Searching for ......

Friday, April 14, 2017

APA ITU GMO DAN NON GMO?

Assalamualaikum

Ok, kali ini saya nak share apa maksud GMO dan Non-GMO. Apa yang saya faham, saya coretkan di sini sebagai pengetahuan. Harap anda semua faham apa yang saya faham ya ❤️

Apa itu GMO?

GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Apakah gen ?

Setiap tumbuhan dan haiwan diperbuat daripada sel-sel. Pada pusat sel  terdapat nukleus. Di dalam setiap nukleus terdapat rentetan DNA. Urutan pendek DNA dipanggil gen. Gen beroperasi dalam rangkaian kompleks yang halus dikawal selia bagi membolehkan proses organisma hidup berlaku di tempat yang betul dan pada masa yang tepat.

Kalau dulu kita kita belajar kaedah cantuman pokok(pokok dengan pokok) kaedah kacukan haiwan (haiwan dengan haiwan yang sama jenis) tapi sekarang, teknologi sudah canggih dan manusia mula bertindak diluar tabii. Gen manusia dan haiwan telah dimasukkan pada tumbuhan, begitu juga gen haiwan lain telah dimasukkan pada haiwan yang berlainan jenis. Sebagai contoh , jurutera genetik telah memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau Bt ke dalam DNA jagung. Gen Bt menghasilkan protein yang boleh membunuh serangga , dan pemindahkan gen membolehkan jagung untuk menghasilkan racun perosak sendiri.

Dengan pengubahsuaian genetik ini juga membolehkan sesetengah pokok tahan lasak kepada racun serangga perosak. Contohnya seperti  Kacang soya - Gene diambil dari bakteria (Agrobacterium sp. strain CP4) dan dimasukkan ke dalam kacang soya untuk membuat mereka lebih tahan racun herba.  Jadi, dengan ini petani-petani moden, dengan sewenang-wenangnya menyembur racun perosak pada tumbuhan bagi membunuh serangga perosak yang merosakkan tanaman.

Adakah GMO selamat?

Negara-negara yang paling maju tidak menganngap GMO selamat. lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua Negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Dimudahkan cerita, pada tumbuhan, teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.

Apa pula Non-GMO?

Non-GMO adalah sebaliknya daripada GMO Ia merupakan organisma yang tidak diubahsuai secara genetik. Bermaksud, ia membesar secara semulajadi tanpa ada pengubahsuaian gen.

Apa kelebihan ESP Shaklee?

Okay semua tahu kan yang ESP Shaklee adalah product bersumberkan soya yang tidak GMO. Non-GMO Soy. So ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Jadi, pilihan ditangan anda. Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Aisyah Siddiqah


No comments:

Post a Comment