Searching for ......

Thursday, February 28, 2013

Bahaya Hasad Dengki

Assalamualaikum :)

(ni pun dah basi)

Tengah-tengah sibuk sana sini,
Dengan Forum Sayonara'nya,
Dengan Oh My English nya,
Dengan jamuan kelas esoknya,
Aku nak curik curik masa jugak kekeke.

I need to talk. Err?
No. I need to write.
#Acehhh Nyampah.

But yes I do.

Mengenai hasad dengki.
Aku tak tahu lah, tapi au rasa aku mula memahami secubit demi segenggam maksud perkataan itu.
Emm.




And salah satunya sebab aku baca artikel Dena Bahrin.
Menyentuh jugalah hatiku yang sekeras meja batu kat rumah tu buuuuu T.T



Allah s..w.t telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud:
“Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”

Apa maksud hasad dengki?
Eeee menyampahnya dengar.
Aku pun tak faham tapi kan pada aku,
Hasad dengki ni merupakan satu penyakit hati yang sangat sangat halusss,
yang boleh terkena pada sesiapa pun tanpa dia sedari.
Fuhh, tak faham tak tahu lah.

Senang aku bagi contoh lah kan,

Kau dapat jajan banyak, aku ceto'et. Aku benciiii kauuuu.

Kau dapat jawab soalan cikgu, aku tak. Benci kauuuu.

Kau punya laptop beso gajah, aku kecik tikus. Bencinyaaaaa kauuu.

#Puih. Menyampah aku dengar.
Ni lah masalah manusia, sebab tu pendek umur, hati tak bersih (ibu aku kata lah kekeke)

Ini cuma contoh-contoh kecil aje.
Tapi biasanya memang contoh yang kekecil aje yang boleh membesarkan hasad dengki manusia ni.
Sebab tertipu oleh syaitan durjana.
#cisss ko setann. grrr

Aku bukan apa.
Aku tak cakaplah aku sempurna aku tak sempurna or bla bla bla.
Tapi aku makin panas hati bila tengok masyarat kita kat Malaysia hari ni yang maaaakin menjadi-jadi.
Pantang nampak manusia lain senang, tak senang hati.

TAK SENANG HATI.
Na'uzubillah.

Kan boleh kalau kita syukurkan untuk manusia tu.
Kita doakan dia.
Tak salah kan kan?

Kamu semua tahu tak,
Kita doakan kawan kita dengan ikhlas, tanpa pengetahuan dia, kita dapat sekali doanya.
Haaaa.
#semoga saya banyak doa T.T
------------------------------------------

Maksud saya begini,
Wahai manusia,
Kalau kita benci sebenci bencinya pad satu manusia lain disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya pun tak guna juga,
Apa yang kita dapat?
Cuma sakit hati.

Wahai manusia,
Pujuklah hatimu..
Sesungguhnya fitrah hati kamu adalah hati yang baik.
mengapa ingin anda susah-susahkan diri menerima perkara yang susahkan hati?

Nasihat saya,
Sedarilah wahai manusia,
Anda merupakan manusia yang baik hati,
Maka, jika anda rasa marah dengan kelebihan manusia lain,
Beristighfarlah sekarang.
Tundukkan hatimu.
Kemudian, doakanlah manusia itu.
Semoga hidupnya semakin sejahtera,
Semoga hidupnya diberkati.
Semuaaa.
Doakan segala kebaikan buatnya.

Tidak mengapa wahai manusia,
Biarkan dirimu menangis seluluh manapun hatimu,
Birakan ia. . .
Kamu memang perlu menangis.

Untuk apa semua itu?
Untuk membersihkan hatimu.
Untuk membuang segala hasad yang tumbuh dalam hatimu.
Tidak mengapa manusia,
Teruskan menangis.

Buat si mangsa hasad dengki.
Besar ujian buatmu.
Sabarlah manusia.
Kerana kamu hanya dihukum oleh manusia.
Mereka bukan sesiapa.

Ingat semula tujuan hidupmu.
Hanya kerana ALLAH!
Maka, apakah kesannya kepada manusia lain?
Tiada.

Teruskan hidupmu seperti biasa.
Benar,
Kadang-adang bernanah hati.
Tida mengapa.
maafkanlah.
Mungkin manusia itu tidak tahu, tidak sedar, tidak sengaja.
Maafkanlah.

Nasihat saya,
Doakanlah kebaikan buatnya,
Walaupun setelah kau dikoyok-koyak olehnya.

It's okay.
Tujuan hidup kita ALLAH.
Tiada kena mengena dengan si pendengki itu.
Maka, abaikan dia.

-----------------------------------
So macamana?
Dapat mood baik tak?
Semoga iya yee.


Saya perlu bergerak sekarang.

For The Pleasure Of ALLAH

Wassalam.




Sunday, February 3, 2013

Pendakwah Muda /USIM/

Assalamualaikum :)

(lama dah ni. feww. Soo sorry.)

Well well,
*mood rajin tapi penat -_-
Aku ngan kawan-kawan pergi USIM.
Untuk hadiri satu konvensyen Pendakwah Muda.
Jadi banyak lah ilmu aku dapat.
Masa dengar tadi memey berkobar-kobar gilauu laa nak menulis kat blog kan..
Tapi sekarang penat pulak. hehe

Okay,
Aku nak kongsi sikit-sikit gak ah kan..

Mula-mula sekali tadi kami dikenalkan dengan seorang ilmuan dan cendekiawan terulung negara.
*Acehh.
Kenal Prof Dr Sidek Baba?
Haaa. Macam pernah dengar kan kan?
Aku pun sama, macam pernah dengar banyak kali aje..
Tapi aku fikir-fikir,
Siapalah Prof ni..
Apsallah aku macam selalu jumpa aje..

Rupa-rupanya aku selalu nampak beliau kat buku. :3
Hehehe..
Buku Siswa kot..
Time SPM dulu kan rajinnn sangat buka buku Siswa tu..

So, Prof pun berceritalah tentang dakwah..
Bla bla bla, dan antara yang aku setuju sangat adalah,

JANGAN MENGKAFIRKAN MANUSIA.
JANGAN MENTHOGUTKAN MANUSIA.

Kenapa?
Sebab takut-takut nanti perkara itu balik kepada kita.

Memang betul kata beliau,
Manusia sekarang ni semua bulagok bijok.
Hishhh.
Semuaaanya nak dikafirkan.
Nauzubillah.

Kenapa kita tak boleh sewenang-wenangnya?
Sebab DAKWAH KERJA KITA, HIDAYAH ALLAH PUNYA.
That's the point, yang orang susah nak faham..

Okay,
lepas tu beliau tambah lagi,
Bila kita IKHLAS aje,
Allah pasti bantu.

Macam mana pulak yang dimaksudkan dengan ikhlas?
Haaaa,
Ikhlas ni bila kita terhubung dengan Allah,
Bila kita ada kualiti ihsan dalam berdakwah tu.

Kalau tak?
Kalau tak,kita akan jadi manusia angkuh, sombong, rasa diri betul dan hebat, semakin jahil.
Astaghfirullah..

Tambah beliau lagi,
Buatlah dakwah,
Biarlah manusia tak tahu,
Tapi ALLAH TAHU!
MasyaAllah!

I got to go.
Sorry tak banyak input.
Tapi ada sikit kan?
Boleh la ye ;)

For the pleasure of Allah.

Salam.

Friday, February 1, 2013

Bulan Januari Yang Menyeronokkan!

Assalamualaikum semua.. :D

Akhirnya menulis pun aku bagi tahun 2013 ni hehe.
So, bulan January 2013 pun dah berlalu..
Dan tak akan kembali semula walau mengalir air mata darah sekalipun..
Segala yang kita buat, yang kita lalui, semuanya tak dapat dibalikkan semula.
*Acehh. Macam buat dosa aje.
Alaa. Sekadar peringatan kan..

So, untuk kali ni, tetiba aku jadi ghindu *tahap biasa aje* kat blog ni,
Dan aku bercadang nak menulis sesuatu. Ahaaa.
Dan akhirnya aku memilih untuk mengkonklusi kisah hidup aku sepanjang bulan 1 2013 ni ha..
Al-maklumlah, orang baru masuk ijazah kan. hekhek :3

Konklusi yang sangat pendeknya adalah bulan ini bulan yang sooo pack.
Walaupun baruuuu aje masuk balik IPG  ni, macam-macam dah aku dan kawan-kawan lalui.
Dan semuaaaaaanya best best *say Alhamdulillah*

Okay, bermula dengan dengan nama kuliah kami,
PISMP 1.06 BA (SK),
Tahun ni kami mula belajar macamana nak jadi cikgu.
Haaa. bagi aku, inilah yang menarik kat IPG ni.
Kita belajar tentang manusia, tentang nak jaga manusia, nak conduct manusia, nak faham manusia.
And bla bla bla..
Contohnya Kaedah pembelajaran Bahasa Arab, Perkembangan Kanak-Kanak, Pengurusan Gerko, Falsafah *tidak ketinggalan*,
Haaaa, apa lagi? Apa-apalah.
Kemudian, kami juga telah dapat pensyarah yang best best. Woww?
Yes, they are sooo WOWW. :D
I think so lah..

Wuuu. Dekat dihati. *Acehh.

Aku nak cerita,
Kelas kami kan tahun ni kan,
Buat transformasi yang baik :')
*Acehh, terharu.
Entahlah, aku rasa we were matured.

Kami telah memulakan misi bercakap dalam bahasa Arab,
Didalangi oleh my close friend,
Muhammad Ilyas.
Dan dihasut oleh Syed Muhammad Zahid.
They speak fluently.
Soo cool.

Ini Si Thu'ban dengan Roberto.
Hahaha.

So, kami kami yang lain terai terailah kan, nak jadi terer jugak.
A very good idea.
We talk Arabic everywhere we like.
Ahaaa.
Aku doalah bebanyak semoga usaha kekal sampai bebila.
Ameen :')
-------------------------------
Kemudian, kami menyertai pertandingan sempena Maulud nabi.
Iaitu puisidra and qasidah.
Kami menang tau.
Say Alhamdulillah.
Well, kalau nak tahu lebih lanjut kena baca entry Mood Rindu Nabi.


Ini antara props yang digunakan. Syomel kan kan?
Yang batu nisan tu.. :'/

Seriusly best lah untuk Maulud Nabi ni.
Aku nak bagi pandangan sikitlah ye,
Pasal sambutan Mulud Nabi.

Kebanyakan ustaz-ustazah or senang kata orang yang belajar agama,
Ramai yang memandang enteng, atau terlepas pandang, atau apa ek yang manisss sikit ayatnya?
Haaa, tak sedar.
Mengenai apa?
Mengenai sambutan Maulud Nabi.
Well,
Kita tengok ea,
Kalau sambutan lain kita boleh megah-megahkan, kenapa tidak Maulud Nabi?
Means,
Kita sebenarnya kena hebatkan Sambutan Maulud Nabi ni sehebat sambutan yang kita rasa hebat.
Contoh?
Emmm. Merdeka ke.. Retis-retis punya yang drama meletup ke..

Okay. Badar sorang. :p
Then Nasya, Che Su, Kak Long, Nona.
Sebelah kiri aku beseday girl. Aro. 

Pada akulah kan,
Tak salah kita nak menge'hot'kan benda-benda yang kita minat,
Contoh macam emmm Harry Potter ke, drama bagai-bagai ke, fashion ke, bola ke..
Tapi kita jangan ketepikan Nabi kita.
Itu yang nampak macam kita ni lupa daratan tu.
Sebab kita tak endah yang lebih penting untuk diendah.
Haaa. Pandai-pandailah kau faham ayat Jawe aku.

Maksud aku macam tulah.
Kesedaran mungkin kurang.
Masalahnya jadi lagi besar bila dia rasa dia dah banyak buat sunnah yang lagi bagus dari sambut Maulud  Nabi ni,
Haaa, tu yang dia rasa tak perlulah join..

Itu penyakit gak tu aku rasa.
Sebab nilai kemasyarakatan takdok.
Sorry lah..
Aku cakap untu kritik diri sendiri.
Sebab aku pun one of the ustaz-ustazah.
Semoga Allah beri faham. Ameen.
-------------------------------

Kemudian,
AJK Batch PPISMP Sem 3 Ambilan Jun 2011 pun dibubar.
Isk Isk T.T
Kenangan banyak dikumpul masa jadi Setiausaha dulu.
Dapat pulak Ketua Setiausaha yang bagus.
Wuuu memang heaven lah.
*Pahala dia mesti banyak. :')

Ditambah pula dengan 3 anugerah time MAKEP dulu.
#say Alhamdulillah.
Membuatkan aku rasa berbaloi dan bersyukur atas semuaaa penat yang begitu lelah untuk batch tahun lepas tu..
You bayanglah, dengan meeting meeting and meetingnya.
Dengan program yang besauu besauu.
Masya Allah.
Syukran lakum.
Mubarak lakum.
---------------------------
Lagi cerita menarik,
Semalam kami main puppet! :D
Bestttttt.
Dengan Ustaz Fazdi.

Sebenarnya kami diajar untuk mengajar.
Then, inilah salah satu kaedahnya.
*Aku rasa kalau aku buat kat sekolah nanti,
Murid biasa ajee, cikgunya yang exited. :D*

Look! Sooo cute rite :D
Aku punya yang biru belang-belang tu. Thu'ban.
Dari tengah: Colour hitam Baba punya, itu ialah timsah-means buaya darat. 
Qilah punya yang kuning tu. Itu arnabun.
Sebelahnya Che Su punya, Qittun-kucing.
Then ular sawa gak,  Nasya punya. Tapi yang ni jantan. 
Sebelahnya Spongebob, Nona punya.
Last, Aro punya. Juga ular sawa or thu'ban . Dia ni zaujah ular sawa si Nasya. :3

Takallamna billughatul arabiyah ma'a puppet.
Sangat seronoklah sebab macam-macam ragam dan bentuk telah dihasilkan.
Syukran laka, Ya Ustaz.
Nasy'uru bil farah :D
-------------------------------

Lepas tu, hujung bulan satu ni kami perlu membuat persediaan untuk berperang.
Oppps. Hehe.
No no. Means BIG.

You know BIG?
BIG is Bina Insan Guru.
Senior-senior kata BIG Kampus aku ni hebat sikit.
Kita tak main BIG yang biasa-biasa.
Kita main BIG yang betul-betul membina.
Kami tahun ni BIG kat Pangkor and Setiawan.
Kau bayanglah macam nak berperang.
Seriusly cerita lepas-lepas gempak gilauu.
Rilex..
Kita tunggu dan lihat. Hehe.

Apa-apapun,
Kalau kita cerita tentang persiapan of course lah cerita tentang duit gak an?
Haa. This is the ujian for us.
Actually, kami belum dapat elaun.
Haha. So, macam-macam penyakitlah timbul bila banyak duit nak guna ni..
Ada yang nak tercekik.
Ada yang nak lemas.
Ada yang kemarau.
Macam-macam. *Termasuk akulah* T.T

So, ujian yang menimpa ni sedikit sebanyak mendekatkan kita dengan Allah..
Yelah, bila kita susah baru ingat Allah kan.? Tak gitu? T.T

Tak apalah ye kengkawan semua.
Kita redha ajelah.
Allah nak selamatkan duit kita dari beli benda-benda yang tak berfaedah tu..
Jadi, syukurlah. Allah akan tambah ye.. :)

So, aku nak bersiap ni! haha.

Doakan aku ye kawan-kawan,
Maafkan salah silap aku.
Kot kot mati ke T.T
Banyak sedekahkan Fatihah ye.

Pssst : Weweh, aku saja je guna English macam poyo poyo. Hehe. Padahal hari tu ujian Enlish corot. T.T


For the pleasure of Allah.

Bye.



Mood Rindu Nabi.


Assalamualaikum. ;)

Bulan Januari 2013 ni kita orang islam, dekattt sangat dengan nabi.
Nabi Allah Muhammad SAW.

Sebab bulan ni Nabi lahir! :D
Maulud Nabi means Hari Lahir Nabi.
So, kita mesti kena gembira.
Kita kena sambut.
Why?
Because He is our lover.
Because He is our prophet.

Handmade by aku. Hehe.
Aku tolong Fiza buat.
Walaupun yang aku buat tak melambangkan aku budak PERSIS. :p
But, seriusly, it's by me. :D

Cuba kita fikir ye.
Mana ada orang sambut beseday orang yang dah tak ada kat dunia ni, kan?
Tak ada kan?
Haaa. Means, Nabi sorang aje yang kita sambut Beseday'nya walaupun Nabi dah tak ada kat dunia ni..

So, aku nak cerita sikitlah mengenai Maulud Nabi yang sangat best kat Kampus aku ni.

IPG KPI telah buat banyak aktiviti untuk sambut Maulud Nabi tahun ni.
Mungkin tahun-tahun lepas best jugak, cuma aku je tak perasan kot..
Baru buat seminggu,
Dah macam-macam pengalaman kami kumpul,
Dan macam macam kami belajar.

I jadi model sat :3

One of them is I belajar qasidah tauu! :D
Sangat best dan sangat sedappp *gaya lapo nak makan aje*
Jadi, kami di IPG KPI ni diajar dan didendangkan dengan bermacam-macam jenis qasidah.
Diketuai oleh our classmate, Yasir 'Atiqurrahman.
Cinta qasidah.
*wei, qasidah bukan nama orang laaaa =,=

What is qasidah?
Qasidah adalah puji-pujian kita, umat kepada kekasih kita Nabi Allah, Muhammad SAW.
Ia berbentuk nasyid.
Er? Bukan,bukan. Cuma dia ada lagu lah..

Budak qasidah yang pakai tudung hijau yauu ;)


Budak kelas aku semangat sangat nak baca qasidah all the time.
Bukan budak kelas aje,
Aku baca kat facebook, status-status senior-senior and kawan-kawan semuaaa makin cintakan qasidah berbanding lagu-lagu sekarang ni.
Then, kawan I bagitahu, kat surau kampung dia pun sekarang dah baca qasidah!
Woww. Soo good lah..

Siapa rajin pergi masjid As Syafie dapat banyaklah ilmu qasidah ni.
Siapa hayati maksud qasidah tu, rindunya pada Nabi bertambahlah.
Siapa yang rasa terbeban, dapat kertas ajelah..

Okay, apa kebaikan qasidah?
Haaa. Nanti bila you all keluar dari kepompom masyarakat,
Masa tu banyaklah you all dengar pandangan dan rukyah mengenai benda-benda agama ni.
Bid'ah lah, haramlah, kafirlah.
Macam-macam..
Jadi, hati-hati ye adik-adik..
Jangan cepat terpengaruh.
Selidik dulu.. Haa..
*acehh, gaya senior dah grade. :p*

Sebelum.
Okay, aku menyelit sorang-sorang :3

Disebabkan ini blog aku, jadi aku nak nyatakan pandangan akulah kan..
Qasidah itu bagus sebab?

1. Memuji Nabi sebagai kekasih Allah.
2. Menambah kasih dan sayangdan rinduuu kita pada Nabi.
3. Lebih eloklah dari lagu-lagu memuji kekasih kan..
4. Bila kita rinduuu dan kasih pada Nabi, apa kita buat? Mestilah amalkan sunnah banyak-banyak dan istiqamah sebab? Sebab nanti kat akhirat Nabi kenal ummat baginda melalui tanda sunnah yang kita amal tu pada anggota badan kita..

Haa. semuanya baik-baik belaka kan? So whats the problem? *think it yourself*

Lepas tu, 
Kami join Puisidra.

Whats mean by  Puisidra?Haaa.
It means piusi plus drama.
Maksudnya, masa orang baca puisi tu adalah sedikit drama yang dilakonkan..

You know,
We worked soo hard.
Day and night.
*Jap lagi aku bagi bukti :p*

Masa buat persembahan tu syahdu gilauu.
Sampai ada sorang kawan aku ni menangis-nangis.
Memang sedih pun, aku pun sebak, :p
Sebab cerita pasal rinduuuuuunya kami terhadapmu Nabi Allah. :')


Look! We are sooo happy. 
Asmaa' kami kecualikan sebab dia kena mengulang untuk Pertandingan Hafazan Al-Quran.
Its today! :D Good luck dear.

Dan akhirnya ? ? ?
Kami telah diumumkan sebagai JOHAN!
Woww, Im soo impressed! :D
Dan yang aku tak boleh nak blah sangat tu,
Kami dapat markah 100%
Hahaha. Tak pernah dibuat orang..

Ini Pemuisi kami.
Balqish aka Baba and Solehah aka Angah.
They are in white.

Mungkin sebab ada scene yang menangis bebetul tu kot..
Dengan props yang gojes dan penglibatan semua ahli kelas,
Tu yang nampak lain dari orang lain tu..
Aku rasa lah..

Inilah muka muka ukhuwah kami.
Look. Batu nisan kat depan sekali T.T 
*Baba macam malaikat. Hehe

Tapi memanglah ukhuwah gilauu.
Aku dan mereka merasakan kami betul-betul kuat sebagai sepasukan.

Well.
Sebenarnya kelas kami join dua dua pertandingan.
Puisidra and Qasidah. *aku join puisidra je*
Tapi mungkin sebab kami kumpulan pertama untuk qasidah tu,
Dan microfon tak berapa nak elok and bla bla bla..
Tu yang tak dapat nombor tu *untuk qasidah*

Its okay.
We got ukhuwah :D

Say what?
Say Alhamdlulillah.

We all here :D
Syaroo pakai costum burung ye 
*jangan pening lak memikir*
Haha.

Dalam dua-dua pertandingan ni pun aku dapat sesuatu tau.

Kerjasama.
Well, memang senang nak tulis perkataan kerjasama ni.
Tapi try lah, kalau tak satu hati susah wuu.
Disebabkan kami satu hati dan saling memahami, kami boleh bekerjasama dengan baik.
Kami bahagi kerja.
Ada bahagian props-credit to mimie,
Ada yang bahagian qasidah,
Ada yang bahagian pemuisi,
Ada yang bahagian qasidah. Haa.
Oh ye, kami juga ada seorang pengarah drama-credit to Aro.

Camana nak bekerjasama? Haaa.
Aku dok perati kawan-kawan aku ni kan,
Macam-macam pesen sebenarnya manusia ni.

Ada yang nak dia aje kena layan.
Ada yang boo layan,
Ada yang ikut sedap dia,
Ada yang tak kisah.
Ada yang ciri-ciri ketua terlebih.
Ada yang emosional.

Wait! Jangan marah diorang!
Its they are.
Diorang memey gitu.
Haaa.
So, orang-orang yang faham, kenalah mengalah dan bertindak dengan betul.
Sebab diorang tu pun faham kita sebenarnya.
Cuma ita pun tak tahu kita ni golongan mana kan,
Mungkin diorang ada mengalah dengan kita part yang kita tak perasan.

So, kita bertolak ansur.
Ada part kita menang,
Ada part kita bagi dia menang.
So, settled.
Dont ego too much lah.

Haa,,
Macam tulah yang kawan-awan aku praktikkan tu..
Sebab tu kami boleh bersepakat.
Dalam hati ngan otak aku berfikir aje.
Lawaklah. Haha.
Yang emosi menahan geram.
Yang tak kisah buat muke toye nak kena sepak.
Yang stress membebel *yang lain dengorkan aje*
Yang aku? Gelak dalam hati dan mengikut arahan. Hahaha.


Hua Hua.
Ini aku.
Aku sebagai perindu Rasulullah yang sangat sangat rindu,
Sampai mengalirkan air mata darah.
Bukan dracula okayy.
Cool tak ;p

-----------------------------------
Haa.
Sat nak cerita sikit.
Aku sebenarnya nak sangat masuk dua-dua.
Aku sukalah nak membaca qasidah ni..
*Berlakon tu sebab dah ada orang booking aku kan:3, so no hal lah*
Tapi disebabkan aku ni katogeri yang tak kisah,
Tu yang tak dapat kot.
Heee. Redho ajelah..*salah sendiri*
Aku bukan nak gila kuasa *erk?sesuai ke ayat?*
Tapi aku nak belajar qasidah ni sebenarnya..
Sebab aku juga bukanlah golongan yang rajin pergi masjid kan :3,
So, ilmu qasidah aku kurenglah dari orang lain..
Tapi tak apalah.
Heee.
Saja cerita..
-------------------------------------
Kita terus ke hari kemuncak ea..
Haaa.. Macam biasa,
Hari last mesti ada perarakan kan, kan?
Haaa. Ini pun satu bid'ah.

Boys' side. :D

Wait. Wait.
Maksud aku, bid'ah hasanah.
Maksudnya, benda baiklah kalau kita buat.
Haa. For what?
Untuk tambah cinta dan rinduuu kita pada Nabi kita yang tercintaaaa :'D

Girl's side. 
Look. My style too bad. Haha.
Aku yang ada beg ni ha.
*Malu jek.

Perarakan kami ni bukan bebiase aje tau :D
Kami bersedia macam nak sambut pengantin.
*Acehh, over.

Bermula dengan buat kain rentang, sepanduk, bunga manggar, props.
Haaa. semua tersusun dengan rapi sebab ada pembahagian kerja-credit to Che Su.
*Aku bahagian bunga manggar and sepanduk. :3*

Kami buat semuanya sama-sama.
Tema kami turqouis and pink.
Lawa kot.
Sebab tu menang lagi.
Kot kot :p
Heeee.

PISMP 1.06 BA (SK)
Ambilan Jan 2013

But, yes. We won.
First place.
#say Alhamdulillah.

Ni hadiahnya.
Bersama model*lah konon :p


Best lah yang pasti.
Macam aku cakap tadi,
We got ukhuwah.
Seriusly ukhuwah.

Lepas menang-menang semua tu kan,
Kami pun berkumpul kat Dataran Gerko untuk meraikan kejayaan kami.
Hehe.
Saja je nak berkongsi kegembiraan.
*suwet tak :3 ?*

Lagi pun hari yang sama ni, kami ada beseday girl.
Ara *Si pengarah drama tadi*
Well, she older than me. :P

Aro aka Ara atau Nurul Farah Ain yang paling kiri. :)
With Asmaa' and Kak Long aka Farah Wahidah. 

Happy birthday Ara.
Tapi aku tak wish dia pun sebenarnya *kecuali dengan ramai-ramai tu*
Sebab apa ek?
Sebab tak nak.
Sebab aku rasa macam tak baiknya wish aje,,
Itu aje ke yang boleh aku buat.. :'(
So, aku minta maaf awal-awallah kat dia,
Sebab memang aku tanak wish even we are close, you know.
Soo peliks.
I dono why. Haha.

Sessi bagi-bagi jajan. Hehe. 
Comelnya. :D



So, konklusinya, BEST! :D
You know what I mean by my stories and pictures just now, rite? :')
Thats all.

I hope we will improve our sunnah.
And we will do more selawat.
Insyallah.

Doakan saya.
For the pleasure of Allah.

Bye.





Sunday, January 13, 2013

SOLEH dan SOLEHAH



Assalamualaikum. ;)

Aku ambil dari facebook je benda ni..
Nampak hebat dan benar dan betul dan bla bla bla kan,
Jadi aku letak at sini..

------------------------
Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’
tapi sayang,
niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..

Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia kita berkorban..
tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..

Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha,
untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya
yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!

Muhasabah bersama..
:: betulkan niat hanya kerana ALLAH :: Berubahlah kerana Allah ::

------------------
Muhasabahlah diri.
kadang-kadang memang kita terlupa.
kadang-kadang memang kita perlu diingatkan.
Macam saya lah,

Doakan saya ye.

FOR THE PLEASURE OF ALLAH.
(perkataan ni ibu saya yang kasi, dapat dari alim alimah di Australia hehe)

Thank You!