Searching for ......

Tuesday, December 23, 2014

Kenangan Menjadi Fasilitator With My Besty Di UTEM, Melaka

Assalamualaikum.

Ok ini second project aku senanya untuk cuti panjang ni. Itu lah dia Kem Smart Tahfiz Smart Solat kat UTeM Melaka. Baru sekarang sempat post.

Acc aku join sebab aku ni dah lama tak jumpa Pikadam. Alaa kawan baik aku yang aku suka citer pasal dia kalau buat karangan Bi tuuu hehe. So apa salahnya kalau kita berprogram sama2 sementara masih ada preluang dan ruang ni kan. So that kita boleh spend time togeder2 lama sikit ye dak?

So maksudnya dah 6 tahun lah kitorang baru berkawan balik ni. Lama jugak ek..

Hari Ahad 30hb Nov kitorang dah gerak sampai ke melaka sebab kononnya meeting petang tu sebelum hari esok menjelang. Tapi tetiba sedara Pikadam meninggal dunia. So kitorang rushing pegi Kajang hari tu jugak untuk melawat. Memang cool.. Samapi Melaka terus cabut ke Keyel. Aku ikut je kat belakang hehehe. No problem sebab suami bagi kebenaran. Esoknya terus berprogram. Penat jugak tapi semua tu kenangan yang best hehe. Ok dah.

Ohye semua fasilitator yang datang semua dari IPG. Bukan nak cakap IPG bagus, tapi memang kepakaran IPG adalah perihal budak-budak. Alhamdulillah memang kami sesuai lah mengawal, menjaga mengajar dan brprogram dengan dorang ni.

Dan semua fasi yang ada IPG Razali Ganu, aku je IPG Islam, Bangi. hehe. Best kawan ngan dorang.
Mai tengok gambar 5 hari tu . Cekidout

Macam biasa kau amek gambar aku nanti aku amek gambar kau ok? 
Budak2 solat dhuha 



Ustazah semua dari IPG so jangan risau. Tiptop pya hehe. 



With Muaz. Comel.. Kakak dia murid aku Ain namanya. berkenan ngan budak ni sebab kulit dia flawless sangat. eh

Ok ni lah Pikadam. Sekarang Ika. Kebanyakan kawan baik aku namanya Ika. Termasuk aku, kawan baik kepada diri sendiri. Ika ^^


Banyak lagi gambar. Tapi nape tah tak boleh upload dari tab ke blog. 

So, ni je dulu haha. 

I love u olls kawan-kawan baru. 

Thank You and Assalam!


Monday, December 15, 2014

Kad Kahwin Ilyasiddiqah Designed By Ilyas

Assalamualaikum

Alhamdulillah hati gembira sebab perut dah kenyang dipenuhi dengan lauk pauk yang sedap dimasak oleh chef asidiqoh jaujal-ilyasi fil-berangi min-renggami. Hehehe. Sedapnyaa. Dah kenyang pun teringat ingat lagi. Lauk daging masak cili api ubi dengan sayur brokoli rebus. Yam yam yam cedapnyeeeer T.T Bukan aku puji aku masak sedap, tapi sebab sejak azalinya menyebut nama lauk itu pun sudah terasa nikmatnya, inikan pulak kalau dapat memakannya. Ye dak?

Ok saja ja bagi mukodimah. Hari ni nak start balik citer fasal kawen hee. Mood kawen bangkit semula ni sebab hari tu baru pegi majlis kak yam. Teringat semua kenangan-kenangan masa majlis aku. Uwaaa rindu rinduuu. Tapi betulll, kawen ni salah satu part yang paling indah dalam hidup kita. Memang sangat indah.

So kali ni nak citer fasal kad kawen aje. Kad kawen aku dulu susah jugak nak decide. Sebab kitorang buat sendiri kad kawen. Memang nak buat sendiri. Tapi bukan akulah yang buat, suami tercinta yang buat. Kalau dulu kira tunang yang buat hehe.

Page depan


Page belakang


Design sendiri, takde tiru memana. Memang full by suamiku Ilyas.

Masa untuk mendesign tu memang agak lama sebab masa tu kitorang tengah busy kat IPG. Asyik tertangguh2 aje. Pastu bila dah siap, tunjuk ibu ayah, kena reject, betulkan semula. Haha. Nak betulkan semula amek masa jugak. So memang lama la nak buat kad tu. Hurmm.. mungkin juga pengurusan masa tak berapa efisien huhu.

Pastu tempah dekat Kad Kahwin Borong HQ. Kitorang tempah 1000 pieces hari tu, so dapat sekeping dalam 15 sen tak silap. Amek yang paling murah kehkehkeh.
Korang search je internet type kad kahwin borong HQ,  insyallah jumpa sebab dia ada banyak cawangan. Kitorang guna yang cawangan Melaka. Kenapa entah pilih yang jauh haha. Tapi service dia baguslah alhamdulillah.

And dalam kebaikan pasti ada buruknya. Sama lah dengan perihal kad kawen aku ni. Antara yang buruknya sikit adalah : 

Pertama : nak jimat punya fasal, amek kad yang paling kecik. Sekali dapat, tengok terlalu kecik la pulak T.T Memang sangat keciklah bagi aku. Orang-orang tua susah nak baca. Pastu ada dua pengantin pulak tu. Lagi lah kecik… Dan nampak sempitt. Terkilan jugak. Bila dah siap 1000 pieces baru terperasan, alamak keciknyeee, nape kita tak ukur dulu kertas ikut ukuran yang dia dah bagitahu tuuu, main setujuuu aje pilih ukuran tu T.T

Kedua : Sebab takut-takut tak cukup, aku tak dapat bagi kad kawen pada ramai kawan2. Terutamanya kawan-kawan IPG. Sebab kalau kawan SMAPR atau kawan sekolah rendah semua dah jauh-jauh sekarang. So memang akan jemput melalui FB aje. Terkilan sangat tak dapat bagi kad. Aku rasa macam eksen sangat aje aku ni T.T Pastu tetiba hari kejadian tu ramai pulak yang dapat datang. Lagi aku terkilan. Sorry tau kawan-kawan. T.T

Okay itu aje masalah kat kad kawen.

Tapi biasalah kan. Mana ada majlis yang berjalan perfect. Mesti ada satu dua complang. Apa-apa pun aku bersyukur semuanya telah selesai dan berjaya dengan sangat jayanya T.T Alhamdulillah.. rindu hari kawen… huhuu…

Okay itu aje nak cakap.. semoga kita bertemu lagi di lain cerita…

For the pleasure of ALLAH
Thank You
Assalamualaikum

Sunday, November 30, 2014

I MISS YOU HUSBAND!

Assalamualaikum

Alhamdulillah Malaysia baru aje menang atas Singapore 3-1 ni. Hehe. Walaupun aku tak berapa minat, tapi kalau pasal negara aku, opkos aku akan amek port jugak.

Tahniah Malaysia.
Good job our friends Singapore.

Sebenarnya kan, team Harimau kena berterima kasih jugak kat aku sebab aku ni lah antara sebab Malaysia menang malam ni. Hehehe. Jangan tak caye, rugiii.

Aku sedar, kalau aku terpacak kat depan tv, insyallah gol tak masuk. Kalau aku tak ada depan tv, insyallah masuk. Tapi ni tak termasuk kalau aku tak de di kawasan ada tv tau. Tu dah citer lain. Tu tak ada kena mengena ngan aku. Ni aku cakap kalau aku ada kat sekitar tv masa tu.

So, tadi macam ni,  gol malaysia yang pertama tadi aku tengah basuh pinggan, tak ada depan tvlah maksudnya. Bila dah siap aku duduk depan tv, pastu singapore pulak masuk gol. Aku kuciwa so aku masuk bilik dengan harapan malaysia silalah gol, aku tak de depan tv ni. Hehe. Aku masuk bilik, lagi 2 bijik bola malaysia sumbat dalam gol. Alhamdulillah. Apa2 pun senanya Allah dah tentukan. Kinah kata macam tadi tu khurafat. Betul ke? Nauzubillah. Ngeee.

So malam ni so bosan , aku buat mende ni hihi

Hubby with me hehe.

Saja ja mengedit2 gambar. Tak ada niat nak jeleskan orang. Tak ada niat nak menunjuk. Tak ada niat nak getiks. 

Aku cuma rindu suami aku. Sebab tu semua throwback. Semua gambau lama. Suami aku kan sekarang keluar tabligh hehe. 

Acc, dia tak suka sangat aku post2 gambar kami ni. Dia nak privasi sikit. Senanya kot. Tapi dia tak pernah cakap pun hehe. Nak jaga hati isteri kot.. 

Okay je.. aku no prob aje nak buang gambar kat instagram. Sebab aku ada blog. Blog private sikit sbb tak ada orang baca. Seketul dua aje pembaca iaitu, aku, kau yang tengah baca ngan sesapa lah lagi sorang hahaha. Kesian kan. Tapi takpelah. Bagus jugak. Aku feel free nak bercakap kat sini. Gambar2 with hubby pun boleh letak sini. Manyakmanyakk hihii. 

I miss u hubby. 
I miss u suami.
I miss u zauji. 

From your childrens' mummy: aca asyidika

Thank You
Assalamualaikum



Saturday, November 29, 2014

Kenapa Aku Pilih Untuk Memakai Inai?

Assalamualaikum

Hehehe tajuk gediks sangat kens. Tak ada kerja. Tapi isi kandungan panas ok.

So kenapa aku suka pakai inai?

Sebab ramai orang tak terlintas difikiran yang aku sudah berumahtangga. Cuma belum buat rumah sendirik aje ye dak abang?

So bila orang tak terfikir aku dah nikoh, orang akan pandang slek aje kat aku bila aku jumpa husband. Oi dia husband aku lah. Husnu zon sikit boleh tak? Grr

Kadang-kadang. Eh selalu sangat aku rasa tak bebas dalam dunia aku sendiri. Buat ni tak boleh buat tu tak boleh.

Yelah. Lagi satu mungkin sebab aku muka tak matang. Si Kinah jugak yang orang sangka anak Cg Sariff yang dah kawen tu. Muka husband pun sama. Nampak macam budak aje..

Budak kerrr?

Tapi husband suruh redha aje. Inilah cabaran kahwin masa belajar. Lagi2 kat IPG.  Husband selalu cakap, kita tak kawen orang mengata, kita dah kawen pun orang akan mengata jugak. So kita kena hadapi lah. Caranya buat dunno aje.

Tapi biasalah hati perempuan. Cepat sangat melatah. Ummm.

So ni kira antara tips lah, macamana nak bagitahu orang ramai yang kita dah kahwin. ok?
Iaitu dengan memakai inai.

Cenggini :



Ha barulah orang akan berhusnu zon sikit. So korang yang dilemma macam aku, pakailah inai selalu ye. Tapi tanya hubby dulu, dorang suka ke tak. Kalau tak, takyah pakai. Tapi rasanya hubby kita tak suka, tapi dah terpakai. Sorryyy zawjiyy hihi.

Ok dah masuk waktu. Hubby kita suruh ngaji.

Thank You!
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.

Friday, November 28, 2014

Review Korean Drama : Big Man

Assalamualaikum.

Cerita yang aku tengok kali ni agak berlainan denfan cerita-cerita sebelum ini sebab kali ni aku ditemani oleh my twin yang dah lama kita tak jadi twin T.T iaitu Sakinah. Lama dah kita tak tengok drama sama2 kan. Best rupanya tengok citer sama2 ni. Teringat zaman2 cuti masa dulu2 T.T

So tak nak panjang-panjangkan cerita, jom kita tengok review kali ni. So kali ni adalah review cerita Big Man. Citer ni baru lagi tak silap aku.



Cerita ni berkisarkan tentang seorang lelaki yang yatim piatu sebab ditinggalkan oleh maknya di sebuah gereja masa dia baby. So  hiduplah  dia di sana dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuhi seorang diri  sebab dia tak ada back up daripada family. Saaampailah dia besar.

Bila dia besar, dia duduk dengan sorang ibu tunggal yang gila2. Dia panggil makcik tu omma. Kira dia anggap makcik tu macam mak dia lah. So hidup dia hanya membantu omma dia kat kedai makan kecik tu. And hidup dia macam tak ada tujuan hidup jugaklah sebab dia banyak gaduh ngan gengster, dituduh memukul, membunuh dan macam2 lagi lah masalah dia ni. Okay stop pasal dia.

Pastu ada satu family ni. Dorang orang kaya. Ada supermarket besar. Ahlinya suami, isteri, sorang anak laki and sorang anak perempuan. Suatu hari anak laki kesayangan diorang ni, kemalangan. Koma dan memerlukan hati sebab hati dia lemah ke cemana entah. So dia memerlukan hati penderma. Jadi, parents dia ni kat anak laki dia, sebab anak dia bakal terajui syarikat suatu hari nanti. So dorang macam terdesak sangat nak dapatkan penderma, dorang upah orang carik sorang manusia yang takde famili, takde life, takde sesapa take care, takde orang akan perasan kehadiran dia, untuk dibunuh dan diamek hatinya.



Misi dijalankan mengikut apa yang dirancang. Si lelaki miskin tadi dipukul kat bahagian tengkuk atas sikit supaya otaknya dapat dimatikan. So bila sampai sepital, dia disahkan dead brain. So bila macam tu, bolehlah doc amek hati dia untuk bagi kat si anak orang kaya tadi.

Tapi... Bila doc mula nak bedah, tiba-tiba darah memercik, nadi bergerak dan degupan jantung kembali! Si miskin mula hidup semula. Dia tak brain dead!

Kuat semangat dia untuk hidup. Sebab dalam mimpi dia, dia rasa macam...kenapa selama ni tak pernah ada orang nak tolong dia bangkit bila? Dia kena belasah, pukul, ejek. Tak pernah ada orang nak hulurkan tangan, hulurkan simpati, hulurkan bantuan. Tak pernah. Semuanya dia perlu bangun sendiri. Bangkit sendiri. Jadi dia tersedar, dari dulu tak ada orang hulurkan tangan untuk dia, kenapa sekarang baru dia nak lemah semangat bila tak ada orang nak tolong dia? Jadi, dia bangun! Sedar dari koma!

So bermulalah kisah si lelaki miskin dalam keluarga yang tamak dan teruk ni tadi..

Kisah ni kisah tragis dan penuh dengan debaran. Tapi rilex sikit dari cerita cyber ghost.

Not bad lah..

Aku suka citer ni sebab hero and heroin dia tak penah berlakon jadi watak utama, so watak yang dia bawak tu lebih hiduplah orang kata.

Lepas tu karaktor si hero ni agak lain sikit. Baik tak baik sangat. Jahat pun tak jahat sangat. Okay lah, tak nampak macam nak mengampu penonton sangat. Hehe pandailah aku

So itu sajelah yang mampu aku coretkan.
Tengoklah sendirik ye kalau nak tahu lebih lanjut lagi. Den tak larat nak nulis sampai 16 episod tehee.

For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.