Assalamualaikum :)
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat entry berkenaan
parenting setelah sekian lama nak buatttt tapi tak buat buat huhuu. Okay for
this first post Aisyah nak share pasal persiapan pembelian Aisyah untuk
menyambut my first born hari tu pada 7 Mei 2017. Now budaknya dah nak masuk 9
bulan dah Alhamdulillah.
Okay for my first born ni bajet Aisyah memang ciput jer.
Sebab masih belum bekerja tetap kan. Just buat Shaklee je masa tu.
Alhamdulillah dengan duit buat Shaklee and sikit duit yang kitorang ada tu
bolehlah kumpul sikit sikit barang baby.
Bajet tak besar pun semangat tau nak beli barang baby heheh!
Tapi memang Aisyah beli yang perlu jer. Sampai sekarang bersyukur sebab tak
terlalu membeli dulu. And apa yang Aisyah beli kebanyakannya memang guna
sebaiknya. And barang baby yang Aisyah beli adalah bukan baju sebab sebab baju
memang banyak orang bagi. Aisyah beli baju baby 3 helai jer tau. Masa tu baru
tahu pregnant and excited sangat duk jenjalan kat Alamanda nampak ada sale.
Belilah 3 helai heheee. Tu pun ni ha masa 8 bulan baru Si Ameenah ni boleh
pakai. (Sebab dulu I tak boleh imagine macamana keciknya newborn tu so I
belilah sesuka hati). Hahaa . So here adalah senarainya berdasarkan pengalaman
my first born.
UNTUK BABY
BAJU BABY
Okay first baju. Untuk baju baby Aisyah hanya ada sikit jer.
First ialah 3-4 helai sleepsuit atau baju yang sekali masuk sampai hujung kaki
tu. So baby just pakai sehelai baju and sarungkan mitten sahaja. Senang kan?
Hehee. Sleepsuit Aisyah jenama Mothercare and Carters. Kain best! Lovee
Second Aisyah ada 3
helai rompers atau baju yang sambung dengan seluar pendek. So yang ni baby akan
pakai sehelai baju and sarungkan mitten and booties. Jenama Mothercare.
Sleepsuit Ameenah macam ni cuba design bunga je lain sikit..
And my SIL ada bagi banyak baju tidur baby yang biasa tu,
baju lain seluar lain. So in case nak pakai dah ada. Cuma Ameenah pakai hanya lepas
3 bulan sebab bajunya besar-besar. Yang ni kebanyakannya jenama Pureen. Love
jugak kain dia sedap.
NAPKIN
Next ialah napkin. Napkin ni Aisyah beli beria sikit. Hahah.
Aisyah beli yang berkualiti and ada macam-macam jenis. Ada 3 saiz Aisyah beli.
Satu yang paling besar saiz 120x120 tak silap. Tak ingat sangat berapa ukuran
dia. Jenis cotton bamboo muslin. Mahal jugak dalam RM100 gitu dapat 2 atau 3
tak ingat. Kedua Aisyah beli saiz kecik sikit 110x110 kot. Harga murah sikitlah
RM20 lebih. Beli sebab nak try jenis kain dia. And yang ketiga saiz kecik jer
70x70 kot. Hat ni beli kat Ikea.
Yang ni 70x70.. Beli je banyak, 10 helai ke sebab memang guna..
Ameenah punya yang love tu.. Hat ni Aisyah beli sehelai ja. 110x110..
Yang ni saiz paling besar 120x120. Besar kan? Hat ni Aisyah beli 3 helai..
BARUT
Barut Aisyah suka guna yang jenama pureen. Suka sangat sebab
dia just lekat je takde tali –tali. So baby pakai kemas jer. Selesa pun ya
jugak. Aisyah memang ada dedua jenis yang tali tu pun tapi tak berapa gemar
yang tali hehee.
Macam nilah Ameenah punya, sebiji hehe..
TOPI
Topi beli yang nipis je sebab cuaca Malaysia panaih kan.
Belilah 3. Guna kalau baby keluar, kena pakai topi.
PAMPERS
Okay pasal pampers pulak. Untuk yang newborn Aisyah ada
jenama Huggies. Yang ni lecturer bagi so Aisyah memang bawak gi hospital yang
ni. Lepastu beli saiz S jenama pet pet. Unfortunately tak sesuai dengan
Ameenah. Ruam dia ya Allah sangat menakutkan. Sampai tak boleh pakai diaper
dalam seminggu dua cam tu tau. Cuma pakai napkin je and biar kena angin sikit.
Lepas baik tu beli diapers jenama Mamipoko. Nak trylah. Pun tak berapa okay.
Ruam dia macam naik lagi tapi sikit je lah. Lepas tu beli huggies lagi.
Alhamdulillah memang sesuai. Kering tau and memang cantik je kulit lepas tu.
Rupanya her first diapers is the best for her iaitu Huggies. Till now memang
guna Huggies hijau tu.
Hat ni lah rupa dia...
CHANGING MAT
Changing Mat jangan
beli yang besar nanti berat and tak best guna. Susah.
BIB
And then baby bib. Aisyah ada 4 helai. 3 beli kat Ikea 1 kat
Mothercare. Yang ni paling best Ikea punya. Sangat best sebab dia kecik and
muat-muat dengan Ameenah sampai sekarang. Dari baby pakai untuk elak baju kotor
kena susu. And sekarang dah 8 bulan lebih pun pakai untuk makan. Muat lagi tau. Kalau pakai yang Ikea tu dia tak tarik2
sebab saiznya kecik so selesa nak pakai. Yang jenama satu lagi tu agak besar so
Ameenah kalau pakai memang akan tarik habis punya.
Ni lah Ikea punya yang best tuu..
BABY CARE & GROOMING
Aisyah just beli sabun cecair je tu pun masa dalam pantang
tak guna sabun sebab tak nak biasakan kulit dia dengan sabun. Tapi after
sebulan dua macam tu dah pakailah sabun tapi tak setiap kali mandi. Hehe.
Minyak Bayi (Baby Oil) – Aisyah guna baby oil Tropika lavender.
Sedap sangatt bau dia!
Tisu – Guna tisu basah and tisu tandas yang gulung tu hehe.
Putik Kapas (Cotton Bud) – Beli hat baby punya naa sebab
kecik.
Pengepit Kuku (Nail Clipper untuk baby) – Sebenarnya Aisyah
beli satu set dengan sikat, thermometer dan ada lah beberapa lagi benda
kegunaan baby yang Aisyah pun tahu apa hehee.
Termometer (dah cakap tadi) - Hat ni penting. Kena check suhu
baby selalu ok sebab kadang-kadang baby demam tak perasan. Ini yang bahaya. Alhamdulillah
Ameenah pertama kali demam masa umur 7 bulan je means awal dari tu dia tak ada demam.. Alhamdulillah..
Minyak Telon – Her first minyak telon sebenarnya brand
Tropika. Minyak telon ni bukan jenis minyak dia macam cream gitu. Harga di
around RM40 and tahan sebulan sahaja. Tepat sebulan memang habis hahah. Alhamdulillah
sesuai je sebenarnya dengan Ameenah. Lepas tu dah 2 bulan guna Aisyah try guna
yuyee sebab Ameenah kerap kembung perut masa malam. Jadi nak keluarkan angina tu
macam takes time sikit tau sebab brand Tropika tu tak panas sangat tau (read : memang
tak panas hehee). So Aisyah trylah minyak yuyee sebab SIL Kak Aida pakai dia
cakap okay. And memang sangat ok! Ameenah kalau kena sapu dengan yuyee ni je
memang sendawa dalam masa around 5 minit. Hehehe so Alhamdulillah sampai
sekarang guna minyak yuyee as her minyak telon.
Bakul Baju Kotor (beli yang ringan kat kedai RM2 tu jer).
Bakul baju Baby (yang ni beli masa study, beli kat Ikea, beli bakul putih jernih untuk barang baby. Sampai sekarang guna Alhamdulillah.
BEDDING SETHat ni Aisyah buat sendiri. Sebenarnya sebab bajet ciput and bedding set ni kalau beli memang mahal kan. So Aisyah buat dengan bantuan my very very veryyyy kind heart mother ibuuuu <3 Okay untuk bedding set ni yang penting Cuma tilam, bantal biasa 2 biji, bantal peluk 2 biji and selimut. Yang selimut ni beli Ikea. And Alhamdulillah semua yang Aisyah sebut di atas ampai sekarang guna Alhamdulillah.
BOTOL SUSU
Yang ni Aisyah salah pilih. Hahaa.
Yang ni Aisyah salah pilih. Hahaa.
Botol susu pertama Aisyah beli ialah Tommee Tippee. Hanya
kerana DESIGN dia hehe. Beli 2 biji. Sekali try kat Ameenah dia tak nak / tak
boleh minum dengan botol susu tu, pertama sebab keras tak sesuai dengan newborn
puting dia. Kedua sebab lubang air dia tu besar so newborn minum banyaak keluar
mengalir daripada yang masuk.
Mumula Aisyah ingat biasalah kan newborn tak pandai minum.
Sekali tanya kakak ipar anak dia takde pulak mengalir-mengalir gitu. So i
decided terus nak try beli botol lain which is Pigeon. Sebab kakak ipar suggest
dia kata Harraz guna yang first ni and terus okay.
So I pun beli Pigeon kat Mothercare. Beli yang wide neck
warna kuning. And Alhamdulillah sangat Ameenah sangat sesuai dan sukaaa dengan
botol ni sampai masa memula try bagi dia tu, dia tolak direct bf tau 😂
Bahaya jugaklah kalau bagus sangat nih hahah. Tapi Alhamdulillah tolak2 manja
je lepas dalam 2 minggu gitu nak lah terus dedua.
Ni dia ghupe botol Ameenah, masa Ameenah newborn guna puting yang saiz paling kecik, saiz satu, dah besar sikit dalam 5 bulan guna puting yang next dia saiz dua tapi still lubang bentuk dot bulat, bukan Y or X.
So di sini I nak suggest Pigeon bottle. Memang okay sangat
bagi I sebab puting dia ada 3-4 saiz. Saiz dari newborn and seterusnya.
Kemudian bentuk dia pun ada 2 jenis so nak yang tirus okay yang lebar pun okay.
Saya suka botol Pigeon. ❤️
Oh ye pasal botol kakak ipar Aisyah Rusman tu ada bagi jugak
botol jenama apa entah masa try bagi Tommee Tippee tu selang selikan. Yang best
and yang I suka tu botol dia kaca and puting dia warna kuning means jenis
lembut tu tau. Unfortunately Ameenah reject. Dia tolak and tak nak minum so
okaylah bye...
So basically nia lah yang Aisyah sediakan untuk Ameenah. Kalau ada yang lupa nanti Aisyah update semula. Hope membantu ibu-ibu yang nak dapat first baby ye. And untuk ingatan Aisyah sendiri jugak heheh.
Thank you for reading!
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment