Searching for ......

Tuesday, June 11, 2013

Novel Review : Dan Sepi Pun Berlalu By Fauziah Ashari

Assalamualaikum alls.

Lately, aku manyak rajin maa mengemas this blog. Sebab nanti bila balik IPG dah tak bukak dah sebab line lemah lembut disana. Tsk tsk
It’s okay lah. Aku nak cerita pasal novel pulak ni.

Siapa peminat tegar novel start zaman dedulu mesti tahu pasal novel Pergilah Sepi by Fauziah Ashari. Kan kan?
Masa tu aku muda lagi, darjah 6 and that’s my first novel.
Aku sangat suka okay novel tu. Sangat suka. Aku tak tahulah apa faktornya, mungkin sebab first time baca kan.. so, bestlah.

Masa tu aku pinjam kawan je.. so, bila nak pi beli sendiri, sampaaaai sekarang aku cari novel Pergilah Sepi takdok. Taklah kuciwa sangat, cuma macam teringin gitu nak baca.
Usaha selamat 7 tahun aku berhasil apabila aku ditemukan dengan novel ini!
Sorry, aku tak taulah nape sejak kebelakangan ini camera two point o (2.0) aku ni makin kabur :3
Takpeee, asalkan ada gambar kan BB ^^


Ya Allah! Muehehe.
Alhamdulillah. Finally I got it. Aku beli kat pesta buku, PWTC.

Tajuk dia Dan Sepi Pun Berlalu.
Sebenarnya, aku beli sebab dia ada cerita pasal Syafiq and Afiqah lagi, iaitu watak dalam cerita Pergilah Sepi tu. So, aku fikir takpelah kan, baca sambungan je pun okay lah.

And bila aku sampai bilik aku selak, selak.
Eh eh? Samoooo. 
Rerupanya buku ini adalah gabungan antara Pergilah Sepi dan lanjutan kisah depa…
Ooooo, maksudnya cerita Pergilah Sepi ada jugaklah dalam buku ni. 
Maybe ramai sangat kot yang minat cara penulisan kak Fauziah ni awal awal lagi. 
Sebab Pergilah Sepi novel first dia. Tu yang buat baru lagi.

Kenapa aku minat cerita ni? Padahal banyaaak je genre cerita yang sama macam novel ni iaitu kahwin paksa rela kakaka
Aku rasa aku minat sebab watak Afiqah yang cool and tak melebih lebih. 
Certain novel watak hero or heroin  mesti over dari segi kecantikan or perangai dll.. 
Aku tak minat. Aku suka yang biasa biasa aje.

So, sesapa yang minat gilau kat novel Pergilah Sepi and cari kat kedai tak jumpa jumpa boleh lah pergi kedai sekarang and grab this book muehehe.

And siapa nak pinjam aku pun boleh jak ;)

Tu jek lah.

For the pleasure of Allah.

Thank You!


Saturday, June 8, 2013

Hadapilah Sebagaimana Adanya Ia.. (IPG issue)

Asalamualaikum.

Hari tu aku ada fikir satu masalah kan? Pasal posting IPG. 
Biasalah perempuan. Duk pikiak dalam dalam, acane acane, gimane gimane.
So fenin lah aku.

Disebabkan my family and I nak pergi jenjalan sat kat mersing, so aku bawalah buku motivasi kesayanganku. :3
La Tahzan. Aku pernah cerita kot ek pasal certain part dalam buku ni dedulu?

Emm, bila I need motivation and I don’t get it from people around me, then I open the book and read it.
Aku baca ulang ulang kali. Walaupun tak habis habis sebab asyik baca part awaaaal aje. Hihii.

Its okaylah. Nilainya disini adalah manusia amat mudah lupa. ‘Na si ya’ is lupa in Arabic. So, aku tak rasa rugilah bila baca and baca walaupun ulang ulang kali.

(Tapi alangkah baiknya jika manusia itu mencari penyelesaian dan mendapat ketenangan melalui al Quran yang dibaca. Kan kan? Tsk tsk.)

And my favourite quote is always – hadapilah hidup anda sebagaimana adanya ia.

It's mine. Manyak lagi jenis buku La Tahzan ni.. Which one is yours? 

Antara tajuk yang sentap mantap bebeh adalah :

     1. Jangan biarkan hal hal kecil merosakkan diri anda.
Aku rasa memang sentap sebab kalau ikutkan isu posting kocik jak mek. Dunia. Alahai keciknya kalau nak diceritakan. Ia x memberi kesan apa apa pun dalam hidup seorang hamba yang yakin dan percaya rezeki dan perihal hidupnya di dunia semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Allah boleh berikan rezeki, pekerjaan, kehidupan, pada seseorang dengan cara apa sekalipun. Mungkin tetiba kita dapat kawen ngan anak raja Brunei hihii. Siapa tahu kan? Inna Allahu a’lam.

Bak kata Dr ‘Aidh : Alangkah sempitnya hidung hidung mereka, betapa sengsaranya jiwa jiwa mereka.  

Psst: Aah ek. Sebab kita akan gelisah dan sengsara dengan memikirkan benda yang belum pasti jadi kan kan?

Lagipun syurga itu luasnya melebihi langit dan bumi.
Means, baik kita fikir pasal akhirat kita. Solat kita. Amal kita. Bak kata my ibu, duni sementara, akhirat selamanya. J sweet kan.

And sebenarnya orang yang berakal adalah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. Sebaliknya manusia yang paling bodoh adalah mereka yang memandang dunia ini segalanya.

Emmmm. Aku baca ayat ni lega sikit sebab sebenarnya kita ada cara yang lebih berkesan untuk meenjamin masa depan kita yang lebih cerah. J

Ayat last untuk tajuk ni, beliau cakap gini : Abaikanlah hal hal yang tidak mustahak dan yang tidak penting. Jangan sampai anda hanya disibukkan olehnya dan waktu anda habis kerananya. Dengan itu, nescaya kebimbangan dan kecemasan akan terus menjauhi anda. J sweet kan kan?

2. Jangan fikirkan setiap pergolakan di dunia.
Nasihat beliau kepada kita semua : Jangan sekali kali meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkan semua peristiwa itu berlaku dan jangan simpan di dalam usus. Orang yang mempunyai hati seperti bunga karang akan menyerap semua khabar angina dan desas desus, termakan dengan masalah masalah kecil dan mudah tergoncang kerana peristiwa peristiwa. Hati seperti ini sangat mudah untuk menjadi awal kebinasaan.

Bagi akulah, sebenarnya hikmahya adalah Allah sedang menguji hati hati orang muslim dan mukmin sekalian iaitu, adakah kita sebenarnya bergantung kepada Allah atau pihak pengurusan IPG semata?
See? Adakah kita goyah bila kita dengar masalah posting ni? Adakah kita yakin bahawa masuk IPG memang dapat kerja? Atau kita yakin sebenarnya Allah lah yang memberi rezeki?

Check it by yourself.
Andddd, calm down babe.
I talk to myself.
Tak payah cerita orang jejauh. Tanya aku ni ha.
Sebab  diri aku lah, aku buat entry ni.

Untuk membetulkan diri. Membetulkan hati. Membetulkan niat. J
Banyak lagi ayat power and hikmah yang ada dalam buku La Tahzan ni. Nanti baca ekk.

Siapa yang ingin berjuang menuntut keadilan, teruskan. Saya geng anda.
Ayat ayat di atas cuma motivasi kepada saya yang serba lemah ini supaya tidak terus lemah..
Semoga Allah permudahkan urusan aku, dia dan kamu. J hehee

Ni dia bukti aku bukak dedepan ajek hihii :p

Good luck semua.

For the pleasure of Allah. 

Thank You!

Thursday, June 6, 2013

Korean Drama Review : Faith

Assalamualaikum.


Sem lepas aku ada tengok cerita korea time last year tau.
Aku tengok via internet jek la.
Tapi disebabkan lambat and bla bla bla, ak tak tengok habis lah.
So bila sampai cuti sem seterusnya, aku telah mengopy cerita tu untuk mengisi masa lapang hihihiii

Barisan pelakon.

It have 23 episode babe. Fuihhh panjang serius.
Kisah mengenai doktor zaman sekarang dihantar ke 2000 (kot) zaman lampau.
Macam cerita Rooftop Prince laa senang kata tapi ni heroin yang dari zaman moden.

Best citer dia, tapi panjang sangat lah.
Part last last tu aku ambil masa 2 3 hari untuk habiskan sebab bosan.
So aku tengok sikit sikit. heee

Tapi part part awal best la sebab banyak mai pedang wuuuu
Serius aku minat cara dia libas orang hahah
Ganas but cool babe 8)

Kalau nak cerita ni mintak lah aku.
hehehe.
Thats all.

Thank you.!
Bye.

IPG Issue : Posting

Assalamualaikum allss J

Hari ni aku dengar cerita sedih pasal IPG huaaaaa
Dengar kata sekarang kita dah tak leh sesenang dapat kerja.
Sesiapa yang hebat sahaja akan dipostingkan.
Fewww

Kawan kawan IPG <3

Kes ni dah lama dengar sebenarnya, 
Cuma ye tak ye je sebab tak kena lagi kan.
So, disebabkan iman yang lemah, aku goyah sikit ah.. :’(

Well, cuti kali ni memang susah sikit nak dapat kata kata semangat or wat ever la L
So aku cari inisiatif yang lebih baik,
Aku tanya ibu..

Aku : Ibu, IPG macam ada masalah.. L

Ibu: Takpe… apa nak takut.. yakin Allah dah tetapkan rezeki..

Oh ya! I got it.
Maaflah diri sendiri..
Manusia sering lupa, lagi lagi aku ni L
Allah sedang menguji perkara yang aku cakap dulu
So ibu lah yang telah mengingatkan aku semula.


Aku tak tahu budak IPG mana yang buat benda ni. 
Aku jumpa kat facebook.

To A’isyah manisss J
Rilex kak.
Allah dah tentukan rezeki.
Apa nak takut?
Jangan takut.
Makin kita takut and tak yakin, makin Allah tambah rasa gelisah kita tuu..
Buat rilex je.
Yang penting usaha dulu sungguh sungguh.
The rest Allah yang tentukan.

Ya Allah..
Bantulah kami..

I have to change.
Aku tak boleh kata 'ye!!  aku wajib dapat 4 flat!'. no noo
Sebab bila aku cakap and azam gitu, aku akan try hard la. 
Tapi sistem IPG yang ada KKP and exam ni agak menyukarkan aku untuk target berapaaku boleh dapat.
So aku malas lah nak tanggung risiko 'kuciwa gilauu' haha

Takpelah.
Aku nak jadi orang yang cool je 8)
Wat ever happen, aku akan try buat yang terbaik sebagai aku,
And lalui zaman zaman di IPG dengan tenang dan bahagia.  In sya Allah Ameen.

Jangan fikir pasal posting. 
Do je my best!

Semoga Allah bagi kekuatan ek..


And sebenarnya semua mahasiswa IPG telah pun menanda tangani surat perjanjian dengan kerajaan untuk kerja.
So, mak cik I kata In syaa Allah akan di postingkan sebab dah ada perjanjian tu.
Tapi tak tahu lah.

Takpe..
Tak kerja pun sedap gak heheee
Aku boleh duk umah main masak masak :3

And semua manusia sepatutnya jangan risau.
Sebab Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap orang.
In sya Allah , ada lah jalannya tu.. 
Do not worry yew sweetie..

Tu ajelah.
Pray for me babe

For the pleasure of Allah :)

Thank You!

Wednesday, June 5, 2013

Aku Terjatuh!

Assalamualaikum you all.

Beberapa hari yang lalu aku terjatuh tsk tsk.
And ia memberi seribu satu pengajaran buat aku yang cuai ini.

And you know why I highlight the TERRR? Hahaha
Sebab sesungguhnya ia benar benar 'ter' okay.

Aku memang tak sangka aku akan jatuh.
Sebab selalunya aku berhati hati sangat and dapat imbang badan, so jarang lah jatuh...
Tapi mungkin sebab Allah dah tentukan, aku tergelincir time membawa baju yang ingin di basuh...

Ya Allah serius terkejut and aku terjatuh!
And masa aku terkejut lagi tu, aku pun berfikir dan telah mendapat sesuatu...

Ini baru sikit. Baru jatuh. Allah bagi mengehut siit je...
Kalau nyawa ditarik pun sama macam tu kan? Tak disangka sangka.

And aku telah mendapat akibat dari peristiwa jatuh itu, iaitu aku sakit badan.
So aku terfikir apakah akibat ditarik nyawa?

You know what?
That is kita menyesal sebab tak sempat buat amal and bertaubat and kita menyesal sebab amal kita sia sia sebelum mati and bla bla bla, at the last kita nak kembali ke dunia.

Ya Allah, serius aku memang tersedar lepas jatuh tu.
Sebab aku sangat menyesal bila aku jatuh.
Kenapa tak hati hati kenapa ni kenapa tu. . .
Semua aku ungkit.

And aku terfikirlah, nanti kalau dah mati, menyesal langsung tak guna.
Sebab kita dah tak boleh nak buat apa..
Aku rasa takut..

Takpelah.
Semoga saya dan kamu mendapat hidayah daripada Allah taala sebelum mati. Ameen.

Oh ye, dah 2 or 3 kali baca kitab Fadhail Amal aku terbaca and terdengar ayat ni :

Hafiz Ibu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Utman tentang tafsir ayat Quran, ” dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua”.

Iaitu kisah dua anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti,

1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa.

2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.

3. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah tetapi masih lagi berdukacita atas kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.

5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.

6. Aku hairan terhadap orang yang kenal Allah tetapi dia masih mengingati selainNya.

7. AKu hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

Terdapat sedikit tambahan dalam sesetengah naskhah lain iaitu, “Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya,”


Ni Fadhail Amal di rumah aku...


Itu ajelah kot.
Semoga saya sentiasa ingat mati.
And saya selalu buat persiapan untuk mati.

For the pleasure of Allah.
Thank You!