Assalam and Hai semua π
Alhamdulillah setelah sekian lama Aisyah fokus kat blog, lately dalam 2-3 minggu Aisyah langsung tak dapat bukak apatah lagi menulis kt blog nih. Nak tahu sebab apa?
Sebab papa baby dah balik 40 hari π
Alhamdulillah syukur balik dengan selamat dan keluar dengan gembira. Bahaa.
Kenapa balik awal? Kata 4 bulan?
Ha ni lah citer dia. Sebenarnya memang rancang 4 bulan. Dah siap semua benda dah sebenarnya. Tinggal beli tiket flight jaaa. Tapiiii tetiba ditangguhkan hasrat kejap sebab kami belum dapat tarikh yng sah untuk interview SPP. So nak pergi IPB pun rasa macam was was sebab takut kena panggil interview on the spot.
So langkah selamat, habiskan dulu 40 hari and tunggulah tarikh interview tu. And Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dalam masa kurang seminggu, keluar sudah tarikh interview SPP Mama and Papa baby. Alhamdulillah π
Kami interview di JB 14 Februari ni. Bilik sama sesi sama. Tapi maybe group lain sebab ada lagi 18 orang sesi sama ngan kami so macam sure jugaklah tak segroup. Okay jugak kot hahaa. Sebab Ilys powerrr π
Okay itu satu Allah bagi nikmat. Alhamdulillah π
So dah tahu tarikh interview lah kan. Lebih kurang sebulan dari tarikh sekarang. So kami bincang2 inshallah Abang Ilyas akan ke IPB jugak after interview SPP, ikut jemaah 4 bulan. So niat nak keluar 4 bulan. Tapi kalau ada panggilan posting terus balik Malaysia inshallah.
So doa-doakanlah yng baik-baik ye. Mama and baby inshallah okay je π
Mama lagi suka Papa gi khuruj sekarang sebab memang tengah free kan. Rugi je duduk rumah entah buat apa lah agaknya. Or busy-busy pasal dunia. Malas nak fikir dunia ni banyak sangat benda yng menyerabutkan. Betul tak? Hahaa
So sementara ada peluang dan ruang ni baiklah jauhkan diri jap dari dunia. Hehee. Nanti dah kerja dah sibuk fikirlah banyak2 ye dunia tu sampai tak laratttπ
Okay itu sahaja coretan isteri Ilyas Rusman untuk hari ni. Papa gi Markaz ni Mama tengh tunggu papa balik, harap2 dia taknak makan sebab Mama malas nak gi dapur malam2.
Ohye lagi satu. Ni ada masa lapang ni sebab husband gi Markaz, Kina tengok bola so memang aku duk biliklah jawabnya π
Tapi setuju tak kalau Aisyah cakap : Bila ada husband di sisi komain busy, banyak benda tak sempat nak buat. Setuju tak? Entah apa entah yang busynya tapi memang banyak bendalah tak boleh siap. Contoh paling simple yang tak boleh buat tu adalah : blogging π
Sekian. Kesian π
Okay tu jerlah. Thank you for reading! ❤️
Searching for ......
Friday, January 20, 2017
Wednesday, January 11, 2017
Certain Day Talking : Lulus QTI Test!
Assalamualaikum and
Hai semua :)
Alhamdulillah setelah
beberapa lama Aisyah menyepi, hari ni muncul balik hihii. Alhamdulillah Aisyah
dah habis belajar 16 jam kereta tu ha, and tadi baru lepas Test QTI. Test QTI
ni adalah test sebelum Test JPJ. Kalau kita tak lulus time QTI, maka tak bolehlah
ambil Test JPJ huaaa sadis kan sekarang?
Tapi Alhamdulillah,
dengan bantuan Allah, doa suami dan ibu bapa, Aisyah lulus QTI tadi hehe. So bolehlah
reward diri sendiri ni ha dengan menulis blog sambil makan coklat yang baru
beli tadi, Aisyah habiskan RM30 untuk beli coklat hehee.
So perancangan
seterusnya adalah :
1. Mahirkan kereta
Oh ye lupa nak kabo,
Aisyah lulus QTI dengan syarat tambah latihan hehee. Maksudnya kena belajar
lagi sejam. Lepas tu baru boleh Test JPJ.
2. Belajar untuk
interview SPP
Ha ni agak liat
sebenarnya hehe. Almaklumlah Aisyah mana pernah duduk rumah masa study kan, so
suasana rumah memang tak membantu langsung untuk Aisyah study. Sebab sejak form
one sampai degree study bukan di rumah. So memang tak biasa sangat sangat
belajar kat rumah.
Any way tu bukan
alasan. Kena study ok Aisyah?
3. Focus Shaklee
Yes of course lah kena
fokus sebab iols minat hihii. Nak penuhkan lagi blog dengan info Shaklee, nak
belajar lagi tentang Shaklee, and nak buat sales banyak-banyak so Aisyah
bolehlah reward diri sendiri dan baby setiap bulan hihii.
Bulan ni Aisyah dapat
beli beberapa barang hasil reward diri jual Shaklee, antaranya beg baby yang
cantik comelll, product Tropika untuk baby, napkin sweedle all in one baby yang
mahal hahaa. Dan ada lagi lah beberapa, tak tulis semua.
Okay itu jer
perancangan untuk kali ini. Have a nice day sumorang :)
Thank you for reading!
Friday, January 6, 2017
Review Cerita Sein Dan Luna
Assalam..
Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..
Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.
Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..
Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.
Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.
Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.
Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.
Oh sooo cannot! π° Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..
Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni π
Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.
Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.
Sekian...
Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..
Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.
Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..
Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.
Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.
Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.
Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.
Oh sooo cannot! π° Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..
Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni π
Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.
Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.
Sekian...
Thursday, January 5, 2017
Melindungin Masa Instruksional (MMI)
Assalamualaikum :)
Persediaan SPP.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai
kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar
yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam
kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI
sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara
dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang
demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak
KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?
MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi
memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru
Mengajar dan Murid Belajar”.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan
MMI?
Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang
maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang
menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
- Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
- Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
- Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
- Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
- Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan
MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh
dibincangkan dalam JK Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar
mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di
luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada
pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit
Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti
sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah
pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai
aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat
pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan.
Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut.
Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang
ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah
dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan
guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan
MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan
pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI
dengan berkesan.
11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan
pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti
pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan
dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu
persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu
menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan
aktiviti berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat,
bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada
KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi
pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program
yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu
menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.
GOOD LUCK FOR INTERVIEW!
Apa itu Program j-QAF?
Assalamualaikum semua :)
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan
Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula
tahun 2005.
Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan
modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,
bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.
Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program
TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun
Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak
mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di
atas budi bicara pentadbir.
Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan
khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan
tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan
dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.
OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik
dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai
suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam
PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak
dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
1. Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen
pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan
pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan
pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu
dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum
mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan
khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan.
2. Kepentingan Khatam al-Qur’an
Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian
Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia
tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan
bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid
yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran
secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut
semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada
kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah
tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:
1. Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam
Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru
khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua
sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab
Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah
dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku
panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan
Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang
telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini
akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai
bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah
menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.
3. Model Tasmik
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu
persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan
persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada
guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing
luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh
pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.
4. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang
dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan
pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata
pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya
tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah
60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
5. Model Bestari Solat
Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam
dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum
PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan
kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah
dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
GOOD LUCK FOR INTERVIEW!
Subscribe to:
Posts (Atom)