Searching for ......

Thursday, December 13, 2012

Siapakah Wanita Yang Cantik?



Assalamualaikum  si cantik manis dan si macho.. (aii.. perasan nampak.. =..=)
Hehehe. Semoga anda baik baik aje yee.. 

Mari kita cerita tentang cantik.
(Maaflah, saya pandai cakap pasal cantik, tapi kurang arif tentang macho.
Jadi, anda yang macho, olah olah lah ye ayat untuk memahamkan diri anda.)

Wahai wanita yang cantik, apakah itu cantik?
Cantik itu adalah anda.  Kalau tak percaya, baca tafsir di bawah.
Allah berfirman : 
 dalam surah At-Tin : ayat - 4;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”.
 
Itu yang asasnya.
Bagi saya, siapa rasa diri dia cantik dialah yang cantik. Sebab anda memang cantik.
See? Di sini ada unsur keyakinan diri.
Ada orang, merasakan dirinya tidak cantik, tidak hargai diri, tidak syukur apa adanya.
Maka, Allah tarik nikmat. Dia sentiasa rasa diri tidak cantik..

Ada orang biasa aje.. tak lah cantik macam puteri Balqis, tapi dia syukur, dia rasa dia cantik, dia hargai diri.
Maka, Allah tambah kecantikannya.
Jadi, semuanya bermula dengan siapa dan apa yang kita fikir tentang kita.
Boleh jadi ia baik, boleh jadi ai sebaliknya.


Tentang pasangan pula,
Ada orang sangat mencintai isterinya. Walhal isterinya bukanlah seorang model atau ratu cantik pun. Perempuan biasa..
Cuma dia syukur. Dia hargai. Hargai tu bermaksud syukur lah. Bila syukur, Allah tambah.
(bukan tambah isteri, tambah bahagiaa.) hehehe. Jadi lah mereka pasangan yang bahagia.
Ada orang yang dapat isteri sangat cantik, macam barbie, tapi  hidup kureng bahagia. Kenapa? Adalah silapnya tu, kurang syukur mungkin..
Bukan sebab isteri dia cun, dia tak bahagia. Bukan itu maksud saya.
(habis kang lepas ni semuaaa model cantik cantik tak laku -_- ).
Maksud saya, kebahagiaan kita dengan pasangan kita juga ditentukan oleh kita.
Kitalah yang nak syukur, atau tidak. Kan?

Ni saya bagi contoh salah seorang artis malaysia yang cantik. dah la cantik, pandai pula bersyukur. 
(Admire admire. hehehe.)

Haam satu ayat saya teringat:
“Carilah kecantikan isteri anda bukan carilah isteri yang cantik.”

Saya rasa yang pembaca pembaca ni semuaaa belum berkahwin. Artikel ini bukan suruh berangan nak kahwin tau. Cuma pelajaran sikit siit sebelum kahwin. Hehehe. Semoga Berjaya.:)

Doakan saya dengan pasangan saya. (ayat kontroversi haha)
Saja je.. :P

Kerana Allah.
Thank you!



Cerita Tentang Iman



Assalamualaikum..

Apa khabar iman saya?
Apa khabar iman kalian?

-Iman? Apa itu iman?

Ohhh. Iman itu percaya. Iman itu yakin. Yakin seyakin yakinnya dengan Allah.
Bagaimana? Saya yakin? Anda yakin?
Mari kita check semula..

Hari ni, 
Kita cerita iman mula dari zaman permulaan islam dulu.

-Kenapa mula dari situ? 

Sebab orang-orang lama dulu dah buktikan, dengan iman mereka jadi cemerlang.
Ingat tak yang nabi Muhammad dakwah di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun?
Kenapa dakwah di Makkah lebih lama daripada dakwah di Madinah?

Ramai orang akan jawab, sebab di Makkah adalah fasa permulaan, kesusahan..   
dan Madinah pula fasa keteguhan, fasa menyebaran.. kan?

Ramai yang baru Nampak (saya lah tuu =..=) bahawa di Makkah adalah fasa pembinaan iman.
See? Haaaa.. 

Pembinaan. Iman. 

Proses membina semestinya proses yang sulit.. sebab kita mula dari kosong. Kan?
Lagi lagi cerita tentang iman. Pembinaannya lebih lama daripada mengukuhannya. 

Kalau kita tengok ayat ayat yang turun di Makkah. 
Semuanya Allah cerita tentang nabi nabi  terdahulu bersama umat umatnya, tentang kebesaran Allah, tentang syurga dan neraka, nikmat untuk orang orang yang beriman, ancaman bagi orang yang ingkar, dan macam macam lagi lah ayat ayat yang sewaktu dengannya...
Tapi, bila kita fikir balik, umat islam masa di Makkah dalam fasa penindasan kan? 
Tapi Allah tidak menurunkan ayat berkenaan wajib berperang atau sebagainya pun kan?
Malah, bila ada yang nak menuntun bela atas kematian Sumaiyah, Nabi halang. 

Apa hikmahnya semua ini?
Semuanya tentang iman. Pembinaan iman. Pengukuhan iman.


Allah sedang tarbiah iman Nabi.
Allah sedag tarbiah iman manusia.

Allah membina iman (yakin) mereka dahulu, sebelum mengarah mereka untuk melaksanankan arahan arahan dan tanggungjawab yang pelbagai tu..
Secara tak langsung, mereka tabah dalam keyakinan mereka terhadap Allah.
Sebab bila mereka berasa susah, derita, sengsara, yang menjadi penghibur adalah berita berita dari syurga, janji janji Allah dan balasan baik bagi yang gugur syahid.. 
Waktu itu, mereka dididik untuk yakin dengan Allah 100% walaupun hingga hujung nyawa.. :’)

Maka, muncullah manusia manusia hebat pada zaman itu, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Bilal bin Rabah,  Sumaiyah, Siti Khadijah dan ramai lagi sahabat dan sahabiah r.ahum.

Mereka semua yakin dan sangat sangat yakin bahawa ALLAH PASTI MENGGANTIKAN KEPADA MEREKA SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG MEREKA KORBANKAN.

Allahu Akbar. 
Bagaimana kita?
Sama jugalah seperti hari ini.
Semuanya tentang iman.

Kalau dulu, hebatnya islam sebab iman. Kalau hari ini, jatuhnya islam juga sebab iman. Kan?

Cuba renungkan,
Kenapa manusia hari ini ramai yang tidak mahu lagi melakukan kebaikan, meninggalkan arahan Allah, melakukan larangan Allah, walaupun telah diajar , diajak, ditunjukkan bukti, di apa lagi ye? Semuaa di lah. 

Kenapa?
Jawapannya iman. Sebab permasalahan iman tidak diselesaikan. Didikan iman itu..

Salah siapa? 
Tidak perlu tuding jari sana sini, hadapi masalah seperti orang dewasa. Bukan kanak-kanak.
Kalau kita seorang ibu atau ayah, kitalah yang salah. Kerana pendidikan bermula daripada rumah.
Kalau kita guru, kitalah yang salah. Kerana tugas guru bukan sekadar mengajar. Bahkan mendidik.
Kalu kita seorang anak, atau seorang pelajar, atau seorang kawan, kitalah yang salah. Kerana kita tidak menyampaikan, tidak mengajar, dan tidak mengajak. Itu hak muslim kepada muslim yang lain.
Kalau kita ini adalah kita sahaja sekalipun, kita lah yang salah, sebab kita tak mahu memahaminya. Tidak mahu menunaikannya.
Siapapun kita lah yang salah. 


Dan, iman bukannya boleh didapati dari pengajaran kelas semata mata, atau dari atas tanah, kita kutip. Bukan.
Ia memerlukan praktikal. Latihan. 

Diri saya. Diri kamu. Diri seorang manusia. 
Perlu dilatih utnuk meyakini Allah dalam setiap hal, setiap ketika, setiap keadaan, setiap tempat.
Itulah yang berlaku pada Nabi dan para sahabat.. Allah berfirman dalam surah al Baqarah 2:214:

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Nampak tak? Sampai diakhirnya pun Nabi  dan sahabatnya masih minta bantuan dan pertolongan Allah. Bukan dari yang lain lain. Inilah iman. Yakin. Percaya. 

Teguhnya iman mereka yang membentuk kekuatan mereka. Dari mana kekuatan itu?  Semestinya dari Allah..
Akhirnya kita faham bahawa Allah mendidik iman sahabat sahabat supaya mereka faham. 
Kenapa sesuatu arahan itu perlu dilaksanakan. Bukannya hanya sekadar sia sia..
Dengan imanlah mereka yakin semua ini, mereka faham semua ini, sesungguhnya Allah tidak sekali kali akan mengkhianati mereka..

Maka, bila turunnya ayat ayat hokum, contohnya solat, puasa dan lain lain tu, mereka taat tanpa banyak soal. Sebab mereka faham. Mereka yakin.

Kalau kegemilangan islam yang lamanya selama 1400 tahun permulaannya adalah iman, permasalahan dunia hari ini juga bermula dengan masalah iman.
Kita yang sedar, ayuh kita bangkitkan minda yang lama terperuk. 

Betulkan iman, perbaharui iman!
Nabi ajar kita perbaruhi iman melalui hadith ini,


Yok semua! 
Saya seru kepada diri saya terutamanya. 
Semoga sampai apa yang nak disampaikan.

Doakan saya,

Kerana Allah
Thank You!

Wednesday, December 12, 2012

Kehebatan AL-QURAN!


Assalamualaikum semua yang diredhai Allah..

Untuk entry kali ini saya copy ilmu dari blog seorang Hamba Allah ni,
Saya tertarik dengan apa yang dia kongsikan.
Jadi, saya ingat nak kongsi sekali lah dengan semua.. boleh kan? 

Ia mengenai  nama Surah, saya minat!
Dalam al Quran ni semuaaa istimewa. Kan? 
Sampaikan nama Surah pun boleh dihurai dengan panjang lebar. Kalau kita kaji lah.. 

Okay, start dari sini saya gunting dan tampal ye.
Silakan.. 
__________________________________________
PERNAHKAH anda terfikir mengapa al-Quran yang mengandungi 114 surah?
 Dimulakan dengan al-Fatihah diikuti surah al-Baqarah, Ali ‘Imran.
Dan diakhiri dengan surah al-Nas dengan sebelumnya adalah surah al-Falaq dan al-Ikhlas?
Apakah rahsia di sebaliknya dan manfaat yang boleh kita ambil daripadanya?

Al-Quran ialah semulia mulia kitab dan tidak diragukan ia Kalamullah mengatasi segala kalam. Mushaf yang ditulis Kalamullah wajib dihormati, dimuliakan dan tidak mendedahkannya kepada penghinaan serta pencemaran.

Al-Quran seperti disifatkan Baginda Rasulullah maksudnya:
 “(Berpegang) kepada kitab Allah yang sudah menceritakan orang sebelummu dan berita orang sesudahmu, dan sebagai penghukum apa yang terjadi antara sesamamu.
Kitab Allah adalah firman yang memisahkan antara hak dan batil serta bukan senda gurau, orang yang meninggalkan kitab Allah daripada orang yang sombong, Allah akan membinasakannya, orang yang mencari petunjuk selain kitab Allah, maka Allah akan menyesatkannya, kitab Allah adalah (tali) Allah yang kuat, ia juga kitab yang penuh hikmah, jalan yang lurus, ia tidak condong pada hawa nafsu, tidak berat pada setiap lisan, alim ulama tidak akan kenyang padanya, ia tidak usang oleh banyak diulang (bacaannya), ia tidak habis keajaibannya, ia tidak hentinya.
Tatkala jin mendengarnya, mereka berkata:
(Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran menakjubkan yang memberi petunjuk kepada jalan benar, lalu kami beriman kepadanya).
 Barang siapa berkata dengan al-Quran, maka benarlah dia, barang siapa yang mengamalnya, dia diberi pahala, orang yang menetapkan hukum dengannya maka dia adil dan barang siapa mengajak kepada al-Quran, ia mendapat petunjuk pada jalan yang lurus. Ambillah (kata yang baik) hai A’war.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam hadis ada menyatakan:
 ‘ulama tidak kenyang padanya, ia tidak usang oleh banyaknya diulang (bacaannya), ia tidak habis keajaibannya.’
 
Kita sudah menjumpai bukti kebenaran ucapan hadis ini. Kita dapati ulama menemukan perkara baru selepas merujuk kepadanya; kita dapati manusia tidak pernah bosan mendengarkannya; dan kita dapati banyak keajaiban yang timbul daripadanya.

Ulama yang arif mengeluarkan banyak ilmu daripada al-Quran; ulama yang bijak pandai sudah banyak mengeluarkan hukum yang jitu daripada al-Quran; ulama yang ikhlas lagi setia banyak mengungkap rahsia al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan membuka tabir keagungan Allah Taala.


Tiada satu kitab pun di dunia ini yang boleh dibandingkan dengan al-Quran. Tidak ada satu kitab pun di dunia selain al-Quran yang sangat menarik perhatian manusia dari segi bahasa, tatabahasa, sastera, kandungan bahkan jumlah kata dan hurufnya sehingga ulama mengira bahawa lafaz ‘Allah’ dengan fathah (di atas) ialah 591, dengan kasrah (di bawah) 1,131 dan dengan dammah (di depan) berjumlah 974. (Al-Madisi, Fath al-Rahman, 489)

Melalui tadabbur al-Quran kita mendapati gaya bahasa dan metod persembahan dalam menyampaikan mesejnya sungguh bergaya. Tatabahasa tepat, penyampaian menarik, struktur ayat yang indah dan pilihan perkataan yang cantik hanya sebahagian daripada pesona memukau bagi menggamit insan bertadabbur terhadap wahyu Ilahi.

Satu cabang ilmu al-Quran yang diciptakan manusia adalah ilmu asrar tartib suwar al-Quran atau rahsia urutan surah-surah al-Quran. Ilmu ini tidak seberapa berbanding ilmu munasabah al-ayat atau ilmu hubung kait satu ayat kepada ayat yang lain yang selalu kita dapati dalam Tafsir Mafatih al-Ghaib (Kunci Alam Ghaib) karangan Imam al-Razi (w 1209M) kerana yang pertama disebut hanya membincangkan 114 surah sedangkan terakhir membincangkan seluruh ayat al-Quran berjumlah lebih 6,000 ayat.

Adalah Imam al-Suyuti (w 1505M), seorang ulama ensiklopedia kerana menulis di semua bidang ilmu keislaman pernah menulis kitab Asrar Tartib al-Quran.

Ketika membincangkan rahsia mengapa al-Quran dimulakan dengan al-Fatihah, beliau berkata pada halaman pertama: “Allah SWT memulakan kitab-Nya dengan surah ini (al-Fatihah) kerana di dalamnya terkumpul semua tujuan al-Quran, oleh itu ia juga dinamai umm al-Quran (induk al-Quran), umm al-kitab (induk al-kitab) dan al-asas (Asas), maka ia sesuai dengan namanya sebagai pembuka.

Berkata Hasan al-Basri: “Sesungguhnya Allah SWT menyimpan semua ilmu kitab terdahulu di dalam al-Quran; kemudian Dia menyimpan ilmu al-Quran dalam surah al-Mufassal; kemudian Dia menyimpan ilmu al-Mufassal dalam surah al-Fatihah. Siapa mengetahui tafsir al-Fatihah seolah-olah mengetahui tafsir semua kitab yang diturunkan (itu).” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Ketika masuk membincangkan surah al-Baqarah, al-Suyuti menulis: Sebahagian imam berkata: “Surah al-Fatihah merangkumi pengakuan terhadap ketuhanan (rububiyyah) dan cara kembali kepada-Nya dalam Islam dan juga pemeliharaan daripada agama Yahudi dan Kristian.

Sedangkan surah al-Baqarah merangkumi kaedah asas agama dan surah Ali Imran sebagai penyempurna maksudnya. Surah al-Baqarah adalah dalil hukum sedangkan Ali ‘Imran jawapan terhadap kekeliruan musuh (Islam).” (halaman. 2)

Akhirnya ketika membincangkan surah al-Nas, al-Suyuti menulis: “Selepas itu disebut pula surah al-Nas yang di dalamnya diberitakan mengenai martabat dan darjat jiwa manusia.” (Halaman 43)

Perkara yang menarik ialah mengapa disebut dalam surah ini tiga perkataan berbeza untuk satu benda yang sama. Rab al-nas, malik al-nas dan ilah al-nas. Jika dalam tafsiran biasa diterjemah dengan ‘Pemelihara sekalian manusia’, ‘Yang Menguasai sekalian manusia’, dan ‘Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia’, secara berurutan. Al-Suyuti mengetengahkan pendapat Ibn al-Zamlkani dalam memahami rahsianya iaitu tiga kata ‘al-nas’ diertikan kanak-kanak, belia dan orang tua secara berurutan kerana sebab tertentu seperti dilihat Ibn al-Zamlkani.

Inilah rahsia ilmu al-Quran yang dijumpai ulama yang tidak pernah dilakukan terhadap kitab sebelumnya. Ia bertujuan menambah dan mempertingkatkan keimanan Muslim yang mencintai kita sucinya.

Al-Quran diturunkan oleh Allah bertujuan menyuntik semangat keimanan kepada manusia. Semangat yang sudah berputik menimbulkan minat untuk membaca dan beramal dengan tuntutannya penuh keyakinan tanpa dibatasi faktor masa, kaum, kepentingan dan tempatan.

Seseorang yang bermula dengan iman yakin dan percaya kesesuaian kitab ini pada semua zaman dan masa kerana diturunkan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan makhluk manusia.

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam),” seperti maksud firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 9. Maha Benar Allah!

Oleh: Abdurrahman Haqqi

Bestnyaaa. Banyak yang saya dapat. Semoga Allah bagi beliau banyak pahala atas ilmu yang beliau kongsikan.. 

Saya gunting dari  sini. :)

Thank You!