Kadang2 hidup terasa susah dan berat..
Kadang2 terasa seperti mahu putus asa..
Yang faham berat itu bagaimana, susah itu bagaimana,
hanya mereka yang sedang diuji.
Kita yang belum masanya diuji semestinya kurang merasakannya walaupun kadang2 kita faham.
Allah berfirman :
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’:
35]
Bagi mereka yang sedang diuji,
Saya bawakan anda sedikit kata2 semangat yang saya petik daripada buku motivasi terbaik, La Tahzan, oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni :
Hadapilah hidup anda sebagaimana adanya.
Keadaan dunia ini penuh nikmat , banyak pilihan, penuh rupa,
banyak warna. semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesusahan hidup.
Dan ingatlah anda tidak akan menjumpai seorang ayah, isteri,
kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat
sesuatu yang menyukarkan.
Lebih daripada itu, adakalanya pada setiap hal itu
terdapat sesuatu yang anda tidak sukai.
Justeru, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu
dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya.
(maksudnya kita cari hikmah daripada kesusahan yang kita nampak. Boleh juga saya katakan iaitu bersyukur atas ujian.)
Itu kalau anda ingin selamat dengan adil dan bijaksana, kerana betapapun
setiap luka, ada harganya.
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua
perkara yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertentangan, dua kubu
yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan, yang baik
dan buruk, kebaikan dan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.
Dunia ini terlaknat dan terlaknat semua yang ada di dalamnya
kecuali zikir kepada Allah dan yang berkaitan dengannya, seorang yang alim dan
seorang yang belajar.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman
yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Fikir-fikirkan. :)
Doakan saya.
Kerana Allah.
No comments:
Post a Comment