Searching for ......

Thursday, December 27, 2012

Cerita Tentang Seekor Unta.

Assalamualaikum semua ..

Sihat kan semua? Say Alhamdulillah. ;)

First of all, saya nak bagi hadith dulu yep.

"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." 
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Ahaa. You got it?
-Yes. I do.

Kita dapat lihat ye tuan-tuan dan puan-puan, betapa unta ini sangat tenang. =..=
Yes. Unta binatang yang sangat tenang. 



Saya bagi contoh (related to my story mory) :

KES 1
“Aku malas lah nak simpan laptop ni. Ala... Tak ada orang ambil punyaa. Biar je lah kat situ..”

KES 2
“Aku rasa aku kena ibadat sepanjang hari sepanjang malam lah. Aku banyak dosa sangat sangat ni. Aku tak payah kerja. Rezeki allah yang bagi. Anak isteri pun sama. Allah kan dah tetapkan rezeki kita. Maksudnya adalah tu rezeki kita. Tak apa.. kita tunggu je..”

KES 3
“Aku belajar ke tak belajar ke sama je. Kalau Allah nak tolong, Allah tolong jugak masa exam tu. Jadi, tak perlu baca apa-apa lah. Nanti doa aje kat Allah. Insyaallah, ada bantuan”

See?
Mesti usaha dulu baru tawakal.
-Means?

Yeah.
Kena simpan laptop dulu baru doa dan yakin Allah yang akan selamatkan laptop itu.
Kena usaha atau kerja dulu baru doa dan yakin yang bagi rezeki itu Allah.
Kena usaha atau study dulu sungguh-sungguh, baru doa dan yakin yang Allah akan bantu dalam exam nanti.
Dan lain-lain.

Kita semua maklum kan perkara ini sebenarnya?
Okayyy. Saya saja je cerita. :p


Dan kita juga tak boleh langsung tidak tawakal kepada Allah.

Lihat ayat ini,

"Kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman" (Al-Ma-idah: 23)"

Ayat ini memberi penjelasan bahawa orang yang bertawakal itu sifat yang mesti ada pada setiap orang yang beriman.
Ahaaa. Maksudnya, kurang sempurnalah iman jika kita tidak bertawakal pada Allah.

Contohnya bila kita dah pass exam kan,
Haaa. Kita tak boleh cakap,

”Sebab aku usaha gila-gila lah ni aku berjaya. Ini semua sebab aku. Hebatnya akuu..”

Tukarkan ia kepada (lepas usaha eaa),

“Alhamdulillah, berkat usaha, rahmat dan pertolongan Allah lah aku pass exam ni. Terima kasih ya Allah.”

Haaa. See the differences? 

Semoga saya dan anda sedar ye yang kita kena jaga setiap inci percakapan kita.

Doakan saya.

Semoga kerana Allah.

Thank You!

Wednesday, December 26, 2012

Episod Terakhir Drama Merlin

Assalamualaikum yauu!
Salam satu Malaysia. Ahaa.

Aku saja nak cerita pasal cerita lagi nih.
Disebabkan aku adalah peminat jugaklah pada si Merlin ni,
Dan aku tahu awal tentang cerita ni.


Ini cover untuk Season 5.

Maka, akhirnya pengarah cerita Merlin pun menamatkan ceritanya itu.
Dan tak dapatlah kita nak tengok muka si Merlin yang terus menerus berubah itu :p

Berbalik pada tajuk, Merlin mati??
OhmaiAllah.
No..
Itu saja jakk.
Gurau bha.

Seriusliii dia dah berubah. Sila lihat Season 1 and then Season 5.


Tetapi siapakah yang mati?
Jengjengjeng #suara puyus di situ.
Athur.

-Whattttt??
Yes. Athur. nanges.

Ahaa.
Ini aku nak cerita secara profesional lah kan.
*sambil lap- lap hingus*


Inilah pedang yang kononnya hebat noo tuu. 



Serius yoo Athur mati ditikam oleh Modred dengan pedang yang ada nafas naga tuu.
Tapi jangan sodeh dulu, Modred juga sempat ditikam oleh Athur.
#Maksudnya bayangan awal yang selalu mengganggu Merlin itu adalah benar!
Athur ditikam!

Takdelah kan..
Aku ingatkan macam ermmm ada yang terhalang dari berlaku atau paling kurang pun si Athur ni macam terselamat lah, kan..

Rupanya . . . *lap lap lagi.

Tinggal ini sahaja di akhirnya. *sobs sobs seroottt.


Maksudnya tujuan Merlin dihidupkan tak dok lagi lah kalau si Athur tu mati. T.T
Episod sebelum last , si Naga tu yang macam ada bagi link-link dia nak mati.
*so aku ingat dia yang mati..

Tapi serius sedih bagi penggemar cerita ni.
Kita dapat merasakan kasih sayang Merlin kepada Athur.
Dia tak dapat terima yang Athur akan mati.
Fuuuu.  #sedih sekali.

Tinggal kenangan.. *Acehh.
Dari kiri : Sir Leon, Sir , Sir , King Athur, Sir , Sir Percival.
Mereka semua adalah kesatria yang setiaa. 



Last sekali Athur cakap 'thank you, Merlin'
#omaiAllah. sobs sobs serooott.
Masa tu  dia dah boleh terima yang si Merlin ada kuasa ajaib.
Sebab sebelum ni, masa mula mula dia tahu, dia tak boleh terima. Sebab dia rasa macam ditikam dari belakang, dikhianati orrr yang sewaktu dengannya lah.

*nangis lagi laju-laju T.T*

WANTED. Ini Modred. Adik Morgana.
Errr, patut laa.


Tapi yang aku bersyukur tu, si Athur tu tak mati kodok terus tau.
Dia sempat bertahanlah dalam 2 hari kot.
So, sempatlah kita tengok dia nak tunjuk kasih sayang kat orang sekeliling dia ke,
Atau orang sekeliling yang nak tunjuk kasih sayang kat dia ke..
#say Alhamdulillah.. :)

Ini adalah Merlin a.k.a Emrys.
Aku rasa penting gambar ni. Haha.


Aku ikuti cerita ni adalah dalam 2 tahun lepas.
*aku tahulaa, lambat.. =..=

Kenapa aku suka Merlin?
. . .
Sebab dia diterima untuk jadi pelakon utama yauu sebagai seorang hamba yang kurus kedekiakkk, tak ada kelebihan, senang dibuli, bla bla bla lalala,
Ahaa. Dan dengan muka yang biasa jakk
*serius, mula-mula aku tengok muka si Merlin ni aku takut.*
(Sebab memang lain macam sikit kan muka dia? Ce tengok bebetul. Ehek.)
Menjadikan cerita ini menarik! :D


Dia juga mati dalam season ni, tapi awal sikit. 
Sir Edward, adik kepada Queen Gwenevere. 

Ini season last tau.
Betul-betul last.
Tak dok lagi dah cerita Merlin lepas ni.  T.T
#i gonna miss you ahak.

Apa yang aku dapat dari cerita ni adalah :

1. Kesetian kepada raja dan negara. Love our country, Malaysia. ;)

2. Setia kawan.

3. Kita sebenarnya ada kemampuan yang lebih lebih lebihh daripada yang anda jangka / sangka/ fikir
SEBENARNYA.

4. Dan lain-lain.
. . .

Tapi aku ada cara nak mengubati luka-luka peminat semua yauuu.

Meh tengok video ini.


Kesimpulan dari video di atas adalah.:

1. Yauu, Athur sihat lagi sampai laa ni. Siap gelak-gelak lagi. 
Maka, janganlah bersedih.
Semua mati mati itu tipuuu :p 
(yang betul adalah dia memang handsome. ya, ini tidak tipu. ahak.)

2. Morgana baik hati. Dia suka ketawa. :') say Alhamdulillah.. 

3. Mereka semuaaaa adalah kawan baik! Yauu! :D

4. Pak cik Gauis komain.. =..=

5. Modred juga seorang yang baik, mungkin tahap tidak akan membunuh orang. :') 
   *nanges terharu* Maafkanlah dia.. 

6. Merlin is gojes, you know.. Dia bukan hamba yang errr, you know rite? uhuk.

7. Dan lain -lain yauu.


Picture last,

Upsss, sorry, this pak cik dead before season 5 begin.
*muka puas hati. ahak.
King Uthur namanya. 
Takdok yang suka dia kecuali anak lelaki dia.


That's all okay. :)

Thank You!

Vlog Amar Bil-Makruf.

Assalamualaikum. <3

Aku rasa aku nak promote video Vlogger lah kat sini.
Ahha. Dalam Blog ada Vlog.
Aku masih lagi menghabiskan sisa-sisa cuti akhir tahun 2012 ni kan..

Jadi, apa itu vlog?
Vlog adalah video yang dibuat oleh seseorang dan di'upload' ke dalam internet dan selalunya dalam youtube lah kan..

Ahaa. Makanya, Vlogger adalah? . . .
Orang yang membuat Vlog tersebut. (Isim faa'il. Haha.)

Vlog ni banyak je benda yang dikongsi.
Kebanyakannya toturial lah kan.
Cara pakai tudung, cara pakai baju, cara pakai songkok, bla bla bla..
Terlalu banyak.

Vlogger keminatan aku adalah Mat Luthfi.
Ahaa. also known as matluth fi90.
Aku juga agak meminati Maria Elena.
Mereka ni pada aku tak lah terlalu islamik sangat.
Tapi apa yang disampaikan memang baik, atau mungkin sangat baik?
Haha.
Dan adalah sikit-sikit vlogger yang lain..

Pssst: Beliau tiada akuan facebook dan Twitter ye. 
Harap maklum. Haha.

Pada aku, mereka ni semua bukanlah lulusan agama dari kecik macam aku.
Tapi yang pasti dan pasti dan pasti,
Mereka lebih sedar dari aku.
Mereka lebih ingat dari aku.
Mereka lebih tahu dari aku.

#aduh.terasa.

That's why,
Aku kongsi vlog dia orang dalam blog aku.
I like their style.
Sempoi. Santai. Santun.
Acehh.

Dan,
Ini adalah sedikit gabungan dari vlog-vlog islamik.
Aku rasa lah kan, bila ada gabungan macam ni, senang kita nak cari vlog dia orang.


Bila kita dengar sendiri dari orang yang nak sampaikan tu, 
Bila kita tengok sendiri muka dan gaya orang yang bercakap tu, 
Aku rasa ia lebih berkesan dan menusuk dan terasa. 
Kan?..

. . . . .  Berbanding membaca. 

#aduh.terasa. (haha)

Maria Elena. Married ye. ;p


Kalau rajin, buka.
Kalau malas, ignore.

Doakan saya. 

Semoga kerana Allah.
Thank You!

Monday, December 24, 2012

Cerita Tentang Satu Ikhlas.




Assalamualaikum semua.
Jawab sayang, tak jawab ginduu. (euwww haha)

Saya nak bercerita tentang ikhlas. Eheee.
Tetiba tadi dapat idea kan.
So, baik tulis terus. Hewhew.

Saya nak cerita betapa hebatnya ikhlas itu.
Okay.
Semua orang maklumkan yang ikhlas Allah saja yang tahu, 
ikhlas umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam gulap gulita dan bla bla bla..
Kan kan?

Maka, di sini saya ingin menceritakan lagi tentang betapa ikhlas itu dapat menarik rahmat Allah, menjemput kasih sayang Allah, betapa ikhlas itu sangat bernilai dan amat rahsia sehinggakan malaikat yang boleh mengira berapa banyak buih di lautan yang pernah wujud dari zaman nabi Adam dulu sehingga kini pun, tidak dapat mengetahui apakah seseorang hamba Allah itu ikhlas dalam melakukan amalnya atau pun tidak.

Sangat hebat, bukan?



----

Zaman dahulu, ada seorang pemuda ni, dia bukan sesiapa lah kan. Dia mungkin seorang pemuda yang biasa dan amat biasa. Atau mungkin seorang pemuda yang jahat sebab mungkin dia seorang pencuri. Saya kurang pasti lah. Huhu. Tapi kononnya nama dia Yunus lah..

Suatu hari Yunus lalu di sebelah sebuah rumah, masa tu dia terdengar perbualan antara seorang suami dan isterinya.
----

Suami : Saya nak carikan suami buat anak kitalah. Nampaknya anak kita sudah boleh dinikahkan.

Isteri : Bagus juga cadangan awak tu. Tapi macam mana awak nak cari dan pasti yang bakal menantu kita tu  betul-betul baik untuk anak kita ni?

Suami : Ermmm. Macam ni, saya rasa saya akan memerhatikan pemuda-pemuda yang datang ke masjid setiap waktu selama 40 hari berturut-turut.

----
Kebetulan Yunus belum pun berkahwin. Dia pun terfikir-fikir.

“ini peluang baik ni. Baik aku datang ke masjid setiap waktu. Alah.. 40 hari aje.. lepas kahwin bebaslah aku”

Lepas tu, setiap hari lah si Yunus ni dating ke masjid, dengan harapan pak cik tadi memerhatikanlah kebaikan dia ni.. 

Hari kedua.. ketiga.. keempat… dan seterusnya sampai lah hari ke-39. Tinggal satu hari sahaja lagi dia punya lakonan..

Tiba-tiba, terlintas dihati dia..

“eh, kalau aku buat semua ibadat selama 40 hari ni dengan ikhlas kan bagus, dapat pahala, dapat redha Allah, tak lah sia-sia semua yang aku buat.. ALLAHU AKBAR….“ T.T

Lepas tu dia menyesallah kan atas semuaaa ibadat dia yang tidak kerana Allah tu..
Dia buat semua tu untuk dapat kahwin dengan seorang perempuan..

Jadi, si Yunus ni dah tak bertujuanlah untuk dapat kahwin dengan perempuan tu. 
Ibadat dia tertumpu hanya pada Allah. 
Seikhlas –ikhlasnya.

Sooooooooo…
Apa jadi? Hehe..

Dengan ikhlasnya si Yunus ni pada ibadat dia yang sikit dan singkat tu, Allah memberi rahmat kepada dia, Allah telah menghadiahkan dia dengan seorang isteri daripada keturunan yang baik dan solehah.
Maksudnya dia padatlah kahwin dengan perempuan tu (walaupun itu bukan tujuan dia lagi dah), berkat ikhlasnya amal dia tadi..

So, dapatkah anda mentranslet cerita ini dalam hidup anda?
marilah kita ye sama-sama menjadikan cerita ini sebagai tauladan dalam hidup kita..

#Cerita ni mungkin banyak perbezaan dari cerita asalnya. Sebab dah lama saya dengar cerita ni. Nanti kalau ada yang nak betulkan, saya boleh je betulkan. Terima kasih! :)

Doakan saya. 
Thank You!


Memaknakan Merdeka Gaya Mat Luthfi.

Assalamualaikum. :)

Masa cuti yang banyak masa terluang pada hujung tahun 2012 ini telah ku isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, kureng berfaedah, dan juga tidak berfaedah. haha

Jadinya di sini saya ingin berkongsi sikitlah apa yang baik. ehek.

Pasti dan pasti semua orang kenal Mat Luthfi, rite?


Ahaaa.
Maybe lambat sikit saya ni, hehe.
Tapi mungkin ada lagi yang lebih lambat dari saya kan. :P hahaha.

Video beliau semuaaaa saya suka.
Antaranya yang ini lah.

Berkenaan dengan Malaysia dan ermmm Merdeka. :D
Kalau rajn buka lah, kalau malas skip. :P

Selamat tersedar. Ahaa.

Doakan saya. ;)
Semoga kerana ALLAH.



Wednesday, December 19, 2012

Apa Kena Dengan Pokemon?



Assalamualaikum semua.

Kali ni kita cerita pasal kartun yok.
Bagi kita buka mata dan minda sikit.
Sebab dolu dolu kita suka kan tengok kartun kartun ni?
(saya tak saya tak :P)
Maklumat saya dapat dari buku yang bertajuk Metod Fatwa al-Qardawi  Dalam Menangani  Isu-Isu Semasa.
Ini yang versi bahasa Malaysia yee.
Hasil terjemahan Prof madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.


Emmm. 
Pernah dengar tak yang pokeman ni haram ditonton?
Saya pernah dengar dulu.
Tapi tak ta’kid sangat sebab dengar gitu-gitu aje. Tak ada bukti ke apa..
Tapi bila baca buku ni, ‘oh, rupanya fatwa Al-Qardawi..’

Okay, semua maklum kan pokemon tu yang mana satu?
Kartun colour kuning.
Dari Negara Jepun.
Ini dia,



Kartun ni sebenarnya cerita tentang satu permainan dan jampi mentera yang dijadikan pertaruhan oleh pemain-pemain dia.
So, mestilah ada pemenangan dan ada yang kalah. Kan? Bermaksud ada yang untung ada yang rugi.
Kenapa ia diharamkan?

1.       Permainan ini ada unsur judi dan pertaruhan yang diharamkan dalam islam.
Okay, judi telah Allah gandingkan sekali dengan arak, berhala, dan tenung nasib sebagai suatu kerja syaitanirrojim dalam surah Al-Maidah, ayat 90:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." 


2.       Permainan pokemon ni ada symbol-simbol dia sendiri yang membawa maksud tertentu.
Contohnya ye : Bintang bersegi 6 tu, ia ada hubungan dengan zionis dan pertubuhan freemason. Dan sekarang ia menjadi simbol negara zionis Israel.

Ada lagi 1 simbol tu yang ada hubungan dengan kepercayaan agama Shinto (dianuti oleh penduduk jepun kebanyakannya).
Dan bila kita fikir semula, semua symbol symbol ni akan bagi kesan buruk jangka masa panjang kepada para remaja dan kanak-kanak.



Dari segi pengharaman menonton filem Pokemon pula, Al-Qardawi  ada beri dalil yang lain, antaranya:

1.       Bahaya kepada islam sebab ia mengandungi teori Darwin yang terkenal dengan teori perkembangan iaitu perkembangan jenis makhluk yang rendah kepada ynag lebih maju dan lebih kuat. Sehinggakan manusia pun dikatakan berkembang dari beruk.

Kartun ini berasaskan kepada pengembangan dan peningkatan serangga. 
Perkembangan ini sering dilang-ulang dalam cerita untuk menanam teori perkembangan itu dalam fikiran kanak-kanak dengan mudah dan senang.
Bahaya kan? Kita sebagai bakal guru (bagi yang guru), atau bakal ibu bapa, atau paling kurang pun  sebagai orang yang tahu dan sedar, perlu memainkan perananlah bila kita dah tahu ni.
Kena banyak selidik lagi, banyak perhatikan kartun-kartun yang dah macam-macam sekarang ni..
Bukan dok melongo je menonton, sama dengan budak-budak yang tak faham tu..
Betul tak? Hee. (Mood: serius. :P)

2.       Bahaya kepada akal kanak-kanak, sebab penanaman khlayalan dalam akal dia orang tu tak ada asas sama sekali dan ia juga luar biasa dan tidak selari dengan sunnah alam universal ciptaan Allah.

Contohnya: pelbagai bentuk serangga yang pelik dan ajaib yang langsung tak ada unsur yang baik dari segi akli mahupun nakli.
Dan spatutnya kanak-kanak didedahkan dengan binatang-binatang yang ada disekeliling mereka. 

Allah pun ada berfirman kan,
Al-Ghashiyah:17


"Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?"

Antara bahaya yang akan berlaku dalam pemikiran kanak-kanak ni, mereka cuba meniru perkara-perkara khayalan yang mereka tonton.



3.       Bahaya kepada tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan jiran tetangga. Cerita ini menanam idea suka bergaduh dan kekuasaan akan kekal kepada yang berkuasa. Idea ini merupakan idea Darwin! Ia menyeru ke arah pergaduhan, kekerasan, dan pembunuhan dengan menggunakan apa sahaja senjata demi mengalahkan musuh atau pihak yang tidak sehaluan.

Kita boleh lihat kesan nya kepada kanak-kanak kecil di Amerika Syarikat yang sanggup membunuh kawan-kawan sendiri di dalam bilik darjah dengan cara melepaskan tembakan bertuli-tuli tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kawan-kawannya itu (kes terbaru yang 28 maut termasuk guru di sebuah sekolah di sana).
 _________________

Bagi pandangan peribadi pula, saya kurang pasti untuk kartun yang lain tau.
Mungkin juga sama, atau mungkin tidak.
Mungkin isu Pokemon sahaja yang dibangkitkan sebab masa dolu dolu terkenal sangat cerita ni, dan fatwa ni memang dah lamaaa keluar kan?
Jadi, awasilah setiap cerita yang ditonton oleh adik-adik kita, murid-murid kita, atau anak anak kita ye.

Kalau kuat semangat, buang aje TV kat rumah tu. :P
Sebab sememangnya TV memang merosakkan tumbesaran otak kanak-kanak.
(kita kalau tengok cerita cinta pun tertipu, meleleh-leleh.. apatah lagi kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.. kan?) heee.

Sekadar padangan.
Ada cadangan atau bantahan boleh je bagitahu.
Terima kasih yee.

Doakan saya.
Kerana Allah. 

Review Korean Drama : The Moon That Embrance The Sun



Assalamualaikum weee..
____________

INFORMAL  AREA
Aku rasa macam nak menulis nulis.
Tapi aku ada mood nak cerita tentang ‘cerita’ je.
Camana camana weee. :3
Jadi perasaan itu tidak dapat dibendung, maka aku hamburkanlah yee.

The Moon That Embrace The Sun

Santek kan? Santek kan? Hee.


Cerita ni lama dah aku tengok sebenarnya..
Cuma sekaranglah aku baru cerita (blog baru la katakan wee)
Cerita dia memey menarik (bagi aku lah).

Pasal putera raja zaman dulu dulu punya cinta (biasalah..),
Pelakon dia katogeri hansem tau. Muda.
Sukalaa dekat sorang anak perempuan kepada seorang menteri ni sejak zaman kecik lagi.
Pelakonnya si cantik tinggi lampai, Han Ga In (aku punya aku punya :P)
Tapi, sebab ada manusia manusia berhati busuk, pendengki,
Dia orang  nak hapuskan perempuan tu dari dunia ni.
Berlakulah konflik di situ apabila budak perempuan tu mati .

Tapi sebenarnya dia telah diselamatkan oleh bomoh yang diupah untuk bunuh dia.
Haaa, bila budak tu besar,  dia tak ingat lah siapa diri dia.
Disebabkan dia dijaga oleh bomoh, dia juga dikenali sebagai bomoh muda.
So, dia kembali ke istana.
Putera tu pun ada feeling feeling la konon kat si bomoh muda ni.
Pada hal dia tak tahu yang perempuan tu lah budak perempuan yang dia ingat dah mati tu..
Banyak lagi lagi konflik.
Gi tengok senirik. Weee .
Ada unsur  magic sikit. Bukan magic sangat pun..
Dia macam ilmu hitam. So, memey boleh terima akal lah.
Bestlah cerita dia, aku nak gambarkan pun susah sebab dah lama aku tengokkan..


Ada feel chenta tak tengok picture ni? Ada tak? Haha.

Haaa, nanti adalah part si Heroin ni kena hukuman tau.
Wuwuwuw. Kau tahu camana dia kena?
Heh. Tengok lah sendiri.

Punya lah kejam sampai waktu first time aku tengok tu aku terpause kejap, pastu istighfar banyak banyak then ucap Alhamdulillah banyak banyak sebab kat Malaysia ni tak ada hukuman macam tu.
Yang aku tak boleh terima tu, sebab dia bukan terbukti salah lagi pun waktu tu, dia Cuma disuruh ngaku salah je (tak silap akulah).
Tapi hukuman dia Ya Allah Ya Tuhanku.. fufuhhh.
Ya Allah jauhkanlahhh benda benda ngeri tu dari kami. Ameen..

Lepas tu , watak watak jahat yang dimainkan memang jahatlah.
Memang geram lah kita tengokkan..
Maksudnya , jadilah dia berlakon tu.. (appreciate sikit heee)
Cuma tak delah overdoseksek sangat macam indon.. =,=
Emm. Konklusi dia best lah.
(time aku tengah demam cerita ni boleh lah aku ‘cerita nak real’ kan.. sekarang sorry lah ,, kureng wee)

Tema utama dia :
Cinta sejati. Acecece~
Tapi memang sejati gilauuu lah cinta si Hero ni.
(Aku ingat tak ada kot cinta sesejati dia kat dunia. Heeee)
Kau tengok pun caye tak caye je. Haha.
Tapi dia tak adalah macam jiwang bagai sangat tau.
Sopan lah ceritanya.. kata zaman dulu kan heee

Haaa, lepas tu konklusi yang aku dapat lagi, kalau kau baik macam mana sekali pun..
kalau kau bukan watak utama, kau tak dapat punya.
Percayalah! (cerita nak real :P)
Contoh terbaik si abang kepada si Hero ni.
Baik sesangatan you.
Tapi malang T.T

Okay guys.
Sekian sahaja karut mengarut saya.

Doakan saya heee


Monday, December 17, 2012

Review Korean Drama : I Do, I Do VS Baby-faced Beauty.


Assalamualaikum

Saya nak cerita cerita korea lagi boleh boleh? :3
(sorry lah, bila mood itu datang . . .wee)
________
ZON TIDAK FORMAL yee

Ceritanya bertajuk, 

I do, I do

Aku tak tahu la nama lain dia..
Aku tengok kat maaduu.com
Tapi bila aku cari kat Dramacrazy.com takdelah pulak.
Tak tahu la kenapa.. mungkin nama lain kott.
Atau mungkin? . . .
Hahaha.. saja jee.

Jap. Picture.

Ni cover dia.. Hero keciklah ek? Tak nampak..

Jalan cerita dia (yang aku faham ea, sebab aku tak tengok full pun hehe) gini:
Seorang perempuan yang dah lanjut umur sedang berada dipuncak kejayaan kerjayanya bersinta dengan seorang lelaki muda yang err..err.. yang muda lah.
Dia cerita tentang syarikat kasut kasut tau.
So, banyak lah kita boleh belajar cara buat kasut, cantikkan kasut, pilih kasut, dan yang sama waktu dengan kasutlah..
Wuuuu.. best kot tengok manyak kasut santik santik warna warni.

Haa, kau tengokk. Tak ke banyak tu namanya weeee

Konflik dia bila lelaki tu muda bertahun tahun daripada dia dan perempuan tu lebih berjaya dan bekerjaya daripada lelaki tu.
Bagi penonton yang adil, boleh suka lah cerita ni..

Yang menarik narik aku tengok cerita ni sebenarnya trailer dia.
Waaaahaha, lawakkk kot. :D

Upsss, Sorry, Hero tamau tunjuk muka. Malu katanya weee :P


_____________________

Seterusnya,
Lagi satu cerita pasal fesyen.
Kalau cerita tadi pasal fesyen kasut, ini cerita tentang fesyen baju.
Wowowow. Haha

Baby-faced Beauty

How sweet. Teka siapa sweet?
Ini dia! Tararapapa~

Jang Nara.
See? Dia adalah pelakon korea yang memey syumel (ayat budak sekarang haha:P)
Kiranya kecomelan dia tu bukan dibuat buatlah, macam artis korea yang lain..

Pelakon lelakinya best. Dia lelaki biasalaah.
Kebanyakan cerita kan dia letak pelakon lelakinya puuuii, hensem sangat sangat. 
Susah aku nak translet. uwek uwek :P
Yang ni tak lah. Kira adil la.
Aku suka lah lelaki lelaki yang biasa ni. Haha

Ini dia. tapi tak kenal la siapa. Malas mau cari maklumat :P

Dalam cerita ni pun kita boleh belajar tentang fashion tau. Besttt!
Pemilihan warna yang sesuai.. 
Fesyen yang sesuai dan sebagai bagainya lah.

Cerita ni bagi aku, katogeri syumil lah sebab watak dia sederhana. 
Jang Nara kononnya ada bakat semula jadilah dalam cipta fesyen baru ni, 
tapi dia budak yang kurang keyakinan diri dan macam tak kisah pasal fesyen diri sendiri. 
So, adalah manusia manusia yang kureng puas hati dengan hasil hasil kerja dia yang cemerlang tu.
Biasalah, manusia..

Pastu yang lelakinya pula, sentiasa bagi dorongan dan kepercayaanlah kat dia.
Bak kata kata romantisnya 'sentiasa ada untuk dia' laa. Bahaha 
How sweetsssss. Uwek uwekk :P

Lepas tu ada satu lagi watak lelaki,
Yang lebih baik, lebih bekerjaya, lebih matang, lebih hansem, semua lebih lah kiranya daripada watak utama tadi, suka jugak  kat Jang Nara ni.
(Aku lupa siapa pelakonnya, tapi dia memey pernah hot la sebelum ni. )
Tu yang agak konflik di situ. 
(Tapi sorry yee, awak lebih macamana pun, tak dapat jugak, sebab awak wata kedua wuuuu.)

Pelakon jahat untuk perempuan pulak si pelakon jahat dalam The Moon That Embrace The Sun. 
Ingat?
Buat buat jelah ingat.. =..= 
(Entah entah tak tahu?) =..=
Orangnya suuun (means cun)

Kalau aku, aku suka lah cerita ni..
Dalam hard disk aku ada, tapi tak ada english subtitle. 
So, aku tengok balik lah kat Dramacrazy.com :3
Sangguplah konon, sebab nak tahu dia cakap apa..

Eh, lupa nak bagi cover,

See? Cantikkan cover dia weee


------------------------
Sekian sahaja corat coret kali ini.
Maaflah kureng bermanfaat.

Sesiapun ye,
Ingat, nak tengok cerita ke, apa ke, boleh.
Cuma jangan lalai. :)

Doakan saya.