Asalamualaikum.
Hari tu aku ada fikir satu masalah kan? Pasal posting IPG.
Biasalah perempuan.
Duk pikiak dalam dalam, acane acane, gimane gimane.
So fenin lah aku.
Disebabkan my family and I nak pergi jenjalan sat kat
mersing, so aku bawalah buku motivasi kesayanganku. :3
La Tahzan. Aku pernah cerita kot ek pasal certain part dalam
buku ni dedulu?
Emm, bila I need motivation and I don’t get it from people
around me, then I open the book and read it.
Aku baca ulang ulang kali. Walaupun tak habis habis sebab asyik
baca part awaaaal aje. Hihii.
Its okaylah. Nilainya disini adalah manusia amat mudah lupa.
‘Na si ya’ is lupa in Arabic. So, aku tak rasa rugilah bila baca and baca
walaupun ulang ulang kali.
(Tapi alangkah baiknya jika manusia itu mencari
penyelesaian dan mendapat ketenangan melalui al Quran yang dibaca. Kan kan? Tsk
tsk.)
And my favourite quote is always – hadapilah hidup anda
sebagaimana adanya ia.
It's mine. Manyak lagi jenis buku La Tahzan ni.. Which one is yours?
Antara tajuk yang sentap mantap bebeh adalah :
1. Jangan biarkan hal hal
kecil merosakkan diri anda.
Aku rasa memang sentap sebab
kalau ikutkan isu posting kocik jak mek. Dunia. Alahai keciknya kalau nak
diceritakan. Ia x memberi kesan apa apa pun dalam hidup seorang hamba yang
yakin dan percaya rezeki dan perihal hidupnya di dunia semuanya telah
ditetapkan oleh Allah. Allah boleh berikan rezeki, pekerjaan, kehidupan, pada
seseorang dengan cara apa sekalipun. Mungkin tetiba kita dapat kawen ngan anak
raja Brunei hihii. Siapa tahu kan? Inna Allahu a’lam.
Bak kata Dr ‘Aidh : Alangkah sempitnya
hidung hidung mereka, betapa sengsaranya jiwa jiwa mereka.
Psst: Aah ek. Sebab kita akan gelisah
dan sengsara dengan memikirkan benda yang belum pasti jadi kan kan?
Lagipun syurga itu luasnya melebihi langit dan bumi.
Means, baik kita fikir pasal
akhirat kita. Solat kita. Amal kita. Bak kata my ibu, duni sementara, akhirat
selamanya. J
sweet kan.
And sebenarnya orang yang
berakal adalah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan
bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. Sebaliknya manusia yang
paling bodoh adalah mereka yang memandang dunia ini segalanya.
Emmmm. Aku baca ayat ni lega sikit
sebab sebenarnya kita ada cara yang lebih berkesan untuk meenjamin masa depan
kita yang lebih cerah. J
Ayat last untuk tajuk ni, beliau
cakap gini : Abaikanlah hal hal yang tidak mustahak dan yang tidak penting. Jangan
sampai anda hanya disibukkan olehnya dan waktu anda habis kerananya. Dengan itu,
nescaya kebimbangan dan kecemasan akan terus menjauhi anda. J sweet kan kan?
2. Jangan fikirkan setiap
pergolakan di dunia.
Nasihat beliau kepada kita semua
: Jangan sekali kali meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkan semua peristiwa
itu berlaku dan jangan simpan di dalam usus. Orang yang mempunyai hati seperti
bunga karang akan menyerap semua khabar angina dan desas desus, termakan dengan
masalah masalah kecil dan mudah tergoncang kerana peristiwa peristiwa. Hati seperti
ini sangat mudah untuk menjadi awal kebinasaan.
Bagi akulah, sebenarnya hikmahya
adalah Allah sedang menguji hati hati orang muslim dan mukmin sekalian iaitu,
adakah kita sebenarnya bergantung kepada Allah atau pihak pengurusan IPG
semata?
See? Adakah kita goyah bila kita
dengar masalah posting ni? Adakah kita yakin bahawa masuk IPG memang dapat
kerja? Atau kita yakin sebenarnya Allah lah yang memberi rezeki?
Check it by yourself.
Andddd, calm down babe.
I talk to myself.
Tak payah cerita orang jejauh. Tanya
aku ni ha.
Sebab diri aku lah, aku buat entry ni.
Untuk membetulkan diri. Membetulkan
hati. Membetulkan niat. J
Banyak lagi ayat power and hikmah
yang ada dalam buku La Tahzan ni. Nanti baca ekk.
Siapa yang ingin berjuang
menuntut keadilan, teruskan. Saya geng anda.
Ayat ayat di atas cuma motivasi kepada saya yang serba lemah ini supaya tidak terus lemah..
Semoga Allah permudahkan urusan
aku, dia dan kamu. J
hehee
Ni dia bukti aku bukak dedepan ajek hihii :p
Thank You!
menarik entry ini. rase nak baca buku la tahzan tu :)
ReplyDeleteBacalah. Memang best and berkualiti sebab dia lebih kepada mengingatkan kita kepada Allah gitulah.. :)
ReplyDeleteKak belum pernah baca buku la tahaan ni. Tapi kak pernah dengar ceramah la tahzan oleh seorang ustaz, nama dia zainal abidin. Muda lagimustaz ni, best ceramah la tahzan dia.
ReplyDeleteooo, baca buku la tahzan ni memang best, banyak kat pasaran.. belilah satu hehe :D
ReplyDelete