Searching for ......

Friday, February 1, 2013

Bulan Januari Yang Menyeronokkan!

Assalamualaikum semua.. :D

Akhirnya menulis pun aku bagi tahun 2013 ni hehe.
So, bulan January 2013 pun dah berlalu..
Dan tak akan kembali semula walau mengalir air mata darah sekalipun..
Segala yang kita buat, yang kita lalui, semuanya tak dapat dibalikkan semula.
*Acehh. Macam buat dosa aje.
Alaa. Sekadar peringatan kan..

So, untuk kali ni, tetiba aku jadi ghindu *tahap biasa aje* kat blog ni,
Dan aku bercadang nak menulis sesuatu. Ahaaa.
Dan akhirnya aku memilih untuk mengkonklusi kisah hidup aku sepanjang bulan 1 2013 ni ha..
Al-maklumlah, orang baru masuk ijazah kan. hekhek :3

Konklusi yang sangat pendeknya adalah bulan ini bulan yang sooo pack.
Walaupun baruuuu aje masuk balik IPG  ni, macam-macam dah aku dan kawan-kawan lalui.
Dan semuaaaaaanya best best *say Alhamdulillah*

Okay, bermula dengan dengan nama kuliah kami,
PISMP 1.06 BA (SK),
Tahun ni kami mula belajar macamana nak jadi cikgu.
Haaa. bagi aku, inilah yang menarik kat IPG ni.
Kita belajar tentang manusia, tentang nak jaga manusia, nak conduct manusia, nak faham manusia.
And bla bla bla..
Contohnya Kaedah pembelajaran Bahasa Arab, Perkembangan Kanak-Kanak, Pengurusan Gerko, Falsafah *tidak ketinggalan*,
Haaaa, apa lagi? Apa-apalah.
Kemudian, kami juga telah dapat pensyarah yang best best. Woww?
Yes, they are sooo WOWW. :D
I think so lah..

Wuuu. Dekat dihati. *Acehh.

Aku nak cerita,
Kelas kami kan tahun ni kan,
Buat transformasi yang baik :')
*Acehh, terharu.
Entahlah, aku rasa we were matured.

Kami telah memulakan misi bercakap dalam bahasa Arab,
Didalangi oleh my close friend,
Muhammad Ilyas.
Dan dihasut oleh Syed Muhammad Zahid.
They speak fluently.
Soo cool.

Ini Si Thu'ban dengan Roberto.
Hahaha.

So, kami kami yang lain terai terailah kan, nak jadi terer jugak.
A very good idea.
We talk Arabic everywhere we like.
Ahaaa.
Aku doalah bebanyak semoga usaha kekal sampai bebila.
Ameen :')
-------------------------------
Kemudian, kami menyertai pertandingan sempena Maulud nabi.
Iaitu puisidra and qasidah.
Kami menang tau.
Say Alhamdulillah.
Well, kalau nak tahu lebih lanjut kena baca entry Mood Rindu Nabi.


Ini antara props yang digunakan. Syomel kan kan?
Yang batu nisan tu.. :'/

Seriusly best lah untuk Maulud Nabi ni.
Aku nak bagi pandangan sikitlah ye,
Pasal sambutan Mulud Nabi.

Kebanyakan ustaz-ustazah or senang kata orang yang belajar agama,
Ramai yang memandang enteng, atau terlepas pandang, atau apa ek yang manisss sikit ayatnya?
Haaa, tak sedar.
Mengenai apa?
Mengenai sambutan Maulud Nabi.
Well,
Kita tengok ea,
Kalau sambutan lain kita boleh megah-megahkan, kenapa tidak Maulud Nabi?
Means,
Kita sebenarnya kena hebatkan Sambutan Maulud Nabi ni sehebat sambutan yang kita rasa hebat.
Contoh?
Emmm. Merdeka ke.. Retis-retis punya yang drama meletup ke..

Okay. Badar sorang. :p
Then Nasya, Che Su, Kak Long, Nona.
Sebelah kiri aku beseday girl. Aro. 

Pada akulah kan,
Tak salah kita nak menge'hot'kan benda-benda yang kita minat,
Contoh macam emmm Harry Potter ke, drama bagai-bagai ke, fashion ke, bola ke..
Tapi kita jangan ketepikan Nabi kita.
Itu yang nampak macam kita ni lupa daratan tu.
Sebab kita tak endah yang lebih penting untuk diendah.
Haaa. Pandai-pandailah kau faham ayat Jawe aku.

Maksud aku macam tulah.
Kesedaran mungkin kurang.
Masalahnya jadi lagi besar bila dia rasa dia dah banyak buat sunnah yang lagi bagus dari sambut Maulud  Nabi ni,
Haaa, tu yang dia rasa tak perlulah join..

Itu penyakit gak tu aku rasa.
Sebab nilai kemasyarakatan takdok.
Sorry lah..
Aku cakap untu kritik diri sendiri.
Sebab aku pun one of the ustaz-ustazah.
Semoga Allah beri faham. Ameen.
-------------------------------

Kemudian,
AJK Batch PPISMP Sem 3 Ambilan Jun 2011 pun dibubar.
Isk Isk T.T
Kenangan banyak dikumpul masa jadi Setiausaha dulu.
Dapat pulak Ketua Setiausaha yang bagus.
Wuuu memang heaven lah.
*Pahala dia mesti banyak. :')

Ditambah pula dengan 3 anugerah time MAKEP dulu.
#say Alhamdulillah.
Membuatkan aku rasa berbaloi dan bersyukur atas semuaaa penat yang begitu lelah untuk batch tahun lepas tu..
You bayanglah, dengan meeting meeting and meetingnya.
Dengan program yang besauu besauu.
Masya Allah.
Syukran lakum.
Mubarak lakum.
---------------------------
Lagi cerita menarik,
Semalam kami main puppet! :D
Bestttttt.
Dengan Ustaz Fazdi.

Sebenarnya kami diajar untuk mengajar.
Then, inilah salah satu kaedahnya.
*Aku rasa kalau aku buat kat sekolah nanti,
Murid biasa ajee, cikgunya yang exited. :D*

Look! Sooo cute rite :D
Aku punya yang biru belang-belang tu. Thu'ban.
Dari tengah: Colour hitam Baba punya, itu ialah timsah-means buaya darat. 
Qilah punya yang kuning tu. Itu arnabun.
Sebelahnya Che Su punya, Qittun-kucing.
Then ular sawa gak,  Nasya punya. Tapi yang ni jantan. 
Sebelahnya Spongebob, Nona punya.
Last, Aro punya. Juga ular sawa or thu'ban . Dia ni zaujah ular sawa si Nasya. :3

Takallamna billughatul arabiyah ma'a puppet.
Sangat seronoklah sebab macam-macam ragam dan bentuk telah dihasilkan.
Syukran laka, Ya Ustaz.
Nasy'uru bil farah :D
-------------------------------

Lepas tu, hujung bulan satu ni kami perlu membuat persediaan untuk berperang.
Oppps. Hehe.
No no. Means BIG.

You know BIG?
BIG is Bina Insan Guru.
Senior-senior kata BIG Kampus aku ni hebat sikit.
Kita tak main BIG yang biasa-biasa.
Kita main BIG yang betul-betul membina.
Kami tahun ni BIG kat Pangkor and Setiawan.
Kau bayanglah macam nak berperang.
Seriusly cerita lepas-lepas gempak gilauu.
Rilex..
Kita tunggu dan lihat. Hehe.

Apa-apapun,
Kalau kita cerita tentang persiapan of course lah cerita tentang duit gak an?
Haa. This is the ujian for us.
Actually, kami belum dapat elaun.
Haha. So, macam-macam penyakitlah timbul bila banyak duit nak guna ni..
Ada yang nak tercekik.
Ada yang nak lemas.
Ada yang kemarau.
Macam-macam. *Termasuk akulah* T.T

So, ujian yang menimpa ni sedikit sebanyak mendekatkan kita dengan Allah..
Yelah, bila kita susah baru ingat Allah kan.? Tak gitu? T.T

Tak apalah ye kengkawan semua.
Kita redha ajelah.
Allah nak selamatkan duit kita dari beli benda-benda yang tak berfaedah tu..
Jadi, syukurlah. Allah akan tambah ye.. :)

So, aku nak bersiap ni! haha.

Doakan aku ye kawan-kawan,
Maafkan salah silap aku.
Kot kot mati ke T.T
Banyak sedekahkan Fatihah ye.

Pssst : Weweh, aku saja je guna English macam poyo poyo. Hehe. Padahal hari tu ujian Enlish corot. T.T


For the pleasure of Allah.

Bye.



No comments:

Post a Comment