Searching for ......

Monday, December 3, 2012

Yakin Dan Berhubunglah Dengan Allah Selalu



Assalamualaikum. J
Hehehe..
Tajuk ni best ni.
Boleh buat kita addict.. kalau kita faham.

Macamana nak faham ek?
Sebenarnya penyampaian kena betul la.
Baru menusuk. Hehehe.
Saya try sikit lah yee.
Untuk kita sama2.

Macamana kita nak yakin dengan Allah 100%?
Didik hati lah..
Kita sendiri yang pilih sebenarnya kita nak yakin ke tak..

Contoh: Kita try cakap dalam hati,

‘Semua yang datang dari Allah.’ –ayah-

So, kita akan berusaha ke arah yakin tu tau.
Sebab dalam hadith nabi ada cakap,
Siapa yang tak yakin semua tu dah ditentukan, dia bukan dariku,
So, pentinglah yakin ni.


Banyak jenis manusia yang yakin dengan Allah ni.
Ada yang 100%,
Ada yang 50%,
Ada yang macam rapuh2 ajee.
Kalau kita perhatikan betul2, memang ada beza manusia ni.

Contoh macam seorang pensyarah saya,
Beliau punya yakin tu, sampai beliau boleh bercakap2 dengan Allah.
Aippp! Jangan salah faham.
Ce baca ni,
Beliau tersekat dalam kesesakan lalu lintas, nak punch card takut tak sempat.
Jadi, dengan yakin beliau bercakap2 macam ni,

“Ya Allah, aku ni terlambat sikit hari ni, aku takut tak sempat punch card, kau sampaikanlah aku tepat pada masanya supaya aku tak lambat, ya Allah.”

Entah macamana jalan semakin tak sesak dan beliau sempat sampai IPG tepat jam 7.15a.m!
Fuh fuh. Hebatkan yakin ni?
Nampak tak?
Allah boleh je tolong kalau kita nak..
Cuma kita ni tak nak..

Kawan saya pulak,
Setiap hari, start bangun tidur dah bercakap2 dengan Allah.

Contoh,

Ya Allah, hari ni aku nak pakai baju oren ke merah ye..

Ya Allah, aku nak sarapan apa ye hari ni,, coti canai kosong ke telur ye..

Ya Allah, aku takut nak belajar English hari ni, kau lembutkanlah hati pensyarah supaya moodnya baik..

Cakap je macam tu. Allah dengar. Allah bantu. Percayalah.

Lepas tu, bila kita dah buat sesuatu dengan baik kita cakaplah, ‘Terima kasih, ya Allah, Alhamdulillah.. J



Saranan saya kita ucap 2 2 sekali, terima kasih dan alhamduillah.
Ada orang suruh sebut ‘terima kasih ya Allah’ je.
Tapi baik kita tambah dengan zikir. Pahala lebih sikit kan?

Kalau Alhamdulillah je pulak, kita orang melayu kureng faham maksud penghargaan yang dalam kat situ, jadi bila ada terima kasih tu, ia macam membawa hati kita bersama sekali semasa mengucapkannya tu. Hehehe.
Best tau macam tu, nanti ita jadi addict. Sukaaa sangatt! :D

Haa. Samalah juga dengan kes besar IPG ni, kawan2.
Ada ura2 macam nak strict sikit pemilihan cikgu masa akan datang. Kan?
Haa.. jangan risau.. semuanya akan okay..

Kenapa kita risau? Kenapa kita keluh kesah? Kenapa kita takut?
Sebab kita tak yakin pada Allah.
Kita yakin IPG yang kasi kerja.
Padahal Allah.
Betul tak?


Allah uji kita sikit je tu, nak tengok pergantungan kita pada Allah macamana..
Allah boleh cipta pelbagai kemungkinan.
Jadi, apa nak ditakut.. yakin dan syukur aje.
Mana tahu disebabkan rasa kurang syukur dan bergantung pada Allah kurang ni Allah tarik balik nikmat,

Contohnya, macam2 la. IPG tutup ke, tak diiktiraf ke.
Takut nak cakap. Takut jadi doa pulak. Haha.
Tapi faham kan?

Sama jugak kalau kita syukur dan yakin.
Allah boleh cipta kemungkinan yang baik pulak.
Contohnya kita tiba2 dapat tempat posting best.
Yang sesuai dengan kehendak kita. Yang terbaik buat kita.
Pastu dapat pulak murid2 yang best.
Kan best tu? Haaa..

Fikirkan kemungkinan yang positif, hidup akan jadi positif. hehehe.

Jangan risau. Kita buat sungguh2, then kita tawakkal pada Allah..
Allah bantu..
Jangan berserah gitu je tapi.. ( memey nak kena tumbuk la tu.. =..=)
Yeee? ;)

Lagi satu Allah nak uji syukur kita.
Bila Allah bagi kita sedikit kerisauan dalam hati ni,
Adakah kita akan bersyukur dengan nikmat Allah iaitu kita masih ada tempat belajar?
Semua kerisauan kita tu kan  khabar2 yang belum sampai pun kat kita kan?

Kita masih banyak benda yang boleh disyukurkan.
Jangan lupa tu..
Ingat tak ayat ni,

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Ada yang tiba2 menyesal..
Ada yang putus asa..
Sedih saya..
Ia sedikit sebanyak mendownkan saya ni..



Jadi,
Jangan banyak sangat berkeluh kesah ye..
Jangan banyak sangat merungut..
Allah tengah tengok tu..

Bersyukurlahh.. Allah akan tambah.. J
Means, kita try bersyukur atas ujian.
Macamana?
Sebut Alhamdulillah ketika kita rasa risau..
Sebut Alhamdulillah ketika sesuatu yang buruk tertimpa atas kita..
Try lah.. J
Sama sama ya..

Doakan saya.

Kerana ALLAH

Thank You!

No comments:

Post a Comment