Searching for ......
Saturday, March 25, 2017
Our Two Wonderful Years As Hubby Wifey Yang Still A Full Time Student IPG
Assalamualaikum ❤️
Time berjauhan macam nih memang syok sangatlah nak berjiwang -jiwang. Hehe. Ilyas tengah keluar tabligh 4 bulan di India Bangladesh nih. Memang hikmah sangat bagi Siddiq keluar tabligh ni tau sebab kita akan kenal erti rindu, menghargai, kasih sayang lebih dalammm dan lain lain lagi. Tapi niat mesti kerana Allah, barulah rasa tu timbul dengan nikmat. Kalau tak kita akan rasa sedih, tak kuat, tak redha and macam macam rasa negatif. Tapi Alhamdulillah setakat ni dah sebulan jugak Ilyas kat India / Bangladesh tu. Siddiq okay je dan menjalani hidup dengan baik bersama ibu ayah famil and my ilyasiddiqah junior dalam tummy ni hehee.
Hari ni rasa nak throwback cerita kami masa zaman muda mudi dulu lepas kahwin. Now dah nak masuk 3 tahun lah kami berkahwin. Inshallah anniversary yang ketiga perkahwinan Ilyasiddiqah ni, our junior dah lahir 😁
Oh ye lupa nak kabo, dalam 2 hari lepas 16/03/2017, Siddiq dah pun LULUS lesen memandu kereta hehe Alhamdulillah.
See? Sebenarnya bila kita niat kerana Allah, kita redha, kita gembira, Allah memang akan memudahkan urusan kita. Sebenarnya dah dekat 5 tahun tau Siddiq nak ambil lesen kereta semula since Siddiq pernah ambil masa zaman PPISMP dulu tapi gagal dua kali so rasa down lepas tu ada pulak tragedi Siddiq langgar tembok masa drive kereta Avanza ayah hahaa. Habis kemek. So masa tu memang rasa TAK BOLEH memandu. Rasa down. Rasa trauma. Nak ambil lagi tapi takut last last sampailah 5 tahun selepas kejadian tak ambil ambil hehee. Tup tup masa Ilyas keluar ni lah Siddiq Alhamdulillah Allah tolong dapat ambil lesen kereta semula. Start dari zero tau hahaa. Sampailah berjaya leni. So Alhamdulillah ❤️
And 16/03/2017 tu pun ada satu lagi berita gembira! My adik Nur Sakinah telahpun bergelat Ummi kepada seorang baby boy yang diberi nama Amru Al-As Alhamdulillah. So memang berganda gandaaa lah kegembiraan ai tauuu 😍
Bila tengok Kina dah ada baby ni, kita pun rasa tak sabar nak peluk anak sendiri. Baby I or A (sebab tak tahu jantina lagi hehee), nanti keluar biar senang, mudah, dan cepat ya. Mama tak sabar nak jumpa anak Mama yang soleh/ah ni ❤️
And also, bila Kina dah ada komitmen ni kita kena duk jauh sikitlah daripada dia kan. Tengah fasa tak ada kawan rapat ke hulu ke hilir lah sekarang nih. So terimbaulah kenangan bersama Papa awak Maulana Muhammad Ilyas Rusman tu ha masa study degree dulu.
Alaaa best sangat zaman study dulu. Enjoy je walaupun sebenarnya taklah 100% enjoy sangat. Banyak jer komitmen. Banyak je ujian masalah dugaan. Tapi best je hadapi hidup susah senang bersama sebab we are alwaaaays together. Cewah. Hehee.
Ingat lagi, masa mula mula kahwin dulu kitorang tak ada kereta. Stay asrama lagi masa tu. Duduk asing asinglah since IPG tak galakkan perkahwinan masa tengah study. Praktikum pun asing lagi masa tu. Tak sedih pun tapi tak berapa bestlah sebab kita dah kahwin kan so mestilah nak stay sama sama buat kerja sama sama saling membantu dll.
Tapi Alhamdulillah bila habis tempoh susah senang tak berapa nak bersama sebab tak duduk bersama tu, Allah beri rezeki pada kami. Ilyas dapat beli kereta, and Ilyas dapat rezeki duk rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Alhamdulillah rezeki sangat. Paling best best best sangat masa ni, masa stay rumah bersama 😂
So Ilyasiddiqah punya rumah pertama adalah rumah warden kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Ilyas bukan warden tau kat situ. Dia jadi guru Tahfiz Elit. So kerja dia just conduct budak tahfiz yang terpilih dalam 20 orang jer untuk dihafizkan dalam beberapa tempoh masa tertentu dengan bilangan juzuk hafalan yang pihak sekolah tetapkan.h
So, rumah pertama kami ni memang best sangat bagi Siddiq, walaupun tak besar mana dan kena panjat tangga sampai 3 tingkat yang macam 5 tingkat tuuu, beberapa kali sehari. Fuh mencabar! Tapi okay lah kan untuk kami berdua. Muda lagi and kurus (la sikit) masa tuh hahaa.
Rumah tu ada satu ruang tamu, satu dapur, tiga bilik and dua bilik air. Bagi Siddiq rumah tu best sebab senang nak jaga and selesa and menyimpan 1001 kenangan dengan my husband.
Kami kan berkahwin semasa belajar kan iaitu time semester 3 nak masuk 4. So daripada semester 4 hingga semester 8 tu kami adalah suami isteri. Duduk rumah tu pulak since semester 5. Kalau nak tahu, IPG tak benarkan students pregnant semasa pengajian, kalau pregnant kena tangguh semester. So kami tak naklah tangguh. Pepandai ko lah rancang hahaa. Yang paling tak nak sekali Ilyas sebenarny sebab nanti kena pisah ngan ai leceh kan sorang dah habis sorang belum.
So lepas kami kahwin tu, kami memang spend time together and enjoy ourselves hampir 3 tahun jugak as students yang dah berkahwin hehee. Means kita memang tak ada komitmen or fikir apa apa tentang anak lagi. Belum fikir nak dapat baby. Kami just enjoy our love story, enjoy being students and also husband and wife. So memang hidup full with enjoyment lah hahaa.
But still, kami bukan orang berduit or orang kaya kan, pasal masalah duit sangat ada tapi kami saling menenangkan saling memahami and saling menguatkan antara satu sama lain. So dia jadi okay lah. Means enjoy tu enjoy tapi takdelah tak beringat sangat.
Contohnya kalau nak tahu, kami berdua TAK PERNAH pergi honeymoon pun lepas kahwin sampai sekarang. Nak tu nak jugak sebab tengok kawan kawan pergi honeymoon bestnya rasa tapi pitih takdok so ko duduk jelah rumah k. Hahaa.
Tapi takdelah miskinan sangat. Ada je lah duit kalau nak pi pun. Tapi entah lah. Maybe kalau pergi makan angin duit terlabur berlebihan sangat so memang tak mampu lah senang cerita.
Pernah gak tanya Ilyas kenapa awak tak tekankan sangat ea pergi honeymoon bercintan cintun dengan saya?
Dia jawab : Entahlah saya rasa baik duduk rumah je. Baring baring lagi best. Ada jugak awak. Kalau ada anak mungkin lebih seronoklah nak makan angin sebab maybe anak kita akan seronok so kita akan seronok jugak.
Okay fine so memang tunggu anak lah ni ye 😂
Tapi takpelah masing masing ada cara masing masing untuk handle family sendiri kan.
Walaupun Ilyasiddiqah tak suka atau lebih kepada tak pernah (sebab suka tu suka je kot tapi tak pernah pergi so tak tahu suka ke tak hahaa) honeymoon jalan makan angin berdua, tapi Ilyasiddiqah suka reward diri sendiri hahaa.
Hampir setiap minggu or dua minggu sekali kita akan window shopping or gi jalan kat mall hahaa. Bukan menyoping sangat pun, dapat makan aunti anne pun dah kira sesuatu yang seronoook sangat masa tu tau 😂
And jangan tak tahu ea yang ajak shopping ni biasanya Ilyas ok. Ai tak berapa sangat pun. Kitorang terbalik. Kalau pergi mall, yang kena berjaga jaga ialah Siddiq, sebab kalau terlepas pandang tetiba jer Ilyas tu boleh hilang. Hilang dibalik barangan barangan jualan yang dia nak beliiii. Yang kena tunggu is me ok. Ai yang kena cakap : ni tak payah tu tak payah. Yang tukang jeling bila tak dapat beli is My Husband. Hahaa geramnyaa!
Tapi takpelah. Pro and contra biasalah tu kan. Teringat masa zaman tengah busy praktikum. Eh tak nak lah ingat praktikum dulu hahaa. Teringat masa busy class.
IPGKPI Bangi ni rasanya IPG paling strict sekali dalam dunia. So part peraturan memang tak best langsunglah. Memang jenis peraturan menganiaya students hahaa sorry to say. Antaranya adalah masuk IPG kena pukul 7.30 pagi and hanya boleh keluar pada jam 3.30 petang. Habis kalau macam kami ni duduk luar, lepas tu tak ada class, nak tunggu dari pagi sampai petang kat dalam IPG lah ya?
Jawapannya YA. Ohemgi jangan ingatlah peraturan IPGBANGI memang nonsense tau. Sakit ja hati bila ingat. Kalau nak jugak keluar IPG kena gi HEP and dapatkan tandatangan pihak lecturer berkenaan. Kalau tak dapat macamana? Tak dapatlah keluar so pandai pandai kau lah buat apa apa sementara tunggu nak keluar tu.
Yela kami students sebenarnya bukan budak budak lagi. Semua dah besar panjang, dah kena uruskan hal kehidupan by ourselves kan. So mestilah kita ada urusan kat luar contoh kat bank ke apa. Kalau keluar pukul 3.30 petang, nak settlenya bila? Biasanya pukul 4 petang diorang dah tak bagi ambil nombor. So bila laaa nak settle halnya lahai.
Haaa tulah masalahnya yang memang pihak HEP IPGBANGI tak pernah faham and tak pernah kisah pun kesusahan and kelecehan students. Memang stress duk IPGBANGI bab peraturan. Huhuu. Langsung tak ada kebaikan weh serius.
Okay panjang pulak meleber. Sebenarnya nak cerita kami malas nak berurusan dengan orang yang sebenarnya memang tak nak bagi kami balik awal ni so kami biasanya tunggu jer sampai 3.30 petang baru balik. Penat tau. Bayangkan dari pagi duduk dalam class kat IPG, petang balik nak kena settle hal rumah tangga lagi. Tu tak jadi masalah lah untuk settlekan rumah tangga tu sebab Siddiq enjoy je. Yang tak enjoy bila kita duk melepak kat IPG tu ha takde buat apa padahal kerja kat rumah banyak.
Siddiq biasanya akan masak tau untuk makan malam. Means balik IPG tu kena masak dah. Sebab Ilyas akan turun solat maghrib terussss sampai habis class Tahfiz dia nanti dalam jam 11 malam baru naik rumah semula. So nak tak nak Siddiq kena siapkan malam malam before azan maghrib. Sebelum dia start bekerja lah senang cerita.
Biasanya sampai rumah dalam jam 5 petang lebih sikit sebab bila keluar IPG pukul 3.30 petang, itu ini dah azan asar kan? So memang berhenti solat kat luar. Nak on the way balik pulak biasanya stuck jammed sebab Putrajaya area orang busy kerja. Memang banyaklah kereta nak oi. So hampir hari hari macam nilah kami tempuhi.
Sampai rumah jam 5 petang biasanya Siddiq taklah terus masak dinner. Penat oi. Biasanya dalam jam 6 petang baru start masuk dapur lepas rehat baring baring jap. Kelentang kelentung kat dapur, lepas tu siap. Masak pun cincai jer asalkan perut ada nasik (jawa sangat ko hahaa).
So sebelum Ilyas turun mengajar dia akan makan dulu (sometimes tak sempat sebab dia mandi lamaaa 😭), and kami akan jumpa kat rumah semula dalam jam 11.00 malam sebab class dia habis jam 10.30 malam.
Siddiq pulak ada class mengajar mengaji anak anak cikgu/staff SAS tu. Start jam 8.00 malam sampai 9.30 malam. Pergi suami hantar balik jalan kaki hahaa. Padahal sekangkang kera je sebenarnya dari rumah ke surau tu. Tapi yelah sekolah tu sekolah lelaki kot macam Hanazakarino Kimitachi E tu hahaa. So im scared lah. Walaupun tak ada apa apa pun sebenarnya, okay je, tapi yelah ai takut jugak sebab they are still boys kan. Budak besar besar pulak tuh.
Tapi time balik Siddiq boleh jalan kaki sebab diorang dah pergi Prep kat bangunan sekolah. Kalau ada budak budak pun seketul dua je so berani lah jugak. Buat muka confident. Hehee. Sebab nak surug Ilyas hantar pun sebenarnya macam perkara tak masuk akal. Yelah dekat gilaaa kot. Dia dah lah tengah class tasmik so okay lah I have to be STRONG! 💪
So macam tu lah kebusy-an kami as husband wife yang still student.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment