Searching for ......

Monday, October 20, 2014

Teka - Teki Yang Berilmiah - Teka-Teki Imam Ghazali

Assalamualaikum <3

After aku nikah ni, aku sering kali mengikut suamiku pergi mengajar tuisyen. Kadang-kadang aku saja nak ikut, duduk kat meja guru buat kerja sendiri. Atau pun curi curi pandang kelas lain, tengok kemeriahan kelas lain.

Yelah. Kata saja kan.

And bila aku duk melongo gitu, kadang-kadang partner suami aku busy and tak dapat datang kelas, aku lah yang ganti. Peace ^^




And of kos aku akan merancang pembelajaran aku dengan baik haha. Sebab aku sedar aku banyak belajar tentang pedagogi, so aku rasa bertanggungjawab untuk mengajar dengan berkesan dan menarik. Kalau dalam buku EDU, dia kata menjadikan pembelajaran itu bermakna.:)

So antara idea aku untuk menjadikan kelas tu macam best je untuk di hadiri adalah menyediakan teka teki. Namun, teka teki tersebut haruslah bersifat ilmiah.

Kenapa? Sebab aku cikgu. Cikgu kenalah bagi benda benda yang berilmu saje :)
So antara teka teki yang sesuai adalah :

TEKA – TEKI IMAM GHAZALI

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"




Jawapan Imam Ghazali :

Jawapan untuk soalan pertama : Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."

Jawapan untuk soalan kedua : Yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Jawapan untuk soalan ketika : Yang yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka."

Jawapan untuk soalan keempat : Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (Surah Al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah."

Jawapan untuk soalan kelima : Yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."


So ambillah. Mana tahu boleh membantu korang menceriakan kelas
Cheeeeeeeeeeesee!


For the pleasure of Allah

Thank you!
Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment