Bismillah..
Tanya teruslah.
Suka tak rushing2? Saya suka. :D
Maksudnya saya suka berkelam kabut. =..=
( Lain macam je bunyinya. )
Betul laa.
Tapi kalau tak libatkan orang lain laa.
Contohnya memasak.
Fakta: Memasak lauk yang hanya mengambil masa 30 minit juga
boleh dilakukan dalam masa 2 jam.
Dan memasak lauk yang mengambil masa 2 jam juga boleh
dilakukan dalam masa hanya 30 minit (settle semua sekali termasuk kemas dapur).
Percaya? (tak, sudah.. =..=)
Dulu, saya suka buat kerja satu satu, teliti dan lambat. Jadi,
dalam pukul 11 saya dah start masak tengah hari.
Lamaa. Saya bosan dah.
Sekarang, bila dah besar sikit ni, boleh fikir baik sikit, saya
suka set masa. Dalam masa 1 jam saya boleh masak, basuh baju, bersihkan bilik air
dan kemas dapur semuaa sekali, complete.
Best tak? Heheh..
5 in 1. Woww! :D ( termasuk mandi. =..=)
Alaa.. ibu saya kata, kita buat dia, so boleh je.. hehehe
Kita kena jadi cekap tau..
(terutamanya perempuan lah.. :3 )
Saya kan dok perati je wanita wanita yang dah ada anak2
kecil kan, kelam kabut..
takut saya.. jadi saya belajar la ni.. :P hahaha.
Tak tahu la pass ke tak, yang penting saya lebih suka buat
kerja banyak2 dalam 1 masa dan siap semua. heheh. Sebab saya suka berehat
rehat. :3 (pemalas)
Tapi kena hati2 juga.. kalau tengah masak, jangan tinggalkan
dapur.
Itu pesan ibu saya..
kita tak tahu kan apa bahaya yang bakal jadi. Maka, baik kita hati
hati..
Jom kita rusihg2 jom! :D
Haa. Ni nak pesan pada diri sendiri sekali ni,
Rushing2 ni baik dan agak bermanfaat bila kita ada kerja
dengan kita aje tau..
bukan dengan orang lain.. kalau dengan orang lain, baik kita
jangan rushing2.
Sebab bahaya.. takut janji tak tertepati..
haaa. Jadi, siap awal.
Contohnya, pergi kuliah.
Jangan dalam masa sejam tu lah kita nak iron baju, nak
mandi, nak kemas bilik yang macam tongkang pecah, dan nak makan sarapan.
Kelam kabut oi..
Kena bijak laa merushing2kan diri..
Saya suka rushing2 ni sejak sekolah dulu..
Dulu, saya tak faham kenapa ada kawan2 saya yang tak cukup
masa untuk nap, untuk makan, untuk solat,untuk apa apa la, dalam masa 45 minit.
Saya fikir2. Oh, sebab pengurusan masa la.. kita kena bijak
urus masa..
Kalau tak, rugi.
Percaya tak, setiap hari saya boleh tidur sekejap sebelum
pergi prep, settle semua benda termasuk makan, solat, kemas beg dll, dalam masa
kurang dari 45 minit, padahal saya ada tugas agak berat waktu tu.
Hatta, masa saya form 1 tak silap, kakak2 senior rajin main
bet dengan kawan2 pasal tidur saya!
‘Aku bet dia mesti tidur, kalau betul aku menang bla3’.
Hahaha.. kita dengar.. :P
Lagi satu, diri kita aje yang boleh menentukan masa kita.
Bukan orang lain.
Jadi, takkan saya nak paksa kawan2 saya ikut masa saya.
Ada orang suka solat dulu baru makan, atau naik bilik dulu
tukar pakaian terus pergi prep.
Semua beza kan?
Jadi kena bijaklah pilih masa untuk diri sendiri..
Bila kita dah set masa untuk diri kita ni, mesti ada masa
yang lebih. Contoh, ada lagi 10 minit untuk ke prep.
Haaaa. Kan untung tu. Hehehe.
Bagi yang suka tidur (macam saya), kita tidur
lah kejap.
Bagi yang rasa buang masa tidur, nak baca buku, silakan.
Bagi yang nak baca quran diwaktu lapang, dialu-alukan.
Haaa..
Dan sampai sekarang, saya sangat suka akan pengurusan masa
saya. :D
Tirulah. Bagus.heehe.
Sebab? Sebab masa itu kan emas.. hehehe..
In sya allah. Allah permudahkan.. J
p/s: Ini pendapat saya ye.. maaflah kalau tak setuju.. J
Doakan hidayah buat saya..
kerana ALLAH
Thank You!
Thank You!
No comments:
Post a Comment