Searching for ......

Monday, May 16, 2016

Kebaikan, Kelebihan, Manfaat dan Fungsi Vitamin B Complex Shaklee

Assalamualaikum guys,

Hari ni saya nak cerita pasal salah satu vitamin Shaklee yang memang saya amalkan iaitu B Complex Shaklee. Okay mesti uolls tertanya-tanya kenapa saya amalkan ye tak?


Okay saya amalkan B Complex Shaklee ni sebab :

1) Persediaan untuk pregnant. Doctor sarankan wanita yang merancang untuk pregnant untuk ambil Acid Folic 6-3 bulan lebih awal. So yeah of course saya pilih Shaklee. Dan Acid Folic dalam Shaklee ialah B Complex :)

2) Orang kurus macam saya biasanya mudah letih sebab tekanan darah rendah / darah rendah, betul tak? InsyaAllah B Complex dapat meredakan symptom tersebut.

Okay dua sebab ni kenapa saya – kalau B Complex habis terus beli—habis lagi --- beli lagi. Lagipun murah aje Insyallah semua orang mampu milik :)

Okay sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya ya. B Complex Shaklee terdapat semua 8 jenis Vitamin B ya. Sebab tu Complex. Eh haha

B1 (thiamin)
Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

B2 (riboflovin)
Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

B3 (Niacin)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

B5 (antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.


B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

B7 (Biotin)
Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

B9 (Folat/Folic Asid)
Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

B12 (Kobalamin/Cobalamin)
Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun.
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.

Okay sorry sebab panjang. 


Tetapi secara ringkasnya,

Kebaikan, kelebihan, manfaat dan fungsi Vitamin B Complex Shaklee ialah :

Secara umumnya, sebiji B-Complex Shaklee mampu:
Memberi tenaga kepada tubuh
Membantu kemampuan berfikir
Mengelakkan penyakit beri-beri
Melambatkan proses ubat di rambut
Penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
Mencegah stress
Menguatkan antibodi tubuh
Amat penting untuk aktiviti sel genetik
Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
Memproses dan memnghasilkan sel-sel darah merah
Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
Perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
Mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)


Apakah yang akan berlaku jika kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:

Lemah sistem saraf
Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
Pembentukan sel abnormal
Mengakibatkan anemia
Masalah depresi (tekanan perasaan)
Kehilangan daya memori
Cepat letih
Sesak nafas
Insomnia
Kurang fokus dan konsentrasi
Mudah tersinggung

Antara tanda-tanda kekurangan vitamin B, ialah :

Kemurungan, mudah marah, merajuk , emosi tak stabil.
Selalu letih , tidak bermaya, wajah nampak lesu dan kusam
Sentiasa resah gelisah
Mudah panik, menggelabah, darah gemuruh
Kurang selera makan
Sembelit
Kurang fokus & konsentrasi
Rambut kelemumur
Tekanan atau emosi sewaktu haid
Sakit pada bahagian abdomen
Mudah bengkak pada buku lali, kebas di tangan dan kaki

Jadi, siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?

Ibu yang menyusukan anak
Ibu yang hamil
Ibu yang sedang berpantang
Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
Mereka yang ingin mendapatkan anak
Mereka yang mengalami masalah migrain
Mereka yang mengalami alahan/eczema
Mereka yang mengalami masalah rambut
Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol



Sekarang dah boleh muhasabah diri dan buat survey adakah vitamin B cukup dalam badan kita.. :)

Okay, sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi saya melalui whatsapp ya,

Aisyah – 011.330.990.34

For the pleasure of Allah,
Assalamualaikum and take care :)



By Ilyasiddiqah New Look!

Assalamualaikum cuolls

Saja nak memperkenalkan wajah baru By Ilyasiddiqah

Taraaaaaaaaa


Cantik kan kan hehe tengoklah siapa yang design 

So selamat kembali aisyah assiddiqah ! :)

Manfaat, Kebaikan Dan Kelebihan Minuman ESP Shaklee

Assalamualaikum semua :)

1) Apa kebaikan ESP Shaklee?
2) Bagaimana cara buat masker ESP Shaklee?
3) Apa khasiat ESP Shaklee?
4) Apa kelebihan ESP Shaklee berbanding jenama protein yang lain?
5) Apa fungsi ESP Shaklee dan apa set ESP Shaklee?
6) Apa keburukan ESP Shaklee?
7) Adakah ESP Shaklee menggemukkan ?
8) Ada tak resepi ESP shaklee nak bagi sedap dan bagaimana cara minum ESP Shaklee?
9) Apa kandungan ESP Shaklee?
10) Berapa harga Shaklee ESP atau shaklee ESP price ?
11) Bila promosi ESP Shaklee ?
12) Ada tak testimoni ESP Shaklee ?

Ha macam ni banyak punya soalan insyallah akan ku jawab satu persatu (tapi mungkin dalam entry yang berbeza-beza hehe tengok pada kudratku sekarang ni hehe)

Okay so sekarang nak cerita lagi pasal ESP Shaklee yang super best ni. Saya pernah cerita pasal kan tapi banyak lagi yang tak tercerita lagi so here we are ..


Semua maklum kan ESP adalah PROTEIN? Dan protein adalah makanan sel. So cuba bayangkan sel sel yang halussss tu dapat makanan yang elok sihat dan semula jadi, Insyallah dengan izin Allah effect dia akan pergi ke seluruh tubuh badan kan? Kulit jadi cantik, sihat, bertenaga dan banyaaaak lagi lah!

Tapi , macamana kalau tak cukup protein? Apa akan berlaku?


  • Kalau tak cukup protein, badan kita akan terasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tak kuat.
  • Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang sebab kurang ketahanan.

Siapa yang ada gejala-gejala seperti di atas boleh lah fikir-fikirkan solution yang terbaik untuk diri anda..





So apakah kebaikan dan manfaat minum ESP Shaklee ni? Jom baca satu satu hehe

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser,
16. Bertindak sebagai antioksidan,





17. Menguatkan sistem imun tubuh,
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
24. Membantu merendahkan paras kolestrol,
25. Mencegah osteoporosis
26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
27. Membantu menyembuhkan gastrik.
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut

Apakah perbezaan ESP dengan soya lain?

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemak, tanpa kolestrol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi




So secara ringkasnya , fungsi ESP :


  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa terlalu lemah nak tunggu waktu berbuka.

TESTIMONI ESP SHAKLEE



Ha tepek sekali muka kami hehee sebab kami penggemar ESP SHAKLEE!



So macamana? Masih ragu ragu? Tak tahu nak buat pilihan? Tak pasti nak ambil Shaklee ke tidak?

Tak apa jangan risau, awak boleh tanya saya sebab saya pun macam aak jugak dulu.. Saya share je dekat awak apa yang saya rasa betul dan saya boleh bantu awak buat pilihan.. Jangan risau saya baik orangnya kihkihkih

Boleh baca tentang ESP SHAKLEE lagi di SINI dan SINI :)


Do whatsapp me 011-330.990.34 :)

FB page : By Ilyasiddiqah
Insta Shop : supplement.by.ilyasiddiqah

Im Your Trusted Shaklee Distributor

AISYAH ASSIDDIQAH
SHAKLEE ID : 1091965


Thank You For Reading!

Sunday, May 15, 2016

Novel Harry Potter Preloved Untuk Dijual

Assalamualaikum

Walaupun mungkin terlalu lambat but yeah I got my own harry potter books!

Tapi saya tahu saya tak boleh berlebih-lebihan gembira atau suka sebab yelah harry potter—iluminati yang sangat jelas. Walaupun orang kata tak apalah suka baca je tapi aku tetap berhati-hati dan mesti kena ada ilmu latar belakang harry potter ni sebelum terlalu suka kepadanya.




Oh ye aku nak jual buku harry potter English Version yang aku beli hari tu. Sapa nak boleh contact aisyah 011.330.0.34 ye. Langsung takpenah dibaca dan taka da cacat cela. Sebab nak jual adalah aku dah beli buku versi melayu dan aku lebih suka baca yang melayu sbb senang nak faham hehe. 

Novel Harry Potter preloved untuk dijual (sebenarnya tak tahulah ia kategori preloved ke tak sebab belum disentuh langsung) 




HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE
ENGLISH VERSION 
Harga beli : RM39.90
Harga jual : RM35.00 (termasuk postage)

HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE
ENGLISH VERSION 
Harga beli : RM39.90
Harga jual : RM35.00 (termasuk postage)

Kalau beli dua2 dapat lagi murah, mesti uolls suka tapi kena PM luu..

Dah nak baca Harry Potter.. Bye

Thank You!

Tuesday, January 26, 2016

Certain Day Talking : My Life Sekarang

Assalamualaikum

(18/10/2015)

Alhamdulillah dapat jugak menulis setelah laaaaaama ku tinggalkan dunia blog ku ini. Dua bulan lepas memang zaman busy aku sebab semester 6 berpraktikum. Aku berpraktikum dengan husband aku kat SK Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah semuanya ok dan best..

Now, semua sem 8 pun dah intern, kitorang yang sem 6 ni pun dah nak jadi last year student, semuanya jadi busy busy belaka. Sebab dah jadi keutamaan lecturers. Takut senanya.. Tapi bila dibayangkan ketakutan saja, maka ketakutanlah yang akan menghantui kita..
So chill chill ajer.

2 hari bulan 11 2015

Anyonyooo entry lepas pun tara siap siap haha. Jadi kita sambung aje lah. Okay baru je masuk bulan 11. Dan nampaknya tarikh peperiksaan semakin hampir. Namun bagaimanakah persiapan untuk menghadapi peperiksaan? Usah ditanya kelak menyesal pula hehehhe.

Budak2 study group ni pulak macam tanak balik bangi je gayanya. Aku dengan sheben jelah yang setia kat sini. Alhamdulillah ada rumah kat Putrajaya ni kalua tak kat mana lah agaknya aku sekarang ye.

So sepanjang aku duduk berduaaa je dengan sheben ni banyak lah jugak aku belajar mende2 keibubapakan aka keisterian yang harus aku praktikkan sampai ke tua. Antaranya adalah memasak. Aku senanya suka je memasak. Tahu kan?

Tapi the prob here is rumah kecil kami tiada peti sejuk. Jadi aktiviti masak memasak agak sukar dijalankan secara kerap kerana kadang-kadang timun rosak, kadang kadang tomato busyuk, kadang-kadang  ayam tak sempat beli sebab dah malam. Dan sebagainya. Dan bila memasak pulak kuantitinya adalah amat sedikit macam main pondok pondok hehe. Diameter periuk aku hanyalah sebesar jari teluntuk kanan dan kiri disambungkan begitu juga dengan ibu jari tangan kanan dan kiri. Segitu aje. Sangat sedikit bukan? Apa jadi kalau masak  banyak? Wa qo lu inna lillah….. T.T

Tapi apa apa pun aku gembira dan bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah alhamdulillah. Dapat jugak masak. Dapat jugak sediakan makanan untuk suami. Walaupun tak lah sedap pun aku masak.
I love cooking. Sebab tu kadang kadang atau selalunya bila dah dapat memasak (sebab semua bahan lengkap) aku akan masak 3 kali sehari. Untuk 2 orang. Macam rugi je kan haha. Atau kengkadang orang kata buang masa dan tenaga aje.

Tapi pada aku tak lah (untuk jangka masa sekarang ni). Sebab aku duk rumah bukan buat pape pun. Rumah aku kat tingkat 3. Ofkos aku tak kan turun jenjalan. Lagipun kawasan asrama student. Pastu aku pulak tak de buat pape part time job. Jadi tugas aku hanyalah menjadi  pelajar dan menjadi isteri. Yela disamping menjadi anak dan menantu lah.

Apa lagi aku harus lakukan dirumah… haruslah memasak ya kannn.. masak iron baju sapu sapu sikit. Tu jer keje aku haha. Basuh baju tak sebab kitorang basuh kat dobi. Haha. Tak de mesin basuh gak…
So pagi tadi menu kami adalah :

Mi singapura + telur mata + keropok ganu
Tengah hari ni :
Stew ayam +brokoli rebus
Malam? Belum menjelang malam lagi. Tapi rasanya stew tadi je kot sebab tak habis lagi.
Esok pagi aku ingat nak buat mi sos kacang hitam korea tu hehe. Mi dah dibeli. Insyallah kalau jadik nanti aku share share yekk. 

Hari tu ada buat nasi ayam pastu mi hailam pun ada jugak. Ohye donut pun ada gak aku buat. Tapi tak mantop lagi lah donut aku. Tak leh jual lagi lah bak kata orang :P

Suami aku kata berbaloi jugak senanya kalau duk dua orang ni kita masak kat rumah. Aah memang pun senanya tapi kalau ada peti ais. Hehe. Kalau tak rugi sikit jerrr lah berbanding asyik beli aje.
Lagi apa ek nak citer pasal kehidupan aku sekarang…. Oh ye

Lately bila dah habis kuliah ni banyak gak masa terluang. Antara kerja tak berfaedah aku adalah tengok citer. Tapi tak maulah citer sebab suami aku kata nanti ada saham dosa. Tapi memang banyak gak ah citer aku tengok. Lagha T.T

Tapi sekarang macam nak muntah dah kalau nak tengok citer tu. Haha yeye je. 
Oklah nak buat entry lain pulak haha. Sebab panjang sangat..

For the pleasure of Allah.
Thank you
Assalamualaikum