Searching for ......

Wednesday, June 5, 2013

Aku Terjatuh!

Assalamualaikum you all.

Beberapa hari yang lalu aku terjatuh tsk tsk.
And ia memberi seribu satu pengajaran buat aku yang cuai ini.

And you know why I highlight the TERRR? Hahaha
Sebab sesungguhnya ia benar benar 'ter' okay.

Aku memang tak sangka aku akan jatuh.
Sebab selalunya aku berhati hati sangat and dapat imbang badan, so jarang lah jatuh...
Tapi mungkin sebab Allah dah tentukan, aku tergelincir time membawa baju yang ingin di basuh...

Ya Allah serius terkejut and aku terjatuh!
And masa aku terkejut lagi tu, aku pun berfikir dan telah mendapat sesuatu...

Ini baru sikit. Baru jatuh. Allah bagi mengehut siit je...
Kalau nyawa ditarik pun sama macam tu kan? Tak disangka sangka.

And aku telah mendapat akibat dari peristiwa jatuh itu, iaitu aku sakit badan.
So aku terfikir apakah akibat ditarik nyawa?

You know what?
That is kita menyesal sebab tak sempat buat amal and bertaubat and kita menyesal sebab amal kita sia sia sebelum mati and bla bla bla, at the last kita nak kembali ke dunia.

Ya Allah, serius aku memang tersedar lepas jatuh tu.
Sebab aku sangat menyesal bila aku jatuh.
Kenapa tak hati hati kenapa ni kenapa tu. . .
Semua aku ungkit.

And aku terfikirlah, nanti kalau dah mati, menyesal langsung tak guna.
Sebab kita dah tak boleh nak buat apa..
Aku rasa takut..

Takpelah.
Semoga saya dan kamu mendapat hidayah daripada Allah taala sebelum mati. Ameen.

Oh ye, dah 2 or 3 kali baca kitab Fadhail Amal aku terbaca and terdengar ayat ni :

Hafiz Ibu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Utman tentang tafsir ayat Quran, ” dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua”.

Iaitu kisah dua anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti,

1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa.

2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.

3. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah tetapi masih lagi berdukacita atas kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.

5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.

6. Aku hairan terhadap orang yang kenal Allah tetapi dia masih mengingati selainNya.

7. AKu hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

Terdapat sedikit tambahan dalam sesetengah naskhah lain iaitu, “Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya,”


Ni Fadhail Amal di rumah aku...


Itu ajelah kot.
Semoga saya sentiasa ingat mati.
And saya selalu buat persiapan untuk mati.

For the pleasure of Allah.
Thank You!

No comments:

Post a Comment