dan banyak lagi.

Diorang ni jiran. Nanti ada konflik yang akan menyebabkan dorang ter-bersama. So bermulalah kisah cintanya.

Cerita ni lebih berkisarkan tentang konflik. Konflik dalam cerita ni agak complicated sebab ada berlaku pembunuhan kejam. Pastu ada pulak ancaman-ancaman kepada si perempuan tadi. Ada jugak penyiasatan fasal kes pembunuhan tu sebab perempuan tu macam terlibat dan dia dituduh membunuh pulak. Macam macam masalah perempuan ni haha.

Aku suka awal cerita sampai pertengahan cerita. Bila dah nak habis tu dia ada part jiwang jiwang karang sikit, aku dah mula bosan. Jiwang sebab dorang dah mula bercinta. Bila bercinta ni biasalah, agenda semua yang manis manis aje. Tak mencabar langsung haha. Lagipun part last last tu lelaki tu dah nak dessapear (tak tahu eja haha) daripada dunia ni sebab dia ada tempoh masa tertentu boleh duduk kat dunia. 

Ha tu la kau, makhluk asing buat cara makhluk asing. Cariklah kaum sejenis nak bercinta pun. -.-

So masa tu dia ada agenda nanges-nanges, sebab sedih nak tinggalkan perempuan tu… 
Aku tengok dah tak sedih dah sekarang sebab aku dah tau dah permainan cerita korea ni.

Dulu masa zaman My Girl boleh lah temberang aku lelaki korea semua sweet-sweet sampai aku nanges seram-seram sejuk. Sekarang no way man..

So bagi aku cerita ni best! Cuma dia habiskan cerita dengan jalan yang tidak menarik. Itu sahaja.
Konklusinya jangan bercinta dengan makhluk asing, kelak merana diri. Ya kawan kawan…

Okay, tu saje dari saya!


Assalamualaikum 

Projek Memikat Suami : Macam Mana Caranya?


Assalamualaikum. Dan jangan gelak.

Wakiwakiwaaaa :D
Ini adalah idea Balqish suruh aku buat entry fasal ni.




Entry macam ni kena buat by time. Sebab aku akan belajar melalui masa.
Korang pun tahu kan yang aku tak duduk serumah dengan husbeng aku.
Aku duk asrama blog E , husbeng asrama blok B.
Kihkihkih rasa budak sangat

So aku tak dapat melalui hari-hari aku sebagai seorang isteri dengan sempurna sangat lah.
Mungkin pada masa akan datang kemahiran aku memikat suami akan lebih bertambah sebab dah duduk serumah. Ya kan?




Suami saya hihi


Jadi untuk tips yang kali pertama dan sebagai pemula ni adalah :

Jadilah gembira untuk menggembirakan suamimu..


Gembira ngat ye

Anda hanya perlu jadi gembira, supaya suami anda senang hati melihat anda, dan dia pun senang hati untuk keseluruhan hidupnya..

Maka dengan itu, masalah dia yang besar pun akan jadi ringan dan mudah diselesaikan..

Sebab dia rasa isteri dia senang dengan dia.  Gembira dengan dia. Isteri dia bahagia dengan dia. Isteri dia cukup hidup dengan dia.

Walaupun dia mungkin kekurangan wang. Atau dia kekurangan kudrat. Atau pun dia banyak menimbulkan masalah. Atau pun dia tak pandai sangat uruskan keluarga.


Sehari selepas menikah. Sweet time :')

So dia akan rasa dia adalah seorang lelaki yang power. Yang boleh diharap. Yang berjaya menguruskan rumah angga. Yang berjaya mengetuai rumah tangga. Yang berjaya membahagiakan isterinya.

Hanya dengan sebuah kegembiraan yang sang isteri tunjukkan tadi..

Kalau pada ketika itu anda sedang marah, atau sedang bersedih, atau sedang gila..
Kalau anda boleh sembunyikan kesemua perasaan negetif  anda tadi, itu adalah lebih baik.
Isteri cerdik yang solehah sangat.

Sebab biasanya perempuan ni kalah dengan emosi.
Kalau dia marah, maksudnya dia nak marah.
kalau dia sedih, maksudnya dia nak nanges.
Tak kira.


Jalan -jalan makan angin kat Mersing 


Kalau anda berjaya lawan kehendak nafsu anda tadi. Maksudnya anda menang.
Dan anda berjaya mengelakkan satu masalah ataupun pergaduhan yang menyebabkan keharmonian rumah tangga dicemari.

So tu jelah tips untuk kali ni.

Cheeese dell

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum

Review Korean Drama : Angel Eyes

Assalamualaikum

Wuwuwuuu cerita ni beeeest T.T
Best plus sedih plus power. Tapi episod satunya sahaja haha.
Bagi akulah.

Kalau korang nak rasakan satu perasaan cinta yang tidak boleh diungkapkan dengan menyatakan I love u, atau korang nak rasa satu perasaan kemurungan yang melampau seperti air yang digoncang di dalam botol , atau korang nak rasakan perasaan sweet semacam buah rambutan gading, atau korang nak rasa keterkejutan yang menyebabkan korang terdiam untuk beberapa jam seperti anak patung yang diletakkan di atas katil, nasihat aku : Sila tonton episod satu cerita ni.

Lepas tu korang nak sambung tengok ke tak nak tu masalah korang.

Aku suggest korang tengok episod satu je sebab memang superb ah jalan cerita dia. Sedih. Sweet. Menyayat hati. Kesian. Dan sebagainya.



Zaman muda diorang. How sweeeeeeeeeeet :')


Ceritanya fasal dua budak muda. Ni masa dia muda ea. Yang lelaki kehilangan bapak dia. Yang perempuan kehilangan ibu dia. Dalam masa yang sama dan tempat yang sama. Tanpa mengenali satu sama lain.

So bila dah beberapa tahun berlalu, budak laki tu dah 16 tahun gitu, dia tunjuk yang budak laki ni jadi tukang hantar bubur ke rumah rumah. Bubur yang mak dia buat lah.. antara rumah yang dia hantar adalah rumah perempuan tu.

Dan setiap malam dia akan tengok perempuan tu berlatih nak cakap kat dewan angkasa. Sebab perempuan tu jadi juru cakap dalam dewan yang boleh nampak bintang bintang kat angkasa yang macam real gitu.

Bila dia berlatih banyak kali, dan lelaki tu pun hari hari tengok perempuan tu berlatih, sampai hafal dah, dia pun tersukalah kat perempuan tu..
Nanti adalah satu agenda yang menyebabkan lelaki tu tahu rahsia perempuan tu dan mereka mula bercakap. Di sini lah perkenalan mereka bermula. Permulaan yang menyentuh perasaan dan pencarian yang tiada matlamat.





Amat memilukan. Ceh

Sampai sini je aku boleh cerita sebab kalau tak korang tengok episod satu tu tak feeling.
Cerita ni ada dua versi satu masa dia kecik satu lagi bila dah besar. Sebenarnya masa dia kecik tu episod satu je, yang lain lain semua episod dia dah besar.




Tapi sebab aku terkesan sangat dengan lakonan budak dua orang tu masa kecik, bila dia dah besar aku tak boleh terima muka dia jadi lain haha.

So aku rasa episod seterusnya tak best. Tuduhan melulu sangat kan haha


Muka dah besau

Tu la aku cakap, tengok episod satu dulu, kalau suka, continue, kalau kecewa macam aku sebab pelakon dia berubah. Berhenti. Ngehngehngeh



Bila dah besar jalan cerita macam Winter Sonata sikit. Kureng minat hee

Untuk episod satu sahaja aku bagi 120 % markah ya.

Kenapa banyak?

Sila tengok sendiri  kehkehkeh

Assalamualaikum :)

Tuesday, October 21, 2014

Review English Drama : Arrow


Assalamualaikum

My name is Oliver Queen.
For 5 year,
I was stranded on an island with only one goal
……………
Survive

Puyoooo power ngat ayat.
Ayat ni lah dia ulang setiap kali nak start episod baru hehe
(kalau husbeng aku tau aku mengapal benda yang tak berpekdah ni mesti kena perli 0.o)




So citer ni fasal sorang lelaki yang suka berfoya-foya. Gaya barat sangat. Satu hari, masa dia tengah belayar dengan scandal dia kat laut tetiba berlaku satu ribut besaq.

Dalam kejadian tu perempuan yang dengan dia tu tak dapat diselamatkan. Jatuh macam tu je dalam laut.

Tapi di selamat. Sebab bapak dia selamatkan masuk dalam pelampung. Macam mana tah pakcik tu ada kat situ.

Dalam pelampung tu ada Oliver, bapak dia dengan sorang kawan bapak dia.



Beberapa hari berlalu, dorang masih lagi kat atas pelampung tu. Tak makan. Tak minum. Kesejukan. Tak jumpa daratan. Semua dah makin lemah. Hari berlalu lagi. Keadaan semakin kritikal.

Pastu dah macam terdesak gitu, tetiba bapak dia ckp, U have to survive what ever happen. Pastu dia kasik satu buku kecik kat anak dia. Tak tahu  apa dalam tu.

Tetiba panggg, bapak dia tembak kawan dia yang sorang tu. Panggg lagi. Tembak diri sendiri pulak.
Tak pasti bunyiknya cemana. Tapi macam tu lah lebih kurang



Tukujut si Oliver tu. Dalam keadaan terkejut tu, dia teruskan berlayar. Sebab dia ingat bapak dia suruh survive.

Beberapa hari berlalu atas pelampung. Keseorangan bersama mayat bapak dia.

Tetiba dia nampak macam satu pulau. Makin lama makin hampir. Bersemangatlah sikit Oliver ni.
Dah sampai pulau tu, dia ingatkan satu rahmat untuk dia terus hidup. Rupanyaaaaa.. . . . . 

Satu perjalanan dan pengembaraan yang mengerikan dan mendebarkan berlaku. Dia kena lalui. Sebab dia kena survive.



Sampailah 5 tahun dia kat sana berjaya mengubah dia dari seorang yang tak guna kepada  seorang yang sangat power (kononnya). Jadi seorang pemanah dan penembak yang tepat.
Dan rupanya buku yang bapak dia kasik tu ada senarai nama ahli politik yang main kotor dan perlu dijatuhkan.

So after 5 tahun tu, tugasan dia adalah menjatuhkan ahli politik yang ada namanya dalam buku kecik bapak dia tu.





Dan dalam tempoh masa tu, banyaklah konflik dan kejadian berlaku.  Mencabar jugaklah citer ni.
Dan yang paling aku tunggu –tunggu setiap kali masuk episod baru adalah  cerita dia masa kat hutan. Dia tak cerita directly cenggitu.

Dia cerita sikit-sikit. So kita kena tengok semua episod kalau nak tahu apa yang berlaku pada si budak Oliver ni masa kat hutan sampai dia jadi berubah gitu sekali.





Alah, lebih kurang dengan Kluang Man je peranan dia ni. Cuma dia tukar sikit je, power memanah.

So tengoklah kalau nak tahu akhirnya apa jadik. Tapi rasanya ada sambungan untuk season berikutnya. Yang ni baru season 1. :)


P/S : Cerita Arrow ni sebijik ngan cerita City Hunter 

Okay

Thank You!
Assalamualaikum  

Review Korean Drama : Marriage Not Dating

Assalamualaikum

Cerita ni aku tengok bebetul after assignment aku habis untuk semester 4 ni. Bagi aku okaylah cerita ni agak santai. Dapatlah mengurangkan bebanan2 aku sepanjang berKKP ritu.

Lagi pun sebab dia takde makhluk makhluk pendengki ke pembunuh ke penjahat ke macam mak tiri bawang putih ke, takde. Just a simple and a nice story..

Mula mula aku tengok tajuk cerita ni aku ingatkan cerita fasal rumah tangga sebab tajuk dia macam dia memilih kahwin daripada dating kan? Tapi rupanya bukan… laaaaaaaaaaast episode nanti baru dorang kahwin -.-



Ceritanya berkisahkan tentang si perempuan ni nama dia Joo Jang Mi, perempuan yang lurusss mencintai kekasih dia teramat sangat. Dia mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan membahagiakan.  Dia sangat sangat cintakan boyfie dia dan nak ajak lelaki tu kahwin. rupanya dia ni kena troll je haha. Kojaq hang laki. Laki tu taknak pun kahwin ngan dia. Saja nak play je. Masa perempuan tu prepare bilik hotel untuk lamar boyfie dia tu, berlakulah agenda yang entah apa apa sebab boyfie dia nak lepaskan diri daripada perempuan tu (sebab dia tanak kawen).  Dan masa tulah perempuan tu jumpa dengan hero citer ni. Hero tu kawan boyfie dia. Dia datang bilik tu untuk selamatkan kawan dia yang tak guna tu.



Siapa hero? Haa dia tu adalah seorang lelaki yang tak percaya pada perkahwinan. Dia memang berpendirian dia nak hidup single sampai mati.

So maksudnya cerita ni berkisarkan tentang lelaki yang tak nak kahwin dan seorang perempuan yang bercita-cita untuk hidup bahagia dengan perkahwinan.

Kenapa diorang boleh bersama? Sebab mak si hero ni salah faham kat satu part. Dia ingatkan perempuan tu marah and kecewa dengan anak dia. Rupanya salah orang. Masa tu perempuan tu memang ayu. So makcik tu memang kenan sangatlah ngan dia.

Tengah berlakon depan mak laki tu


Bila lelaki tu dapat tahu, dia suruh perempuan tu berlakon jadi kekasih gelap dia supaya mak dia tahu yang dia ada gigirl dan tak paksa dia untuk cari isteri! Haaa panjang ngat kan. Gigih aku cerita.
So bermulalah kisah diorang. Sweet je cerita ni sebab dorang saling backup membackup. 

Tapi yang tak bagusnya dari segi islam, diorang hidup cara orang kafir. Terpengaruh dengan barat.. dorang amalkan hidup serumah tanpa berkahwin. Hanya untuk berseronok seronok. Aku tengok pun rasa tak sedap aje.. datang rumah, berfoya foya, esok pagi balik. Macam tu je.

Yang best nya aku suka character perempuan tu. Dia seorang yang ceriaaa! 

Ni aku bagi tips sikit. Kalau nak menceriakan hidup orang. Atau nak menjatuh cintakan orang terhadap kita. Jadilah ceria hehehehehe. Tapi jangan terlampau ceria pulak. Naik menyampah pulak orang kang.

So macam biasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Apa konflik dia? Dalam cerita ni konflik dia tak tertumpu pada dia berdua je. Ada jugak konflik pasal family perempuan, family lelaki, kawan dia, sedara dia, tok nek tok cik semua ada masalah. 

Tapi just a simple problem je. Okaylah bagi aku, tak membebankan otak.
So sesiapa nak tengok cerita ni boleh mintak kat aku, satu episod murah je RM3!


Cheeeeeeesee! :p


Assalamualaikum