Assalamualaikum
(18/10/2015)
Alhamdulillah dapat jugak menulis setelah laaaaaama ku
tinggalkan dunia blog ku ini. Dua bulan lepas memang zaman busy aku sebab
semester 6 berpraktikum. Aku berpraktikum dengan husband aku kat SK Bandar Baru
Salak Tinggi. Alhamdulillah semuanya ok dan best..
Now, semua sem 8 pun dah intern, kitorang yang sem 6 ni pun
dah nak jadi last year student, semuanya jadi busy busy belaka. Sebab dah jadi
keutamaan lecturers. Takut senanya.. Tapi bila dibayangkan ketakutan saja, maka
ketakutanlah yang akan menghantui kita..
So chill chill ajer.
2 hari bulan 11 2015
Anyonyooo entry lepas pun tara siap siap haha. Jadi kita
sambung aje lah. Okay baru je masuk bulan 11. Dan nampaknya tarikh peperiksaan
semakin hampir. Namun bagaimanakah persiapan untuk menghadapi peperiksaan? Usah
ditanya kelak menyesal pula hehehhe.
Budak2 study group ni pulak macam tanak balik bangi je
gayanya. Aku dengan sheben jelah yang setia kat sini. Alhamdulillah ada rumah
kat Putrajaya ni kalua tak kat mana lah agaknya aku sekarang ye.
So sepanjang aku duduk berduaaa je dengan sheben ni banyak
lah jugak aku belajar mende2 keibubapakan aka keisterian yang harus aku
praktikkan sampai ke tua. Antaranya adalah memasak. Aku senanya suka je
memasak. Tahu kan?
Tapi the prob here is rumah kecil kami tiada peti sejuk.
Jadi aktiviti masak memasak agak sukar dijalankan secara kerap kerana
kadang-kadang timun rosak, kadang kadang tomato busyuk, kadang-kadang ayam tak sempat beli sebab dah malam. Dan
sebagainya. Dan bila memasak pulak kuantitinya adalah amat sedikit macam main
pondok pondok hehe. Diameter periuk aku hanyalah sebesar jari teluntuk kanan
dan kiri disambungkan begitu juga dengan ibu jari tangan kanan dan kiri. Segitu
aje. Sangat sedikit bukan? Apa jadi kalau masak
banyak? Wa qo lu inna lillah….. T.T
Tapi apa apa pun aku gembira dan bersyukur sebenarnya.
Alhamdulillah alhamdulillah. Dapat jugak masak. Dapat jugak sediakan makanan
untuk suami. Walaupun tak lah sedap pun aku masak.
I love cooking. Sebab tu kadang kadang atau selalunya bila
dah dapat memasak (sebab semua bahan lengkap) aku akan masak 3 kali sehari.
Untuk 2 orang. Macam rugi je kan haha. Atau kengkadang orang kata buang masa
dan tenaga aje.
Tapi pada aku tak lah (untuk jangka masa sekarang ni). Sebab
aku duk rumah bukan buat pape pun. Rumah aku kat tingkat 3. Ofkos aku tak kan
turun jenjalan. Lagipun kawasan asrama student. Pastu aku pulak tak de buat
pape part time job. Jadi tugas aku hanyalah menjadi pelajar dan menjadi isteri. Yela disamping
menjadi anak dan menantu lah.
Apa lagi aku harus lakukan dirumah… haruslah memasak ya
kannn.. masak iron baju sapu sapu sikit. Tu jer keje aku haha. Basuh baju tak
sebab kitorang basuh kat dobi. Haha. Tak de mesin basuh gak…
So pagi tadi menu kami adalah :
Mi singapura + telur mata + keropok ganu
Tengah hari ni :
Stew ayam +brokoli rebus
Malam? Belum menjelang malam lagi. Tapi rasanya stew tadi je
kot sebab tak habis lagi.
Esok pagi aku ingat nak buat mi sos kacang hitam korea tu
hehe. Mi dah dibeli. Insyallah kalau jadik nanti aku share share yekk.
Hari tu ada buat nasi ayam pastu mi hailam pun ada jugak.
Ohye donut pun ada gak aku buat. Tapi tak mantop lagi lah donut aku. Tak leh
jual lagi lah bak kata orang :P
Suami aku kata berbaloi jugak senanya kalau duk dua orang ni
kita masak kat rumah. Aah memang pun senanya tapi kalau ada peti ais. Hehe.
Kalau tak rugi sikit jerrr lah berbanding asyik beli aje.
Lagi apa ek nak citer pasal kehidupan aku sekarang…. Oh ye
Lately bila dah habis kuliah ni banyak gak masa terluang.
Antara kerja tak berfaedah aku adalah tengok citer. Tapi tak maulah citer sebab
suami aku kata nanti ada saham dosa. Tapi memang banyak gak ah citer aku
tengok. Lagha T.T
Tapi sekarang macam nak muntah dah kalau nak tengok citer tu.
Haha yeye je.
Oklah nak buat entry lain pulak haha. Sebab panjang sangat..
For the pleasure of Allah.
Thank you
Assalamualaikum
Thank you
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment