Searching for ......

Tuesday, December 31, 2013

Review Cuti Last Year 2013.

Assalamualaikum J

Actually aku dah mula sedih ni.
Eh gembira dulu.
Gembiranya adalah stok Shaklee bagi yang dah bayar ada dah yeyyy.
Semalam Encik Tunang kita susah susah pigi HQ dari pagi sampai maghrib uolls.
Siapa yang mampu buat untuk aku macam tu? Tak dok :’)
Dikau sahajalah. Hahah. Terima kasih ye ^^

So my customers wait ea, yang post insyallah barang sampai jap lagi and yang by hand esok lusa kita jumpa. Saya akan guide uolls saaampai problems settle ok? J

So kita sambung sedih balik.
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cuti dah habisssss  T.T
Cepatnyaaaa habissss T.T
Baru nak tido lama lama lagi T.T
Banyaknya nanges.

Yelaa, aku sedihlah sebab ni last cuti panjang aku single.
You know how worth for being single?
Kita boleh bangun lambat, boleh malas malas, boleh busuk busuk, boleh sepah sepah.

Nanti dah double?
Tara bulleh laa.

So aku nak review lah sepanjang cuti ni memang memberi kesan dan kenangan istimewa buat aku ever.
So awal awal cuti aku bercadang nak menjahit baju kurung hadiah pertunangan hari tu but tak dapat dilaksanakan sebab something happened dalam family.
Alhamdulillah time tu siblings semua berkumpul and we alls memang gerak sama sama and settlekan sama sama lah problem tu. 
Alhamdullillah. Aku bersyukur lah kami ni jadi adik beradik yang saling melengkapi and sangat sangat bekerjasama. 
Awat aku touching ni adusss. T.T

And masa tu aku dah mula terfikir, mungkin ni lah last we all berempat buat kerja and handle something sama sama. 
Nanti dah tak berempat dah. 
Maybe berlima atau berenam..
And masa tu of course hubungan kami dah tak macam sekarang..
Yela, masing masing dah ada kesayangan sendiri.
Waduhhh. Syahdu wehh. 
Korang ingat nak kawen ni happy sentiasa ke? T.T

And I want to thank my siblings for being my siblings. 
Aduhhh aku ni kalau menaip tak sah tak meleleh T.T
Terima kasih untu semuaaa kenangan yang kita cipta sejak kecikkk dulu sampai sekarang and sampai bila bila pun. 
Thank you Abang Mu’az, Markonah and Ali. I love uolls. T.T

And dah settle part tu, kina pun balik Marsah. So tinggallah aku and ibu kat rumah. 
Dalam satu dua hari kami duk rumah, kami mencari idea about the door gift.
And di situlah bermula kenangan manis aku dengan ibu pulak. 

Waduh.. memang kenangan lah. 
Kami duk sama sama kat ruang rehat, bekerjasama menyiapkan doorgift yang masih dirahsiakan tu.
So best.

Kalau uolls nak tau ni lah first time aku menjahit tau. 
Actually aku tak reti pun guna mesin jahit.
Selalunya kalau boys kat rumah mintak tolong jahitkan seluar koyak kea pa, aku akan jawab, “kinah, kinah, ika tak reti” :p

Hahaa. Aku pun tak tahu macamana boleh siap 500 dorrgift ni hademade by aku sendiri. 
Mungkin aku kesian kot kat ibu.
Yela, penat okay duk atas kerusi mesin jahit tu. 
Tak boleh menyandar apa semua. Mata kena tumpu. Kaki kena jalan.
Sian lah pulak. So aku pun tibai je lah jahit.

Oleh sebab dah 500 helai siap, so sekarang aku boleh declare la yang aku pandai jahit kikiki. 
Tapi senget benget lah.
Ah lantaklah. :p

Okay, pasal projek mega kitorang tu macam macam kenangan jadi. 
Pergi sana sini cari kedai yang ada jual tuuuttt.
Memang best sebab aku suka berjalan sama dengan ibu haha.

Kitorang tak buat semuanya sama sebab aku ni cepat bosan. 
So contohnya aku menjahit kain yang colour hijau dalam 10 helai gitu, aku dah tak larat dah nak tengoknyer. Aku nyorokkan jauh jauh, dah lama sikit aku tengok warna warna lain baru aku sambung jahit warna hijau tadi. Haha. 

Banyak betul kerenah. Ibu layan je.
Every day ada laa dalam 5 6 kali aku tanya, “ibu, ika dah jahit berapa?” hari ni berapa? Sesi pagi tadi berapa? Kalau campur semua berapa? Hahaha.
Ibu sungguh tabah. Semuanya dijawab supaya aku bersemangat meneruskan jahitan.
Siapa yang mampu nak jawab macam tu? Tak adanyaaa.
Kalau orang lain mesti dah bosan and marah punya tanya banyak banyak kali macam orang nyanyuk..
Tapi ibu tak.. ibu gelak gelak cakap, “ibu dibuli hahaha”..

And setiap hari jugak ibu bagi semangat, “go ika go!! Ika bolehhh!!” hahah.
Kalau aku nak tido aku tido jugok :p
Dalam satu hari kalau banyak keluar pergi kedai ke kenduri kahwin ke aku boleh siapkan dalam 20 helailah paling kurang. 
Tapi paling banyak pun 40 helai je kalau tak ada pergi mana mana haha. 
Okay lah tu.. kurang sebulan jahitan settle. 
Mula 2 Disember 2013 and settle 25 Disember 2013. 
Alhamdullillah. Kadang aku rasa eh power jugak aku ni hahaha.

So bila dah siap tu ruang rehat rumah tu dah kemas kan, aku pulak rindu rindu. 
Nanti aku bukak balik kotak berisi doorgift tu pastu cakap, “ibu, rinduuu” T.T
Ibu pulak : Taka pa, boleh tengok tu haa.. haha

And bagi aku best lah pengalaman tu sebab merapatkan ukhuwah jugaklah. 
Yelah, pagi petang siang malam duk sama sama dalam kawasan yang sama, buat kerja yang sama apa semua sama kan. 
Memang betul betul meninggalkan kesan. Sedih betullah. T.T

Emmm. Lagi apa ya.
Ha! Be careful with my heart.
Pukul 3 petang aku mesti rehat dari menjahit sebab nak dengar Maya sebut perkataan Sir Chief ahaha.

Cerita tu jelah yang boleh diterima akal, otak, lidah dan badan aku ni time after zohor tu. 
Yang sebelum and selepas Sir chief tu memang tarak lah. Aku memang cukup jaga. 
Aku takkan tertengok cerita sebelum dan selepas cerita tu sebab nanti dunia dan hari hari aku akan menjadi kelam. 
Aku akan jadi orang gilak. 
So baik jangan tengok kalau tak dosa aku hari tu bertambah tambah haha.

Konklusinya, bestnyeeeeeeeeeee cuti T.T
Hati bahagia, hidup tenang. Nanti naik IPG dah penuh semula otak aku ni..
Actually, aku memang jenis home sick. Nanti balik IPG okay lah insyallah. Sebab tak adalah teruk sangat duk IPG tu sebenarnya. Kawan kawan best apa semua. 
Happy lah Alhamdulillah. Cuma mood aku sekarang nak cuti T.T
Itu sahaja lah.
Nanti kalau sedih aku tulis lagi :p

For the pleasure of Allah.
Byee, Assalamualaikum.


Sunday, December 29, 2013

Shaklee : Omega Guard Terbaik dan Minyak Ikan Berkualiti!

Assalamualaikum.:)

Okay, sekarang aku nak cerita pasal minyak ikan terbaik dari Shaklee. J



Siapa yang biasa buat research or memang mengamalkan makan minyak ikan tahulah apa kebaikan dia. Siapa yang tak tahu dan nak tambah pengetahuan, jom baca. 
Ini lebih lebih special sebab kita cakap pasal minyak ikan terbaikkkk dunia :D

Okay, actually Omega Guard Shaklee ni DHA. So memang sangat sangat baik untuk otak dan kesihatan kita. :)

Sedikit penerangan tentang Omega Guard :
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. 
Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA:
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi               


Fungsi DHA :

  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

So, apa kebaikannya untuk kita?

  • Melindungi Jantung Anda.

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
  • Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Memelihara Tekanan Darah Tinggi

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
  • Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

So siapa yang perlu ambil Omega Guard Shaklee ni?
  • Wanita Hamil

Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu Menyusu

Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu.
  • Kanak-kanak

Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit semam, batuk dan selesema
Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
  • Mereka yang mengalami masalah berat badan (Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama).
  • Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

For info pulak, sebenarnya Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Jom try Omega Guard Shaklee ni! :D

Contact saya at 011-33099034 untuk dapatkan BEST PRICE AND BEST GUIDLINES ok!

And kalau nak tahu pasal vitamin vitamin lain dalam Shaklee, rajin rajin la scroll scroll blog ni ye. :)

For the pleasure of Allah.
Byee. Assalamualaikum. 



GA Disember 2013 Nurul Yui.

Assalamualaikum.

Im joining lagi. :)

Hadiah best iaitu topup.
Berguna tuu.

Dapat alhamdulillah.
Tak dapat takpelah.
hihi.

Click banner to join.

For the pleasure of ALLAH.
Byee.

HS Giveaway.

Assalamualaikum..

Oh my goodididi… :0
Hadiah dia memang power mower.
Aku menyertainya kerana aku maukannya sebenarnya.

Namun, siapalah aku T.T
Hanya blogger runcit runcitan haha
Sian gila.
Takpelah.
Tapi memey power.

Kalau uolss nak tahu apakah hadiah yang ditawarkan sila tekan SINI.

Siapa dapat Alhamdulillah.
Siapa tak dapat takpelah.
Lah lah jugak kan.

Itu sahaja.
For the pleasure of ALLAH.
Byee.


Giveaway : VirtualMalaysia.com Promotes VMY2014.

Salam,


VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!

1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x

2. Payung Virtual Malaysia = 3x
3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x
4. Mug Virtual Malaysia = 3x
5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x
6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x
7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x
8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x
9.  Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe 











Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe. 

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html

 Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)


Contest End : 31th December 2013! 


So i choose this article Visit Malaysia Year 2014 : Tips for Safe Travel.
Sebab kita sedang bercerita tentang melancong kan?
So of course semua tempat pun best. Sana sini best sebab bukan tempat tinggal kita  atau yang biasa kita tengok.
So whats the more important?
Of course keselamatan.
Baik pelancong luar atau dalam negara perlu baca article ni sebab ia berguna kepada semuaaa pelancong supaya kita lebih berhati hati dan membuat persediaan awal. :)
Have a safe journey uolls!

Assalamualaikum.