Searching for ......

Thursday, June 3, 2021

Berkenalan With 2021 Me!

Assalamualaikum and hai semua 🤗


Gambar no filter ni haha


Saya Aisyah As Siddiqah, but bagi yang baru kenal awak panggil Cah je okay! 😁 So dalam pic ni sayalah, bukan orang fake ya hahah. Cah kena guna gambar raya ni jugak sebab ni je latest pic yang tak guna filter. Hahah. Yang manusia2 tepi2 tu berterabur takpelah. (Ameenah monyok, Soleh menggelupur nak turun, so biar lah kami bertiga je masuk 🤣)

So Im here to share with you guys tentang satu product yang memang DAH TERBUKTI BAGUS tau untuk kulit iaitu product skincare : DR’s SECRET! Haaa nak share pasal skincareee sebab tulah cari pic tak pakai filter gaisss! 😆

Sebenarnya product ni dah lama berada dalam pasaran iaitu 31 tahun. From company yang listed di Singapore ya, (bukan senang nak jadi listed company di Singapore). And memang dah raaamai pengguna banyak negara, tapi kat Malaysia yang guna ramai Chinese. Orang Melayu je baru dalam setahun lebih tahu pasal this product. So Cah rasa awak jangan lambat2 tau grab nanti tertinggal rugi sesangat.. 

Later Cah akan update moreee pics TESTIMONI BERJAYA, awak nak tengok takkk? 😍

Btw, selamat berkenalan ya! 😁🙏🏻

Wednesday, June 2, 2021

WELCOMING MYSELF!

 Assalamualaikum and hai :)

Welcome back to myself.. 2020 skip ye tak update langsunggg hahah. But Kita Akan update after this ya. New me. New business. Oh nak try guna link untuk WhatsApp:  link ni :)

Btw. Cah dah tak jual Shaklee tau, sebabnya dah terhenti lepas deliver anak first hari tu, pastu nak start balik dah hilang punca. Im sooo sorry.. Maaf ya.. Yang dapat info daripada blog ni about Shaklee semoga dipermudahkan urusan... Awak boleh cari agent Shaklee lain yang sah dan aktif meniaga Shaklee ya.. 

Anyway untuk new business ni saya akan bahasakan diri as Cah, my work name. Hahah dulu Siddiq sebab business time belajar orang memang panggil Siddiq  time tu. Now kat tempat kerja kawan panggil Cah so okay lah guna Cah. 

Selamat bermuamalah with me! =)


Monday, April 1, 2019

Amalan Rohani Yang Saya Amalkan Untuk Baby Semasa Preggy

Assalamualaikum..

Hari ni mama nak cerita pasal amalan yang mama amalkan dan cuba amalkan masa mama pregnant. Memang tak semua malan yang dicadangkan baik tu mama buat, tapi ada beberapa perkara yang mama memang amalkan. Semoga dengan amalan ni semua anak2 mama jadi anak2 yang soleh dan solehah, diberkari Allah dalam seluruh hidupnya ameen.

Okay tapi serius tak sama amalan masa preggy Ameenah dengan second baby ni. Sebab tak tahu lah memang tak boleh nak sama. First maybe sebab mama nak improve mana yang kurang, and maybe feelingnya lain bila second pregancy ni. Sama ada jantina baby lain atau memang semua anak berbeza-beza. I really dont know. Tapi ni mama share sekalilah ea dua-dua time preggy..

1) Khatamkan satu Al-Quran

Okay yang ni amalan masa second pregnancy. Mama try hard (means memang malas sesangat tapi cuba juga baca) untuk habiskan satu quran full. Inshallah sempat. Setakat ni 7 bulan preggy dah sampai juzuk 20. Kejap lagi bulan ramadhan inshallah boleh habis ni hehe.

Masa ameenah dulu mama amalkan 3 surah yang famous tu, surah maryam, surah luqman, surah yusuf.. yang kali ni serius tak baca 3 surah tu sebab nak fokus habiskan satu quran..

Lagipun mama ada amalan baca al-Waqiah hari-hari non stop. Untuk keluarga kita, untuk papa. Kira hadiah lah daripada mama untuk semua ahli keluarga kita..

Ingat nak tambah amalan baca surah yasin etiap pagi semula. Tapi tulah,tak mula2.. hahah

2) Taklim (baca hadith nabi)

Ni pun takdelah awal sangat mula. Mula 1 Januari hari tu alhamdulillah dapat istiqomah hari2 kat rumah kita. Mama tak baca, mama dengar je. Papa yang baca.. Baca hadith ni bagus untuk melembutkan hati.. hati mama papa, hati anak2.. inshallah mudah-mudahan...

Nanti mama update lagi hahaha.. sebab serius tak banyak pun amalan mama.. sobs.. Mama update sikit pics Mama masa preggy awak ea sayang hehe

Waaaah! Happy mama masa preggy awak ye! =D

Demi tak nak kacau Ameenah main, tapi nak ambil pic dengan dia...

Alamak gemok sudah mama and papa, Ameenah je cute hehe..
Tahniah Haziq and Fatin Faridah.. <3

Semua pics tu diambil semasa cuti panjang iaitu cuti bencana campur dengan cuti penggal seminggu.. So total cuti 18 hari hahah.. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dan nikmat di atas musibah yang berlaku.. Dapat spend time with parents both of us lama-lama sikit..  


I love you my second baby... semoga awak sihat, gembira, sedap mata memandang,dn dilindungi Allah sentiasa ye.. we all semua tak sabar tunggu awak tau...


Monday, February 18, 2019

Pengalaman My Second Pregnancy


Assalamualaikum :)

Haa dah lama kita nak cerita ni, tapi tak sempat2, plus masalah laptop kita so kita tak dapat nak cerita. Untuk entry kali ni kita nak cerita pasal my second pregnancy!

Alhamdulillah now kita dah pregnant anak kedua 5 months dah.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, mMama so happy, we are so happy! Macam cepat je kan masa berlalu, tapi kita dah pregnant sejak tahun lepas lagi hihi.. bulan 9-10 gitu. Sebenarnya its not easy lah for us untuk getting baby ni. Kena TTC jugak sama macam masa Ameenah tapi Alhamdulillah Allah bagi pada masa yang sesuai dengan diri kami. Ameenah pun dah makin bijak pandai and faham cakap mama papa so lebih senanglah. So no pressure pada Mama Papa also Ameenah. Dear my second child, we are waiting for you tau! =)


Tapi untuk pregnant kali ni, pengalaman mama berbeza dengan pregnantkan Ameenah dulu. Sampai sekarang ni (5 months) mama masih lagi ada alahan. Hahah. Alah dengan bau masakan kat dapur, rasa loya memanjang. Kalau masa ameenah dulu, langsung tak ada alahan. Seingat mama kalau ada pun sekejap je alahan itu pun masa duk kat asrama, nak makan tak selera. Itu pun tak rasa sangat sebab sekejap and duk asrama so takde masak2 kan..

Tapi untuk pregnant kali ni, masak untuk lunch boleh kira dengan jari. Sangat jarang. Hahah. Sebab memang alahan.. Loya… Alhamdulillah Papa jenis cool and memahami..

Tapi mama always doa and harap anak kedua mama ni sihat sempurna fizikal dan metal, and sentiasa dilindungi Allah. Tau sayang? Walaupun mama pregnantkan awak ni macam2 peelnya, tapi mama doa banyak2 semoga awak kat dalam sentiasa sihat okay.. Ameen. I love you sayang..

So sebab pregnant kali ni mama serius loya semacam nak telan pil-pil yang biasa mama telan masa pregnantkan Ameenah, jadual makan vitamin mama pun berbezalah dengan masa pregnant Ameenah. 

Kesian anak mama ni,  HB pun low and tak cantik huhuu. Harap baby okay je.. Please next time check up cantik please….

Tapi still mama cuba untuk makan, consume apa yang baik untuk baby… Kalau masa kakak Ameenah dulu mama memang konsisten full set Shaklee, untuk kali ni tak berapa nak Shaklee means tak full set… Campur2 asalkan baik untuk baby.. 

So apa yang mama amalkan adalah :

1B Complex Shaklee

Ini mama consume sebab yang klinik bagi pil kecik tu lagi lah loyaaaa! Hahah. So makan B Complex setiap pagi, sebelum makan apa2.. paling bagus makan lepas solat subuh tu.. Kalau mama malas nak turun mama akan makan area pukul 10, still sebelum makan apa2..

2 Pati Delima

Ha yang ni memang membantu mama hilangkan loya sikit. Selain daripada air oren Sunquick. Sebabnya mama agak jarang makan multivitamin yang doctor bagi sebab effect loya tum akin ketara kalau makan tu. So mama amalkan pati delima.. orang kata bagus untuk HB, mama harap baby okay and dapat manfaat daripada pati delima tu ye..

3 ESP Shaklee

Ini pun mama consume, tapi jarang-jarang, bukan setiap hari. Sama macam masa kakak Ameenah dulu. Sebabnya ESP ni bagus untuk pertumbuhan sel-sel.. Tapi kalau kerap sangat takut ada eczema pulak.. So mama pilih sederhana saja… Tengok macam kakak Ameenah, walaupun serba serbi ikut papa, tapi kulit dia cerah sikit lah tak ikut papa sangat hahah. Alhamdulillah.. tapi taka da masalah kulit yang eczema ke lain2..

4Minyak ikan Omega Guard

Yang ni mama makan start second trimester. Mama makan masa kat sekolah sebab kena makan after lunch. Mama tak bawak balik, tinggal je kat sekolah.. So mama makan bila mama ingat, and bila mama ada kat sekolah je. Mama tak konsisten sangat makan terlalu hari2.. Sebabnya mama memilih untuk sederhana saja.. Memang bagus untuk baby, tapi taknak terlau lalu bagus hehe…

SSusu Kambing

Yang ni mama langsung tak istiqomah.. hahah.. Tapi mama beli dah masa second trimester. Sebab nak istiqomahlah tu… tapi tiap malam rasa tak sedap je tekak nak minum susu… Huhuu.. sebenarnya kena istiqomah.. Wajib… Sebab nanti effect kuning anak tau… kalau kita kerap minum susu kambing masa preggy, memang kuning anak kurang and kejap je baik.. macam ameenah, 3 hari je kot kuning.. so takdelah ulang alik ke klinik… mama happy baby pun happy… hehe.. ya Allah mulai malam ni please lah suruh aku istiqomah minum susu kambing.. Ameen..

Okay tulah cerita untuk first entry pasal my second pregnancy ni.. pinjam laptop kawan sekolah ni hahah.. Mama doa dan berharap semoga anak kedua mama sihat, bijak, cantik, lembut hati, Ameen.. senang cerita anak mama ni jadi anak yang soleh atau solehah.. Ameen.. I love you my second child.. Papa, Mama, Kakak Ameenah are waiting for you.. We love you tau <3

Assalamualaikum.. 

Monday, July 9, 2018

Umrah Ramadhan Ilyasiddiqah (Part II Makkah)

Assalamualaikum

Sambung terus ye.. Hahaa

Pada hari kejadian nak pergi Makkah 26 Ramadhan, Lepas subuh tu kitorang gi jumpa Ust dan kawan Ilyas namanya Hafiz sebab nak gerak ke Makkah sesama.

Pergi sama2? Macam mana boleh kenal? Masa sebulan sebelum pergi tu, Hafiz tu pm saya kata nak pergi sekali boleh tak. Saya jawab boleh je nanti tanya Ilyas. Pastu saya tanyalah dia pergi sorang ke? Dia jawab tak,berdua, tapi dedua lelaki… hahaha maksudnya sis tetap seorang.. tiada kawan… Sepanjang musafir ini..

Sepanjang kami duk kat Madinah, kami memang tak jumpa pun Hafiz dan Ust tu.. Ilyas ada jumpa sekali sebab nak bincang pasal nak pergi Makkah tu, sis pulak memang jumpa diorang masa nak pergi Makkah tu lah....

Lagipun debor jugak kalau nak masuk Makkah ni berdua je hahaha orang kata ketat sangat nak masuk Makkah. Pintu banyak ditutup dan banyak sekatan jalan raya dan spotcheck dibuat.. so kitaorang takutlah jugak hahaa.. dan sis lagi berdebar bila Ilyas kata bermusafir ni lebih baik berjemaah daripada sorang.

Siapa pulak orang yang kata nak masuk Makkah susah? Ramai je yang cakap.. dengar-dengar.. dan ada sorang yang lagi mengukuhkan kenyataan tu dan membuat kitorang lagi gegerrrr hahaha. Siapa diaaaa?



Ini orangnya! Hahaha.. Ustaz Adam Maahad Johor siapa kenal? Sekarang ustaz dah jadi orang PPD kat Pontian tak silap. Ustaz Adam cerita macamana nak masuk Makkah tu ha lagi mendebarkan kitorang.. Padahal sebelum ni rasa boleh je pergi berdua.. tapi sebenarnya sis lebih kepada ikut saja suami.. Suami yang deborrr tu.. Hahah..

So pagi tu Ilyas ajak ziarah wada Nabi SAW… Sebelum keluar daripada Madinah.. Aduuuu sayunya masa ni, sedih sangat…. Solat 2 rakaat, beri salam pada Nabi lepas tu bye……

Salah satu pintu Masjid Nabi, jumpa lagi ye...


Dalam pada tu, kitorang tahan teksi, and request Uber.. Uber so slow and taka da pun. Not recommended.. hahaa.. teksi pulak ramai yang tak nak hantar ke Makkah sebab jauh dan harga murah kot tak berbaloi… pastu nak kata rezeki Allah hantar prebet sapu… Ada sorang mamat arab ni nak hantar kitorang ke makkah.. Harga SR600… Perjalanan Madinah ke Makkah macam dari johor ke Terengganu, tapi perjalanan atas highway kosong..  so naik bas 8 jam… naik kereta 5 jam… kami naik kereta prebet sapu ni 5 jam lah…. Prebet sapu pun tapi kereta mahallah… jenama Hyundai, warna putih and luas…. Alhamdulillah selesa…

Sepanjang perjalanan ke Makkah Alhamdulillah everythings is very okay.. sangat dipermudahkan… kitorang rasa sebab ada ust tu kot semuanya dipermudahkan… sekatan jalan? Tak ada.. lalulah depan polis.. Cuma tak kena sekat or check apa2 pun… check passport? Tak ada juga… sangat mudah…

Cuma yang kelakarnya…. Mamat arab yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah.. masa tu 26 ramadhan… kitorang dalam keadaan ihram.. nak buat umrah… sekali orang yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah… selamber je dia… tapi memang betul pun… sebab kami kan dalam keadaan bermusafir… boleh berbuka… dia pun bermusafir… boleh berbuka… Cuma lebih baik puasa lah… dia banyak kali ajak berbuka sama.. kami taknak… hahah… siap singgah kedai beli kopi,aiskrim hahha… berhenti lagi gi merokok pulak…

Okay on the way ke Makkah tu berhenti bir Ali, orang lelaki pakai ihram, sis dah pakai dah.. niat pastu zoommm ke Makkah….

Bersambung.....