Searching for ......

Monday, December 19, 2016

HERB LAX SHAKLEE : KEBAIKAN, MANFAAT DAN TESTIMONI

Assalamualaikum and hai semua :)

Okay cakap pasal HERB LAX mesti semua akan bercakap mengenai perut, kurus, usus dan hal-hal yang realted dengannya kan?


Kalau ya, anda memang betul. Herb Lax Shaklee ni memang satu supplement yang tugasnya adalah men-detox. Apa itu detox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini. Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen akan lebih cepat berkesan dan tidak membazir.

Dah ramai cust Aisyah yang ambil Herb Lax ni terutamanya mereka yang ambil Set Slimming Shaklee. Alhamdulillah banyak fedbacks yang positif Aisyah terima, and kebanyakannya daripada mereka yang berdisplin. Sebab awak semua tak boleh bergantung kepada supplement semata-mata ya lagi lagi kalau nak kurus. Kena usaha juga kurangkan makan and jaga waktu makan. Tak boleh nak main taram aje sebab Shaklee bukan ubat kurus tau.

Okay, Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

APAKAH FUNGSI HERBA-HERBA SEMULAJADI YANG TERDAPAT DALAM HERB-LAX:

·         Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

·         Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

·         Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

·         Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.

·         Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

·         Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

·         Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

·         Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

·         Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.


Herb Lax dalam Set Slimming Shaklee :)

KEBAIKAN HERB LAX

·         Pembersihan najis yang tersekat.
·         Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
·         Membantu masalah sembelit.
·         Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
·         Mengempiskan perut.
·         Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
·         Memudahkan fungsi usus.
·         Menghilangkan jeragat.
·         Mengurangkan bau badan

SIAPAKAH YANG PERLU AMALKAN HERB LAX ?

·         Pengamal tegar ubat tahan sakit.
·         Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit .
·         Mereka yang banyak jerawat.
·         Pesakit gout.
·         Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

TESTIMONI HERB LAX SHAKLEE







Kebanyakan penggunaan Herb Lax diseiringkan dengan suppelement Shaklee yang lain bagi mendapat maximum result. Boleh juga kalau nak ambil Herb Lax aje, biasanya mereka ambil untuk jaga usus and perut :)

Alhamdulillah, Herb Lax sangat membantu untuk membersihkan usus dan perut kita daripada tersekat and lastnya perut buncitlah, berat naiklah. 

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Aisyah ok, saya akan ajar cara makan terbaik only for my dear customers :)

Aisyah 011-33099034
Shaklee ID : !091965


Sunday, December 18, 2016

GLA COMPLEX SHAKLEE : KEBAIKAN, KELEBIHAN DAN TESTIMONI

Assalamualaikum and Hai :)



Yey nak cerita pasal GLA COMPLEX pun Aisyah teruja sangat sebab this supplement pun sangaaat best. Aisyah consumer GLA Shaklee jugak tau hihi (aku rasa semua supplement Shaklee aku dah try and  asyik cakap suka  =P) so bersabar jerlah ye.

Itulah antara sebab Aisyah berani jual and nak share pada you guys :)

Sebelum share tentang manfaat GLA ni Aisyah nak share my own pengalaman ok. Saya ambil GLA Complex ni ada 3 fasa. Pertama nak nak dekat kahwin, kedua selepas lama sikit kahwin, ketiga masa tengah merancang untuk hamil.

Okay sebenarnya Aisyah sejenis wanita yang memang tak pernah regular periodnya. Memang sejak dari sebelum kahwin. So masa nak kahwin tu try lah beli sebotol GLA, nak tengok, membantu ke idok dalam meregular-kan my period cycle. And Allah bagi kesan, Alhamdulillah memang regular. So dah tengok hasil oklah kan, nanti dah rancang nak ada baby bolehlah amalkan. Sebab you know, antara usaha nak pregnant, period kena regular barulah kita tahu waktu subur kita. :)


So fasa kedua ambil sebab masalah eczema. Benda ni berlaku after kahwin tak silap. Aisyah ada masalah eczema dulu kat kaki. And this product termasuk dalam senarai boleh membantu mengurangkan eczema. And sekali lagi Alhamdulillah, Aisyah bebas eczema sekarang.

Kemudian, fasa ketiga pulak masa merancang nak preggy. I ambil GLA Complex masa tengah internship ebulan kat SK Jalan  Bangi. Alhamdulillah Allah bagi rezeki, semua kuasa Allah, satu botol GLA habis, Aisyah dah pregnant :)

Ketiga-tiga fasa ambil GLA tu bukan GLA je tau. Ada ambil supplement Shaklee yang lain juga, sebagai Set Shaklee. Adalah tu semua tu tak ingat Aisyah ambil berapa banyk dalam satu satu masa. But dont worry I will guide you with THE BEST CONSULTATION mengikut masalah and bajet you.
 
Okay jom masuk tajuk.


This is boleh dikatakan Evening Primrose Oil (EPO) Shaklee. Sesiapa yang ada masalah period, senggugut, kesuburan dan apa-apa yang berkaitan dengannya tu maybe biasalah kan dengar perkataan EPO nih kan?

Tapi tahukah anda, bahawa EPO tu sebenarnya membawa khasiat GLA, iaitu Gamma-Linolenic Acid, dan EPO yang berada di pasaran kebanyakannya hanya mempunyai 7 – 10% khasiat sumber asli GLA.

GLA COMPLEX daripada Shaklee dihasilkan daripada Borage Seed (17 – 25% khasiat sumber asli GLA). Borage mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding dengan EPO. Ia juga 3 kali lebih tinggi dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Ia juga merupakan kombinasi antara minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya ia digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan lain-lain.



APAKAH KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE?

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN GLA COMPLEX?

Mereka yang mengalami PMS
Mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap
Mereka yang mempunyai masalah cyst
Mereka yang ingin mendapatkan zuriat
Mereka yang ingin cantik


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Ia juga mengandungi vitamin E yang asli. GLA boleh membantu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE






Alhamdulillah ramai dah berpuas hati dengan mengamalkan GLA Complex nih. Awak pun boleh try tau inshallah tak mengecewakan. Yang penting usaha, doa, tawakkal inshallah Allah bagi penyelesaian. 

Boleh hubungi Aisyah untuk THE BEST CONSULTATION okay!


Aisyah 01133099034
Shaklee ID : 1091965


Thank you for reading!






GARLIC COMPLEX SHAKLEE : KEBAIKAN, KELEBIHAN DAN TESTIMONI


Assalam and Hai :)

This supplement pun antara my fav jugak sebab saya memang amalkan semasa pregnant nih. Biasalah, hormon berubah so keputihan wujud pulak. So sebagai langkah berjaga-jaga I amalkan supplement GARLIC COMPLEX SHAKLEE ni bila perlu :) 

Semoga Allah beri kebaikan kepada mama and anak mama ya Ameen.

Kalau nak tahu, bawang putih ni memang sangat popular sebagai makanan kesihatan sejak berkurun lamanya. Lagi-lagi masyarat cina, kalau masak tu bawang putih dia memang banyak, segar dan berasa.

Orang tua-tua kita dulu pun amalkan bawang putih ni katanya bagus untuk kesihatan contohnya untuk ibu yang berpantang selepas bersalin, ia dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu, dan banyak lagi khasiat.

Tapi, nak ke orang sekarang nih makan bawangputih macam tu ajer? Baunya pun mesti rasa macam pening sikit kan? Ha jangan risau, anda ada pilihan lain, yang mana ia memberi manfaat SAMA BANYAK dengan anda makan bawang putih macam tuuu aje.


Pengenalan dan Kelebihan Garlic Complex keluaran Shaklee :

Garlic Complex Shaklee adalah sejenis supplement yang diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif).

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. Kegunaan allicin pada bawang putih untuk kesihatan adalah :

·         Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma


ANTARA KHASIAT, KEBAIKAN DAN MANFAAT GARLIC COMPLEX SHAKLEE IALAH:

Merupakan Antibiotik Semulajadi
  • Selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
Membantu Atasi Masalah Alahan/Alergi
  • Meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
Meningkatkan Sistem Penghadaman
  • Membantu dalam masalah seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan baik untuk mengawal tekanan darah.
Mengeluarkan Logam Toksik
  • Membantu menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seperti raksa, plumbum, kadmium dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
Melindungi Sel-Sel Darah
  • Mengelakkan kemusnahan sel darah yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
Mengawal Paras Kolestrol
  • Membantu menurunkan paras kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
Bersifat Anti Kanser
  • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
Mengelakkan Odema
  • Mengelakkan air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
Memperbaiki Sistem Pernafasan
  • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).
Pesakit Diabetis
  • Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.
Mampu Melawan Bakteria dan Jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut memulas (stomach upset)
  • Cirit-birit (Diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka-luka (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing
Keputihan Semasa Mengandung
  • Garlic Shaklee juga mampu membantu mengurangkan masalah keputihan yang dialami oleh ibu mengandung. Tapi kena ambil dose yang betul ya :)

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit serta lain-lain dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, bertukarlah kepada suplemen Garlic Complex Shaklee yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan negatif kepada kesihatan.




KENAPA PERLU MEMILIH GARLIC COMPLEX SHAKLEE BERBANDING YANG LAIN?

·         Garlic yang dipilih adalah yang ditanam secara organik di California, USA. Ia tidak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti.

·         Cara pembuatannya sugguh eksklusif. Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif.

·         Garlic Shaklee ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint

·         Setiap 2 tablet Garlic Shaklee bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.

TESTIMONI GARLIC COMPLEX SHAKLEE :







DEBARAN MENUNGGU HARI ESOK! (MESIRIK DAN BERTUNANG)

Assalamualaikum.

Hai hari ni Aisyah nak clean up my blog since I nak penuhkan dengan my Shaklee product kan. Tetiba jumpa this entry, kat draf. Baca punya baca ohhh ini post masa nak bertunang dengan En Ilyas nih. Hahaa seriously our first step. Blig memang boleh simpan memory lah. So I post here lah after 3-4 years.

Now we are ILYASIDDIQAH :)

Debornye lah. haha

Esok hari penentuan haha.
Malu lak nak type adoi.
Esok hari pertama penentuan.
Kalau keputusan esok baik, maka mudahlah urusan kami seterusnya.
Jika kurang baik, atau tidak seperti yang kami rancang, maka redholah kami. Muehehe :’)

Seriaunya lah. Haha
Mungkin esok aku bertunang. Atau mungkin merisik aje.
Atau mungkin gaduh-gaduh ke sapa tau kan. Haha

Dah la aku tak buat pape persediaan diri sendiri pun. Haha
Aku macam ni jugak.
Tak tau lah nak buat apa. Haha
Aku try cantikkan kuku..
X cantik pooon. Hahaha
Aku nak pakai inai.
Macam oveeer je.
Tido jelah. Ahahaha
Baju pun tak tau nak pakai yang mana.
Sebab aku tengok orang lain tunang macam pengantin.
Aku? Kenaa keee? Tanaaaakkkk. :’(
Maluuuuu..
Sebab tak tahu lagi apa yang berlaku esok..
Aku ada 2 pilihan baju je.
Jubah merah ngan tudung pich raya hari tu
Atau
 Jubah hijau dengan tudung hijau pinjam hahah.
Tu jerr. Ko jawab cane aku esok? Haaa

Berbeza pula dengan ahli keluarga yang lain.
Ibu kina ali ayah. Semua busy.
Semangat betul.
Aku? Debo debo. Haha

Bukan tak nak raikan ke apa..
Aku takut esok ada masalah.. L
Takut sangat ah senang kata. L
Aku takut keluarga my future hubby tu tak datang..
Takut bakal pok metua aku tak datang..
And takut semuanya yang dirancang tak jadi. L

Sebenarnya kami tak sedia pun nak buat majlis besar-besaran ke apa..
Saja datang rumah gitu..

Sekali tengok dedua famili semangat.
Apatah lagi famili aku.
Seram aku.
Haha.

Aahhh. Aku nak pakai jubah bebiasa jek esok. :s

Tapi kalau tunang terus esok alhamdulillah lah..
Mudah semua..
Tinggal akad nikoh ajo  pahni muehehe.

Dan allah merancang.
Aku memang tak rancang apa-apa.
Aku cuma nyilu hati sebab takut esok benda buruk (yang aku senaraikan tadi) berlaku.
Itu aje.
Allah sebaik-baik perancang dan allah telah meletakkan tarik 13.10.13 untuk tarikh bersejarah aku. Huu :’) thank you allah. Love u..
Aku pun terkejut.
Sebab malam tadi baru aku tanya kina. Ahad ni bape hb.
Allah merancang. Allah menentukan. Alhamdulillah..
Kat tarikh tu pun bagi aku dah ada petanda baik dari allah.
Semoga baik sahaja semuanya. Ameen.

Doakan aku ye laptop. Semua semua yang tahu aku sedang menulis. Pokok-pokok, binatang-binatang, meja, kerusi semuaaaanya. :’D
Doakan aku ye semuaaaaaaa..


For the pleasure of allah. 

Saturday, December 17, 2016

IKAN SIAKAP STEAM PALING SIMPLE


Assalam and Hai :)

Hari tu ibu ada beli ikan siakap. Ibu uruh masak siakap 3 rasa. Tapi tekak rasa taka mauuu sangat makan ikan siakap 3 rasa tak tahulah kenapa. Baby mama yang tak mau ke mama yang tak mau nih? Hahaa

So Aisyah pun rasa macam nak masak ikan siakap masak steam. Emm rasa nak memperkenalkan pada ibu and Kina my delicious ikan siakap steam. And you all jugak hihi. Sorrylah Aisyah memang suka sangat masakan diri sendiri. Hahaa lagilah masa preggy ni. So here my recipe :)

Senang sangat nak buatnya. Simple, mudah dan sihat. 

Bahan-bahan :

·         Ikan siakap seekor
·         Halia sebesar ibu jari
·         Cili kampung sebanyak yang awak mahu
·         Bawang besar 2 biji
·         Bawang putih 4 ulas
·         Daun limau purut 2-3 helai
·         Limau kasturi sebiji
·         Air asam jawa sikit

Cara-caranya :

1. Basuh ikan bersih-bersih. Better jangan dipotong nanti kurang cantik. Lumur garam sikit.




2. Halia, bawang-bawang and cili di potong kecil-kecil.



3. Sediakan empat men-steam (bawah ada air, atas tempat tenggek ikan). Didihkan air. 

4. Susun ikan cantik-cantik dalam bekas yang boleh digunakan untuk steam. Taburkan segala bahan yang dah dipotong tu. Atas bawah dalam ikan semua kena letak ye. 

 

5. Lepas tu Aisyah letak air sikit sebab I suka kuah. Up to you kalau taknak pun tak apa. Garam secukup rasa, air asam jawa. 

6. Lepas air dah mendidih, tenggeklah ikan atas tu. Tutup and biar dia masak. Not sure berapa lama tapi yang ni Aisyah buat 20 minit macam tu. Tengok mata ikan tu macam dah tersembul and putih macam tu dah masak lah tu. 

 

7. Pastikan ikan dah masak, rasa dulu, kalau rasa kurang sedap bolehlah tambah perasa hilal ke apa, kemudian angkat, picitkan limau kasturi tu sikit dan boleh dimakan. 


Senang  je kan? Senang sangat.. and makan panas-panas dengan nasi panas memang tiptop. Aisyah memang tak makan ikan jenis macam ni yang sejuk, lagi lah masa preggy ni dia tak mau lalu langsung. So better habiskan jer ikan sekali makan hehee. 

Nak bagi tips sikit : Cara Aisyah hilangkan bau hanyir ikan adalah dengan merendam dan menyalut ikan dengan tepung gandum seleum / selepas disiang. Senang je :)

Selamat mencuba tau! 

Thank you for reading!