Searching for ......

Sunday, January 21, 2018

Senarai Keperluan Bayi Berdasarkan Pengalaman Saya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat entry berkenaan parenting setelah sekian lama nak buatttt tapi tak buat buat huhuu. Okay for this first post Aisyah nak share pasal persiapan pembelian Aisyah untuk menyambut my first born hari tu pada 7 Mei 2017. Now budaknya dah nak masuk 9 bulan dah Alhamdulillah.

Ni ha dah besar pun budaknya. 5 bulan kot masa ni..


Okay for my first born ni bajet Aisyah memang ciput jer. Sebab masih belum bekerja tetap kan. Just buat Shaklee je masa tu. Alhamdulillah dengan duit buat Shaklee and sikit duit yang kitorang ada tu bolehlah kumpul sikit sikit barang baby.

Bajet tak besar pun semangat tau nak beli barang baby heheh! Tapi memang Aisyah beli yang perlu jer. Sampai sekarang bersyukur sebab tak terlalu membeli dulu. And apa yang Aisyah beli kebanyakannya memang guna sebaiknya. And barang baby yang Aisyah beli adalah bukan baju sebab sebab baju memang banyak orang bagi. Aisyah beli baju baby 3 helai jer tau. Masa tu baru tahu pregnant and excited sangat duk jenjalan kat Alamanda nampak ada sale. Belilah 3 helai heheee. Tu pun ni ha masa 8 bulan baru Si Ameenah ni boleh pakai. (Sebab dulu I tak boleh imagine macamana keciknya newborn tu so I belilah sesuka hati). Hahaa . So here adalah senarainya berdasarkan pengalaman my first born.

UNTUK BABY

BAJU BABY
Okay first baju. Untuk baju baby Aisyah hanya ada sikit jer. First ialah 3-4 helai sleepsuit atau baju yang sekali masuk sampai hujung kaki tu. So baby just pakai sehelai baju and sarungkan mitten sahaja. Senang kan? Hehee. Sleepsuit Aisyah jenama Mothercare and Carters. Kain best! Lovee
Second  Aisyah ada 3 helai rompers atau baju yang sambung dengan seluar pendek. So yang ni baby akan pakai sehelai baju and sarungkan mitten and booties. Jenama Mothercare.

Sleepsuit Ameenah macam ni cuba design bunga je lain sikit..

And my SIL ada bagi banyak baju tidur baby yang biasa tu, baju lain seluar lain. So in case nak pakai dah ada. Cuma Ameenah pakai hanya lepas 3 bulan sebab bajunya besar-besar. Yang ni kebanyakannya jenama Pureen. Love jugak kain dia sedap.

NAPKIN
Next ialah napkin. Napkin ni Aisyah beli beria sikit. Hahah. Aisyah beli yang berkualiti and ada macam-macam jenis. Ada 3 saiz Aisyah beli. Satu yang paling besar saiz 120x120 tak silap. Tak ingat sangat berapa ukuran dia. Jenis cotton bamboo muslin. Mahal jugak dalam RM100 gitu dapat 2 atau 3 tak ingat. Kedua Aisyah beli saiz kecik sikit 110x110 kot. Harga murah sikitlah RM20 lebih. Beli sebab nak try jenis kain dia. And yang ketiga saiz kecik jer 70x70 kot. Hat ni beli kat Ikea.


Yang ni 70x70.. Beli je banyak, 10 helai ke sebab memang guna..



Ameenah punya yang love tu.. Hat ni Aisyah beli sehelai ja. 110x110..



Yang ni saiz paling besar 120x120. Besar kan? Hat ni Aisyah beli 3 helai..


And semuaaaa napkin tu bestttt and berguna sangat. Maing-masing ada kelebihan sendiri. Boleh guna untuk bedung, selimut, tuala, alas baby,lap muntah ke apa, diapers (masa tengah ruam) dan banyakkk lagi. Berbaloi beli and tahan lama. Sampai sekarang cantik lagi.

BARUT
Barut Aisyah suka guna yang jenama pureen. Suka sangat sebab dia just lekat je takde tali –tali. So baby pakai kemas jer. Selesa pun ya jugak. Aisyah memang ada dedua jenis yang tali tu pun tapi tak berapa gemar yang tali hehee.

Macam nilah Ameenah punya, sebiji hehe..


TOPI
Topi beli yang nipis je sebab cuaca Malaysia panaih kan. Belilah 3. Guna kalau baby keluar, kena pakai topi.

PAMPERS
Okay pasal pampers pulak. Untuk yang newborn Aisyah ada jenama Huggies. Yang ni lecturer bagi so Aisyah memang bawak gi hospital yang ni. Lepastu beli saiz S jenama pet pet. Unfortunately tak sesuai dengan Ameenah. Ruam dia ya Allah sangat menakutkan. Sampai tak boleh pakai diaper dalam seminggu dua cam tu tau. Cuma pakai napkin je and biar kena angin sikit. Lepas baik tu beli diapers jenama Mamipoko. Nak trylah. Pun tak berapa okay. Ruam dia macam naik lagi tapi sikit je lah. Lepas tu beli huggies lagi. Alhamdulillah memang sesuai. Kering tau and memang cantik je kulit lepas tu. Rupanya her first diapers is the best for her iaitu Huggies. Till now memang guna Huggies hijau tu.


Hat ni lah rupa dia...


CHANGING MAT
Changing Mat  jangan beli yang besar nanti berat and tak best guna. Susah.

BIB
And then baby bib. Aisyah ada 4 helai. 3 beli kat Ikea 1 kat Mothercare. Yang ni paling best Ikea punya. Sangat best sebab dia kecik and muat-muat dengan Ameenah sampai sekarang. Dari baby pakai untuk elak baju kotor kena susu. And sekarang dah 8 bulan lebih pun pakai untuk makan. Muat lagi  tau. Kalau pakai yang Ikea tu dia tak tarik2 sebab saiznya kecik so selesa nak pakai. Yang jenama satu lagi tu agak besar so Ameenah kalau pakai memang akan tarik habis punya.



Ni lah Ikea punya yang best tuu..


BABY CARE & GROOMING
Aisyah just beli sabun cecair je tu pun masa dalam pantang tak guna sabun sebab tak nak biasakan kulit dia dengan sabun. Tapi after sebulan dua macam tu dah pakailah sabun tapi tak setiap kali mandi. Hehe.

Minyak Bayi (Baby Oil) – Aisyah guna baby oil Tropika lavender. Sedap sangatt bau dia!
Tisu – Guna tisu basah and tisu tandas yang gulung tu hehe.

Putik Kapas (Cotton Bud) – Beli hat baby punya naa sebab kecik.

Pengepit Kuku (Nail Clipper untuk baby) – Sebenarnya Aisyah beli satu set dengan sikat, thermometer dan ada lah beberapa lagi benda kegunaan baby yang Aisyah pun tahu apa hehee.

Termometer (dah cakap tadi) - Hat ni penting. Kena check suhu baby selalu ok sebab kadang-kadang baby demam tak perasan. Ini yang bahaya. Alhamdulillah Ameenah pertama kali demam masa umur 7 bulan je means awal dari tu dia tak ada demam.. Alhamdulillah..

Minyak Telon – Her first minyak telon sebenarnya brand Tropika. Minyak telon ni bukan jenis minyak dia macam cream gitu. Harga di around RM40 and tahan sebulan sahaja. Tepat sebulan memang habis hahah. Alhamdulillah sesuai je sebenarnya dengan Ameenah. Lepas tu dah 2 bulan guna Aisyah try guna yuyee sebab Ameenah kerap kembung perut masa malam. Jadi nak keluarkan angina tu macam takes time sikit tau sebab brand Tropika tu tak panas sangat tau (read : memang tak panas hehee). So Aisyah trylah minyak yuyee sebab SIL Kak Aida pakai dia cakap okay. And memang sangat ok! Ameenah kalau kena sapu dengan yuyee ni je memang sendawa dalam masa around 5 minit. Hehehe so Alhamdulillah sampai sekarang guna minyak yuyee as her minyak telon.

Bakul Baju Kotor (beli yang ringan kat kedai RM2 tu jer).

Bakul baju Baby (yang ni beli masa study, beli kat Ikea, beli bakul putih jernih untuk barang baby. Sampai sekarang guna Alhamdulillah.

BEDDING SET
 Hat ni Aisyah buat sendiri. Sebenarnya sebab bajet ciput and bedding set ni kalau beli memang mahal kan. So Aisyah buat dengan bantuan my very very veryyyy kind heart mother ibuuuu <3 Okay untuk bedding set ni yang penting Cuma tilam, bantal biasa 2 biji, bantal peluk 2 biji and selimut. Yang selimut ni beli Ikea. And Alhamdulillah semua yang Aisyah sebut di atas ampai sekarang guna Alhamdulillah.


BOTOL SUSU
Yang ni Aisyah salah pilih. Hahaa. 
Botol susu pertama Aisyah beli ialah Tommee Tippee. Hanya kerana DESIGN dia hehe. Beli 2 biji. Sekali try kat Ameenah dia tak nak / tak boleh minum dengan botol susu tu, pertama sebab keras tak sesuai dengan newborn puting dia. Kedua sebab lubang air dia tu besar so newborn minum banyaak keluar mengalir daripada yang masuk.

Mumula Aisyah ingat biasalah kan newborn tak pandai minum. Sekali tanya kakak ipar anak dia takde pulak mengalir-mengalir gitu. So i decided terus nak try beli botol lain which is Pigeon. Sebab kakak ipar suggest dia kata Harraz guna yang first ni and terus okay.

So I pun beli Pigeon kat Mothercare. Beli yang wide neck warna kuning. And Alhamdulillah sangat Ameenah sangat sesuai dan sukaaa dengan botol ni sampai masa memula try bagi dia tu, dia tolak direct bf tau 😂 Bahaya jugaklah kalau bagus sangat nih hahah. Tapi Alhamdulillah tolak2 manja je lepas dalam 2 minggu gitu nak lah terus dedua.

Ni dia ghupe botol Ameenah, masa Ameenah newborn guna puting yang saiz paling kecik, saiz satu, dah besar sikit dalam 5 bulan guna puting yang next dia saiz dua tapi still lubang bentuk dot bulat, bukan Y or X. 


So di sini I nak suggest Pigeon bottle. Memang okay sangat bagi I sebab puting dia ada 3-4 saiz. Saiz dari newborn and seterusnya. Kemudian bentuk dia pun ada 2 jenis so nak yang tirus okay yang lebar pun okay. Saya suka botol Pigeon.


Oh ye pasal botol kakak ipar Aisyah Rusman tu ada bagi jugak botol jenama apa entah masa try bagi Tommee Tippee tu selang selikan. Yang best and yang I suka tu botol dia kaca and puting dia warna kuning means jenis lembut tu tau. Unfortunately Ameenah reject. Dia tolak and tak nak minum so okaylah bye...


So basically nia lah yang Aisyah sediakan untuk Ameenah. Kalau ada yang lupa nanti Aisyah update semula. Hope membantu ibu-ibu yang nak dapat first baby ye. And untuk ingatan Aisyah sendiri jugak heheh.

Thank you for reading!

Friday, April 14, 2017

APA ITU GMO DAN NON GMO?

Assalamualaikum

Ok, kali ini saya nak share apa maksud GMO dan Non-GMO. Apa yang saya faham, saya coretkan di sini sebagai pengetahuan. Harap anda semua faham apa yang saya faham ya ❤️

Apa itu GMO?

GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Apakah gen ?

Setiap tumbuhan dan haiwan diperbuat daripada sel-sel. Pada pusat sel  terdapat nukleus. Di dalam setiap nukleus terdapat rentetan DNA. Urutan pendek DNA dipanggil gen. Gen beroperasi dalam rangkaian kompleks yang halus dikawal selia bagi membolehkan proses organisma hidup berlaku di tempat yang betul dan pada masa yang tepat.

Kalau dulu kita kita belajar kaedah cantuman pokok(pokok dengan pokok) kaedah kacukan haiwan (haiwan dengan haiwan yang sama jenis) tapi sekarang, teknologi sudah canggih dan manusia mula bertindak diluar tabii. Gen manusia dan haiwan telah dimasukkan pada tumbuhan, begitu juga gen haiwan lain telah dimasukkan pada haiwan yang berlainan jenis. Sebagai contoh , jurutera genetik telah memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau Bt ke dalam DNA jagung. Gen Bt menghasilkan protein yang boleh membunuh serangga , dan pemindahkan gen membolehkan jagung untuk menghasilkan racun perosak sendiri.

Dengan pengubahsuaian genetik ini juga membolehkan sesetengah pokok tahan lasak kepada racun serangga perosak. Contohnya seperti  Kacang soya - Gene diambil dari bakteria (Agrobacterium sp. strain CP4) dan dimasukkan ke dalam kacang soya untuk membuat mereka lebih tahan racun herba.  Jadi, dengan ini petani-petani moden, dengan sewenang-wenangnya menyembur racun perosak pada tumbuhan bagi membunuh serangga perosak yang merosakkan tanaman.

Adakah GMO selamat?

Negara-negara yang paling maju tidak menganngap GMO selamat. lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua Negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Dimudahkan cerita, pada tumbuhan, teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.

Apa pula Non-GMO?

Non-GMO adalah sebaliknya daripada GMO Ia merupakan organisma yang tidak diubahsuai secara genetik. Bermaksud, ia membesar secara semulajadi tanpa ada pengubahsuaian gen.

Apa kelebihan ESP Shaklee?

Okay semua tahu kan yang ESP Shaklee adalah product bersumberkan soya yang tidak GMO. Non-GMO Soy. So ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Jadi, pilihan ditangan anda. Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Aisyah Siddiqah


Saturday, March 25, 2017

Our Two Wonderful Years As Hubby Wifey Yang Still A Full Time Student IPG


Assalamualaikum ❤️

Time berjauhan macam nih memang syok sangatlah nak berjiwang -jiwang. Hehe. Ilyas tengah keluar tabligh 4 bulan di India Bangladesh nih. Memang hikmah sangat bagi Siddiq keluar tabligh ni tau sebab kita akan kenal erti rindu, menghargai, kasih sayang lebih dalammm dan lain lain lagi. Tapi niat mesti kerana Allah, barulah rasa tu timbul dengan nikmat. Kalau tak kita akan rasa sedih, tak kuat, tak redha and macam macam rasa negatif. Tapi Alhamdulillah setakat ni dah sebulan jugak Ilyas kat India / Bangladesh tu. Siddiq okay je dan menjalani hidup dengan baik bersama ibu ayah famil and my ilyasiddiqah junior dalam tummy ni hehee.

Hari ni rasa nak throwback cerita kami masa zaman muda mudi dulu lepas kahwin. Now dah nak masuk 3 tahun lah kami berkahwin. Inshallah anniversary yang ketiga perkahwinan Ilyasiddiqah ni, our junior dah lahir 😁

Oh ye lupa nak kabo, dalam 2 hari lepas 16/03/2017, Siddiq dah pun LULUS lesen memandu kereta hehe Alhamdulillah.

See? Sebenarnya bila kita niat kerana Allah, kita redha, kita gembira, Allah memang akan memudahkan urusan kita. Sebenarnya dah dekat 5 tahun tau Siddiq nak ambil lesen kereta semula since Siddiq pernah ambil masa zaman PPISMP dulu tapi gagal dua kali so rasa down lepas tu ada pulak tragedi Siddiq langgar tembok masa drive kereta Avanza ayah hahaa. Habis kemek. So masa tu memang rasa TAK BOLEH memandu. Rasa down. Rasa trauma. Nak ambil lagi tapi takut last last sampailah 5 tahun selepas kejadian tak ambil ambil hehee. Tup tup masa Ilyas keluar ni lah Siddiq Alhamdulillah Allah tolong dapat ambil lesen kereta semula. Start dari zero tau hahaa. Sampailah berjaya leni. So Alhamdulillah ❤️

And 16/03/2017 tu pun ada satu lagi berita gembira! My adik Nur Sakinah telahpun bergelat Ummi kepada seorang baby boy yang diberi nama Amru Al-As Alhamdulillah. So memang berganda gandaaa lah kegembiraan ai tauuu 😍

Bila tengok Kina dah ada baby ni, kita pun rasa tak sabar nak peluk anak sendiri. Baby I or A (sebab tak tahu jantina lagi hehee), nanti keluar biar senang, mudah, dan cepat ya. Mama tak sabar nak jumpa anak Mama yang soleh/ah ni ❤️

And also, bila Kina dah ada komitmen ni kita kena duk jauh sikitlah daripada dia kan. Tengah fasa tak ada kawan rapat ke hulu ke hilir lah sekarang nih. So terimbaulah kenangan bersama Papa awak Maulana Muhammad Ilyas Rusman tu ha masa study degree dulu.

Alaaa best sangat zaman study dulu. Enjoy je walaupun sebenarnya taklah 100% enjoy sangat. Banyak jer komitmen. Banyak je ujian masalah dugaan. Tapi best je hadapi hidup susah senang bersama sebab we are alwaaaays together. Cewah. Hehee.

Ingat lagi, masa mula mula kahwin dulu kitorang tak ada kereta. Stay asrama lagi masa tu. Duduk asing asinglah since IPG tak galakkan perkahwinan masa tengah study. Praktikum pun asing lagi masa tu. Tak sedih pun tapi tak berapa bestlah sebab kita dah kahwin kan so mestilah nak stay sama sama buat kerja sama sama saling membantu dll.

Tapi Alhamdulillah bila habis tempoh susah senang tak berapa nak bersama sebab tak duduk bersama tu, Allah beri rezeki pada kami. Ilyas dapat beli kereta, and Ilyas dapat rezeki duk rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Alhamdulillah rezeki sangat. Paling best best best sangat masa ni, masa stay rumah bersama 😂

So Ilyasiddiqah punya rumah pertama adalah rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Ilyas bukan warden tau kat situ. Dia jadi guru Tahfiz Elit. So kerja dia just conduct budak tahfiz yang terpilih dalam 20 orang jer untuk dihafizkan dalam beberapa tempoh masa tertentu dengan bilangan juzuk hafalan yang pihak sekolah tetapkan.h

So, rumah pertama kami ni memang best sangat bagi Siddiq, walaupun tak besar mana dan kena panjat tangga sampai 3 tingkat yang macam 5 tingkat tuuu, beberapa kali sehari. Fuh mencabar! Tapi okay lah kan untuk kami berdua. Muda lagi and kurus (la sikit) masa tuh hahaa.

Rumah tu ada satu ruang tamu, satu dapur, tiga bilik and dua bilik air. Bagi Siddiq rumah tu best sebab senang nak jaga and selesa and menyimpan 1001 kenangan dengan my husband.

Kami kan berkahwin semasa belajar kan iaitu time semester 3 nak masuk 4. So daripada semester 4 hingga semester 8 tu kami adalah suami isteri. Duduk rumah tu pulak since semester 5. Kalau nak tahu, IPG tak benarkan students pregnant semasa pengajian, kalau pregnant kena tangguh semester. So kami tak naklah tangguh. Pepandai ko lah rancang hahaa. Yang paling tak nak sekali Ilyas sebenarny sebab nanti kena pisah ngan ai leceh kan sorang dah habis sorang belum.

So lepas kami kahwin tu, kami memang spend time together and enjoy ourselves hampir 3 tahun jugak as students yang dah berkahwin hehee. Means kita memang tak ada komitmen or fikir apa apa tentang anak lagi. Belum fikir nak dapat baby. Kami just enjoy our love story, enjoy being students and also husband and wife. So memang hidup full with enjoyment lah hahaa.

But still, kami bukan orang berduit or orang kaya kan, pasal masalah duit sangat ada tapi kami saling menenangkan saling memahami and saling menguatkan antara satu sama lain. So dia jadi okay lah. Means enjoy tu enjoy tapi takdelah tak beringat sangat.

Contohnya kalau nak tahu, kami berdua TAK PERNAH pergi honeymoon pun lepas kahwin sampai sekarang. Nak tu nak jugak sebab tengok kawan kawan pergi honeymoon bestnya rasa tapi pitih takdok so ko duduk jelah rumah k. Hahaa.

Tapi takdelah miskinan sangat. Ada je lah duit kalau nak pi pun. Tapi entah lah. Maybe kalau pergi makan angin duit terlabur berlebihan sangat so memang tak mampu lah senang cerita.

Pernah gak tanya Ilyas kenapa awak tak tekankan sangat ea pergi honeymoon bercintan cintun dengan saya?

Dia jawab : Entahlah saya rasa baik duduk rumah je. Baring baring lagi best. Ada jugak awak. Kalau ada anak mungkin lebih seronoklah nak makan angin sebab maybe anak kita akan seronok so kita akan seronok jugak.

Okay fine so memang tunggu anak lah ni ye 😂

Tapi takpelah masing masing ada cara masing masing untuk handle family sendiri kan.

Walaupun Ilyasiddiqah tak suka atau lebih kepada tak pernah (sebab suka tu suka je kot tapi tak pernah pergi so tak tahu suka ke tak hahaa) honeymoon jalan makan angin berdua, tapi Ilyasiddiqah suka reward diri sendiri hahaa.

Hampir setiap minggu or dua minggu sekali kita akan window shopping or gi jalan kat mall hahaa. Bukan menyoping sangat pun, dapat makan aunti anne pun dah kira sesuatu yang seronoook sangat masa tu tau 😂

And jangan tak tahu ea yang ajak shopping ni biasanya Ilyas ok. Ai tak berapa sangat pun. Kitorang terbalik. Kalau pergi mall, yang kena berjaga jaga ialah Siddiq, sebab kalau terlepas pandang tetiba jer Ilyas tu boleh hilang. Hilang dibalik barangan barangan jualan yang dia nak beliiii. Yang kena tunggu is me ok. Ai yang kena cakap : ni tak payah tu tak payah. Yang tukang jeling bila tak dapat beli is My Husband. Hahaa geramnyaa!

Tapi takpelah. Pro and contra biasalah tu kan. Teringat masa zaman tengah busy praktikum. Eh tak nak lah ingat praktikum dulu hahaa. Teringat masa busy class.

IPGKPI Bangi ni rasanya IPG paling strict sekali dalam dunia. So part peraturan memang tak best langsunglah. Memang jenis peraturan menganiaya students hahaa sorry to say. Antaranya adalah masuk IPG kena pukul 7.30 pagi and hanya boleh keluar pada jam 3.30 petang. Habis kalau macam kami ni duduk luar, lepas tu tak ada class, nak tunggu dari pagi sampai petang kat dalam IPG lah ya?

Jawapannya YA. Ohemgi jangan ingatlah peraturan IPGBANGI memang nonsense tau. Sakit ja hati bila ingat. Kalau nak jugak keluar IPG kena gi HEP and dapatkan tandatangan pihak lecturer berkenaan. Kalau tak dapat macamana? Tak dapatlah keluar so pandai pandai kau lah buat apa apa sementara tunggu nak keluar tu.

Yela kami students sebenarnya bukan budak budak lagi. Semua dah besar panjang, dah kena uruskan hal kehidupan by ourselves kan. So mestilah kita ada urusan kat luar contoh kat bank ke apa. Kalau keluar pukul 3.30 petang, nak settlenya bila? Biasanya pukul 4 petang diorang dah tak bagi ambil nombor. So bila laaa nak settle halnya lahai.

Haaa tulah masalahnya yang memang pihak HEP IPGBANGI tak pernah faham and tak pernah kisah pun kesusahan and kelecehan students. Memang stress duk IPGBANGI bab peraturan. Huhuu. Langsung tak ada kebaikan weh serius.

Okay panjang pulak meleber. Sebenarnya nak cerita kami malas nak berurusan dengan orang yang sebenarnya memang tak nak bagi kami balik awal ni so kami biasanya tunggu jer sampai 3.30 petang baru balik. Penat tau. Bayangkan dari pagi duduk dalam class kat IPG, petang balik nak kena settle hal rumah tangga lagi. Tu tak jadi masalah lah untuk settlekan rumah tangga tu sebab Siddiq enjoy je. Yang tak enjoy bila kita duk melepak kat IPG tu ha takde buat apa padahal kerja kat rumah banyak.

Siddiq biasanya akan masak tau untuk makan malam. Means balik IPG tu kena masak dah. Sebab Ilyas akan turun solat maghrib terussss sampai habis class Tahfiz dia nanti dalam jam 11 malam baru naik rumah semula. So nak tak nak Siddiq kena siapkan malam malam before azan maghrib. Sebelum dia start bekerja lah senang cerita.

Biasanya sampai rumah dalam jam 5 petang lebih sikit sebab bila keluar IPG pukul 3.30 petang, itu ini dah azan asar kan? So memang berhenti solat kat luar. Nak on the way balik pulak biasanya stuck jammed sebab Putrajaya area orang busy kerja. Memang banyaklah kereta nak oi. So hampir hari hari macam nilah kami tempuhi.

Sampai rumah jam 5 petang biasanya Siddiq taklah terus masak dinner. Penat oi. Biasanya dalam jam 6 petang baru start masuk dapur lepas rehat baring baring jap.  Kelentang kelentung kat dapur, lepas tu siap. Masak pun cincai jer asalkan perut ada nasik (jawa sangat ko hahaa).

So sebelum Ilyas turun mengajar dia akan makan dulu (sometimes tak sempat sebab dia mandi lamaaa 😭), and kami akan jumpa kat rumah semula dalam jam 11.00 malam sebab class dia habis jam 10.30 malam.

Siddiq pulak ada class mengajar mengaji anak anak cikgu/staff SAS tu. Start jam 8.00 malam sampai 9.30 malam. Pergi suami hantar balik jalan kaki hahaa. Padahal sekangkang kera je sebenarnya dari rumah ke surau tu. Tapi yelah sekolah tu sekolah lelaki kot macam Hanazakarino Kimitachi E tu hahaa. So im scared lah. Walaupun tak ada apa apa pun sebenarnya, okay je, tapi yelah ai takut jugak sebab they are still boys kan. Budak besar besar pulak tuh.

Tapi time balik Siddiq boleh jalan kaki sebab  diorang dah pergi Prep kat bangunan sekolah. Kalau ada budak budak pun seketul dua je so berani lah jugak. Buat muka confident. Hehee. Sebab nak surug Ilyas hantar pun sebenarnya macam perkara tak masuk akal. Yelah dekat gilaaa kot. Dia dah lah tengah class tasmik so okay lah I have to be STRONG! 💪

So macam tu lah kebusy-an kami as husband wife yang still student.


















Saturday, March 4, 2017

My Shaklee Group : Felicitous Firyals

Assalamualaikum dearies :)

Today Siddiq nak cerita mengenai my group dalam Shaklee iaitu Felicitous Firyals!


Maksud Felicitous


Maksud Firyal


So gabungan nama group ni bermaksud PUTERI PUTERI YANG BERJAYA,YANG TEPAT DAN YANG TERBAIK! Siddiq guna 3 bahasa dalam group ni sebab anak anak downlines Siddiq panggil Siddiq Omma :D
  • Felicitous : English
  • Firyals : Arab
  • Omma : Korea
Hahaa comel tak nama Siddiq bagi? Ini gabungan idea and kebenaran daripada my husband. Sebenarnya nak letak Felicitous Fairies. Tapi husband cakap khurafat sebab fairies tu pari pari OMG ok husband hehee. So carik punya carik nama elok untuk huruf F, Firyal je yang keluar. Walaupun berbelit lidah tapi takpelah bolehlah kan hahah.

Okay lepas tu, group ni terlah tertubuh pada Februari 2017. Antara ahli yang awal adalah :
  • Alya Amirah
  • Nadiatul Azwa
  • Azreenah
  • Najwatul Syafiqah

Masa artikel ini ditulis iaitu awal bulan Mac tambah lagi sorang :
  • Siti Fazliah


So sebenarnya tujuan group ini ditubuhkan adalah untuk memberikan ilmu tentang Shaklee dan marketing kepada anak downlines Siddiq. Siddiq sebenarnya dapat banyaaaak sangat ilmu Shaklee since 3 tahun lepas, yelah 3 tahun kot Siddiq belajar pasal Shaklee and Siddiq apply sikit sikit dari masa ke masa. Of course semua ada dalam otak. And kat buku notes Shaklee Siddiq hehe. Cuma Siddiq tak ada downlines, sebab Siddiq tak cari and takut nak ambil downlines dulu dek kerana tak faham concept Shaklee ni ha. So agak rugiii di situ sebab ilmu tu terperuk jer kat buku and untuk diri sendiri jer. Kalau Siddiq ajar orang lain and ia bermanfaat pada orang tu, contohnya orang tu boleh dapat income lebih, why not Siddiq buat kan? Alang alang sekarang memang Siddiq ada masa and boleh bagi komitmen.

And bila dah ada downlines, Siddiq tak nak diorang join Shaklee ni rugi sebab dapat upline yang tak bertanggungjawab. Huhuu ramai tau yang macam tu tapi Siddiq tak mauuuu! Sebenarnya besar tanggungjawab Siddiq kat dalam group ni. So Siddiq kena buat yang terbaik! Kena sampaikan ilmu kepada my downlines sebaiknya.

Aim utama Siddiq adalah nak masukkan dorang dalam group besar under Master Lyana Hisham. Requirement yang diperlukan adalah 300uv sebulan untul yang newbies! So inshallah Siddiq akan usahakan sampai diorang semua dapat masuk group tu!

And yang lebih besar daripada tu Siddiq nak jadikan diorang ni SUPERVISOR dalam Shaklee! Ni at least la as tangga pertama bermula kejayaan dalam Shaklee hehee. Sosekurang kurangnya my Firyals jadi supervisor Shaklee! Ameen. Sebab saja nak bagi diorang merasa dapat bonus at least 4 angka sebulan. So Siddiq kena usaha, diorang pun kena usaha! Cayokkkk!

So kepada yang tertanya tanya bagus sangat ker group FF Siddiq tu? Apalah agaknya ilmu yang Siddiq nak bagi tu? Hahaa meh lah contact Siddiq ilmu Siddiq bagi ni tak sama tau dengan bisnes online lain bagi hihii and inshallah kalau awak register dengan Siddiq, Siddiq akan asah awak betul betul sampai awak boleh jual Shaklee dengan yakin dan berjaya dalam bisnes Shaklee, dengan syarat AWAK BUAT! Ameen.

Okay itu saja perkongsian Siddiq. Jangan lupa save nombor Siddiq senang nak tanya hihii

011-33099034
Aisyah Siddiqah
Omaa Felicitous Firyals


Okay itu sahaja pengenalan untukmy Felicitous Firyals. 

CLOSING SHAKLEE PERTAMA BAGI ILYASIDDIQAH YANG SANGAT MENDEBARKAN!

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah closing FEBRUARY 2017 adalah yang palinggg penat dan zombiiii sangat sepanjang Siddiq join Shaklee hahah! 😄

Serius lah memang rasa nak demam, muntah, pening disebabkan tsunam Shaklee ni ha. Sampai tak keluar bilik dua tiga hari, tak cukup tidur, makan tak menentu dan macam macam lagi lah kenangan closing February nih!

Walaupun sebenarnya target yang Siddiq aim belum tercapai sepenuhnya, tapiii Alhamdulillah Februari ni adalah sesuatu yang berbezaaa sangat dengan bulan bulan sebelum nih! 😃

Antara pencapaian February yang Siddiq dapat adalah:

My first month jadi Omma
Dapat 4 anak sekali gus
My anak dapat buat salesssss!!!
My first time jadi speaker dalam class
Dapat bonus yang dah nak capai 4 angka

Walaupun bulan ni tak dapat title supervisor lagi tapi sebenarnya Siddiq puas hati jugaklah dengan pencapaian Februari 2017 ni walaupun semput mengejar target tu ha. Sebab February ni sebenarnya Siddiq start agak lambat. Yelah 14 February hari tu temuduga kan. So maksudnya 1-14 hari bulan tu memang tak fokus Shaklee. Tapi I did a really great job sebab boleh pecut sejauh ini! (tepuk tangaaan!)

Sebenarnya bulan February adalah bulan pertama Siddiq bekerja dalam kumpulan sepanjang 3 tahun Siddiq join Shaklee ni ha. Siddiq ada group sendiri. Siddiq jadi Omma. Alhamdulillah bulan pertama ni, total group sales mencapai RM6000! Walaupun lambat bertindak hahaa tapi Alhamdulillah akhirnya Siddiq berjaya bertindakkkk!

So inilah downlines dalam bulan Februari Omma Siddiq yang bekerja keras bersama Omma nih :D

  • Nadiatul Azwa          
  • Azreenah Shahari
  • Alya Amirah

Tahniah anak anak Firyals ku!

Berbalik kepada tajuk, kenapa mendebarkan? Hahaa sebab masa ni adalah kali pertama Siddiq rasa sebenar-benar closing Shaklee. Selama ni dapat jugak income tapi tak banyak. Buat puas hati diri sendiri jer sebab dapat jugakkan income tu ha. Hehee. 

Tapi not for bulan Februari 2017! Tiba tiba last minit UV Siddiq meningkat dengan mendadaknya and dapat pulak support daripada anak-anak. Ya Allah rasa nak kejarrr sangat title Supervisor tuh! So bila target nak naik Supervisor, and UV pulak dah nak capai (tapi belum capai) hahaa, berdedarnya tu lainnnn macam.

Alhamdulillah walaupun tak dapat lagi kejar Supervisor, tapi kalau husband Siddiq tahu incomse Siddiq berapa ni mesti dia bangga hihihi. Alhamdulillah :)

Terima kasih suami yang selaluu support dengan macam macam cara, kadang husband mampu ajar pasal product tau sebab dia rajin membaca hahaa. Contohnya kenapa Shaklee is the best supplement kenapa Vitamin C Shaklee terbaik kenapa Vivix memang highly recommended ha semua tu kita study sebab suami kita rajin membaca. Andddd maklumat yang dia sampaikan tu bukan dari blog blog ya, blog I pun boleh baca hahaa. Tapi maklumat tu dari Shaklee US. So memang details and science sangattt! Terima kasih jugak ibu ayah sebab setiap hari doakan dan tanya perkembangan. Terima kasih kepada Kina and husbandnya yang sentiasa support dan memahami, selalu tolong and selalu back up I hihii 😁

Terima kasih jugak kepada my babies Firyals yang percayakan Omma, and selalu bagi support, and selalu buat Omma rasa I have to do betterrrr! And tak lupa kepada semua customers Shaklee yang percayakan Siddiq and support bisnes Siddiq 😁

Lanje sikit gambar dua ketul makhluk Allah yang join Shaklee dah lama tapi baru nak start enjin nih hahaa




Aisyah Siddiqah
Felicitous Firyals Omma