Bismillah.
Tiba-tiba maghrib tadi terfikir pulak..
Kalau kita salah, tak semestinya kita kena salah dalam semua
perkara.
Kalau kita jahat, tak semestinya kita jahat dalam semua
benda.
Kalau kita lemah, tak semestinya kita lemah dalam semua
aspek.
Kalau kita dosa, tak semestinya kita langsung tak ada
kebaikan.
Kadang kadang kan, bila kita rasa down atau lemah, kita rasa
macam jatuh sangat..
Macam kita ni jahat sangat..
Macam taka da harapan langsung nak jadi lebih baik atau
lebih bagus.
Jangan nak kata lebih baik, baik pun rasa macam tak layak.
Kan?
Haaa..
Di sini saya nak membetulkan fikiran2 kita yang kurang betul
tu dan yang tengah down tu.
Contohnya macam ni ye,
Keputusan exam kita tak berapa nak elok daripada orang lain,
tak semestinya kita kena tak berapa nak elok jugak dalam amal kita, macam solat
ke, zikir ke, tahajjud ke.. kan?
Kalau kita gagal, tak semestinya kita kena gagal dalam semua
benda.
Macam tu lah…
Haa. Sama juga dengan dosa. Contohnya kita ni berakhlak
buruk. Atau kita ada buat dosa lah..
Tak semestinya dengan keburukan atau dosa yang kita ada tu
kita kena buruk juga dalam semua benda contohnya macam tak payah nak solat awal
waktu ke, tak boleh nak bangun malam mohon ampun ke, atau tak boleh nak pakai
baju ikut sunnah ke..
Means, jangan jadikan satu keburukan dan dosa kita tu untuk
buat dosa lain.
Walaupun manusia tak tahu dan tak Nampak. Kan? Haaa.
Yelah.. contoh kita ni pendosa besar. Kita nak baca al
Quran. Kita je tahu kita sangat meletakkan hati
mas abaca al Quran tu. Orang lain mana tahu , kan?
Tak apa.. teruskan. Sebab Allah yang pegang cerita kita tu.
Allah aje yang tahu dosa kita tu.
Mungkin bila kita betul2 ikhlas buat amal tu, Allah ampunkan
kita? Haaa. Atau Allah membersihkan nama kita dalam kalangan makhluk.? Siapa
tahu. semua kerja Allah. Yakin ajelah. Insyallah..
Haa. Ni ada 1 kata2 yang menusuk ni,
‘Saya Nampak baik bukan sebab saya memang baik, tapi
sebab bijaksananya Allah menutup dosa dan keaiban saya.’ T.T
Ada dan wujudkan dalam hati niat nak berubah. Try mulakan
dengan amal yang kita boleh buat istiqamah dulu.
Sikit2 .. x pe.. boleh.. J
Tapi bukan maksudnya kita kena stay dengan keburukan kita
tau.
Maksud saya, pendosa masih ada harapan. Pendosa (macam saya)
masih ada sinar. Ada waktu. Ada. Percayalah..
Doakan saya.
Kerana Allah..
Thank You!
Thank You!
No comments:
Post a Comment