Searching for ......

Thursday, February 28, 2013

Bahaya Hasad Dengki

Assalamualaikum :)

(ni pun dah basi)

Tengah-tengah sibuk sana sini,
Dengan Forum Sayonara'nya,
Dengan Oh My English nya,
Dengan jamuan kelas esoknya,
Aku nak curik curik masa jugak kekeke.

I need to talk. Err?
No. I need to write.
#Acehhh Nyampah.

But yes I do.

Mengenai hasad dengki.
Aku tak tahu lah, tapi au rasa aku mula memahami secubit demi segenggam maksud perkataan itu.
Emm.




And salah satunya sebab aku baca artikel Dena Bahrin.
Menyentuh jugalah hatiku yang sekeras meja batu kat rumah tu buuuuu T.T



Allah s..w.t telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud:
“Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”

Apa maksud hasad dengki?
Eeee menyampahnya dengar.
Aku pun tak faham tapi kan pada aku,
Hasad dengki ni merupakan satu penyakit hati yang sangat sangat halusss,
yang boleh terkena pada sesiapa pun tanpa dia sedari.
Fuhh, tak faham tak tahu lah.

Senang aku bagi contoh lah kan,

Kau dapat jajan banyak, aku ceto'et. Aku benciiii kauuuu.

Kau dapat jawab soalan cikgu, aku tak. Benci kauuuu.

Kau punya laptop beso gajah, aku kecik tikus. Bencinyaaaaa kauuu.

#Puih. Menyampah aku dengar.
Ni lah masalah manusia, sebab tu pendek umur, hati tak bersih (ibu aku kata lah kekeke)

Ini cuma contoh-contoh kecil aje.
Tapi biasanya memang contoh yang kekecil aje yang boleh membesarkan hasad dengki manusia ni.
Sebab tertipu oleh syaitan durjana.
#cisss ko setann. grrr

Aku bukan apa.
Aku tak cakaplah aku sempurna aku tak sempurna or bla bla bla.
Tapi aku makin panas hati bila tengok masyarat kita kat Malaysia hari ni yang maaaakin menjadi-jadi.
Pantang nampak manusia lain senang, tak senang hati.

TAK SENANG HATI.
Na'uzubillah.

Kan boleh kalau kita syukurkan untuk manusia tu.
Kita doakan dia.
Tak salah kan kan?

Kamu semua tahu tak,
Kita doakan kawan kita dengan ikhlas, tanpa pengetahuan dia, kita dapat sekali doanya.
Haaaa.
#semoga saya banyak doa T.T
------------------------------------------

Maksud saya begini,
Wahai manusia,
Kalau kita benci sebenci bencinya pad satu manusia lain disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya pun tak guna juga,
Apa yang kita dapat?
Cuma sakit hati.

Wahai manusia,
Pujuklah hatimu..
Sesungguhnya fitrah hati kamu adalah hati yang baik.
mengapa ingin anda susah-susahkan diri menerima perkara yang susahkan hati?

Nasihat saya,
Sedarilah wahai manusia,
Anda merupakan manusia yang baik hati,
Maka, jika anda rasa marah dengan kelebihan manusia lain,
Beristighfarlah sekarang.
Tundukkan hatimu.
Kemudian, doakanlah manusia itu.
Semoga hidupnya semakin sejahtera,
Semoga hidupnya diberkati.
Semuaaa.
Doakan segala kebaikan buatnya.

Tidak mengapa wahai manusia,
Biarkan dirimu menangis seluluh manapun hatimu,
Birakan ia. . .
Kamu memang perlu menangis.

Untuk apa semua itu?
Untuk membersihkan hatimu.
Untuk membuang segala hasad yang tumbuh dalam hatimu.
Tidak mengapa manusia,
Teruskan menangis.

Buat si mangsa hasad dengki.
Besar ujian buatmu.
Sabarlah manusia.
Kerana kamu hanya dihukum oleh manusia.
Mereka bukan sesiapa.

Ingat semula tujuan hidupmu.
Hanya kerana ALLAH!
Maka, apakah kesannya kepada manusia lain?
Tiada.

Teruskan hidupmu seperti biasa.
Benar,
Kadang-adang bernanah hati.
Tida mengapa.
maafkanlah.
Mungkin manusia itu tidak tahu, tidak sedar, tidak sengaja.
Maafkanlah.

Nasihat saya,
Doakanlah kebaikan buatnya,
Walaupun setelah kau dikoyok-koyak olehnya.

It's okay.
Tujuan hidup kita ALLAH.
Tiada kena mengena dengan si pendengki itu.
Maka, abaikan dia.

-----------------------------------
So macamana?
Dapat mood baik tak?
Semoga iya yee.


Saya perlu bergerak sekarang.

For The Pleasure Of ALLAH

Wassalam.




No comments:

Post a Comment